:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

SELAMAT BERMUKTAMAR
Sabtu, Mac 28, 2009

SELAMAT BERMUKTAMAR

Muktamar Sanawi kali ke-76
PMRAM & HEWI PMRAM
25 & 26 Mac 2009
kepada:
Seluruh Ikhwah & Akhawat
Anggota Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
posted by Abu Mus'ab @ 5:54 PTG   4 comments
KENAPA ULAMA, USTAZ TOLAK UMNO


Kenapa Ulama / Ustaz TIDAK Sokong UMNO



Bukan nak menyahut, tapi nak beritahu bahawa perwakilan UMNO yang melakarkan ucapan dan sengaja menimbulkan tanda tanya di kalangan semua para perwakilan yang hadir itu, memang jahil dan tidak berilmu agama. Nampak sangat UMNO tidak menekankan soal aqidah dalam diri ahli-ahli yang menganggotainya.

Dan memang perjuangan UMNO adalah perjuangan yang berasaskan sekular, liberal dan semangat kebangsaan semata-mata. Dalam Islam, Nabi Muhammad SAW melarang umatnya berjuang, mati, hidup di atas dasar kebangsaan. Hukumnya adalah HARAM.

Mana mungkin, orang yang belajar agama, alim ulama, ustaz dan ustazah yang ada Ijazah Usuluddin, Syariah dan Pengajian Islam boleh menyokong dan mendokong perjuangan UMNO. Dah al-Quran melarang, dah Nabi Muhammad SAW melarang, dah Jumhur Ulama' melarang, larang daripada menyokong dan mendokong perjuangan yang diasaskan Yahudi dan Amerika, perjuangan yang menindas rakyat, menzalilmi rakyat, dan perjuangan memperhebatkan segala gejala yang merosakkan Islam. ISLAM LARANG perjuangan sedemikian. Maka para Ulama', ustaz dan ustazah yang hatinya mendapat hidayat dan taufik Allah taala, akan akur dan pratikkan segala arahan dan larangan dari Allah, Rasul dan Jumhur Ulama'.

Sebab itulah golongan ulama', ustaz dan ustazah ni TOLAK UMNO. Kalu ada yang menyokong dan mendokong UMNO pun, individu itu telah hanyut dengan dunia; pangkat, jawatan, harta-benda. Bahkan dengan tegas saya katakan bahawa individu ini hatinya telah mati, matanya telah buta, telinganya telah pekak, walaupun pada zahirnya semacam normal. Dan ilmunya telah melaknat dirinya sendiri sehingga menyebabkan dia sesat sesesatnya. Dan saya mendoakan agar Allah taala membuka hatinya supaya sedar dan insaf seterusnya kembali ke jalan yang diredhai Allah taala.

Dasar UMNO adalah perlembagaan rekaan manusia. Adapun dasar PAS atau mana-mana Parti Islam adalah al-Quran, as-Sunnah, Jumhur Ulama, dan Qias. Inilah dasar atau panduan yang Allah taala redhai. Saya berharap dan mendoakan agar UMNO yang berada di dalam kepimpinan Najib ini akan terkubur, binasa, musnah, dan akhirnya lupus. Akhirnya pemerintahan Islam yang menggantikannya iaitulah Parti Islam Semalaysia PAS.

posted by Abu Mus'ab @ 2:40 PTG   5 comments
GREEN BEAN SOY DRINK
Jumaat, Mac 27, 2009

GREEN BEAN SOY DRINK

Salam semua. Kali ini saya nak sentuh tentang minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yang tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia .

Pernahkah anda dengar tentang keluaran produk minuman YHS yang terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap-harap baca dulu ya, bahan-bahan yang terkandung dalam minuman ini.


Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yang saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yang nak dibubuh dalam minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya......


Cuba lihat dekat-dekat.....


Apa kejadah ni? Dah takde lagi ke sumber yang baik, yang murni, yang halal, dari mana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber untnk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dengan pengguna-pengguna Islam yang sememangnya ramai telah terbiasa dengan minuman yang mereka bekalkan atas jenama YHS??? Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di China, negara yang dah memang tersohor bubuh melamine dalam susu!!



Apapun, saya sekadar berkongsi info dan diharap sesiapa yang teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yang haram jika memasuki dalam tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kepada anak-anak kita yang mungkin kurang arif tentang perkara ini.

posted by Abu Mus'ab @ 9:51 PG   3 comments
LUQMAN AL-HAKIM & TELATAH MANUSIA
Khamis, Mac 26, 2009

Luqman al-Hakim dan Telatah Manusia

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkahlaku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak ditunggani."

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya: "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan seseorang melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya: "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya 3 perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

Begitulah sifat keyakinan yang cuba ditanamkan oleh Luqman al-Hakim kepada anaknya. Dalam hal sekarang, musim Pilihanraya Kecil, amat menguji keimanan bagi pendokong Islam. Antara kerja PRK, isteri, isteri-isteri, anak-anak, kerja dan keluarga. Yang mana perlu diutamakan. Sememangnya Kerja PRK lah yang patut diutamakan. Kerana ia adalah merupakan kerja Islam dalam usaha mencapai kemenangan Islam di Bukit Gantang. Jadi sama-samalah kita berdoa agar Allah taala memberi kekuatan dan memudahkan segala urusan kehidupan kita seharian. Aamiinn.
posted by Abu Mus'ab @ 10:56 PG   5 comments
UMNO KIAN HANCUR !
Rabu, Mac 25, 2009

UMNO Penakut Lagi Bacul


Rentetan daripada kejadian Pergantungan akhbar rasmi parti PAS iaitu Harakah dan akhbar rasmi PKR iaitu Keadilan selama 3 bulan berkuatkuasa serta merta, menandakan bahawa musuh Islam, parti UMNO dan sekutunya semakin hari semakin menampakkan zaman kehancurannya dah tiba.

Amat pelik kan. Dahlah UMNO ni semua media masa dikuasainya. Tak cukup dengan itu, kakitangan kerajaan awam pun dijadikan sebagai kuda tunggangannya. Media yang rasmi adalah TV 1, TV 2, TV 3, TV 7, TV 8, dan TV 9. Ditambah dengan BERNAMA dan AWANI. Akhbar pulak Utusan Malaysia, Berita Harian dan Harian Metro. Dan seumpamanya. Ingatkan dengan kewujudan media-media tadi, UMNO bertambah gagah dan kuat. Ditambah dengan tambahan Bajet Rangsangan berjumlah RM60 bilion. Rupanya tak kuat jugak. Memang tidak akan kuat buat selama-lamanya.

UMNO adalah parti yang memperjuangkan agenda Yahudi dan Amerika. Parti Sekular, Parti Sosial, Parti Kebangsaan. Sesuatu parti yang memperjuangan agenda Musuh Islam memang tidak akan mencapai kemenangan. Allah dah sebut dalam al-Quran bahawa Allah taala tidak akan bersama dengan parti yang memperjuangkan agenda musuh Islam. Jika dapat pun, hanya seketika sahaja. Berbeza dengan parti Islam PAS. Parti ini memperjuangkan Islam. Dan Allah taala bersama dengan parti Islam. Dan kemenangan pasti akan dikecapi jua akhirnya.

Dalam hal pergantungan kedua-dua akhbar ini selama 3 bulan berkuatkuasa serta-merta menandakan bahawa UMNO memang parti yang amat lemah, amat bacul, amat penakut, amat dayus, amat memalukan, amat malang dan celakalah ke atas mereka yang mendokong parti tersebut dan menyokong parti tu.

Saya mengharapkan kita semua selaku pendokong dan penyokong Parti PAS, jangan berputus asa, kuatkan semangat, tanamkan azam dan niat mudahan UMNO akan terkubur dengan cepatnya rentetan kemenangan yang akan kita perolehi di PRK Bukit Gantang, insyaAllah. InsyaAllah kalu diizinkan Allah taala, PAS tidak perlu tunggu hari mengundi, cukup untuk kecapi kemenangan pada hari penamaan calon. InsyaAllah Menang ! Banyakkan berdoa dan Solat Hajat !

posted by Abu Mus'ab @ 8:18 PTG   3 comments
JAM 07 PAGI
Selasa, Mac 24, 2009

Jam 07 Pagi

Jam 09.30 pagi tadi, helikopter yang saya naiki sampai di Airport Kerteh, Kemaman. Alhamdulillah. Sejak akhir-akhir ini, kepala asyik memikirkan bebanan yang dipikul sekarang. Apa-apa pun tak kisah mana, sebab inilah amanah Allah taala. Lagipun saya yakin, bahawa Allah taala Maha Mengetahui ke atas segala makhluk ciptaanNya termasuk diri saya sendiri.

Sebelum balik dari Platform Duyong tadi, jam 7 pagi, saya diberi peluang untuk memberi tazkirah. Apa yang saya sentuh adalah berkenaan tentang Kewajipan Orang Islam Terhadap Sifat Dengar dan Taat. Berdasarkan kepada ayat Allah taala dalam surah an-Nisa' ayat 59 yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-rasul dan pemimpin-pemimpin Islam di kalangan kamu". Apabila dilihat dalam satu hadis Nabi SAW yang bermaksud : "Dengar dan taatlah kepada kepimpinan Islam samada kamu suka atau benci ketika tidak disuruh lakukan kemaksiatan (kejahatan), apabila disuruh lakukan maksiat (kejahatan), maka pada masa itu tiada lagi dengar dan taat".

Saya lontarkan kepada audient yang berada dalam morning meeting itu. Sebabnya, dalam pengamatan saya, masih ada lagi yang berfahaman, apabila telah menjadi orang Islam, maka masing-masing dengan pendirian tersendiri, sehingga ketepikan soal hukum hakam yang berkait dengan syariat dan aqidah. Mudah-mudahan yang mendengar itu memahami akan penjelasan saya tadi dan memperolehi pemahaman yang baik tentang kewajipan seorang Islam. Kita orang Islam wajib ikut segala ajaran al-Quran, as-Sunnah dan Kepimpinan Islam. Tidak ada lagi soal, "Mana boleh paksa aku, kan Tidak ada Paksaan dalam Islam". Ini adalah kenyataan orang yang jahil. Apabila dah jadi orang Islam, maka kita semua ada batas, panduan dan ajaran.

Kemudian, apabila selesai meeting itu, di meja makan, datanglah seseorang yang menyatakan bahawa apa yang saya katakan itu adalah bersifat tazkirah haraki. Saya kata bahawa memang, ini merupakan antara celahan di sebalik celahan-celahan yang tidak diperbaiki. Ditambah dia menyebut, dalam Rukun Bai'ah, rukun pertama adalah Faham, manakala Taat berada kemudian. Saya kata memang betul. Saya menambah bahawa sifat Dengar dan Taat ini perlu dilontarkan walaupun seseorang itu tidak suka atau suka. Ini kewajipan. Jika tidak ikut, maka berdosa lah dia.

Rupa-rupanya yang bercakap itu merupakan membawa fahaman ISMA, pecahan aliran JIM. Saya pun menyindir dia bahawa JIM ni dianggotai oleh orang yang cerdik pandai dan orang yang profesional. Sepatutnya jemaah Islam di anggotai oleh semua jenis orang. Dari PHD sampailah kepada orang yang tak gosok gigi. Senyap dia.

Masa untuk helikopter sampai dah hampir. Maka saya minta diri. Itulah sahabat-sahabat sekalian. Nampak gaya, ramai lagi yang tak faham Jemaah Islam yang Nabi Muhammad SAW setujui. Saya harap sahabat-sahabat bersama dengan Jemaah Islam yang Nabi SAW redhai.

posted by Abu Mus'ab @ 11:34 PG   2 comments
PERJALANAN HARI SEMALAM
Sabtu, Mac 21, 2009

Perjalanan Hari Semalam


Jam 4 petang, saya dijadualkan untuk ke Kuantan, adakan Liqa' TERGEMPAR ILMAM Pusat dengan ILMAM Negeri di Akademi ar-Raasyidiin. Sesampai di sana jam 04.40 ptg, bersamaku Ustaz Faisal Mizan selaku Setiusaha ILMAM Pusat dan Ustaz Asri Daud, tetamu yang diundang sama dalam perjumpaan tersebut.

Pelik, kenapa Hj Khair (sebelum arwah) tidak beri respon. Beliau merupakan di antara AJK ILMAM Pusat. Kebiasaannya, boleh datang atau tidak, beliau akan memaklumkan terlebih dahulu. Selesai perjumpaan itu, kami menjamu selera di Zul Satey, Kedai Sate yang terkenal di Kuantan. Selepas makan, saya dapat makluman daripada Setiuasaha bahawa Hj Khair dimasukkan ke wad ICU kerana denggi. Dalam hati, dah tak sedap. Hanya doa dikelumat-kamitkan mudahan beliau selamat dan sihat walafiat.

Saya sampai rumah jam 10.50 mlm. Setiba di sana, setiausaha memberitahu bahawa jantung dan buah pinggang Hj Khair tidak berfungsi. Doa diperpanjangkan lagi. Tak sempat forward sms ke semua ajk agar mendoakan beliau selamat, datang satu sms yang menyatakan beliau telah kembali ke rahmatullah. Hati pada ketika itu, sebak. Tapi cuba bertahan yang ketika itu ada tetamu di rumah.

Saya pun ambik keputusan untuk ke Seremban untuk menziarahi beliau. Kebetulan Ustaz Nasarudin Hassan Tantawi ingin pergi sekali dengan saya. Turut bersama adalah Ustaz Asri Daud dan Ketua Pemuda Dun Paka, Saudara Ramzi Abdullah. Jam 5 pagi, saya dengan Ramzi bergegas ke Kuantan untuk mengambil Ustaz Asri Daud dan jam 09.30 pagi sampai di Keratong. Kami satu kereta ke Seremban jam 10 pagi, alhamdulillah sampai di rumah arwah jam 12 tgh hari. Terus kami ke dalam rumahnya untuk solat jenazah ke atas arwah.

Ingatkan, selepas solat itu, jenazah arwah terus di maqamkan. Tetapi tidak. Akan disolatkan sekali lagi di Masjid berhampiran rumah arwah. Dalam hati saya, tak taulah nak cakap apa. Dah ini merupakan adat bagi orang Seremban. Saya perhati saja. Pada masa tu, saya tak tido-tido lagi dari semalam dan memandu dari Paka ke Seremban.

Selepas solat jenazah kali ke-2 selepas solat Jumaat, Ustaz Din kata kita kena balik segera, ada hal pulak kat Kuantan. Saya minta Ramzi yang memandu. Memang lepas tunaikan tugas, rasa letih dah datang. Sampai di Keratong jam 5 ptg, hantar Ust Din. Kemudian bertolak semula ke Kuantan jam 05.30 ptg dan sampai Masjid Sungai Ular jam 08 malam. Hujan memang lebat.

Kekuatan telah diperolehi selepas solat Maghrib dan Isyak. Saya memandu ke Paka jam 8.30 malam dan alhamdulillah sampai rumah jam 09.30 malam. Letih tak hilang lagi. Tetapi kehilangan arwah Hj Khair adalah amat meletihkan lagi bagi diri saya selaku Peneraju kepada ILMAM Pusat. Semoga Allah taala cucuri Rahmat ke atas beliau dan tempatkan di kalangan roh syuhada', insyaAllah...
posted by Abu Mus'ab @ 7:21 PTG   2 comments
DUNIA DAN TAKUT
Rabu, Mac 18, 2009

Dunia dan Takut


Sahabat-sahabat sekalian. Dalam surah Muhammad, ayat yang ke-7, Allah taala menyebut: "Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu menolong menegakkan Islam (memperjuangkan Islam), nescaya Allah taala akan mempermudahkan segala urusan kehidupan kamu dan meneguhkan kedua-dua kaki kamu".

Satu perkara yang perlu dimuhasabahkan bersama adalah, ada juga di kalangan pelajar-pelajar agama yang ditarbiyyah yang berada di tahun akhir pengajian di semua Institusi Pendidikan samada dalam dan luar negara, masih sempat lagi memikirkan "Aku Nak Keje Apa Bila Habis Belajar?", "Nak pakai keta apa?", "Nak buat rumah berapa tingkat?", dan seumpamanya.

Ikhlas saya katakan, amat tepat janji Allah taala dalam ayat di atas, sepatutnya pelajar tersebut memikirkan di mana tempat atau keadaan yang aku boleh bantu Islam?, Apa persiapan aku untuk berdepan dengan masyarakat? dan seumpamanya. Di samping pelajar tersebut tidak lupa untuk melakukan dan beramal dengan segala amalan Sunnah Nabi SAW dalam kehidupan seharian. InsyaAllah, Bila difikirkan hal demikian, bila menjejak kaki ke padang utama, Allah taala akan permudahkan segala urusan kehidupan kita. Yakinlah !

Pengalaman ulama haraki yang terkini dan terdahulu telah membuktikannya. Kita apa cerita? Amat rugi bagi mereka yang memikirkan soal dunia semata-mata, sehinggakan menjadikan dunia sebagai matlamat. Padahal dunia merupakan wasilah (alat) untuk hidup selesa di dunia dan akhirat. Pendapatan yang diperolehi adalah untuk memudahkan urusan Jihad fi Sabilillah yang sekarang ini memestikan kewangan untuk berjihad.

Jangan sampai kita tergolong di kalangan mereka yang kejarkan dunia sehingga ketepikan segala perjanjian yang dimeterikan di masa lepas dan sehingga penyakit al-Wahnu berleluasa di dalam tubuh badan kita. Sepertimana yang Nabi Muhammad SAW sabdakan yang bermaksud: "Dunia lari daripada orang yang memburunya, dan memburu orang yang lain daripadanya".

Jangan biarkan ketakutan berleluasa di dalam tubuh badan kita. Mudah-mudahan kita semua tidak memiliki satu sifat di antara 4 sifat orang Munafik. Apatah lagi memiliki ke semua sifat tersebut. Semoga Allah taala menjauhkan sifat tersebut. Fikir-fikirkanlah...
posted by Abu Mus'ab @ 2:59 PTG   2 comments
BERKAT AIR MATA
Selasa, Mac 17, 2009

Berkat Air Mata


Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari Qiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari Qiamat nanti, akan didatangkan neraka Jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik saja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi saja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka Jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata." Pintu Taubat masih lagi terbuka ...
posted by Abu Mus'ab @ 6:08 PTG   1 comments
PPSMI HEBAT !
Jumaat, Mac 13, 2009


PPSMI HEBAT - MARI TENGOK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR LUAR BANDAR



Sila lihat analisa ini.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. Bagin: Jumlah yang mendapat markah D & E bagi Matematik 72%

Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. Soi: Jumlah yang mendapat markah D & E bagi Matematik 69%

Sekolah Menengah Kebangsaan Banggi, Kudat: Jumlah yang mendapat markah D & E bagi Matematik, 107 daripada 111 calon!

Daripada 418 ribu pelajar yang mengambil PMR 2005, lebih 200 ribu mendapat markah D dan E dalam mata pelajaran sains dan matematik.

Kalau ini bukan “academic ethnic cleansing”, apa lagi namanya?

Sumber: Daripada isi pembentangan Pengerusi KKGGMMB (Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Melayu Malaysia Barat).
posted by Abu Mus'ab @ 3:34 PTG   3 comments
PAHLAWAN NERAKA

PAHLAWAN NERAKA


Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markaz masing-masing.

Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata.

Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.
"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.

Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka."

Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.

Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya.

Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."

Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.


Begitulah kiranya, seseorang yang mati dalam keadaan dia tidak bersama-sama dalam perjuangan Islam, maka matinya adalah mati orang jahiliyyah. Juga sekiranya seseorang itu mati dalam keadaan dia tiada niat untuk berjihad fi sabilillah, maka matinya mati orang jahiliyyah. Dan seseorang yang mati dalam keadaan dia tiada niat untuk syahid fi sabilillah, maka matinya adalah mati orang yang jahiliyyah. Macamna kite?
posted by Abu Mus'ab @ 8:16 PG   2 comments
KEMBALILAH KEPADA AL-QURAN
Rabu, Mac 11, 2009


Kembalilah Kepada Al-Quran


Dalam keadaan sekarang yang melihat kepada ramai orang Islam yang mudah terkena virus-virus yang sengaja dilancarkan oleh musuh utama Islam Yahudi laknatullah, yang dijanakan oleh proksi-proksinya di negara Islam sedunia khusus di Malaysia, menggambarkan bahawa orang Islam zaman sekarang amat jauh dengan ajaran al-Quran al-Karim.

Segala masalah yang berlaku dalam aspek ekonomi, pendidikan, politik, sosial, jenayah dan seumpamanya, penawarnya adalah tidak lain tidak bukan al-Quran al-Karim. Ini bertepatan dalam al-Quran yang menyebut dalam surah an-Nisa' ayat yang ke-59 yang bermaksud: "Sekiranya sesama kamu mengalami percanggahan pendapat dalam sesuatu masalah, maka kembalilah (rujuklah) kepada Allah taala (al-Quran) dan Rasul-Nya (as-Sunnah), itupun sekiranya kamu beriman kepada Allah dan Hari Qiamat".

Sekarang jelaslah yer, akan WAJIBnya kita orang Islam mesti jadikan al-Quran sebagai bahan rujukan utama. Jika sekarang dalam masalah ekonomi yang merosot, maka jalan penyelesaiannya adalah Kuatkuasakan PENGHARAMAN RIBA di semua institusi kewangan di Malaysia ini. Dalam masalah pendidikan, berkait dengan PPSMI, mansuhkannya, gantikannya dengan perbanyakkanlah matapelajaran yang berkait dengan al-Quran dalam pembelajaran pelajar-pelajar di semua peringkat.

Dalam masalah Sosial, adakan Kempen TUTUP AURAT bagi lelaki dan perempuan. Gunakan semua media-media yang ada sekarang. Begitu juga dalam masalah Jenayah, Kuatkuasakan Hukum Hudud, Qisas dan Ta'zir. Barulah jenayah dapat dikurangkan. Dan tidak mustahil, jika bersungguh-sungguh, jenayah yang besar tiada.

Inilah jalan penyelesaian yang Allah taala ajar kepada makhluk ciptaanNya manusia, khusus orang Islam. Allah taala Maha Mengetahui, Dia tahu akan kelemahan manusia. Selagi mana Menteri-menteri yang bertanggungjawab dalam Malaysia ini, khusus kerajaan UMNO sekarang, tidak mahu menjadikan AL-QURAN sebagai sumber RUJUKAN UTAMA dalam pemerintahan, maka segala itulah masalah yang ada sekarang tidak akan selesai, bahkan masalah yang ada sekarang akan menimbulkan bala dan bencana kepada semua rakyat di negara kita ini.

posted by Abu Mus'ab @ 2:53 PTG   5 comments
MAULUD NABI : ANTARA IBADAT DAN ADAT
Isnin, Mac 09, 2009

Maulid Nabi : Antara Ibadat dan Adat


Hari ini, 12 Rabiul Awal 1430H, telah berlansungnya satu hari yang penuh bersejarah, iaitulah hari peringatan kelahiran Nabi Junjungan kita Muhammad SAW. Masing-masing di semua peringkat meraikan sambutan ini, alhamdulillah...

Sedangkan saya pula, pada hari ini, merayakannya dengan menyertai Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun kali yang ke-32. Dan pada pandangan saya, inilah antara program yang afdol diadakan berbanding membuat perarakan di jalanan tetapi terdedah kepada anasir-anasir maksiat.

Kenapa saya katakan demikian? Antara Ibadat dan Adat. Terus-terang saya katakan sambutan Maulidurrasul yang dijalankan di Malaysia sekarang ini, adalah kerana adat dan merupakan satu bid'ah dolalah (sesat). Kenapa? Dalam perayaan tersebut, banyak terdapat unsur-unsur maksiat dan pembaziran banyak berlaku.

Kita lihat sekarang, apabila majlis perarakan dijalankan, berlakunya pemandangan tidak manis di kalangan lelaki dan perempuan. Perempuan melihat lelaki dan sebaliknya. Bau-bauan yang semerbak yang timbul daripada perempuan yang dapat menggairahkan lelaki. Berdasarkan hukum ianya adalah HARAM.

Pembaziran berlaku apabila pakaian seragam yang dipakai dalam upacara perarakan tersebut ditempah secara khusus yang melibatkan projek. Sedangkan dalam Islam, Islam melarang pembaziran kerana ianya adalah sifat Syaitan.

Jadi, saya berpendapat apa yang diraikan oleh kebanyakkan orang Islam di Malaysia adalah kerana adat bukan ibadat. Dan ini adalah ditegah dalam Islam selagi mana ia tidak mengikut acuan daripada Rasulullah SAW. Amat malang kiranya seseorang itu bersolawat tetapi bercampur gaul dengan maksiat. Rugi amalannya.

Akhirnya, sama-samalah kita perbetulkan keadaan kita sekarang. Jangan kita terpengaruh dengan dakyah-dakyah musuh Islam yang sengaja sekarang ini menggunakan nama-nama atau istilah Islam.
posted by Abu Mus'ab @ 1:07 PTG   0 comments
GURAUAN RASULULLAH SAW
Rabu, Mac 04, 2009

Gurauan Rasulullah SAW


Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.

Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata: "Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya.

"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW. "Ia tidak mampu", kata perempuan itu. "Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta". "Ia tidak mampu".

Para sahabat yang berada di situ berkata: "Bukankah unta itu juga anak unta?" Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu". "Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW.

Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan keheranan: "Kenapa kamu ini?". "Rasulullah memberitahu bahawa dalam matamu putih", kata isterinya. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.

Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam Syurga". "Wahai ummi fulan, Syurga tidak dimasuki oleh orang tua". Perempuan itu lalu menangis. Rasulullah menjelaskan: "Tidakkah kamu membaca firman Allah ini yang bermaksud: "Serta kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan yang istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya".

Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi Iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah SAW turut tersenyum.
posted by Abu Mus'ab @ 9:28 PTG   2 comments
JANGAN TERPENGARUH
Selasa, Mac 03, 2009

Jangan Terpengaruh


Telah berkata Imam Mahyuddin al-Arabi yang bermaksud: " Tetaplah kamu di jalan hidayah (kebenaran) dan janganlah kerana sedikitnya orang yang menurut jalan tersebut memudharatkan (melemahkan) kamu. Jauhilah jalan bid'ah dan janganlah pula kamu tertipu dengan banyaknya orang yang rosak (sesat).


Memang benarlah sekarang ini, di akhir zaman, puak-puak musuh Islam ambil kesempatan di atas kejahilan orang Islam yang semakin menyerlah terutama dalam masalah agama. Sehinggalah mereka berjaya menanam dalam pemikiran orang Islam terutama di kalangan mereka yang jauh dari amalan agama Islam, iaitulah pengamalan Islam di zaman sekarang adalah tidak releven dan tidak mengikut perkembangan teknologi terkini.

Lihatlah kepada sebilangan pemuda dan pemudi sekarang, tanpa segan silu merasakan bahawa kehidupan sekarang mestilah berbudayakan orang bukan Islam. Contohnya dalam masalah pakaian. Perempuan bilamana sepatutnya dikenakan memakai tudung yang labuh sehingga melepasi buah dada, tetapi sekarang apabila dipakai, menjadilah satu amalan yang ganjil sehinggakan pernah saya mendengar, pemakaian tersebut seolah-olah macam orang tua, jumud dan tidak bertamadun.

Dalam masalah bersalaman lelaki dan perempuan yang bukan muhrim menjadi satu budaya terkini. Sehinggakan jika tidak bersalaman, menjadi satu perkara yang mengaibkan. Inilah antara contoh suasana yang songsang dari hakikat yang sebenarnya dalam Islam.

Dalam masalah tarbiyyah, Usrah dianggap satu amalan yang membuang masa. Seseorang itu lebih senang berborak sesama sendiri daripada menghadiri Usrah. Perkara ini terjadi disebabkan wujudnya puak yang berada dalam kebatilan itu dari sudut kuantitinya ramai. Yang merasakan yang ramai itulah betul. Padahal yang hakikatnya, ia adalah batil.

Jadi, sama-samalah kita menghayati kalam daripada Imam Mahyuddin al-Arabi di atas. Jangan mudah terpedaya dengan umpanan dari Yahudi laknatullah melalui proksinya di tanah air kita ini. Tak kiralah samada kita ini Ustaz, Ustazah, Pelajar Agama, dan yang lain-lainya. Ilmu itu adalah untuk diamalkan bukan sekadar perhiasan.
posted by Abu Mus'ab @ 12:32 PG   2 comments
FATIMAH DAN GILINGAN GANDUM
Isnin, Mac 02, 2009

Fatimah az-Zahra rha dan Gilingan Gandum


Suatu hari masuklah Rasulullah SAW menemui anandanya Fatimah az-Zahra rha. Didapatinya anandanya sedang menggiling syair (sejenis padi-padian) dengan menggunakan sebuah penggilingan tangan dari batu sambil menangis. Rasulullah SAW bertanya pada anandanya: "Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fathimah?, semoga Allah SWT tidak menyebabkan matamu menangis".

Fatimah rha. berkata: "Ayahanda, penggilingan dan urusan-urusan rumahtanggalah yang menyebabkan ananda menangis". Lalu duduklah Rasulullah SAW di sisi anandanya. Fatimah rha. melanjutkan perkataannya: "Ayahanda sudikah kiranya ayahanda meminta 'Ali (suaminya) mencarikan ananda seorang jariah untuk menolong ananda menggiling gandum dan mengerjakan pekerjaan-pekerjaan di rumah".

Mendengar perkataan anandanya ini maka bangunlah Rasulullah SAW mendekati penggilingan itu. Beliau mengambil syair dengan tangannya yang diberkati lagi mulia dan diletakkannya di dalam penggilingan tangan itu seraya diucapkannya "Bismillaahirrahmaanirrahiim".

Penggilingan tersebut berputar dengan sendirinya dengan izin Allah SWT. Rasulullah SAW meletakkan syair ke dalam penggilingan tangan itu untuk anandanya dengan tangannya sedangkan penggilingan itu berputar dengan sendirinya seraya bertasbih kepada Allah SWT dalam pelbagai bahasa sehingga habislah butir-butir syair itu digilingnya.

Rasulullah SAW berkata kepada gilingan tersebut: "Berhentilah berputar dengan izin Allah SWT", maka penggilingan itu berhenti berputar lalu penggilingan itu berkata-kata dengan izin Allah SWT yang berkuasa menjadikan segala sesuatu dapat bertutur kata. Maka katanya dalam bahasa Arab yang fasih: "Ya Rasulullah SAW, demi Allah Tuhan yang telah menjadikan baginda dengan kebenaran sebagai Nabi dan Rasul-Nya, kalaulah baginda menyuruh hamba menggiling syair dari Masyriq dan Maghrib pun niscaya hamba gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah SWT suatu ayat yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya para malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang dititahkan-Nya kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang dititahkan".

Maka hamba takut, ya Rasulullah kelak hamba menjadi batu yang masuk ke dalam neraka. Rasulullah SAW kemudian bersabda kepada batu penggilingan itu: "Bergembiralah kerana engkau adalah salah satu dari batu mahligai Fatimah az-Zahra di dalam Syurga". Maka bergembiralah penggilingan batu itu mendengar berita itu kemudian diamlah ia.

Rasulullah SAW bersabda kepada anandanya: " Jika Allah SWT menghendaki wahai Fathimah, nescaya penggilingan itu berputar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah SWT menghendaki dituliskan-Nya untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskan oleh Nya beberapa kesalahanmu dan diangkat-Nya untukmu beberapa darjat. Ya Fatimah, perempuan mana yang menggiling tepung untuk suaminya dan anak-anaknya, maka Allah SWT menuliskan untuknya dari setiap biji gandum yang digilingnya suatu kebaikan dan mengangkatnya satu derajat.

Ya Fatimah, perempuan mana yang berkeringat ketika ia menggiling gandum untuk suaminya maka Allah SWT menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh buah parit. Ya Fatimah, perempuan mana yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian mereka, maka Allah SWT akan mencatatkan baginya ganjaran pahala orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang bertelanjang.

Ya Fatimah, perempuan mana yang menghalangi hajat tetangga-tetangganya maka Allah SWT akan menghalanginya dari meminum air telaga Kautshar pada hari kiamat.

Ya Fatimah, yang lebih utama dari itu semua adalah keredhaan suami terhadap isterinya. Jikalau suamimu tidak redha denganmu tidaklah akan aku do'akan kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fatimah bahawa redha suami itu daripada Allah SWT dan kemarahannya itu dari kemarahan Allah SWT?

Ya Fatimah, apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah SWT akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka Allah SWT mencatatkan untuknya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah yakni berperang sabil.

Apabila ia melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya melahirkannya dan apabila ia meninggal tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman Syurga, dan Allah SWT akan menguniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah serta beristighfarlah untuknya seribu malaikat hingga hari kiamat.

Perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar maka Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya semua dan Allah SWT akan memakaikannya sepersalinan pakaian yang hijau dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan dan dikurniakan Allah untuknya seribu pahala haji dan umrah.

Ya Fatimah, perempuan mana yang tersenyum di hadapan suaminya maka Allah SWT akan memandangnya dengan pandangan rahmat. Ya Fatimah perempuan mana yang menghamparkan hamparan atau tempat untuk berbaring atau menata rumah untuk suaminya dengan baik hati maka berserulah untuknya penyeru dari langit (malaikat): "Teruskanlah 'amalmu maka Allah SWT telah mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu yang akan datang".

Ya Fatimah, perempuan mana yang meminyak-kan rambut suaminya dan janggutnya dan memotongkan kumisnya serta menggunting kukunya maka Allah SWT akan memberinya minuman dari sungai-sungai Syurga dan Allah SWT akan meringankan sakarotulmaut-nya, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman Syuga serta Allah SWT akan menyelamatkannya dari api Neraka dan selamatlah ia melintas di atas titian Siratol Mstaqim".

Besarnya kelebihan perempuan yang solehah. Berbahagialah kepada isteri yang solehah. Dan celakalah isteri yang tidak mendengar kata-kata suaminya. Agak-agak, beramai ramai isteri yang solehah macam yang Nabi Muhammad SAW sebutkankan kepada anaknya Fatimah di zaman kita sekarang ini?
posted by Abu Mus'ab @ 3:16 PTG   2 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::