:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

MURTAD SEMAKIN SERIUS
Khamis, Mei 31, 2007

Rakyat lebih pentingkan urusan dunia punca MURTAD semakin serius

Perbahasan Ucapan Dasar Ketua Pemuda PAS sempena Muktamar Dewan Pemuda kali ke-48 yang disampaikan perwakilan Pemuda PAS hari ini banyak memfokuskan kepada isu murtad yang melanda masyarakat Melayu Islam di negara ini.

Gejala murtad yang amat membimbangkan di kalangan umat Melayu Islam ini antara lain dikatakan berpunca dari kelemahan pemerintah Umno yang tidak memperdulikan kesan gejala murtad ini kepada umat Islam.

Umno sendiri didakwa tidak menghalang program-program hiburan dan dakyah kumpulan tertentu yang enjurus ke arah memurtadkan masyarakat Melayu Islam ini.

Sementara rakyat pula mutakhir ini dilihat terlalu cenderung kepada soal dunia sahaja dengan meninggalkan urusan akhirat (agama) jauh dari corak kehidupan mereka.

Dalam hal ini Pemuda PAS memandang serius soal memperjuangkan dan memperkatakan isu-isu yang menyentuh perkara-perkara dasar dalam Islam, kata pembahas Pemuda PAS Perak, Mohd Zawawi Abu Hassan dalam perbahasannya.

Dalam memperkatakan isu murtad, beliau turut mengingatkan sidang muktamar kepada peristiwa peperangan golongan yang ingkar tentang kefarduan berzakat yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW.

Jelasnya, dalam konteks Malaysia Pemuda PAS perlu melihat isu murtad sebagai satu isu yang tidak boleh dianggap bukan sekadar satu masalah semasa yang serupa dengan masalah mahupun isu lain.

Sebaliknya ia satu isu yang sangat serius yang boleh menghakis populasi umat Islam di negara ini dari semasa ke semasa, katanya.

Mohd Zawawi berkata masyarakat hari ini juga lebih cenderung memberatkan urusan dunia yang lain bahkan sanggup meremehkan zakat yang merupakan salah satu daripada rukun Islam.

Beliau telah memetik beberapa ayat al-Quran yang menyentuh peri pentingnya meletakkan keutamaan kepada Allah,rasul dan jihad di jalan Allah sebagai peringatan kepada seluruh sidang muktamar supaya melihat perkara tersebut sebagai satu perkara yang amat penting.
posted by Abu Mus'ab @ 4:08 PTG   0 comments
MASA DEPAN MILIK ISLAM
Selasa, Mei 29, 2007

Masa depan milik Islam

Keimanan kepada Islam harus sampai ke peringkat yakin bahawa masa depan adalah milik Islam. Islam diturunkan Allah SWT. Oleh itu Allah sahajalah yang paling mampu menyusun urusan hidup manusia. Dialah paling layak untuk memimpin manusia.

Islam adalah satu-satunya manhaj (sistem) atau cara hidup yang selaras dengan kehendak fitrah manusia yang sejahtera. Islam dapat memperseimbangkan tuntutan lahiriyah dan rohaniyah manusia. Firman Allah SWT:

“Tidakkah yang mencipta itu lebih mengetahui. Dan Allah itu Maha Penyantun lagi Maha Mengetahui.” (Al-Mulk: 14)

Mengapakah Islam akan menguasai masa depan dunia?

Jawapannya ialah:

1. Islam adalah manhaj Rabbani yang merupakan corak penghayatan yang kudus mengatasi sistem dan cara hidup ciptaan manusia. Islam mampu untuk kekal dan tamadunnya dapat memberikan saham untuk setiap zaman, tempat dan peringkat.

2. Manhaj hidup Islam yang universal menyerlahkan ciri keinsanan, ciri infitah (terbuka dan kelapangan) dan berupaya untuk menanggung sebarang kemungkinan. Ciri infitah ini melampaui pertimbangan kedaerahan, perkauman, kebangsaan dan sebagainya. Ciri-ciri ini adalah cetusan daripada Sibghah Rabbani.

3. Keanjalan manhaj hidup Islam memberikan daya untuk menghadapi aneka permasalahan hidup yang datang silih berganti. Sibghah atau ciri ini membuatkan Islam berkebolehan untuk berijtihad atau menyimpulkan hukum-hakam terhadap hal-hal yang tiada nas sama ada melalui Qiyas, Masalih Mursalah, Istihsan dan sebagainya.

4. Ciri manhaj hidup Islam yang menyeluruh membezakannya dengan sebarang manhaj atau sistem hidup duniawi yang mempunyai dimensi matlamat terbatas. Manhaj hidup Islam adalah ciptaan Zat Yang Maha Mengetahui akan masalah manusia, apa yang baik untuk manusia dan apa yang buruk untuk manusia. Dia Maha Mengetahui apa yang membahagia dan apa yang mencelakakan hidup manusia. Oleh itu Islam sahaja mampu memenuhi keperluan manusia baik individu mahupun kelompok, kepimpinan mahupun perundangan, urusan dalam negara mahupun urusan luar negara. Firman Allah SWT:

“Itulah sibghah (corakan/celupan) Allah, maka siapakah yang lebih baik celupannya daripada celupan Allah.” (Al-Baqarah: 138)

5. Sistem hidup sekular ciptaan manusia telah bersimpang-siur dan menemui kegagalan, baik di timur mahupun di barat, sama ada sistem kapitalisme, sosialisme, liberalisme ataupun komunisme. Tidak syak lagi semua sistem itu ada batasan dan kelemahannya. Hakikatnya semua sistem itu adalah ciptaan manusia dan lemah.

6. Dalam arena sosial, sistem-sistem yang dipanggil sistem kanan atau sistem kiri ternyata gagal memantapkan kebahagiaan, keharmonian dan kestabilan hidup manusia. Malah telah banyak malapetaka ditanggung oleh manusia cetusan daripada sistem-sistem itu. Ikatan kekeluargaan semakin terburai, kasih sayang semakin pudar dan akhlak semakin luntur. Nilai-nilai keutamaan dan keluhuran telah kehilangan harga. Ketegangan dan permusuhan mengambil tempat kedamaian dan ketenangan. Semangat egoistik dan mementingkan diri sendiri mengalahkan semangat kerjasama dan mengutamakan orang lain.

7. Dalam bidang ekonomi, sistem-sistem hidup kapitalisme dan sosialisme ternyata gagal mewujudkan syurga impian atau masyarakat serba adil seperti yang dilaung-laungkan. Daripada sistem-sistem ini tercetus bermacam krisis dan permasalahan hidup. Lahir pertarungan kasta, kezaliman sosial, ta’asub kepartaian, monopoli, kemiskinan, pengangguran dan seribu satu macam masalah lagi.

8. Dalam arena politik, sistem-sistem ala ketenteraan, demokrasi dan republik beraja atau tidak beraja bertanggungjawab melahir, merangsang dan membiakkan penyelewengan dan kejahatan di setiap peringkat. Penyalahgunaan kuasa, pilih kasih, rasuah, bermegah dengan kekuasaan, fitnah, pembunuhan, penggulingan kuasa yang silih berganti, pemberontakan, penyingkiran dan bunuh curi hampir-hampir menjadi kelaziman sistem-sistem tersebut.

9. Dalam bidang ketenteraan, sistem-sistem ini banyak menanggung dosa, mangabaikan nasib masyarakat dan negara Islam yang lemah. Peristiwa-peristiwa di Iraq, Lubnan, Kashmir, Eriteria, Bosnia, Mindanau, Chechnya, Palestin dan sebagainya adalah bukti-bukti nyata. Lebih parah, ada negara Islam atau Arab yang menjadikan krisis itu sebagai daun-daun permainan politik untuk digadai atau dipergunakan bagi menjamin kekuasaan mereka akan berterusan.
Firman Allah SWT:

“Wahai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)mu seimbang, dalam bentuk apa sahaja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu.” (Al-Infitar: 6-8)

Firman Allah SWT:

“Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja bersungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pastilah kamu akan menemui-Nya. Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya maka akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah, dan dia akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan gembira. Adapun orang yang diberikan kitabnya dari belakang maka dia akan berteriak: Celakalah aku. Dan dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka). Sesungguhnya dahulu (di dunia) bergembira di kalangan kaumnya (yang sama-sama kafir). Sesungguhnya dia menyangka bahawa dia sekali-kali tidak akan kembali (kepada Tuhannya). (Bukan demikian), yang sebenar, sesungguhnya Tuhannya selalu melihatnya." (Al-Insyiqaq: 6-15)
Jadi Yaqinlah wahai muslimin/muslimat sekalian, bahawa Islam akan memerintah dunia ini seperti mana dunia ini pernah diperintah oleh Nabi Muhammad SAW dan para Amiirul Mu`minin...Siapakah yang akan memerintah Mesia ? Tentulah Parti yang dasarnya Al-Quran dan As-Sunnah, bukan parti yang dasarnya Undang-undang Lord Reid..YAKINLAH !!!
posted by Abu Mus'ab @ 12:22 PTG   0 comments
KITE ADA KER CIRI-CIRI NI ?

CIRI-CIRI MEREKA YANG MENGHAYATI DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM

Bentuk kehidupan seseorang yang menghayati dan memperjuangkan Islam tentulah berbeza dengan manusia lain. Antaranya ialah:


1. Terikat dan menurut ajaran Islam.


Iman bukan sekadar cita-cita. Iman adalah suatu yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan melalui amal perbuatan. Allah SWT sering mengaitkan iman dengan amalan.


Firman Allah SWT: maksudnya;


“...orang-orang yang beriman dan beramal soleh ...” (Al-’Ashr: 3)
Dalam hubungan ini Allah SWT mengingatkan janganlah kita mengajak manusia lain berbuat baik sedangkan kita melupai diri kita sendiri. Firman Allah SWT:
“Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu membaca Al Kitab, tidakkah kamu berfikir?”. (Al-Baqarah : 44)


2. Mengutamakan kepentingan Islam.


Sabda Rasulullah SAW: mafhumnya;
“Berkisarlah untuk kepentingan Islam di mana kepentingannya berkisar.”


Baginda mengingatkan lagi dengan sabda yang bermaksud;
“Sesiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat hal ehwal orang Islam yang lain maka ia bukanlah dari golongan mereka (Islam).”


Rasulullah SAW menjelaskan secara langsung dengan sabda yang bermaksud;
“Engkau memegang pos-pos penting daripada pos-pos Islam, maka (awas) jangan sampai musuh dapat melepasi daripada penjagaanmu.”


3. Berasa mulia dengan kebenaran Islam dan yakin kepada Allah SWT.


Berasa mulia dengan kebenaran Islam dan yakin kepada Allah SWT adalah antara sifat-sifat orang-orang beriman. Allah mengingatkan dalam al-Quran di dalam firman-Nya yang bermaksud;


“Janganlah kamu berasa hina (lemah) dan jangan kamu berasa duka cita dan kamu adalah lebih tinggi (mulia) jika kamu (benar-benar) beriman.” (Ali Imran: 139)


Ketika para sahabat Rasulullah SAW berada dalam perlindungan kerajaan Habsyah dan menemui rajanya, Najasyi, paderi dan pendita yang ada di Istana Najasyi meminta mereka sujud untuk menghormati Raja Najasyi. Tetapi Ja’far bin Abi Thalib r.a yang menjadi ketua rombongan itu menjawab: “Kami tidak sujud melainkan untuk Allah SWT.”


4. Bekerja untuk Islam dan bekerjasama dengan pekerja-pekerja Islam.


Apabila kita mengaku Muslim, kita harus bekerja untuk Islam. Kita patut bekerja secara berjama’ah, bekerjasama dengan para pendakwah lain yang menyeru kepada Allah SWT, menyuruh melakukan kebaikan dan melarang melakukan kemungkaran. Kita harus bekerja keras untuk mewujudkan individu muslim, rumah tangga muslim, masyarakat muslim dan negara yang melaksanakan Islam dalam pemerintahan. Firman Allah SWT: maksudnya;


Kami akan perkuatkan tenagamu dengan saudaramu.” (Al-Qashash: 35)


Firman Allah SWT lagi: bermaksud;
“Bertolong-menolonglah kamu dalam urusan kebaikan dan jangan kamu bertolong-menolong dalam dosa dan permusuhan.” (Al-Maidah: 2)


Sabda Rasulullah SAW: maksudnya;


“Seorang muslim dengan seorang muslim yang lain adalah seperti binaan yang tersusun. Sebahagiannya meneguhkan sebahagian yang lain.”


“Tangan (pertolongan) Allah di atas (bersama) jamaah.”


“Sesungguhnya serigala itu memakan kambing yang terpencil (daripada kumpulannya).”


“Hendaklah kamu bersama-sama Jama’ah al-Muslimin dan kepimpinan mereka.”
posted by Abu Mus'ab @ 11:59 PG   0 comments
JANGAN LUPA FAKTA INI !
Sabtu, Mei 26, 2007

KENAPA 4.9 Juta Tidak Daftar Pemilih ?


Baru-baru ini Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Rashid Abdul Rahman mendedahkan 80 peratus daripada 4.9 juta rakyat Malaysia masih belum mendaftar sebagai pemilih adalah orang Melayu.


Menurutnya alasan mereka enggan mendaftar kerana tidak berminat dengan politik, malas, terlalu sibuk dan tidak tahu di mana tempat pendaftaran dibuat.


Ekoran itu, pelbagai pihak menyarankan pendaftaran perlu dilakukan secara automatik apabila mencapai usia 21 tahun. Manakala Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula membidas 4.9 juta rakyat tidak mendaftar sebagai pemilih, sebaliknya mereka tidak lupa mengundi bagi program realiti televisyen.


Jelaslah bahawa keadaan demokrasi di Malaysia sudah berada di tahap terburuk sejak merdeka. Perangkaan 80 peratus orang Melayu daripada 4.9 juta yang layak mengundi enggan mendaftar adalah perkara serius. Soalnya kenapa?


Jawapannya mudah sahaja. Semuanya bertitik tolak disebabkan faktor kekecewaan.


i) Mereka kecewa kerana sistem paksaan oleh Umno/BN yang menyalahgunakan demokrasi.


ii) Mereka kecewa kerana amalan di Malaysia tidak boleh pilih selain daripada Umnno/BN.


iii) Mereka kecewa apabila memilih PAS, Keadilan atau DAP sudah tentu akan berdepan dengan tekanan, diugut, ditindas, dilabel negatif, ditahan kenaikan pangkat, dianaktirikan, dikhianati dan dinafikan hak-hak mereka walaupun ia dijaminkan oleh perlembagaan.


iv) Mereka kecewa dengan politik wang (rasuah) baik dalam perhimpunan agung Umno atau semasa pilihan raya kecil atau umum. Apa tidaknya seorang Naib Presiden Umno yang pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan turut terlibat dengan amalan ini. Apa lagi yang boleh diistilahkan apabila peruntukan sebanyak RM36 juta diisytiharkan oleh Umno/BN di tengah-tengah kempen pilihan raya Ijok.


v) Mereka sudah meluat dengan amalan pengundi hantu, penggunaan kad pengenalan palsu, boleh mengundi dua kali, wujudnya dua daftar pemilih, menukar lokaliti pemilih dan sistem undi pos yang sudah ketinggalan. Walaupun ditegur beratus kali, kerajaan masih terus kekalkan dengan amalan permainan yang sama. SPR pula tetap berpihak dan tidak pernah berdiri di tengah.


vi) Mereka ‘fed up’ dengan kerajaan BN yang tidak melayan kritikan dan rungutan SPR sendiri tentang perihal lapuknya Akta Pilihan Raya sedia yang sudah berusia 50 tahun.


vii) Bagi pengundi muda, mereka sentiasa berada di dalam tekanan. Mereka tidak diberi ruang untuk berkata tidak kepada Umno/BN. Apa lagi bagi golongan mahasiswa dan mahasiswi. Bukan itu sahaja, ibu bapa mereka juga ditekan. Bagi golongan belia, badan-badan bukan kerajaan, JKKK, jawatankuasa masjid, PIBG, persatuan dan kesatuan sering berdepan dengan pelbagai tekanan.


Berdasarkan fakta di atas , inilah puncanya berkembang gejala sindrom bisu di kalangan rakyat. Mereka tidak berminat lagi mendaftar sebagai pemilih. Ada kalanya tidak keluar mengundi. Kalau keluar mengundi pula mereka rosakkan undi.


Semua ini sudah cukup jelas protes senyap dibuat rakyat yang mungkin berjumlah 4.9 juta orang. Semua ini sedang menghantar demokrasi kita kepada sebuah ‘mockery’. Ia ditertawakan semua orang baik termasuk di Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura, Austrlia dan India.


Inilah yang membawa kepada orang muda kita berpusu-pusu menyertai sistem pengundian dalam rancangan-rancangan realiti televisyen. Ini kerana undian mereka tidak akan diselewengkan. Artis yang dipilih akan muncul sebagai juara. Ia jauh berbeza dengan undian dalam sistem demokrasi.


Bagaimanapun sekiranya kerajaan gagal bertindak, kita khuatir pada suatu masa nanti, pemimpin yang menang secara tipu tidak lagi akan dihiraukan rakyat.


Mungkin akan ada rakyat yang akan menyebut “aku memang meluat”, dan seorang lagi pula berkata, “aku pun sama”.


Tragedi pembunuhan 32 pelajar Universiti di Virginia baru-baru ini kalau diteliti ada kaitannya dalam isu ini. Ia juga semacam loceng amaran kepada seluruh dunia bahawa emosi yang terlalu tertekan kadang-kadang boleh membawa kesan di luar dugaan yang cukup mengerikan. Na’uzubillah.


Jangan disangka orang yang diam itu tidak faham. Kadang-kadang rakyat pura-pura diam. Mereka memerhati dan menunggu mengesahkan kejahatan si zalim. Sebaliknya dalam gah itu, ada pemimpin tanpa sedar sedang menelanjangi kerisnya dengan penuh kebodohan.
posted by Abu Mus'ab @ 1:25 PTG   0 comments
ISTIMEWANYA PAS !
Selasa, Mei 22, 2007

PENGENALAN MENGENAI PAS

Apa itu PAS?

· PAS atau Parti Islam Se Malaysia berasal dari dari rintisan Hizbul Muslimin yang ditubuhkan pada 14 Mac 1948 sebelum merdeka. Hizbul Muslimin diharamkan oleh British pada bulan Ogos 1948

· Walaupun begitu obor perjuangan Hizbul Muslimin diteruskan sehinggalah PAS ditibuhkan pada 24 November 1951.

· Kini PAS adalah pertubuhan berdaftar dan ia bukan pertubuhan bawah tanah.

Apakah prinsip dan dasar dalam Perlembagaan PAS?

· Dasar PAS ialah Islam dan seruan PAS ialah Allahuakbar. PAS bukan parti kominis atau nasionalis.

· Matlamat PAS ialah memperjuangkan bagi mewujudkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalam nilai-nilai Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan ALLAH.

· Pas mempertahankan kesucian Islam serta kedaulatan dan kemerdekaan negara.

Mengapa Gerakan Islam atau Harakah Islam ditubuhkan?

· Tuntutan Islam: "Hendaklah ada satu golongan daripada kamu yang menyuruh kepada kebajikan, menegakkan yang ma'aruf dan mencagah kemakmuran"( Ali- Imran: 104).

· Rasul dan nabi-nabi. Ulama' adalah waris para ambiya'.

· Persidangan para ulama', tuan-tuan, guru, dan ustaz-ustaz yang bersidang di Sekolah Agama Ehya AL- Syarif di gunung Semanggol, Perak pada 14 November 1948 telah bersependapat betapa perlunya kewujudan suatu gerakan Islam atau Harakah Islamiyyah apabila tidak ada negara Islam.

Bagaimana menjadi ahli PAS?

· PAS adalah suatu pertubuhan berdaftar dan di sisi undang-undang Malaysia. Oleh itu, keahlian PAS terbuka kepada rakyat Malaysia yang mencapai usia baligh dan berugama Islam tanpa mengira latar belakang kaum.

· Kaum Melayu, Cina, India, orang asli dan semua rakyat Malaysia yang beragama Islam yang bermastatutin di Malaysia boleh memohon menjadi ahli PAS.

· Menjadi ahli PAS di negara ini bukan kesalahan jenayah. Oleh itu, samada anda pegawai kerajaan, korporat, teknokrat, profesional, kerani, peniaga kecil-kecilan, buruh, petani, nelayan, lelaki dan perempuan, anda boleh menjadi ahli PAS.

· Dapatkan borang permohonan ahli PAS dari cawangan berdekatan.

Bagaimana kedudukan orang bukan Islam jika PAS memerintah?

· Boleh memilih agama masing-masing.

· Boleh mengamalkan cara hidup dan budaya kaum masing-masing.

· Hak bukan orang Islam dijamin termasuk aktiviti ekonomi yang tidak bercanggah dengan Islam, keselamtan diri, harta benda, dan keluarga mereka, peluang mendapatkan pendidikan, peluang pekerjaan, kebajikan, dan hubungan bermasyarakat.

Bagaimana dengan arak pelacuran, judi dan rasuah jika PAS memerintah?

· Prinsip umum menyatakan bahawa sesuatu yang boleh merosakkan diri sendiri dan menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan orang lain dalam masyarakat boleh diharamkan.

· Penggunaan arak di kalangan bukan Islam adalah terhad, dan haram ke atas orang Islam.

· Judi, pelacuran, dan rasuah bukanlah budaya orang bukan Islam dan diharamkan ke atas orang Islam.

Mengapa PAS tidak sehaluan dengan UMNO?

· Dasar PAS ialah Islam. PAS hanya boleh bersatu dengan parti yang menerima dasar ini. Dasar UMNO ialah kebangsaan atau nasionalisma.

· PAS menerima Islam sebagai suatu cara hidup dan mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berkebajikan serta mendapat keampunan dan keredhaan Tuhan.Manakala UMNO mahu mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara sekular yang memisahkan agama dari semua aspek kehidupan.

· PAS tidak bersetuju dengan beberapa bahagian dalam Perlembagaan Persekutuan kerana ia bercanggah dengan prinsip dan dasar keadilan sejagat, manakala UMNO masih terus-menerus mahu mengekalkan Perlembagaan Persekutuan yang bercanggah dengan prinsip dan dasar keadilan sejagat.

· PAS menolak sebarang bentuk judi, pelacuran, rasuah, pergaulan bebas, riba, dan hiburan yang melalaikan manakala UMNO tidak bersungguh-sungguh dalam membanteras kemungkaran.

Apakah prinsip PAS dalam soal kerjasama dengan UMNO atau parti-parti politik lain?

· Dasar PAS ialah Islam.

· PAS bersatu atas dasar Islam seperimana yang disebutkan di dalam Al-Qur'an: "Berpegang teguhlah pada tali Allah dan jangan kamu berpecah- belah." Ali-Imran: 103. Berpegang kepada prinsip dan dasar Islam adalah pra-syarat kepada perpaduan. Perpaduan dan kesatuan hanya boleh dicapai selepas pendirian pertama dipegang dengan teguh.

Mampukah PAS memerintah?

· Insya' Allah, PAS bersedia memerintah Malaysia sekiranya diberi mandat majoriti oleh rakyat dalam proses pilihanraya.

· PAS wajib melaksanakan pembangunan negara sebagaimana parti lain yang menang dalam pilihanraya. Tetapi pembangunan material yang tidak diseimbangkan akhlak dan saksiyyah akan merosakkan negara. Agenda pemerintahan PAS ialah negara maju yang mendapat keampunan dan keredhaan Allah.

Mengapa PAS menjadi parti politik?

· Menyuruh kepada kebajikan, menegakkan yang ma'aruf dan mencegah sesuatu kemungkaran memerlukan kuasa bagi melaksanakannya.

· Kuasa pelaksanaan hanya boleh didapati secara sah melalui proses demokrasi yang dibenarkan dengan mengambil bahagian dalam pilihanraya.

· PAS tidak beriman dengan sistem demokrasi negara tetapi mengambil manfaat daripada peluang yang diberikan (melalui sistam demokrasi) untuk menyatakan risalah Islam bagi menegakkan perundangan Islam dan memerintah negara dengan cara Islam sebagaimana yang dituntut oleh Islam.

· Kaedah Usul Fiqh 1: " Jika tiada terlaksana sesuatu yang wajib sehingga ada perkara yang membawa ia terlaksana, maka tidak dapat tidak perkara tersebut juga menjadi wajib."

· Kaedah Usul Fiqh 2: "Sesuatu perkara yang menjadi penjaga terhadap sesuatu hal itu, hukumnya adalah sama dengan yang dijaga.:

Dapatkan buku "Memahami Sejarah Penubuhan PAS dan Perlembagaan PAS" yang ditulis oleh YB Senator Ustaz Haji Hassan Shukri dan buku tersebut diterbitkan oleh Badan Perhubungan PAS Selangor. Buku tersebut boleh didapati di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Selangor di Sementa.


posted by Abu Mus'ab @ 11:21 PG   0 comments
SUKANYA AKU...
Ahad, Mei 20, 2007

LUCU YA ?

Lucu ya,
wang RM10.00 kelihatan begitu besar bila di bawa ke kotak amal masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket .


Lucu ya,
45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk berdikir


Lucu ya,
betapa lamanya dua jam berada di Masjid,tapi betapa cepatnya dua jam berlalu melayari Internet


Lucu ya,
susah merangkai kata untuk dipanjatkan di saat berdoa atau solat,tapi betapa mudahnya cari bahan bualan bila bertemu kengkawan


Lucu ya,
betapa serunya perpanjangan waktu di pertandingan bola kesukaan kita,tapi betapa bosannya bila imam Tarawih bacaannya yang lama.


Lucu ya,
susah sangat baca Al-Quran 1 juz saja,tapi novel best-seller 100 halaman pun habis dibaca.


Lucu ya,
orang-orang pada berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, dan berebut cari saf paling belakang hari Jumaat agar boleh cepat keluar.


Lucu ya,
kita perlu undangan pengajian 3-4 minggu sebelumnya agar dapat disiapkan dalam jadual kita, tapi untuk acara lain jadual kita sama sekali diubah seketika.


Lucu ya,
susahnya orang mengajak untuk dakwah, tapi mudahnya orang menyebar gossip.


Lucu ya,
kita begitu percaya pada yang dikatakan orang, tapi kita sering mempertanyakan apa yang dikatakan AlQuran.


Lucu ya,
semua orang ingin masuk surga tanpa harus beriman,berpikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa.


Lucu ya,
kita mampu menyusun ribuan ayat untuk chatting,tapi bila ngirim yang berkaitan dengan ibadah sering mesti berpikir dua-kali.


LUCU YA ?
"Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orangmu'min bahawa sesungguhnya bagi mereka kurnia yangbesar dari Allah. (QS. 33:47)"
posted by Abu Mus'ab @ 11:32 PG   0 comments
Selamat Hari GURU...
Rabu, Mei 16, 2007

Apakah Peranan Guru Yang Sebenarnya ?


Sebagaimana yang kita maklum bahawa pada 16 Mei setiap tahun, kaum guru seluruh negara menyambut perayaan hari guru sebagai satu penghargaan dan pengiktirafan terhadap khidmat dan jasa bakti mereka.


Perayaan hari guru ini disambut dengan penuh kesedaran dan keinsafan bagi mengenang pengorbanan dan keluhuran akal budi para guru.


Masyarakat yang berilmu meletakkan guru atau pendidik sebagai insan yang mulia dan berjasa kerana merekalah yang bertanggungjawab mendidik manusia bagi melahirkan generasi muslim yang beriman dan beramal soleh serta sanggup melaksanakan tugas terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Guru dalam sejarah hidupnya sentiasa menghargai kejayaan anak didiknya serta sanggup bekorban dan melakukan apa sahaja untuk manfaat dan kesejahteraan orang lain. Firman Allah taala di dalam Al-Quran :


يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت


Maksudnya:
“Supaya Allah taala meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat”. (Surah Al-Mujaadalah: Ayat 11)


Peranan guru adalah luas. Guru adalah pendidik, pembimbing dan pendorong. Dia juga penyampai ilmu, penggerak dan penasihat. Ini bermaksud, guru atau pendidik mempunyai tugas dan tanggungjawab yang mencabar.


Dalam Islam terdapat 4 martabat guru atau pendidik iaitu:


1- Mudarris : yang bermaksud guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka sahaja.


2- Mu’allim : yang bermaksud guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka tetapi turut menyampaikan ilmu-ilmu lain.


3- Mursyid : yang bermaksud guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar.


4- Murabbi : yang bermaksud guru yang mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didik mereka menjadi manusia yang berilmu, bertaqwa dan beramal soleh.


Sesungguhnya peranan pendidik bukanlah terhad kepada kaum guru sahaja tetapi juga kepada ibubapa, tok guru, tok imam, tok bilal dan siapa sahaja yang mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran, mereka adalah pendidik. Ini bermakna kita semua adalah pendidik.


Peranan guru dalam mendidik masyarakat amatlah besar dan luas. Antaranya ialah:


1- Menyampai aqidah dan keimanan yang tulen untuk menghidupkan hati dan menghubungkan manusia dengan Allah, meyakinkan pertemuan dengan Allah, mengharapkan rahmatNya dan takutkan siksaanNya.


2- Menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran meliputi fardhu ain dan fardhu kifayah yang menjadi asas ubudiyah (pengabdian diri kepada Allah), hubungan harmoni sesama manusia dan alam.


3- Membentuk akhlak atau peribadi mulia supaya menjadi contoh tauladan kepada orang lain.


Sehubungan dengan itu, marilah kita sama-sama menghayati nasihat Luqman Al-Hakim sebagaimana yang digambarkan oleh Al-Quran:


يبنى أقم الصلوة وأمر بالمعروف وانه عن المنكر واصبر على ماأصابك إن ذلك من عزم الأمور


Maksudnya:
“Wahai anakku! Dirikanlah Solat (sembahyang), dan suruhlah berbuat baik serta cegahlah kemungkaran dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpa kamu, sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya”. (Surah Luqman : Ayat 17)


Pada hari ini ada orang menganggap tugas mendidik tiada kaitan dengan peranan dan tanggungjawab kita. Jika tanggapan ini berterusan, kita bimbang penyakit sosial yang melanda remaja Islam hari ini semakin parah.


Sabda Rasulullah Sollallahu `alaihi wasallam:


كلكم راع وكلكم مسؤل عن رعيت


Maksudnya:
“Setiap kamu adalah penjaga dan setiap kamu ditanya berkaitan dengan tanggungjawabnya”. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)


Untuk mengelakkan gejala sosial daripada merebak dan terus melanda masyarakat kita, maka adalah menjadi tugas dan tanggungjawab ibubapa dan mereka yang bertanggungjawab di kampung atau di bandar khususnya Wakil Rakyat, Pemerintah dan Kerajaan sama-sama mengembeleng tenaga dengan memberi perhatian utama terhadap pendidikan anak-anak dan para remaja. Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulum Ad-Diin menjelaskan supaya kita mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak, dengan mengajar Al-Quran, Hadis-hadis Nabi Sollallahu `alaihi wasallam, sejarah para Sahabat RA dan para Solehin, hukum-hukum agama dan termasuk juga pendidikan jasmani.


Antara perkara asas yang mesti diberi perhatian dan penekanan ialah:


1- Mendidik anak dan remaja menunaikan solat secara berterusan. Sabda Rasulullah Sollallahu `alaihi wasallam:


مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع سنين واضربوهم عليها وهم أبناء عشر وفرقوا فى المضاجع


Maksudnya: “ Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila mereka mencapai umur 7 tahun dan pukullah mereka apabila mereka mencapai umur 10 tahun serta pisahkan di antara mereka tempat tidur ”.( Hadis Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim)


Berkata Sayyidina Ali Karramallahu wajhah:


علموا أولادكم وأهليكم الخير وأدبوهم


Maksudnya: “Ajarlah anak-anak kamu dan ahli rumahtanggamu kebaikan dan perbaikilah adab sopan mereka ”.


2- Mempamerkan tingkah laku dan tauladan yang baik.
Firman Allah taala:


لقد كان لكم فى رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجوا الله واليوم الأخر وذكر الله كثيرا


Maksudnya: “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang terbaik iaitu bagi sesiapa yang sentiasa mengharapkan ( keredhaan ) Allah taala dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (di dalam masa Sedih dan Senang)”. (Surah Al-Ahzab:Ayat 21)


Marilah kita sama-sama berusaha menjayakan matlamat pendidikan untuk melahirkan pelajar dan masyarakat yang beriman, berilmu dan berketerampilan, yang dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.


Masyarakat yang ingin kita bina ialah masyarakat yang berwawasan, bercita-cita luhur dan murni, bekerjasama, adil dan bertanggungjawab sesama insan tanpa mengira bangsa, budaya dan keturunan.


Bagi mencapai matlamat murni ini, marilah kita semua bersatu dan mengambil tanggungjawab sebagai guru bagi menyokong setiap aktiviti dan program pendidikan. Apabila ini telah dilaksanakan bermakna kita telah sama-sama menyokong serta memartabatkan profesyen keguruan, sekaligus melaksanakan konsep amar ma’ruf dan nahi munkar.
posted by Abu Mus'ab @ 11:24 PG   1 comments
Lalainya Orang ISLAM
Sabtu, Mei 12, 2007

Kemelesetan Yang Dilupai

Ketika sebahagian manusia di akhir-akhir ini sibuk bercakap berkenaan dengan kemerosotan ekonomi yang dialami oleh mereka, mereka tidak sedar terdapat perkara yang lebih merbahaya daripada kemelesetan ekonomi yang berlaku iaitu kemelesetan aqidah, keimanan dan keyaqinan kepada Allah taala dan ajaran Islam. Sebenarnya bermula daripada keruntuhan aqidah itulah, berlakunya keruntuhan akhlak, politik, ekonomi dan keruntuhan yang lain-lain.

Semua manusia mempercayai kewujudan Allah taala, tuhan sekalian alam secara fitrah (semula jadi). Firman Allah taala yang bermaksud :

"Jika kamu (wahai Muhammad SAW) bertanyakan mereka: Siapakah yang menjadikan langit dan bumi ? Nescaya mereka menjawab Allah".
(surah Az-Zumar:38)

Samaada mereka itu sudah bertamadun atau tidak, menganut agama Samawi seperti Yahudi, Nasrani atau beragama Islam, mereka yakin bahawa hanya Allah taala tuhan yang menjadikan ala mini. Namun, di dalam urusan hidup seperti bidang ekonomi, politik, pentadbiran, hukum-hakam dan sebagainya, mereka sudah mula tidak yakin kepada Allah taala, walaupun mereka ini masih bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa dan mengerjakan haji.

Sebenarnya, para Nabi dan Rasul 'alaihimussolaatu wassalam adalah manusia yang paling baik dan sempurna daripada kalangan manusia yang dipilih oleh Allah taala untuk menerima Islam dan menyampaikan secara tepat dan sempurna kepada manusia tanpa takut dan gerun kepada sebarang ugutan dan tanpa boleh dibeli dengan pelbagai harta benda dunia. Namun begitu, mereka masih enggan menerima ajaran para Rasul 'alaihimussolaatu wassalam samada di dalam perkara ibadat atau urusan hidup setelah dinyatakan hukumnya samada Halal, Haram, Sunat, Harus dan Makruh.

Manusia lebih rela mengadakan peraturan-peraturan dan hukum-hakam sendiri menurut hawa nafsu mereka di dalam perkara-perkara yang tidak diizinkan oleh Allah taala seperti menghalalkan riba sedangkan ianya adalah haram di sisi Allah taala. Menghalalkan arak sedangkan Al-Quran menyatakan pengharamannya dan lain-lain lagi peraturan yang direka-reka oleh mereka. Mereka tidak dapat menjawab soalan Allah taala yang bermaksud:

"Apakah Allah yang Maha Pencipta itu tidak mengetahui (apa yang kamu lakukan terang-terangan atau sembunyi?) dan Dia Maha Penyantun lagi Maha Mengetahui".

Allah Maha Mengetahui semua perkara secara sedetail-detailnya. Allah taala mengharamkan sesuatu kerana mengetahui keburukan-keburukan yang ada padanya dan menghalalkan sesuatu kerna mengetahui faedah-faedah yang akan diperolehi oleh manusia. Oleh kerana mereka mencipta sendiri peraturan-peraturan hidup, maka berlakulah pelbagai keruntuhan seperti keruntuhan ekonomi, akhlak, politik dan sebagainya, sebagai sebab daripada keruntuhan aqidah yang dialami oleh mereka.

Oleh itu, hendaklah kita insaf bahawa tiada siapa yang lebih mengetahui daripada Allah taala di dalam mengendalikan urusan hidup manusia. Marilah kita patuh dan tunduk kepada ajaran Islam yang diturunkan oleh Allah taala itu. Sekarang ini ramai manusia termasuklah orang-orang Islam sendiri telah terpengaruh dengan orang-orang Yahudi, sedangkan kita telah diberikan amaran oleh Allah taala di dalam firmanNya yang bermaksud:

"Apakah kamu beriman (dan beramal) dengan sebahagian daripada kitab (Taurat) dan kufur dengan sebahagian yang lain? Tidak ada balasan bagi sesiapa yang melakukan demikian kecuali ditimpa kehinaan hidup di dunia, dan di hari Qiamat dimasukkan ke dalam azab yang pedih. Dan Allah taala tidak lalai daripada apa yang kamu kerjakan".

Walaupun sebahagian daripada kita bercakap bahawa keruntuhan ekonomi berpunca daripada perancangan Yahudi yang berniat jahat terhadap umat-umat lain, dengan disedari ataupun tidak, atau sengaja berpura-pura tidak sedar, sebenarnya umat Islam telah terpengaruh dengan perangai-perangai Yahudi seperti mempermainkan hukum Allah taala dan SyariatNya.

Ini semua berlaku kerana umat Islam telah terpengaruh dengan kehidupan dunia yang sementara. Memang harta benda mesti dicari oleh manusia untuk keperluan makan minum, pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan sebagainya tetapi semuanya itu adalah menjadi alat kepada manusia, bukannya matlamat hidup. Masalahnya sekarang, manusia menjadikan dunia sebagai matlamat bukannya alat. Oleh itu, apabila berlakunya keruntuhan ekonomi mereka rasakan seolah-olah dunia hendak Qiamat dan ekonomilah yang paling penting di dalam hidup mereka. Sedangkan agama, aqidah dan akhlak dijadikan perkara-perkara sampingan sahaja.

Marilah kita merenung hadis yang menceritakan apabila Abu Ubaidah Umar bin Al-Jarraah Radhiallahu 'anhu membawa pulang harta benda yang dikumpulkan di Bahrain, setelah orang-orang Islam di Madinah mengetahui kepulangannya, mereka beramai-ramai berkumpul di masjid pada waktu Subuh bersembahyang bersama-sama dengan Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam. Apabila Baginda selesai menunaikan solat lalu berpaling kepada mereka lantas bersabda yang bermaksud:

"Demi Allah, bukannya kemiskinan yang aku bimbang berlaku ke atas kamu, tetapi yang aku bimbang ialah apabila dibentangkan ke atas kamu (nikmat) dunia sebagaimana telah dibentangkan kepada orang-orang sebelum daripada kamu. Maka kamu akan berlumba-lumba mendapatkannya sebagaimana mereka juga berlumba-lumba. Kamu akan binasa kerana berebut-rebut sesama kamu sebagaimana mereka juga binasa kerana berebut-rebut sesama mereka".

Apa yang menjadi kebimbangan kepada Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam bukannya kemelesetan ekonomi tetapi keruntuhan agama dan aqidah. Tetapi manusia pula sebaliknya, mereka lebih bimbang dengan kejatuhan ekonomi. Marilah kita menyedari perkara ini supaya janganlah aqidah kita jadi meleset di dalam keadaan kemelesetan ekonomi, politik dan akhlak sekarang ini.

posted by Abu Mus'ab @ 6:56 PG   0 comments
Apa Nak Jadi Malaysia Lepas Ni
Rabu, Mei 09, 2007

TENTANGAN PEMERINTAHAN SEKULAR
( تحديات الحكومة العلمانية )


Pemerintahan sekular adalah sebuah pemerintahan yang menjarak agama dari
politik .Ini bererti semua orentasi pemerintahan dan pentadbiran negara bebas serta tidak terikat dari prinsip dan pandangan agama . Sebaliknya berasaskan kepada apa yang dipandang baik oleh pemerintah.


Sedang Islam adalah satu agama yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia termasuk urusan pemerintahan negara mestilah tunduk dan patuh kepada hukum Ilahi .



وَأَنْ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنْ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ . أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنْ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ . يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ

وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ


Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.
( Al Maidah 49 - 51 )



Pemerintahan sekular adalah natijah kepada serangan pemikiran yang dihadapkan kepada ummat Islam . Ianya berfungsi untuk membendung semangat beragama yaang ada pada ummat Islam sekaligus mereka mampu mematahkan usaha penguasaan terhadap ummat Islam.


Antara tindakan yang diambil untuk mengekalkan pemerintahan sekular ialah :


1) Menyebarkan fikrah tidak beragama (فكرة اللادنية )


· Mereka memaksa pemikiran ini bertapak di minda ummat Islam dengan apa jua cara termasuk kekerasan.
· Mereka memaksa anak-anak ummat Islam mempelajari sejarah dan tamadun Barat melalui sistem pendidikan yang terpisah jauh dari ruh Ubudiyyah.
· Melontarkan istilah - istilah negatif kepada pejuang Islam seperti pelampau , ekstrim dan lain-lain untuk menanam rasa benci kepada Islam dan pejuangnya di hati pemuda/i.
· Menganjur perhimpunan yang bercampur gaul lelaki dan perempuan sehingga ia dianggap rutin dan bertamadun serta terkini.
· Mencipta pelbagai fesyen pakaian yang mendedahkan aurat.


2) Mengekang Harakah Islamiyyah


· Mereka meletakkan Harakah Islamiyyah sebagaai musuh utama mereka yang mampu menggugat kestabilan pemerintahan mereka dan mampu kembali menyatukan kesatuan ummat Islam.
· Lantaran itu, mereka mengambil tindakan tegas demi menghalang Harakah Islamiyyah . Pelbagai tuduhan dan helah dilakukan semata-mata untuk memastikan Harakah Islamiyyah berkubur.


3) Undang-undang ciptaan manusia


· Hasrat mereka adalah untuk melenyapkan syariah Islamiyyah daripada terus bertapak di bumi dan di hati ummat Islam.
· Mereka membentuk demokrasi dan undang-undang ciptaan manusia untuk mentadbir negara dan masyarakatnya sebagaimana mereka meletakkan sistem kapitalis dalam pengurusan ekonomi.
· Memecahkan kesatuan negara-negara ummat Islam kepada negara-negara kecil yang mempunyai undang-undang masing-masing selain dari syariat Islamiyah.
· Mengekalkan prinsip politik sekular mereka ( pecah dan perintah ).

4) Sistem pendidikan sekular


· Suatu sistem yang membuatkan pemuda/i tidak mengenal Islam malah tidak mengenal lagi kalimah .
· Sistem yang memburu kehidupan dunia yang sementara dan lupa kehidupan akhirat yang kekal.
· Sistem yang memuja kebendaan dan kedudukan serta memandang rendah hidup beragama.
· Sistem yang membuang jauh ruh agama dari setiap mata pelajaran yangn dikemukakan di peringkat sekolah dan universiti .
· Sistem yang mendidik pergaulan bebas antarta lelaki dan perempuan sejak di peringkat bawah hingga ke peringkat universiti.
· Menghapuskan tulisan jawi atau huruf al-Quran dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dunia agar ummat Islam jauh dari sumber utama syariat mereka.
posted by Abu Mus'ab @ 11:59 PG   0 comments
Apakah Bahayanya Penubuhan IFC Terhadap Islam?
Ahad, Mei 06, 2007

Apakah Bahayanya Penubuhan IFC Terhadap Islam?


Berdasarkan draf undang-undang penubuhan IFC, suruhanjaya ini jika ditubuhkan amat berbahaya kepada Islam dari sudut:


1. Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam. IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah campurtangan orang bukan Islam dalam hal ehwal agama Islam. Hak perlembagaan bagi mengamalkan agama sendiri (Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan – Freedom of religion (Kebebasan beragama) tidak berlanjutan kepada mempersoalkan agama lain dan tidak sampai menuntut ajaran agama orang lain dipinda semata-mata untuk disesuaikan dengan kepentingan sendiri. Orang-orang bukan Islam berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campurtangan urusan agama Islam. Campurtangan ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam sendiri.


2. Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah.Norma-norma antarabangsa tersebut ialah:


• Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948

• Konvensyen untuk menghapuskan semua jenis diskriminasi terhadap wanita (disahkan oleh Malaysia pada 5 Julai 1995)

• Konvensyen mengenai hak kanak-kanak.

• Deklarasi untuk menghapuskan semua bentuk ketidaktoleransi dan diskriminasi berasaskan agama.

• Deklarasi mengenai hak-hak orang untuk mempunyai kewargaan, sukukaum, agama dan bahasa minoriti.

• Deklarasi Vienna dan plan tindakan.Kesemua norma antarabangsa tersebut belum disahkan oleh Malaysia kecuali yang dinyatakan sebaliknya.


IFC menuntut supaya agama mestilah mengikut ketentuan norma antarabangsa di atas. Norma antarabangsa tersebut tidak membezakan antara orang Islam dan bukan Islam. Bagi orang Islam, peraturan untuk kehidupan mereka bukan lagi Islam tetapi norma-norma antarabangsa tersebut yang dicipta oleh manusia. Apa sahaja ajaran Islam yang bertentangan dengan norma antarabangsa hendaklah dihapuskan. Ini bermaksud, Allah mesti tunduk kepada norma antarabangsa. Ini menjejaskan aqidah seorang Muslim.


3. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja Manusia adalah bebas. Begitu juga orang Islam adalah bebas. Mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk mengamalkan ajaran agama lain tetapi masih boleh mengaku sebagai seorang Muslim atas nama kebebasan beragama. Kebebasan agama ini dijamin oleh norma antarabangsa di atas.


4. Orang Islam bebas untuk murtad Deklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia menyatakan ‘setiap orang mempunyai hak untuk bebas berfikir, suara hati dan agama. Ini termasuk kebebasan menukar agama....(artikel 18)’. Ini bermaksud status sebagai seorang Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi ditentukan oleh manusia. Berdasarkan norma antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang penganutnya keluar daripada Islam kerana itu dibenarkan oleh norma antarabangsa.


5. IFC berhak menentukan status agama seseorang. Seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC. Permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang diantaranya adalah bukan Islam. Ini adalah campurtangan yang amat nyata dalam hal ehwal agama Islam. Jabatan Pendaftaran Negara tidak berhak menolak permohonan seseorang untuk menukar nama daripada nama Islam kepada bukan Islam dengan alasan suatu percubaan untuk murtad. Jika permohonan ditolak ini menjejaskan keharmonian dan kebebasan beragama. Perkara ini terkandung di dalam seksyen 19(3) draf undang-undang IFC.


Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC?


1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.


2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.


3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.


4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.


5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.


6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.


7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pesakanya selepas kematiannya.


8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.


9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.


10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.


11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.


12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.


13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.


14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.


Apakah sikap PM dan menteri?


Menurut kenyataan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, penubuhan IFC cuma ditangguhkan. Penubuhannya tidak pernah dihalang. Jawatankuasa Kaukus Parlimen Berkenaan Hak Asasi Manusia melalui pengerusinya, Dato’ Sri Mohamed Nazri Aziz yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri sepakat bersama 50 NGO menolak penggunaan undang-undang dalam menjaga moral individu. Ini kerana moral adalah hak peribadi individu dan kewujudan undang-undang untuk mengawalnya dikira melanggar hak asasi manusia. Kenyataan ini bermaksud, peraturan dan undang-undang Islam tidak boleh digunakan untuk mengawal akhlak orang Islam atau dengan kata lain, Al-Quran dan hadis tidak terpakai dalam kehidupan individu. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja atas tiket “hak asasi manusia”. Kenyataan ini nampaknya selari dengan tuntutan IFC.


Apakah sikap kita?


Menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC dan mengutuk sikap Umno yang bersekongkol dengannya . Kita sanggup mati demi agama kita. Penubuhannya bukan sekadar perlu ditangguhkan, tetapi jangan sama sekali dibenarkan. Semua saluran perlu digunakan untuk menghalang penubuhan IFC.Jika anda mencintai Islam, anda sepatutnya menyebarkan risalah ini...
posted by Abu Mus'ab @ 11:43 PG   0 comments
PERHATIAN !
Jumaat, Mei 04, 2007

PERHATIAN


PERHATIAN SEMUA!!! Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE . Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc. Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut. HARAP SEBARKAN MAKLUMAT INI UNTUK KEBAIKAN SEMUA UMAT ISLAM.............
posted by Abu Mus'ab @ 12:54 PTG   0 comments
Ramai Yang TIDAK Tahu

SIDANG DUN TERENGGANU


Mesyuarat Yang Pertama Penggal Persidangan Keempat Bagi Dewan Undangan Negeri Kesebelas telah berlangsung pada 9 April sehingga 12 April 2007. Suatu yang agak ganjil sedikit dalam persidangan kali ini ialah mengenai soalan-soalan yang ditolak.


Memang menjadi kebiasaan dalam zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) ini, mereka menolak soalan-soalan yang akan membuka 'pekung' mereka, terutama dari pembangkang. Berbanding dengan zaman PAS dulu, kita terbuka menerima dan menjawab soalan-soalan dari BN.


Pada amalan biasanya, soalan-soalan yang ditolak dinyatakan dalam kertas persidangan. Tetapi kali ini mereka menghilangkan terus soalan-soalan itu dari dokumen persidangan, seolah-olah 'mati tanpa kubur'. Yang tahu soalan itu ditolak hanya YB ADUN yang berkenaan sahaja.


Sampai begitu sekali mereka takut, cakap sahaja besar, berdegar-degar. Dahlah soalan berkenaan tak mahu dijawab atau ditolak, mereka sembunyikan pula soalan itu supaya orang tidak tahu.


Seperkara lagi, tujuan mereka supaya para pegawai atau wartawan akan menilai soalan-soalan yang dikemukakan oleh pembangkang khususnya hanya perkara biasa sahaja, tidak ada yang agak menarik atau 'panas' sedikit. Maklumlah, yang 'panas-panas' semuanya ditolak mentah-mentah. Bila diajak berdebat, dia kata tak payah debat kerana padan dengan debat dalam Dewan Negeri, tetapi bila kita soal dia tolak mentah-mentah pulak.


Apa nak jadi ni? Kalau takut cakap awal-awal dan mengaku kalah sahaja.


Antara soalan-soalan yang ditolak oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu ialah:


Soalan dari YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut (Wakaf Mempelam):


1) Berapakah jumlah Pegawai Tadbir Negeri (TCS) yang telah dinasihatkan untuk bersara awal atau diberhentikan dan diambil tindakan tata tertib sejak tahun 2004 hingga kini.


2) Apakah kerajaan telah membuat kajian yang teliti terhadap penubuhan pasukan "Skuad Intip" untuk membantu mencegah maksiat di negeri ini.


3) Apakah kemajuan siasatan polis terhadap pengakuan bekas ahli PAS yang mengaku telah membakar rumah lima orang JKKK di Besut 20 tahun lalu.


4) Sila sebutkan bilangan dan nama JKKK di negeri ini dan jumlah belanja yang dikeluarkan untuk mengadakan mesyuarat di luar negara.


5) Berapakah jumlah pasangan orang-orang Islam yang telah berkahwin dengan penganut Kristian di negeri ini.


6) Apakah terma-terma yang dipersetujui dalam "MOU" antara Kerajaan Negeri dengan Kementerian Pelajaran dalam isu Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri ini.
posted by Abu Mus'ab @ 11:52 PG   0 comments
HIKMAH SUJUD
Rabu, Mei 02, 2007

Hikmah Sujud


"Hikmah sujud antara lain ialah:


1- Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).


2- Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.


Bernafas ketika sujud akan :


1- Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.


2- Membetulkan pundi peranakan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band womb)


3- Melegakan sakit hernia.


4- Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.


5- Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high parts of the lungs)


6- Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN(limpa)


7- Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.


8- Meringankan bahagian PELVIS.


9- Memberi dorongan untuk mudah tidur .


10- Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.


11- Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik, secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).


12- Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.


13- Mengurangkan kegemukkan (obesity).


14- Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut(convulsions).


15- Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.


16- Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut, terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.


17- Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapan Pencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan.. insyaAllah.. "Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran : 250)


Jadi Apa yang anda tunggu silakan bersujud dengan Benar dan Khusyuk. Semoga bermanfaat
posted by Abu Mus'ab @ 11:16 PTG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::