:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

AURAT WANITA
Sabtu, November 17, 2007

Aurat Wanita

1 . Bulu kening
Menurut Bukhari " Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur ( menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) " Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

2 . Kaki ( tumit kaki )
" Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki ( atau mengangkatnya ) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan "An-Nur : 31

a ) menampakkan kaki
b ) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki

3 . Wangian
" Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina "Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban

4 . Dada
" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka "An-Nur : 31

5. Gigi
" Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya " Riwayat At-Thabrani

" Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah ". Riwayat Bukhari dan Muslim

6 . Muka dan leher
" Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu "

a ) bersolek ( make-up )
b) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah

7 . Muka dan Tangan
" Asma' Binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasulullah : Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja " Riwayat Muslim dan Bukhari

8 . Tangan
" Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya " Riwayat At Tabrani dan Baihaqi

9 . Mata
" Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya " An Nur : 31

" Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya . Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama , ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan" Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi

10 . Mulut ( suara )
" Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan perkataan yang baik " Al Ahzab : 32

" Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi" Riwayat Ibn Majah

11 . Kemaluan
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin , hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina ) " An Nur : 31

" Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu , puasa di bulan Ramadhan , menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta'ati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya " Riwayat Al Bazzar

" Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah " Riwayat Tirmidzi , Abu Daud dan Ibn Majah

12 . Pakaian
" Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti" Riwayat Ahmad , Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah

" Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya " Riwayat Bukhari dan Muslim

a ) Berpakaian tipis / jarang
b ) Berpakaian ketat / membentuk
c ) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu

" Hai nabi-nabi katakanalah kepada isteri-isterimu , anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab ( baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu . Allah maha pengampun lagi maha penyayang " Al Ahzab : 59

13 . Rambut

" Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya" Riwayat Bukhari dan Muslim
" Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan menta'ati suaminya, segala makhluk , burung yang terbang , ikan dilaut , malaikat dilangit matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya "
posted by Abu Mus'ab @ 3:10 PTG   0 comments
PERNIKAHAN ATAU PERKAHWINAN

Renungkan….

Pernikahan atau Perkahwinan

Sebuah karya yang sesuai untuk semua.. bagi yang bujang, boleh mengambil Iktibar.. bagi yang belum dan bakal berkeluarga,boleh belajar, bagi yang berkeluarga, perlu mengajar..

Untuk suami.. renungkanlah....

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?. Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Siti Khadijah... tidaklah setaQwa Siti Aisyah dan pun juga tidak setabah Siti Fatimah az-Zahra'????.. Justeru isterimu ..hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama..Isteri menjadi tanah dan kamu langit penaungnya.. Isteri sebagai ladang tanaman dan kamu pemagarnya.. Isteri sebagai kiasan ternakan dan kamu gembalanya . Isteri adalah murid dan kamu mursyidnya . Isteri bagaikan anak kecil dan kamu tempat bermanjanya.Saat isteri menjadi madu kamu teguklah
sepuasnya. Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya. Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..

Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taQwa.. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana... Justeru kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah Rasulullah saw?.. Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin ya rabb..

Untuk isteri.. renungkanlah...

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia. Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Nabi Muhammad SAW.. Tidaklah setaQwa Saidina Ibrahim as.. Pun tidak setabah Salehuddin Ayyubi atau pun Segagah Saidina Musa as .. apalagi setampan Saidina Yusuf as. Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita cita membangun keturunan yang soleh...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama Suami menjadi pelindung dan kamu penghuninya Suami adalah nahkoda kapal dan kamu pengemudinya... Suami bagaikan pelakon yang nakal dan kamu adalah penonton kenakalannya.. Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya. Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya. Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya....

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taQwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt? Kerana memiliki suami yang tak segagah mana.. Justeru kamu akan tersentak dari alpa?.Kamu bukanlah Siti Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga.. Pun bukanlah Siti Hajar yang begitu setia dalam sengsara.Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin ya rabb...

Justeru itu wahai para suami dan isteri.jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Siti Khadijah andai diri tidak semulia rasulullah saw Mengapa mengharapkan suami setampan Saidina Yusof seandainya kasih tak setulus Siti Zulaikha.. Tidak perlu mencari isteri secantik Puteri BalQis andai diri tidak sehebat Saidina Sulaiman? Dan tidak perlu mencari suami seteguh Saidina Ibrahim andai diri tidak sekuat Siti Hajar dan Siti Sarah...

SABAR itu iman , DUIT bukan kawan , DUNIA hanya pinjaman dan MATI tidak berteman..

Wallahu A'lam....
posted by Abu Mus'ab @ 3:00 PTG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::