:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

RASUAH : Pemenang Sebenar di IJOK
Isnin, April 30, 2007

Rasuah ialah pemenang sebenar di Ijok


KUALA LUMPUR, 30 Apr (Hrkh) - Kekalahan pembangkang dalam pilihan raya kecil di kawasan yang sebelum ini dimenangi oleh Barisan Nasional tidak bermakna sokongan rakyat kepada parti itu semakin baik, kata Ahli Jawatankuasa PAS, Haji Mahfuz Omar.


Malah, katanya, Barisan Nasional telah memunggah wang rakyat sehingga RM36 juta untuk menjamin kemenangannya di Ijok dan hanya mendapat pertambahan majoriti hanya 201 undi sahaja.


Hakikatnya, kata beliau, ia bukan satu kemenangan malah perbuatan merasuah pengundi di tahap tertinggi dan pemenang sebenar ialah rasuah.


"Bukan itu sahaja, terdapat begitu banyak dakwaan mata kati juga terpaksa ditipu untuk menjamin sedikit pertambahan undi yang diperolehi.


"Tidak cukup dengan itu, pilihan raya kecil Ijok juga mencipta sejarah sebagai pilihan raya kecil yang paling mahal dan ganas.


"Pihak polis juga gagal menunjukkan sikap tidak memihak sehingga Amnesty International Malaysia sangat prihatin terhadap tindakan polis yang mengamalkan sikap selektif dalam menafikan hak penyokong calon Parti Keadilan Nasional (PKN) untuk mengadakan perhimpunan dan ceramah politik," katanya.


Pelbagai sekatan dalam pilihan raya kecil Ijok juga membuktikan demokrasi di negara ini "tidak ubah seperti mayat berjalan, sudah mati tetapi seolah-olah masih hidup".


"Pemimpin Barisan Nasional janganlah meneruskan pembohongan dan mencipta pelbagai penipuan untuk menyatakan kononnya demokrasi masih subur di negara ini," katanya.


Mahfuz juga bersetuju dengan analisis Bernama yang menyatakan pilihan raya Ijok hakikatnya adalah "wake-up call" kepada Barisan Nasional yang membuktikan bahawa tidak mudah lagi untuk mereka memenangi pilihan raya.


"Perkara itu terbukti apabila Perdana Menteri cuba menyembunyikan betapa tidak popularnya beliau di kalangan rakyat dengan menyatakan keputusan pilihan raya Ijok adalah bukti rakyat menolak (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan PKR.


"Hakikatnya ialah semakin ramai rakyat yang memberikan undi tidak percaya kepada Barisan Nasional dan Perdana Menteri yang dianggap oleh banyak pihak sebagai Perdana Menteri paling lemah dalam sejarah Malaysia," katanya.


Menurut beliau, Barisan Nasional boleh bergembira dengan kemenangan melalui pelbagai tindakan jijik itu, tetapi rakyat pasti akan menghukum mereka.


"PAS pernah kalah dalam pilihan raya kecil di Pendang. Tetapi PAS merampas kembali kerusi itu dalam pilihan raya umum," katanya.
posted by Abu Mus'ab @ 11:24 PTG   0 comments
BIODATA IBLIS

BIODATA IBLIS


Nama : IBLIS LAKNATULLAH


T.Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s


Status diri : Fasik kelas pertama


Agama : Kufur


Tempat Tinggal : Hati-hati mereka yang lalai


Alamat Tetap : Neraka jahanam


Kawasan : Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah


Arah perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok


Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya


Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah


Modal pusingan : Angan angan kosong


Tempat pertemuan : Pasar pasar


Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa


Motto kerja : 'Hipokrasi asas akhlak'


Hobi :Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya


Cita cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir


Kelemahannya : Bila orang membaca istighfar


Logo : Sebarang tatu


Pejabat operasi : Tandas.bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat tempat maksiat


Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia


Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba


Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah


Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari khiamat


Matlamat : Membawa setiap makhluk ke neraka jahanam


Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran


Ganjaran : Dosa dan kemurkaan Allah


Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam


Makanan kegemaran : Daging orang mati dan segala najis dan kotoran


Yang ditakuti : Orang mukmin yang bertakwa


Yang dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah


Alat perangkap : Wanita cantik,model,pelacur.pragawati,dan sebagainya


Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak


Tugas yang paling disukai : Homoseks dan lesbian


Janji janji : Janji kosong,angan angan dan tipu daya


Yang membuatnya menangis : Bila orang sujud kepada Allah
posted by Abu Mus'ab @ 10:34 PTG   0 comments
'AMILIN
Sabtu, April 28, 2007

Amilin : Peranan dan Ciri-cirinya



Muqaddimah


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ


Dan Katakanlah: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.
( Surah At-Taubah : 105 )


Berdasarkan kalam Allah Taala di atas, para Ulama' Haraki telah menetapkan ayat itu adalah maksud kepada siapakah AMILIN di sisi Allah Taala. Selaku rantaian dalam perjuangan Islam, kita semua adalah Amilin iaitu Pekerja atau Boroh kepada majikan kita iaitu Allah Taala, yang telah menciptakan kita, memelihra serta menjaga kita. Jadi tak dapat tidak, dengan penuh kesedaran, rupa-rupanya kita ada hutang dengan Allah Taala. Allah Taala inginkan kesudian kita untuk menjaga AgamaNya, memelihara dan menegakkan di atas muka bumi Allah Taala yang fana ini.


Harapan kepada para pejuang Islam yang telah dipilih oleh Allah Taala untuk menjaga Islam, agar dapat bermuhasabah bahawa kita bukan ' rakyat ' Allah Taala, tapi kita adalah ' hamba ' kepada pencipta kita, Allah Taala !



Peringkat-peringkat Dalam Tarbiyyah


1-Ta'rif
2-Takwin
3-Tanfiz


As-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah menyatakan bahawa : Pada kebiasaannya, ketiga-tiga peringkat ini yakni at-ta’arif at-takwin dan at-tanfiz, berjalan seiringan, memandangkan kepada aI-dakwah (kesatuan dakwah) dan pertalian yang erat di antara keduanya.


Sesungguhnya peringkat bagi Amilin adalah berada di peringkat Takwin.


Kata Ustaz Hassan al-Banna tentang at-takwin “At-Takwin ialah dengan memilih unsur-unsur yang sesuai (al-salihah) untuk menanggung bebanan jihad dan mencampuri mereka antara satu dengan lain. Sistem dakwah pada peringkat ini ialah sufi sejati (jika dilihat) dari sudut rohani dan tentera sejati (jika dilihat) dari sudut amali.” Syiar bagi kedua-dua sudut ini ialah sentiasa ada “perintah dan taat”, tanpa ragu, berdolak dalih dan gelisah. Dakwah pada peringkat ini adalah khusus yang tidak boleh dicapai kecuali oleh mereka yang telah mempunyai persediaan sebenar untuk menanggung bebanan jihad yang panjang lagi teruk. Putik persediaan kepada persediaan ini ialah adanya ketaatan yang sempurna”.


Matlamat Pembentukan Amilin


Adalah bertujuan membentuk satu barisan pendakwah yang kuat, yang ada kesatuan dari sudut fikrah dan kerja. Ini semua adalah untuk menjadi satu team pelaksana yang mantap di samping berjaya berada di dalam kumpulan yang ada kebersamaan walaupun berjauhan.



Tanggungjawab / Peranan Seorang Amilin


1-Islah diri


2-Bina Bait Muslim


3-Membimbing masyarakat dengan melaksanakan Amal Ma'ruf dan Nahi Munkar


4-Membebaskan negara daripada kuasa asing ( bukan Islam ) samada dari sudut politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan lain-lain


5-Islah pemerintah


6-Kembalikan tabiat atau keperibadian negara bagi umat Islam hingga tertegakknya Khilafah Islamiyyah


7-Menjadi guru kepada alam dengan menyebarkan dakwah Islamiyyah


Ciri-ciri Seorang Amilin


1-Menjadi Sufi dari sudut Rohani


2-Menjadi Tentera dari sudut amalan seharian


3-Dengar dan Patuh serta wala' kepada arahan dari tanfizi tanpa ada perasaan syak, ragu-ragu dan merasa berat untuk melaksanakan arahan tersebut.




posted by Abu Mus'ab @ 12:13 PTG   4 comments
Clip Candic
Khamis, April 26, 2007

Janganlah Kejar saya .... letih dah ni... abiii ... tolong .. umi nak tangkap saya ...





Hah ! Nama saya Abdullah Mu'az .. adik kepada Abdurrahman Mus'ab ... umur saya 3 bulan ... saya tak puas hati tau ... nak tau tak sebab apa?



Gigi saya hanya ada 4 batang setakat ni ... macamna nak tambahkan gigi yer ...?




Saya sekarang kat Suq Sayyarah ... tempat jual kereta ... seronok tau .. jom main sekali ngan saya ...
posted by Abu Mus'ab @ 1:41 PTG   0 comments
KEWAJIBAN BERADA DI DALAM JAMAAH ISLAMIYYAH
Rabu, April 25, 2007

KEWAJIBAN BERADA DI DALAM JAMAAH ISLAMIYYAH


Menjadi kewajiban terhadap seseorang individu muslim beramal dan berusaha hanya untuk Islam, demi untuk merealisasikan segala tuntutan Islam. Ia memastikan setiap anggotanya berusaha untuk menegakkan Daulah Islamiyyah. Oleh itu amal jama’i yang dijalankan oleh sesebuah Jamaah Islamiyyah mestilah tersusun, rapi dan utuh. Adalah suatu perkara yang mustahil untuk merealisasikan tujuan yang besar ini dengan cara perseorangan tanpa usaha ‘amal jama’i yang tersusun rapi.


Oleh kerana itu untuk merealisasikan tujuan yang besar ini merupakan satu kewajipan yang diwajibkan oleh Islam ke atas semua ummat Islam dan tujuan ini hanya dapat dilaksanakan dengan adanya jamaah dan ‘amal Islami, maka dengan sebab itulah ‘amal jama’i menjadi satu kewajiban.


Kewajiban berada di dalam satu Jamaah atau Harakah Islamiyyah ini dapat dilihat di dalam Al Qur’an, sebagaimana firman Allah Taala :


Maksudnya:
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk menegakkan agamanya di dalam satu Jamaah yang tersusun rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."


Di dalam hadis, Rasulullah S.A.W. telah bersabda :


Maksudnya:
" Wajiblah kamu bersama-sama dengan jamaah Muslimin dan pimpinan mereka."


Di dalam hadis yang lain pula, baginda bersabda :


Maksudnya:
" Sesungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia, seperti serigala kambing juga. Dia menangkap mana-mana yang jauh dan terpencil. Maka janganlah kamu memencilkan diri dan hendaklah kamu berjamaah dan mencampuri orang ramai serta menghadiri masjid."


Kaedah fiqh ada menerangkan tentang wajibnya menyertai Jamaah Islamiyyah. Antara lainnya ialah :


Maksudnya :
" Sesuatu yang tidak sempurna yang wajib melainkan dengannya maka ianya juga menjadi wajib."


Daulah Islamiyyah hanya dapat ditegakkan dengan adanya Jamaah Islamiyyah dan ianya mustahil dapat ditegakkan secara individu. Oleh itu mewujudkan Jamaah Islamiyyah menjadi satu kewajiban ke atas ummat Islam dan menyertainya Juga adalah satu tuntutan yang mesti ditunaikan.


JAMAAH ISLAMIYYAH YANG DIWAJIBKAN OLEH RASULULLAH S.A.W. SUPAYA KITA BERSAMA-SAMA DENGANNYA


Jamaah Islamiyyah yang diwajibkan kita bersama-sama dengannya itu mempunyai dua matlamat yang besar iaitu :


1 - Matlamat kursus
2 - Matlamat umum


Matlamat Yang Khusus


1. Melahirkan individu muslim dan mengembalikan keperibadian Islam yang tulin kepadanya.
2. Membina keluarga Islam yang benar-benar memberi saham di dalam pembentukan individu Muslim dan masyarakat Islam.
3. Membina masyarakat Islam yang mencerminkan Islam kepada masyarakat yang belum menerima Islam.
4. Mendirikan negara Islam.
5. Menyatukan semula ummat Islam yang berpecah belah sebagaimana yang ada pada hari ini.


Matlamat Yang Umum


1. Mengabdikan manusia kepada Allah yang Esa. Sebagaimana Al Qur’an menerangkan di dalam Surah Az Zaariyaat ayat 56 :


Maksudnya :
" Dan ingatlah, Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada Aku."


2. Mempelopori kerja-kerja amal ma’arof dan nahi mungkar. Firman Allah Taala :


Maksudnya :
" Kamu (Wahai ummat Muhammad) adalah sebaik-baik ummah yang dilahirkan bagi faedah ummat manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang dari segala perkara yang salah (buruk dan keji serta kamu berirnan kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah ahli kitab itu beriman, tentulah iman itu menjadi baik bagi mereka. Tetapi di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan dari mereka orang-orang yang fasiq."


3. Menyampaikan risalah Islam kepada manusia seluruhnya, sebagaimana firman Allah Taala :


Maksudnya :
" Dan demikian (pula) kami telah menjadikan kamu (ummat Islam), ummat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidaklah menjadikan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar kamu mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sesungguhnya (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, dan Allah tidak akan mensia-siakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia."


4. Menghapuskan fitnah dan kekufuran dan berkuasa di bumi ini, sebagaimana firman Allah Taala :


Maksudnya:
" Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan sehingga menjadi agama itu seluruhnya bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya), (nescaya mereka dibalas baik) kerana sesungguhnya Allah Amat Melihat akan apa yang mereka kerjakan."
posted by Abu Mus'ab @ 10:47 PTG   0 comments
Isnin, April 23, 2007

Dasar Kepimpinan Dalam Islam


Firman Allah taala yang bermaksud : "Katakanlah (wahai Muhammad):"Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada siapa yang engkau kehendaki, dan engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang engkau kehendaki, engkaulah yang memuliakan sesiapa yang engkau kehendaki, dan engkaulah yang menghinakan sesiapa yang engkau kehendaki. Di dalam kekuasaan engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya engkau amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu ".


Manusia hendaklah menyedari bahawa Allah taala memberi kerajaan kepada sesiapa yang dikehendaki dari kalangan hamba-hambanya, samada hamba itu seorang yang taat, diredhai dan dikasihi oleh Allah taala, ataupun hambanya itu seorang yang derhaka, menentang Allah taala, melampaui batas dan dimurkai olehNya. Oleh yang demikian, maka Allah taala telah mengurniakan kerajaan kepada hamba-hambanya daripada kalangan nabi dan rasul, seperti Nabi Sulaiman, Nabi Daud dan juga kepada Nabi Muhammad Sollallahu `Alaihi Wasallam. Allah taala juga mengurniakan kerajaan kepada hamba-hambanya yang taat dan soleh, dan Allah taala juga memberi kerajaan kepada hamba-hambanya yang zalim, kafir, melampaui batas, menentang Allah taala dan RasulNya seperti Firaun Laknatullah, Namrud dan lain-lain.


Pusingan kerajaan yang dikurniakan oleh Allah samaada kepada hambanya yang beriman dan soleh dan hamba- hambanya yang kafir dan menentang Allah, telah mengajar kita bahawa kita semua hendaklah menjadi hamba Allah pada setiap masa disepanjang umur hidup kita, bukannya menjadi hamba kepada kerajaan yang silih berganti. Kita sebagai rakyat kepada kerajaan ketaatan kita kepada kerajaan adalah wajib selagi kerajaan itu taat kepada Allah dan rasulNya.


Kerajaan yang memerintah pula, wajib menunaikan perintah Allah Taala, yang digolongkan di dalam perkara khalifah atau khilafah yang diisytiharkan oleh Allah Taala di hadapan para malaikat didalam firmanNya: "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".


Khalifah atau khilafah yang diberi huraian oleh para ulama'sebagai:menegakkan agama- yakni Islam- dan mentadbir urusan dunia dengan Islam.. Inilah amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas sesiapa yang memegang kerajaan dan pemerintahan. Oleh itu Allah Taala menegaskan di dalam firmanNya yang bermaksud: " Wahai orang yang beriman!Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul Allah dan juga 'ulil amri' (orang- orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah- bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (Al- Quran) dan (sunnah) rasulnya, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya".


Berdasarkan ayat tersebut, ketaatan kepada Allah Taala dan rasulnya adalah mutlak, tidak berbelah bahagi, sementara ketaatan kepada pemimpin dan pemerintah tidak mutlak, bahkan dengan syarat mereka masih patuh kepada Allah dan rasulnya. Perkara ini dijelaskan lagi oleh rasulullah S.A.W di dalam sabdanya yag bermaksud: " Seseorang muslim itu hendaklah dengar dan taat pada perkara yang disukai dan dibenci selagi tidak disuruh dengan perkara maksiat. Apabila disuruh dengan perkara maksiat maka tidak harus lagi dengar dan taat".


Ini jelas menunjukkan agama Islam itu bukan hanya urusan perseorangan, tetapi juga urusan pemerintah dan kerajaan. Pemerintah diberi amanah untuk menegakkan syariat Islam dan hukum allah Taala. Sesungguhnya amanah ini sangat berat, sehingga sekiranya amanah melaksanakan hukum Allah dan syariatNya ini tidak dilaksanakan , kerana diserahkan kepada mereka yang tidak layak, nescaya akan menjadi sebab kepada kemusnahan alam dan berlaku qiamat. Sabda Rasulullah S.A.W: " Apabila urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya".


Melaksanakan hukum Allah Taala di dalam urusan pemerintahan menjadi tanggungjawab pemimpin dan rakyat. Rakyat diperintah supaya memilih pemimpin bukan berdasarkan kepada wang dan harta benda atau takut kepada kejahatan, rakyat wajib memilih pemimpin berdasarkan kepada kesanggupan mereka untuk menunaikan perintah Allah Taala. Allah Taala melaknat golongan Bani Israil kerana mempunyai sifat yang menentukan pemimpin berdasarkan kepada kekayaan dan harta benda.


Firman Allah Taala yang bermaksud: Dan berkata Nabi kaum Bani Israil kepada mereka: Sesungguhnya Allah melantik seseorang bernama Thalut sebagai raja kepada kamu. Mereka (Bani Israil) berkata: "Bagaimana dia boleh menjadi raja kepada kami, sedangkan kami lebih layak daripadanya. Dia tidak diberi harta benda yang banyak". Nabi mereka berkata: Sesungguhnya Allah memilihnya ke atas kamu dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan dan mengurniakan kerajaanNya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki, dan Maha luas kurniaannya lagi Maha Mengetahui". Rasulullah S.A.W menyebut di dalam satu hadis, sifat yang akan menimpa umatnya di akhir zaman iaitu: " Seseorang itu dimuliakan kerana takut terhadap kejahatannya". Ini bermakna rakyat mempunyai amanah yang sangat besar di dalam memilih pemimpin, Pemimipin pula mempunyai tanggungjawab yang amat besar didalam menegakkan agama Allah dan syariatNya.


Amanah ini tidak sanggup dipikul oleh bukit bukau, gunung- ganang, langit dan bumi. Firman Allah Taala:" Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah kami kepada langit dan bumi serta gunung ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka kemampuan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah!) tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan". Dengan itu, diharapkan pemimpin yang diberi amanah pemerintahan dapat meaksanakan tersebut dengan sebaik-baiknya.


Janganlah kerana mengambil amanah tersebut, kemudian tidak melaksanakannya, maka pada hari qiamat mereka akan ditimpa kehinaan dan penyesalan. Oleh itu, para pemimpin yang dipilih hendaklah mengambil pengajaran daripada ucapan Saidina Abu Bakar As- Sidiq R.A, apabila dipilih menjadi khalifah menggantikan Rasulullah S.A.W memimpin negara Islam, dengan penuh rasa sedar diri dan kekurangan telah memberi ucapannya yang bermaksud:


" Wahai saudara-saudara semua, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimipin kamu. Dan aku bukanlah orang yang paling baik dikalangan kamu. Sekiranya aku berbuat baik maka tolonglah aku. Sekiranya aku menyeleweng maka perbetulkanlah aku. Bercakap benar adalah amanah dan berdusta adalah khianat. Orang yang kuat dikalangan kamu adalah lemah disisiku kerana aku akan mengambil semula daripadanya hak yang diambil secara tidak benar. Orang yang lemah dikalangan kamu adalah kuat disisiku kerana aku akan mengembalikan hak yang dirampas daripadanya. Tidaklah meninggalkan jihad oleh sesuatu kaum melainkan Allah akan menimpakan ke atas mereka kemusnahan dan kehinaan. Taatlah kepada aku selagi aku taat kepada Allah dan rasulNya. Sekiranya aku tidak taat kepada Allah dan rasulNya, maka jangan lagi kamu taat kepadaku".


Inilah ucapan yang wajib kita mengambl iktibar daripadanya sebagai rakyat dan oleh mereka yang dilantik sebagai pemimpin. " Dan Allah Taala akan menolong orang yang menolong agamaNya (Islam), sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. Iaitu (mereka umat Islam) yang jika kami memberi kekuasaan memerintah dibumi, mereka mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menyuruh perkara baik dan mencegah perkara mungkar, dan bagi Allah kesudahan segala urusan".
posted by Abu Mus'ab @ 2:13 PTG   0 comments
PEREMPUAN MULA-MULA MASUK SYURGA
Sabtu, April 21, 2007

PEREMPUAN MULA-MULA MASUK SYURGA


Ringkas Kisahnya, Satu ketika Sayyidatina Aisyah Radhiallahu `anha bertanya kepada ayahnya Nabi Muhammad Sollalahu `alaihi Wasallam tentang siapakah perempuan pertama yang akan masuk Syurga Allah taala.


Walaupun pada hakikatnya Nabi Sollalahu `alaihi Wasallam telah menyatakan yang Fatimah lah perempuan pertama masuk Syurga Allah taala, tapi Nabi Sollalahu `alaihi Wasallam sempat lagi bergurau dengan anaknya dengan menjawab pertanyaan Fatimah dengan menyatakan seorang perempuan lain yang mula-mula masuk Syurga Allah taala. Fatimah pun bertanya: Siapakah dia wahai ayahku? Nabi Sollalahu `alaihi Wasallam menjawab : Beliau adalah seorang perempuan yang berada di hujung kampung ini. Fatimah bertanya lagi : Apakah amalan yang membuatkan beliau mula-mula masuk Syurga sebelum aku? Rasulullah Sollalahu `alaihi Wasallam menjawab : Pergilah kamu bertanyakan sendiri kepada beliau. Tanpa berengah, Fatimah pun pergilah ke rumah perempuan tersebut.


Saat ketika Fatimah mengetuk pintu rumah perempuan tersebut, tatkala perempuan tersebut membuka pintu rumah, Fatimah memperkenalkan diri kepada perempuan tersebut dan meminta kebenaran untuk masuk ke rumah tersebut. Lantas perempuan itu meminta maaf kerana tidak dapat membenarkan Fatimah masuk ke dalam rumah kerana dia perlu meminta izin suaminya dahulu. Perempuan tersebut meminta Fatimah datang ke rumahnya pada hari keesokannya. Keesokannya Fatimah datang ke rumah tersebut membawa seorang anaknya untuk menemaninya. Akan tetapi perempuan tersebut tidak membenarkan Fatimah masuk ke dalam rumahnya kerana dia hanya meminta izin daripada suaminya hanya Fatimah yang dibenarkan masuk ke dalam rumahnya. Perempuan tersebut meminta Fatimah datang keesokannya pula. Keesokannya Fatimah datang ke rumah perempuan tersebut dengan membawa kedua-dua anaknya. Lantas perempuan tersebut tidak membenarkan Fatimah masuk ke rumahnya kerana dia hanya meminta izin daripada suaminya Fatimah dan seorang anaknya sahaja yang dapat masuk ke dalam rumahnya. Lalu perempuan tersebut meminta Fatimah datang ke rumahnya pada keesokannya harinya.


Keesokannya, Fatimah datang ke rumah perempuan tersebut. Dapatlah Fatimah masuk ke dalam rumahnya. Fatimah mendapati perempuan tersebut amat baik akhlaknya dan layanannya. Tatkala waktu petang menjelma, tiba-tiba perempuan tersebut terus meninggalkan Fatimah dan masuk ke dalam biliknya. Segala tingkahlaku perempuan tersebut, Fatimah memperhatikannya. Rupa-rupanya Perempuan tersebut pergi bersiap diri, bersolek demi menanti kepulangan suaminya. Kemudian, perempuan tersebut membawa segelas air dan sebatang tongkat dalam dalam keadaan pakaian yang cukup seksi menunggu di pintu rumah. Lalu Fatimah pun bertanya kepada perempuan tersebut satu persatu akan perbuatan dia yang pelik itu.


Perempuan itu tersebut menyatakan sebab beliau membawa segelas air iaitu jika suamiku dahaga inginkan air untuk diminum, tidaklah aku bergegas-gegas ke dapur untuk mengambil minuman. Kemudian kenapa bersama perempuan tersebut ada sebatang tongkat iaitu jika suamiku mendapati diriku ada kesalahan, justeru tongkat inilah yang akan digunakan oleh suamiku untuk memukulku dan yang terakhir sebab perempuan tersebut berpakaian seksi kerana jika suamiku berkeinginan untuk melepaskan nafsunya terhadapku, aku bersedia. Itulah rutin kehidupan harian perempuan tersebut.


Maka Fatimah pun pulang ke rumah dan menceritankan perihal perempuan tersebut kepada ayahnya Nabi Muhammad Sollallahu `alaihi wasallam. Nabi Sollallahu `alaihi wasallam membenarkan akan hal keadaan itu. Dalam masa yang sama, kelihatan di wajah Fatimah tidak senang hati dengan keputusan ayahnya Sollallahu `alaihi wasallam itu. Fatimah menyangka dialah perempuan yang mula-mula masuk Syurga Allah taala, tapi rupanya masih ada lagi perempuan lain yang mendahuluinya.


Kemudian, dalam keadaan senyum, Nabi Sollallahu `alaihi wasallam menggembirakan anaknya Fatimah dengan menyatakan bahawa perempuan tersebut adalah pemandu yang akan membawa Fatimah masuk ke Syurga dengan menaiki kenderaan dari Syurga. Maka fahamlah Fatimah bahawa dialah perempuan yang mula-mula masuk Syurga Allah taala, sedangkan perempuan tadi adalah pemandunya.


Maka berakhirlah kisah ini… Bagi Muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Indahnya pendirian Fatimah Radhiallahu 'anha dan Pemandunya. Jadi, adakah kita tidak menginginkan keadaan tersebut terjadi ke atas diri kita. Walaupun kita tahu bahawa kita bukanlah perempuan pertama masuk Syurga, tapi sekurang-kurangnya kita dapat masuk Syurga dengan menyelami pendirian Sayyidatina Fatimah Radhiallahu `anha dan Pemandunya… Fikir-fikirkanlah
posted by Abu Mus'ab @ 1:22 PTG   0 comments
Strategi Musuh Islam Dalam Menangani Kebangkitan Islam

Strategi Musuh Islam Dalam Menangani Kebangkitan Islam


1. Kenali Diri


- Dari mana ke mana hidup kita?
- Tujuan hidup?
- Apakah akhirat?


2. Kenali Musuh Utama


- Yahudi, Zionis, Kristian, Hindu, Jahiliyyah Moden (merujuk kepada : Tiada ilmu, Kecetekan aqal, mazhab dan ideology – sebagaimana penggunaan dl dalam al-Quran)


- Apakah Protokol 20 Zionis ? ( Protocols Of Zion)


· ( hasil 23 muktamar bermula 1897 – 1951) – Peranan wanita Perancis – Russia ( Prof Sergei Nilus mengkaji dan terjemah thn 1901), target hancur pemimpin negara2 Eropah, Rusia, Islam, tubuh negara Yahudi, mencetus peperangan, penafian Yahudi terhdp kandungan Protokol lalu mereka mengumpul & membakarnya, satu naskah terbitan Rusia sampai ke museum Britain dan di cop tahun 1906 .


· Disertakan lampiran antara 20 protokol Yahudi.


3. Strategi Musuh Islam Semasa


a) Menyeleweng erti kebebasan & persamaan.


o Antara persoalan & Syubhat yang sering dimainkan oleh musuh Islam

o Hak Persamaan wanita & lelaki (Isu saksi hudud & dalam hal harta, kepimpinan tertinggi, pemakaian, harta pusaka, hak Talaq, poligami, muslim boleh kahwin kitabiah tetapi tidak bg muslimah, mengapa wanita tidak boleh kahwin ramai dalam satu masa? dll)

o Hak kebebasan beragama (Kritikan terhadap hukuman Murtad)

o Isu Islam membenarkan perhambaan.

o Tuduhan Islam double standard dgn ke atas non-muslim (Jizyah)


ii) Meruntuh nilai moral dan penyebaran kejelekan akhlak.


iii) Penyebaran ideology atheis dan falsafah kebendaan.


iv) Merosakkan thaqafah Islam dan sasteranya.(Gerakan tasykik – meragukan maklumat Islam )
o Kononnya Islam disebar dgn mata pedang.
o Tuduhan Rasul dan isteri2 baginda.
o Penyelewengan konsep al-wasatiyah (kesederhanaan)
o Hasil2 Karangan dan penulisan oleh Oreintalis seperti Britannic Encylopedia, Islamic Encylopedia dan byk lagi.


v) Penyebaran perisik di seluruh dunia.


vi) Penyebaran fitnah dan pemberontakan bagi melemahkan kekeuatan negara2.


vii) Penguasaan ke atas media massa


viii) Penguasaan ke atas ekonomi & merosakkan sistem nilai & moral darinya.


ix) Gerakan Komunis


x) Menaja dan menggalakkan peperangan antara negara.


Adakah mereka akan berjaya mereka?


* Al-Isra’ ayat 4-5
* ثم رددنا لكم الكرة عليهم وأمددناكم بأموال وبنين وجعلناكم أكثر نفيرا
*فإذا جاء وعد الآخرة ليسؤوا وجوهكم , وليدخلوا مسجد كما دخلوه أول مرة وليتبروا ما علوا تتبيرا


4. Kesan serangan musuh Islam terhadap umat Islam kini.


a. Menjadi hamba kepada selain Allah ( Manusia, wang, pangkat, nafsu dll).
b. Kepentingan dan usaha untuk duniawi semata.
c. Kezaliman & penindasan berleluasa.
d. Umat Islam diperintah dalam urusan politik.
e. Tiada pelaksanaan hukum hakam Islam (terutamanya dalam sektor ekonomi, jenayah, pentadbiran)
f. Kebuasan nafsu kebinatangan tersemai subur.
g. Mengutamakan aqal lebih dari nas (Jemu dengan aqidah dan nama Islam).
h. Penakut terhadap musuh Islam dan keras terhadap mukmin yang menasihat.
i. Golongan Pemuda & Pemudi diambang kelalaian hamir maksima.
j. Muncul Ulama Jahat dan Dunia.
k. Perpecahan & pertentangan.


xi) Apakah jatidiri yang sepatutnya dimiliki oleh umat Islam demi menangkis serangan musuhnya?


a. Iman yang mendalam.
b. Aqidah yang teguh.
c. Amalan fardhu dan nawafil yang istiqamah serta terjaga.
d. Maksiat & tawbat
e. Ketekunan dan kerja keras
f. Ta’awun dalam urusan dunia dan akhirat
g. Penguasan ilmu ukhrawi & duniawi (menyerang musuh dengan senjata mereka- ilmu sains& tech)
h. Mengambil manfaat dari semua pihak asal tidak bercanggah dgn syara’.
i. Sentiasa kembali kepada Allah terhadap semua kejayaan.
Sekiranya benar ia adalah kurniaan dari Allah, yang tersilap adalah kelemahan diri dan gangguan syaitan.

posted by Abu Mus'ab @ 12:47 PTG   0 comments
MEMELIHARA IMAN
Isnin, April 16, 2007

Memelihara IMAN


Banyak orang menyangka ia orang beriman. Tetapi bila diuji keimanan mereka oleh Allah menerusi solat, ibadat, kesusahan, penyakit dan sebagainya, ternyata mereka sebenarnya tidak beriman yang sebenar. Mereka menyangka mereka beriman kerana mereka beriman secara keturunan. Bapanya Islam, maka dia pun Islam. Iman perlu diusahakan untuk memperolehinya.


Bagaimanakah hendak mendapat Iman?


1. Melalui mujahadatunnafsi.


Mujanadatunnafsi ialah berjuang melawan hawa nafsu jahat dan melawan bisikan syaitan yang sentiasa mengajak dan mendorong kita ke jalan kejahatan. Latihan-latihannya adalah melalui 3 peringkat iaitu:


a ) Takhalli : Takhalli ialah berusaha berjuang membuang segala sifat-sifat jahat atau membersihkan jiwa kita daripada sifat jahat atau mazmunah


b) Tahalli : Tahalli ialah mengisi jiwa kita dengan sifat baik (Mahmudah). Setelah kerja pembersihan selesai kita isi pula wadah (jiwa dan hati) dengan perkara baik.


c) Tajalli : Peringkat Tajalli ialah peringkat merasa nikmat meninggal atau membuang sifat jahat dan merasa nikmat mengisi atau melakukan sifat baik serta merasa keagungan dan kehebaan Allah. Orang yang dapat membuang sifat-sifat jahat dan dapat pula menghiasi dirinya dengan sifat baik, Allah akan singkap hatinya dapat merasa nikmatnya beribadah dan nikmat sentiasa mengingat Allah dan sentiasa ingin membuat kebaikan.


2. Cara atau peringkat kedua ialah melalui mengerjakan amalan sunat. Terutama sembahyang sunat khususnya di waktu malam (sembahyang tahajjud). Selain daripada amalan sembahyang sunat ialah puasa sunat, berdoa, baca Al Quran dan sebagainya.


3. Cara dan peringkat ketiga untuk mendapatkan iman ialah melalui tafakur. Tafakur atau berfikir atau merenung ialah salah satu cara mendapatkan iman. Khususnya merenung dan berfikir akan kebesaran Allah dan kehebatan serta hikmah sesuatu yang dijadikan oleh Allah sama ada berbentuk benda (alam, muka bumi, bintang dan lain-lain) dan juga kejadian-kejadian ke atas diri kita seperti nikmat dan ujian. Semuanya mempunyai hikmah yang kalau kita renungkan akan mendapat iman. Jelaslah bahawa iman perlu diusahakan untuk mendapatkannya. Susah payah pasti akan diharungi. Pengorbanan perlu dilakukan. Siapa yang memperolehi iman secara mudah, contohnya seperti orang Melayu yang memperolehi iman secara keturunan, biasanya amat mudah pula mereka merosakkannya. Siapa yang memperolehi iman secara susah payah,maka dipeliharanya iman mereka.


CARA MEMELIHARA IMAN


Iman perlu dipelihara kerana ia akan dirosakkan oleh nafsu dan syaitan. Dengan itu ada orang beriman yang kemudiannya jadi tidak beriman kerana imannya telah dirosakkan. Cara memelihara iman:


1. Mengawal iman supaya tidak rosak. Iman boleh rosak menerusi Iktiqad seperti meragui hadis Nabi, meragui hukum dan undang-undang Islam dan sebagainya. Perkataan atau ucapan seperti menghina Rasulullah, tidak yakin hukum Allah dan sebagainya. Perbuatan seperti melakukan perbuatan syirik, memohon pertolongan kepada selain dari Allah.


2. Menjaga Iman Iman yang telah ada pada kita kena dikawal dengan beberapa sifat diri kita. Yakin pada agama Allah dan perintahnya Ikhlas dalam melakukan amalan. Contohnya solat hendaklah atas niat taat kepada Allah bukan kerana menunjuk atau kerana malu atau kerana dipaksa. Selalu melakukan amalan sunat Istiqamah dalam ibadat. Ibadat yang kita lakukan hendaklah berkekalan, bukan dikerjakan secara bermusim, atau bila lapang baru buat. Beramal dengan penuh tertib dan khusyuk.
posted by Abu Mus'ab @ 10:57 PTG   0 comments
UTAMA : Umpatan Yang Dibolehkan Dalam ISLAM
UMPATAN YANG DIHARUSKAN ISLAM

Di dalam kitabnya yang berjudul Nuzhatul Muttaqin’ syarah kepada kitab hadis yang masyhur ‘Riyadhus Sholihin’ mengenai siapa yang diharuskan mengumpat, pada asalnya mengumpat adalah haram akan tetapi diharuskan dalam keadaan keadaan tertentu.
Dinyatakan oleh beliau diharuskan kepada enam golongan iaitu:

1. Mengadu kezaliman: Diharuskan kepada orang yang dizalimi mengadu kezaliman kepada qadi atau seumpamanya iaitu orang yang mempunyai kekuatan untuk menangani kes tersebut. Contohnya mengadu kepada hakim bahawa dia telah dizalimi oleh polan bin polan.

2. Meminta pertolongan untuk mencegah kemungkaran: Mengadu kepada orang yang mampu untuk mencegah kemungkaran tersebut.contohnya mengadu kepada bapa atau keluarga pelaku maksiat agar keluarganya dapat menasihati serta mencecahnya dari terus melakukannya.

3. Meminta fatwa: Diharuskan bagi orang yang ingin menanyakan fatwa mnceritakan apa yang berlaku bagi membolehkan mufti mengeluarkan hukum yang bertepatan dengan apa yang dikehendakinya.

4. Memberi peringatan kepada Muslimin serta menasihati mereka.

5. Orang yang terang terang melakukan maksiat: Dibolehkan mengumpat ke atas mereka ini bagi menyedarkan kesalahan mereka. Sebagai contoh mereka berjudi atau minum arak di jalanan, dibolehkan mengumpat atau mengata mengenai hal mereka.

6. Pengenalan kepada seseorang insan yang mana tidak dikenali orang tersebut kecuali dengan gelaran: Contohnya polan bin polan tidak dikenali di tempat asalnya kecuali dengan gelaran tertentu, maka dibolehkan.
Allah Taala menyebut dalam Surah An-Nisa': Awal Juzu' 6 :Ayat 148 yang bermaksud
"Sesungguhnya Allah taala tidak menyukai Orang-orang yang Menyuarakan Keaiban orang dengan Kuat KECUALI Orang yang DIZALIMI dan Adalah Allah taala Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui "
Nabi Muhammad SAW pernah menyebut dalam Hadisnya yang bermaksud :
"Sebutlah KEJAHATAN / KEBURUKAN seseorang supaya Manusia berhati-hati dengannya"
wasallam
posted by Abu Mus'ab @ 10:36 PTG   1 comments
Fokus : Pensyariatan Kahwin SEGERA

Pensyariatan Kawin Segera

Pendahuluan

Perkahwinan dalam Islam merupakan suatu tuntutan dan kewajipan dalam pembinaan masyarakat yang unggul. Oleh itu Allah Taala telah mesyariatkan perkahwinan sebagai satu-satunya jalan keluar kepada pelbagai perkara.

Penulisan ini akan menjuruskan kepada Pensyariatan kawin segara.Ia tidak bermaksud kawin dibawah umur mengikut undang-undang yang berbeza disetiap negara, walaupun disana terdapatnya syariat yang membolehkan perkara tersebut.

Tiada sempadan umur layak berkahwin dalam Islam melainkan mengikut keadaan sesuatu masyarakat. Usia "Shabab" atau belia-remaja adalah paling sesuai untuk memdirikan rumahtangga berdasarkan seruan Rasullah SAW
:يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج

disamping pada usia inilah tenaga, kekuatan dan kehendak sesorang itu terkumpul. Oleh itu Rasullah SAW juga menyaran agar pasangan memilih diantara mereka yang muda kerana masing-masing akan melayan kehendak pasangan, melaksanakan tanggunjawap rumahtangga. Bagi wanita pula,inilah masa melahirkan zuriat penyambung genarasi.

Perkara ini lebih dititik beratkan pada zaman yang penuh dengan fitnah, pencabulan, rogol, sumbang mahram dan genjala sosial yang parah dari hari ke sehari. Dr. Abdullah Nasih Ulwan menyaran agar perkahwinan segera dan penislahan persekitaran sahaja yang boleh menyelesaikan masalah sosial ini. Tentunya usaha kita terhad untuk mengubah persekitaran melainkan pihak berkuasa, akan tetapi bagi mengahwinkan jagaan kita adalah dibawah tanggungjawab kita sebagai penjaganya kepada anak-anak.

Saranan dan Hujjah

Hujjah yang menggalakkan kawin segera boleh dikeluarkan dari dalil-dalil berikut:

1-
:َوأَنكِحُوا الأَيَامَى مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمْ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ سورة النور /32

Maksud Firman Allah swt :Dan kawinkanlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak-berkahwin-dari hamba yang lelaki dan hamba perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memampukan-menjadikan kaya- mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui.

Al-Qurtubi menafsirkan ayat tersebut dengan menyarankan kepada penjaga agar memberikan kemudahan dan bantuan untuk melaksanakan perkahwinan.

Arahan 'kawinkanlah' menunjukkan mereka yang mempunyai kuasa dalam memberikan arahan. Tanggunjawab ini dilihat terpundak kepada penjaga samada anak lelaki atau wanita.

Janganlah sampai takutkan kemiskinan maka pihak yg dipertanggunjawabkan sanggup menghalang jagaannya yang layak dari berkahwin. Tidak sepatutnya bagi seorang yang beriman dengan Allah swt meletakkan ketakutan sebegini kerana ia bukanlah merupakan suatu asas yang kukuh.

2-
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إذا خطب إليكم من ترضون دينه وخلقه وأمانته فزوجوه إلا تفعلوا تكن فتنة في الأرض وفساد عريض

Dari Abu Hurairah r.a bersabda Rasullah saw: Apabila datang meminang seorang lelaki yang kau redhoi agamanya, akhlaknya dan amanahnya maka kawinkanlah ia, jika tidak dilakukan, terjadilah ia fitnah dan kerosakan yang meluas. at-Tirmizi

Jelas Baginda menganjurkan kepada penjaga agar mengahwinkan anak mereka dengan lelaki yang mempunya agama, akhlak dan amanah. Ini kerana sifat tersebutlah yang menjamin sesuatu keluarga itu bahgia. Adapun meletak syarat-syarat tambahan ditakuti memberatkan bagi jagaannya memcari jodah seterusnya membawa fitnah kerosakan dalam masyarakat

3-
عن علي رضي الله عنه ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال له: ( يا علي ، ثلاثٌ لا تؤخرها ، الصلاة إذا آنت ، والجنازة إذا حضرت ، والأيم إذا وجدت لها كفؤاً

Dari Ali r.a Sesungguhnya Rasullah saw telah bersabda kepadanya:Tiga perkara jangan kau tangguhkan, Solat apabila tiba waktu, mayat apabila sampai, bujang apabila ditemukan sekufunya. at-Tirmizi

Saranan mengahwinkan dengan segera apabila ditemukan sekufunya seakan-akan seiring dengan tuntutan dua perkara yang disebut terdahulu. Menyelesaikan solat pada waktunya yang singkat dan menguruskan mayat yang manjadi rosak sama pentingnya dengan mengahwinkan anak dara tadi.

4-
عن فاطمة بنت قيس ، وفيه أن الرسول –صلى الله عليه وسلم- أمرها أن تتزوج أسامة بن زيد ، حيث قال لها: أنكحي أسامة بن زيد ، فكرهته ، ثم قال أنكحي أسامة بن زيد ، فنكحته فجعل الله فيه خيراً كثيراً ، واغتبطت به

Dari Fatimah binti Qais, Sesungguhnya Rasullah saw telah mengarahkan-dia-mengahwini Usamah bin Zaid dengan bersabada: Nikahlah kamu Usamah bin Zaid maka aku enggan kemudian Rasullah saw bersabda: Nikahlah Usamah bin Zaid maka aku nikahinya, maka Allah telah menjadikan dengannya kebaikan yang banyak dan kelapangan.Riwayat Muslim..
ketika itu umur Usamah masih belum menjangkau 16 tahun.

5-
عن عائشة رضي الله عنها ، أن الرسول –صلى الله عليه وسلم- قال : لو كان أسامة جارية لكسوته وحليته حتى أُنفِقَهُ

Dari 'Aisyah r.a, sesungguhnya Rasullah telah bersabda: Sekiranya Usamah itu budakku nescaya aku pakaikan dan hiaskan sehingga aku menginfaqkannya. Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad

Hadis ini bermaksud sekiranya Usamah bin Zaid menjadi anak perumpuan Rasullah saw nescaya Baginda akan memakai pakaian dan barang kemas sehingga berkahwin

6-
عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه أنه قال: " زوجوا أولادكم إذا بلغوا لا تحملوا آثامهم

Dari Saidina Umar bin al-Khattab r.a sesungguhnya telah berkata: Kawinkanlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa.

Halangan dan Cabaran.

Menilai terhadap hujjah dan dalil diatas, seharusnya terdetik bagi Aulia/penjaga untuk mengamalkan apa yang telah disarankan oleh Kekasih Kita Junjungan Besar Rasullah saw. Kendatipun terdapat masalah yang menghalang tuntutan tersebut.Masalah ini tidak boleh dipandang-remah oleh penjaga dan anak jagaannya, kerana ia memerlukan kerjasama yang utuh diantara kedua pihak.

Halangan yang digariskan oleh Dr.Abdullah Nasih Ulwan ialah:

1-Mahar yang tinggi- terdapat banyak hadis,hikmah dan contoh tindakan Rasullah SAW sendiri.

2-Belanja kawin yang melampau- Jangan sampai kewajipan berkahwin dihalang dengan kewajipan sampingan yang kecil. Malah kekadang sesuatu yang bukan wajib atau hanya adat dijadikan kewajipan.

3-Halangan pembelajaran/perkuliahan- Kita akan fokuskan pembincangan ini di bawah.

4-Kebebasan yang melampau-sehingga merasakan semuanya dapat dimiliki walaupun tanpa berkahwin

5-Sedikit pendapatan dan tinggi taraf hidup-Ia memerlukan perancangan masa depan dan bantuan dari pesekitaran disamping sentiasa berusaha melengkapkan keperluan keluarga.Kefahaman dan kemahiran dalam mengklasifikasikan perbelanjaan yang penting dengan yang lebih penting serta yang tidak penting adalah sangat perlu.

Halangan pembelajaran/perkuliahan

Halangan ini timbul dikalangan mahasiswa umumnya, iaitu mahasiswa diperingkat Ijazah dan ijazah lanjutan khususnya Mereka sering dihadapkan dengan keadaan serba salah dan keliru Kebiasaan masalah ini ialah:

1-Masalah ekonomi yang berkaitan dengan pembelanjaan dan nafkah.

2-Masalah akadamik yang berkaitan dengan pembelajaran.

3-Masalah malu dengan kritikan keluarga.

Masalah Ekonomi.

Menjadi tanggungjawab penjaga menampung segala urusan jagaannya, samada penjaga tersebut berada atau kurang berada. Bagi yang berada, tiada sebab mengapa ianya menjadi halangan. Sewajarnya mereka membantu, memudahkan proses ini. Halangan ini akan menatijahkan suatu yang buruk seperti pergaulan bebas, perzinaan dan anak haram.

Tidak perlu kedekut dalam membantu jagaan/anaknya untuk berkahwin, inilah zuriatnya yang akan melahirkan genarasi seterusnya, yang sentiasa mengingati kebaikan ayahnya,yang menyanjungi ayahnya, yang menyayangi ayahnya yang sentiasa mendoakan ayahnya diwaktu yang lain melupakan atau tiada lagi.

Harta yang diwakilkan kepada kita hanya bersifat sementara yang akan ditanya dimana ia dibelanjakan. Munasabah sekali sekiranya harta ini dibelanjakan untuk anak kandungnya sendiri. Sabda Rasullah saw yang bermaksud: Dan wang yang diinfakkan pada Sabilillah, dan wang yang diinfakkan untuk membebaskan hamba, dan wang yang disedekahkan kepada orang miskin, dan wang yang diinfakkan kepada keluarga kamu: Yang paling besar pahalanya ialah apa yang diinfakkan kepada keluarga kamu.Riwayat Muslim

Bagi penjaga yang kurang berada menjadi tanggunjawab orang-ramai, keluarga, ulama, masyarakat membentuk suatu pertubuhan membantu mereka yang sedang belajar ini.Galakkan kepada mereka yang berada dan sentiasa mengingatkan mesyarakat tentang budaya menginfak akan menjadikan hubungan diantara masyarakat lebih intim dan harmoni.

Masalah Pembalajaran

Sememangnya kehidupan sebagai mahasiswa, waktu atau masa merupakan suatu hambatan kepada mereka. Tambahan mereka akan bertanggugjawap kepada keluarga. Ini merupakan suatu tanggapan sahaja.

Apa yang berlaku adalah, terlalu banyak pembuangan waktu dan masa yang berlaku walaupun mereka tidak berumahtangga. Seperti membasuh, memasak, mengemas, melayan kawan-kawan. Ini bergantung kepada pribadi seseorang.

Sebenarnya tugas-tugas diatas boleh dibahagikan kepada pasangan yang memahami tugas-tugas ini. Tumpuan kepada pembalajaran lebih terarah. Dalam satu-satu masa meraka tidak perlu membasuh, memasak dan mengemas. Pembahagian tugas dan kesefahaman diantara pasangan sangat perlu. Perbincangan penyelarasan diantara pasangan hendaklah sentiasa dilakukanm

Tepatlah dengan maksud dari sabda Rasullah saw: Sesiapa yang dikurniakan oleh Allah Taala dengan wanita solehah, maka sesungguhnya ia telah dibantu separuh dari agamanya, maka bertakwalah kepada Allah Taala pada separuh yang baki.

Masalah malu dengan kritikan Keluarga

Malu bukan pada tempatnya adalah suatu perbuatan yang terkutuk. Ianya tidak membawa faedah malah akan mengundang masalah lain yang disembunyikan disebalik sifat malu ini.

Menjadi suatu yang kemestian kepada penjaga menanamkan sifat bercakap benar tanpa takut dan malu kepada anak-anak meraka. Jika tidak maka perkara sebaliknya akan berlaku, mereka akan menjadi anak-anak yang pembohong dan penipu. Oleh itu penjaga harus menimbangkan setiap sikap dan tindakan anak mereka agar tidak kepura-puraan dan tipuan.

Ruang pembincangan diantara penjaga dan anaknya seharusnya dibiarkan terbuka dan beradab, bukan ditutup rapat.

Bagi anak yang berpelajaran pula, berkata benarlah, berterus-teranglah. malulah dengan sesuatu yang diharamkan oleh Allah Taala. Jangan sampai malu berhadapan dengan keluarga menjadikan kamu tidak malu melakukan perbuatan yang terkutuk, keji serta maksiat disisi Allah Taala.

Maksud Firman Allah Taala: Dan dari tanda-tanda kebesaranNya, Dia telah memciptakan untukmu pasangan dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram dan menjadikan diantara kamu rasa kasaih dan sayang:
Surah Ar-Rum 21.

Wallahu min waraa'i qasdi

Wahuwa yahdi ila sabilil rasyad.

posted by Abu Mus'ab @ 10:16 PTG   0 comments
Semasa

Maulidur Rasul Antara Budaya dan Ibadat


Muslimin sidang jemaah sekalian,


Tanggal 12 RA, adalah satu tarikh penting dan saat bermakna kpd umat Islam. Pada tarikh inilah lahirnya seorang manusia agung bernama Muhammad SAW. Baginda dianggap bulan purnama yang menerangi kegelapan iaitu kegelapan syirik dan dosa yg dilakukan oleh manusia.


Di dalam bulan ini, menjadi satu adat dikalangan umat Islam menyambut dan mengadakan majlis mengingati kelahiran Nabi Muhammad SAW. Allah taala tidak memerintah org Islam di dalam mana2 ayat Al-Quran supaya mengadakan sambutan mengingati tarikh kelahiran Rasulullah Saw.


Rasulullah SAW sendiri pun tidak meminta umatnya supaya menyambut dan mengingati hari kelahiran baginda. Demikian juga para sahabat, mereka tidak pernah mengadakan sambutan hari kelahiran Rasulullah SAW samada semasa hidup baginda atau selepas kewafatan baginda.


Apa yg diperintahkan oleh Allah taala dan rasulNya SAW itulah yg dilakukan oleh para sahabat iaitu mereka beramal dan menurut ajaran Rasulullah SAW dgn berpandukan kpd petunjuk yg dibawaNya.


Muslimin yg dirahmati Allah sekalian,


Sekiranya kita menyambut dan mengingati kelahiran Rasulullah SAW utk memberi semangat menegakkan Islam dan memperingatkan kpd kita betapa pentingnya berpegang kpd ajaran yg dibawa oleh Rasulullah SAW, maka sambutan seperti ini tidak salah dan ada juga manafaatnya.


Namun sekiranya sambutan spt ini dirayakan sekadar sambutan semata2, untuk menunjuk2 sahaja bhw kita sayang kepada Rasulullah Saw, sedangkan ajaran yg dibawa dan di ajar oleh baginda tidak diikuti, petunjuknya tidak dijalani bahkan ada sesetengahnya dipermain2kan, maka sambutan spt ini adalah sia2 shj.


Sambutan seperti ini samalah dgn sambutan yg dilakukan oleh org2 kristian terhadap tarikh kelahiaran nabi Isa AS, sedangkan ajaran yg dibawa oleh nabi Isa itu sendiri mereka tentang dan tinggalkan. Sambutan seperti in hanya lebih membawa kepada mempersendakan Rasulullah SAW.


Muslimin siding jemaah sekalian,


Baginda Rasulullah SAW dilhirkan dan dibesarkan di negeri yg mundur, bukan di negeri yg telah mencapai kemajuan kebendaan spt negeri rom dan parsi. Ini untuk menunjukkan kpd manusia bahawa Islam bukannya satu ajaran yg boleh direka2 oleh manusia.


Walaupun Islam bermula di Mekkah, sebuah negeri yg mundur dan dikatakan tidak bertamadun pada masa itu, tetapi Allah taala hendak membuktikan bahawa dgn berpegang kpd ajaran Islam, umat Islam boleh maju di dalm semua bidang, di dunia dan akhirat. Bermula di Mekkah, Islam berkembang dan menjadi satu kuasa yg memimpin dunia utk maju ke akhirat.


Adapun kemajuan dunia, ia suatu perkara yg boleh direka oleh manusia menurut perkembangan masa dan zaman. Utk memudahkan hidup, manusia mencipta pelbagai alat tetapi ajaran yg memberi kebahgian di dunia dan keselamatan di akhirat bukannya boleh dicipta oleh sesiapa, bukan juga oleh mana2 kuasa besar dunia dahulu dan sekarang.


Muslimin sidang jemaah sekalian,


Di dalam melakukan dakwah kpd agama Allah dan di dalam mempertahankan prinsip dan perjuangan yg benar, Rasulullah SAW tidak sekali2 tunduk kpd ancaman atau terpengaruh dgn tawaran dan desakan. Oleh itu, apabila baginda ditawarkan dgn harta yg banyak, pangkat yg tinggi, wanita yg cantik dan sebagainya oleh 80 org2 kafir quraisy agar Rasulullah SAW meninggalkan dakwah Islam, dgn tenang baginda menjawab sebagaimana sabdanya :

" sekiranya mereka meletakkan matahri di tgn kananku dan bulan di tgn kiriku supaya aku meninggalkan tugasku ini, tidak sekalil2 aku meningglkannya sehinggalah Allah memenangkan atau aku mati kerananya "


Muslimin rahimakumullah,


Suatu sikap yg mengkagumkan pada diri Rasulullah Saw ialah tidak berdendam kepada musuh2nya di dalam menyampaikan dakwahnya walaupun baginda dizalimi, dicaci dan dicederakan. Sebaliknya, baginda hanya berdoa supaya Allah taala membuka pintu hati org2 yg menentangnya.


Kesabaran dan ketabahan inilah akhirnya membuahkan hasil yg tidak disangkakan. Org2 yg dahulunya menentang keras dakwah Rasulullah Saw dan sgt keras hati, tiba2 memeluk agama Islam dan sanggup pula mati kerana mempertahankan Islam spt Umar Ibnu Khattab dan Abu Sufyan RA.


Muslimin sedang jemaah sekalian,


Hendaklah kita menyedari, menghidupkan ajaran yg disampaikan oleh Rasulullah SAW adalah jalan yang manusia pasti tidak akan sesat dan tidak berjaya disesatkan. Mentaati ajaran baginda adalah tanda ketaatan sesorang kpd Allah taala kerana sabda Rasulullah Saw :

" Sesiapa yang mentaatiku sesungguhnya dia mentaati Allah, dan sesiapa yang menderhakaiku sesungguhnya dia menderhakai Allah taala ".


Meninggalkan ajaran Rasulullah Saw, menyebabkan manusia hidup huru hara pada hari ini sebelum huru hara di akhirat kelak. Bala bencana menimpa umat Islam di sana sini, umat Islam dibunuh, harta benda dan tanah air mereka dirampas dan hak kebebasan mereka disekat. Ini berlaku di mana2 spt di Palestin, Checnya dan lain2.


Golongan muda mudi pula tenggelam di dalam keseronokan hidup sambil dibawai oleh hiburan dan maksiat yg melalaikan yang dirancang oleh musuh Islam. Pakaian tidak senonoh, pergaulan bebas, membazir masa dan lain2 menjadi budaya hidup seharian mereka.


Orang dewasa pula terlalu sibuk dengan dunia masing2. Kerana sibuk dengan kerja masing2, ibadat solat dilupakan dan hukum halal haram diketepikan, ulama` tidak dipercayai lagi, nasihat2 agama tidak didengar dan tidak dipedulikan lagi bahkan dianggap menyekat kebebasan hidup mereka. Majlis2 Ilmu dan masjid2 tidak lagi mendapat perhatian sebahagian umat Islam.


Marilah kite kembali semula kpd ajaran dan contoh teladan yg ditunjukkan oleh Rasulullah SAW supaya kita tetap berada di jalan yang benar dan mendapat keselamatan di dunia dan akhirat.


" Dan tidak harus bagi orang beriman lelaki dan perempuan, apabila Allah dan RasulNYa telah menetapkan keputusan di dalam sesuatu perkara ( tiba2 ) mereka mencari pilihan yang lain. Dan sesiapa menderhakai Allah dan RasulNya, sesungguhnya dia telah sesat di dalam kesesatan yang nyata.


posted by Abu Mus'ab @ 9:38 PTG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::