:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

NERAKA JAHANNAM
Isnin, Jun 23, 2008

KISAH NERAKA JAHANAM

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari qiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik saja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari qiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras."

Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan saja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.
posted by Abu Mus'ab @ 5:41 PTG   0 comments
UNTUK YANG BELUM TAU

Untuk Yang Belum Tau..

“Untuk kenaikan harga minyak kali ini. Penstrukturan subsidi yang dibayar menggunakan wang pos. Tahukah anda, Pos Malaysia adalah milik ECM-LIBRA, dan ECM-Libra adalah milik Khairi Jamaluddin menantu Pak Lah.

Perancang strategik Pak Lah dari tingkat 4. Bayangkan duit yang masuk ke dalam poket Khairy, setiap RM10 yg dibayar sebagai subsidi.. 10 sen akan masuk ke poket sebagai komisen wang pos.

Maknanya ada 6 juta kenderaan di malaysia dan setiap kenderaan akan dapat subsidi Rm 620, iaitu RM 6.20 komisen kepada Khairi. Untuk setiap kenderaan RM 6.20 X 6 Juta kenderaan = RM 37 200 000 setiap tahun. Itu tidak termasuk bayaran setiap bulan terhadap VESEL dan Nelayan, juga menggunakan wang pos.”

Bayaran tunai sebanyak RM200 setiap bulan bagi setiap pemilik dan pekerja vesel rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan. Bayaran insentif kepada pemilik vesel pada kadar 10 sen sekilogram hasil tangkapan ikan yang didaratkan oleh vesel perikanan berdaftar di pusat pendaratan ikan di dalam negara.

“Pembayaran akan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Kabinet juga telah memutuskan pengusaha bot penumpang sungai akan diberi bayaran tunai sebanyak 10 sen seliter berdasarkan kuota yang diluluskan,” kata Abdullah.”

Figure-figure di atas tidak termasuk “Berapa bilion wang kerajaan akan menjadi simpanan tetap di Pos Malaysia dan berapa untung Pos Malaysia memperniagakan wang itu dengan keuntungan yang didepositkan ke tempat lain ???"
posted by Abu Mus'ab @ 4:06 PTG   0 comments
NAIK BASIKAL

MP Pembangkang Naik Basikal Ke Parlimen Hari Ini

Empat Ahli Parlimen pembangkang hari ini berbasikal ke bangunan Parlimen sebagai tanda protes kepada kerajaan terhadap kenaikan harga bahan api. Mereka ialah Ahli Parlimen Baru, Tian Chua, N Gobalakrisnan (Padang Serai); Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baru); dan Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan).

Mereka berkata, tujuan mereka menaiki basikal untuk menunjukkan kesusahan yang ditanggung oleh rakyat ekoran kenaikan harga minyak.

Mereka berbasikal dari Bank Negara mulai jam 9.30 pagi dan tiba di Parlimen, 10 minit kemudian.

Namun pada masa yang sama perkarangan Parlimen tempat letak kereta penuh dengan kereta Ahli Parlimen termasuk pembangkang, pegawai kerajaan dan para pemerhati.

Malah ada yang terpaksa meletakkan kereta di luar kawasan Parlimen. Mereka yang turut mencabar Perdana Menteri datang ke Parlimen menaiki basikal bagi merasai kepayahan yang dihadapi rakyat serta menunjukkan contoh mengubah gaya hidup.
posted by Abu Mus'ab @ 3:58 PTG   0 comments
SUDAH TERLAMBAT

Usul Kurangkan Beban Kenaikan Minyak, Presiden PAS Kata Ia Sudah Terlambat

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS Marang) menyifatkan usul yang dibentang oleh wakil kerajaan, Dato' Shahrir Samad di Dewan Rakyat hari ini berhubung langkah mengatasi beban kenaikan harga minyak adalah satu langkah terlambat.

Sambil menyatakan kekesalan terhadap usul yang lewat itu beliau menyatakan bahawa kerajaan sepatutnya membawa usul itu sebelum pengumuman harga minyak dibuat (4 Jun).

"Kita nyatakan kekesalan kerana usul ini terlallu lewat dibawa ke Dewan Rakat selepas kerajaan terlebih dahulu mengisytiharkan harga minyak naik yang mempengaruhi kenaikan harga barang," katanya.

Dewan Rakyat jadi 'rubber stamp' untuk mengiakan apa sahaja yang diputuskan oleh kerajaan sedangkan sebarang keputusan kerajaan ini sebenarnya keperitannya ditanggung oleh rakyat, ujar Presiden PAS itu semasa membahaskan usul yang dibentang Shahrir di Dewan Rakyat pagi tadi.

"Rakyat semuanya menderita, sementara media digunakan untuk cari rakyat yang jahil tentang ekonomi untuk menyokong tindakan kerajaan ini," kata Presiden PAS itu lagi.

Namun perbahasan Presiden PAS dihentikan oleh Yang diPertua Dewan Rakyat kerana masa perbahasan untuk sesi pagi telah tamat.

Terdahulu sebelum itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (DAP Bagan) turut menyelar tindakan kerajaan mengemukan usul tersebut selepas kerajaan menganiaya rakyat terlebih dahulu dengan kenaikan harga minyak.

Ujar Guan Eng langkah kerajaan ini sebenarnya menghumban rakyat kepada kemiskinan yang melampau, malah pendekatan yang dikatakan untuk mengurangkan beban rakyat ini adalah satu langkah 'ad hoc' dan terdesak.

"Kenapa tidak kerajaan memikirkan langkah ini dahulu sebelum mengumumkan kenaikan harga minyak," ujarnya.

Beliau juga menyarankan agar kerajaan memberi wang tunai kepada rakyat sejumlah RM6000 setahun bagi mengurangkan penderitaan rakyat selain meransang ekonomi rakyat.
posted by Abu Mus'ab @ 3:48 PTG   0 comments
KISAH BUMI DAN LANGIT
Isnin, Jun 16, 2008

KISAH BUMI DAN LANGIT

Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain."

Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."

Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."

Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."

Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."

Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."

Jibrail A.S. bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"

Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."

Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"

Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."

Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."
Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu'alam. Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.
posted by Abu Mus'ab @ 11:54 PG   0 comments
DEMO SATU CABANG DAKWAH

Demonstrasi Salah Satu Cabang Dakwah, Tarbiyah

Menyertai demonstrasi adalah sesuatu yang tidak bertentangan dengan syariah sebaliknya merupakan satu dari cabang dakwah dan proses pentarbiyahan.

Menurut Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Zainal Asri Romli, demonstrasi dalam harakah merupakan satu uslub daripada uslub dakwah dan satu wasilah daripada wasilah dakwah.

"Kita jangan terpengaruh dengan pandangan yang mengatakan demontrasi ini sebagai 'ghairu syarie' (tidak syarie) sebab ia juga merupakan satu pentarbiyyahan juga," ujar beliau ketika ditanya Harakahdaily berhubung demonstrasi yang dicetuskan sebagai bantahan kepada kenaikan harga minyak.

Menyertai demonstrasi menurut beliau, adalah proses untuk mentarbiyah diri.

"Kalau demontrasi kita tidak berani sertai, apatah lagi perang yang sememangnya lebih dahsyat," tuturnya berkias mengakhiri temubual tersebut
posted by Abu Mus'ab @ 11:42 PG   0 comments
ROYALTI MINYAK DIKEMBALIKAN
Royalti minyak: Setelah rakyat dizalimi, akhirnya hak dikembalikan


The image “http://buletinonline.net/images/berita6/tghadi.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Setelah sekian lama rakyat Terengganu dizalimi dan dinafikan hak untuk memperolehi hasil royalti minyak, maka akhirnya bayaran royalti ini dikembalikan ke pangkuan rakyat negeri Terengganu.

Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri pada 14 Jun 2008 bahawa bayaran royalti minyak ini akan dikembalikan telah memberi gambaran bahawa sememangnya pembayaran tunai hasil royalti minyak sejak dari 5 September 2000 telah dinafikan walaupun ianya telah termaktub dalam perjanjian perundangan antara kerajaan pusat dan negeri Terengganu.

Ternyata rakyat telah dianiaya dan dizalimi hasil dari tindakan politik sempit kerajaan pusat apabila PAS mengambilalih pentadbiran kerajaan negeri Terengganu pada tahun 1999 yang lalu.

Penafian hak ini berlaku semata-mata kerana rakyat telah melaksanakan tanggungjawab berdasarkan kepada lunas demokrasi dalam pilihan raya.

Sejak itu PAS telah mengambil tanggungjawab untuk mendapatkan kembali hak yang sememangnya termaktub dalam perjanjian ini dengan memulakan proses perundangan setelah kerajaan pusat pimpinan BN terus menerus menunjukkan sikap tidak peduli dengan permintaan kerajaan negeri pimpinan PAS untuk mendapatkan kembali royalti minyak.

Ternyata bukan sahaja kerajaan pusat tidak menghormati prinsip perjanjian yang telah ditandatangani, tetapi juga telah secara tidak beretika menukarkan status wang royalti dengan nama yang lain tanpa secara sah dan bertanggungjawab.

Apabila pimpinan kerajaan negeri Terengganu bertukar tangan pada tahun 2004, kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Dato' Seri Idris Jusoh tidak berusaha mendapatkan kembali wang royalti ini, sebaliknya menerima peruntukan Dana Khas yang berjumlah berbilion ringgit kononnya sebagai ganti wang royalti minyak yang sepatutnya dibayar.

Hasilnya, pembelanjaan terhadap peruntukan Dana Khas ini tidak dilaksanakan dengan telus dan berintegriti sebagaimana yang telah dicatatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2007.

Sepanjang tempoh ini, PAS sentiasa konsisten memperjuangkan hak rakyat ini tanpa henti. PAS menaruh harapan yang tinggi agar khazanah negeri ini digunakan secara telus, adil dan penuh integriti untuk kepentingan seluruh warga negeri Terengganu tanpa mengira anutan agama, bangsa dan fahaman politik kepartian.

PAS juga ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada seluruh ahli dan kepimpinan PAS, badan-badan bukan kerajaan (NGO), Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT), orang perseorangan dan seluruh rakyat Malaysia yang telah melakukan pelbagai usaha sehingga akhirnya wang royalti minyak ini kembali ke pangkuan rakyat. Tahniah Rakyat Terengganu, Tahniah Untuk Semua.

Presiden PAS
posted by Abu Mus'ab @ 10:58 PG   0 comments
SIAPA TAHU ???
Khamis, Jun 12, 2008

SIAPA TAHU SLIP GAJI BULANAN PM ?


Oleh yang demikian saya merayu dan menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan sahabat saya yang sedang berkhidmat di Bahagian Kewangan di seluruh Kementerian di Malaysia agar membuat pendedahan masing-masing tentang perkara ini agar seluruh rakyat Malaysia mengetahuai dan dapat menjadi pengajaran kepada mereka semua. Semoga pendedahan ini dapat menyedarkan semua rakyat dan ahli UMNO diseluruh Malaysia terutama sekali yang terperangkap dengan sekilo gula dan sehelai batik. Siapa tahu Slip Gaji Bulanan Perdana Menteri Malaysia !

Saya akan mendedahkannya sedikit masa lagi!!!


Untuk Mengetahui Slip Gaji Menteri, Lihat Artikel "Menteri Suh Ubah Gaya Hidup"
posted by Abu Mus'ab @ 10:16 PG   0 comments
PROTES
Rabu, Jun 11, 2008

Perhimpunan Aman Rakyat Membantah Kenaikan Harga Minyak


Tarikh: 12 Julai 2008 (Sabtu)


Masa: Jam 3 petang


Tempat: KLCC


Dianjurkan oleh: Gabungan Membantah Kenaikan Harga Minyak (PROTES)


Rakyat Malaysia telah dikejutkan pada 4 Jun 2008 apabila kerajaan Barisan Nasional mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen. Ini merupakan satu peningkatan 40.6% daripada harga sebelum ini.

Kerajaan BN juga telah mengumumkan satu polisi baru di mana pengguna kereta kurang daripada 2000cc akan diberi RM600 setahun sementara penunggang motosikal pula diberi RM120 setahun. Polisi baru ini adalah kononnya untuk membantu rakyat kurang berada. Namun demikian, jika perhitungan mudah dibuat, elaun ini jelas tidak cukup untuk menampung kos kenaikan yang begitu ketara.

Alasan utama yang diberikan oleh kerajaan adalah bahawa harga minyak di pasaran dunia semakin meningkat. Ini alasan yang buruk kerana Malaysia ialah sebuah negara pengekspot minyak. Peningkatan harga minyak di pasaran dunia sebenarnya menguntungkan PETRONAS meskipun harga minyak yang diimpot dari negara lain juga meningkat.

Mereka yang pro-kerajaan mungkin akan memberi statistik harga minyak tinggi di negara yang tidak menghasilkan petroleum (negara pengimpot). Jangan tertipu dengan helah ini! Jika dibandingkan dengan negara pengekspot minyak lain di dunia, Malaysia jelas mempunyai harga minyak tempatan antara yang tertinggi.

UAE : RM1.19

Bahrain : RM0.87

Qatar : RM0.68

Arab Saudi : RM0.38

Nigeria : RM0.32

Venezuela : RM0.16

Di Venezuela, harga seliter petrol hanya RM0.16, manakala di negara Timur Tengah seperti Arab Saudi, UAE dan Qatar, harga seliter petrol di antara RM0.38-RM1.19. Wajarlah harga petrol negara kita berlipat ganda berbanding negara pengeskspot lain?

Rakyat Malaysia perlulah melakukan sesuatu untuk menunjukkan kepada kerajaan BN bahawa kita tidak setuju dengan kenaikan harga minyak ini. Oleh yang demikian, PROTES menganjurkan satu perhimpunan aman yang akan diadakan bulan depan. Rakyat jelata mestilah turun beramai-ramai untuk membantah tindakan kerajaan BN yang tidak wajar dan membuktikan bahawa kuasa sebenar berada di tangan rakyat.

Marilah kita sama-sama membantah kenaikan harga minyak.

Marilah kita PROTES SAMPAI TURUN!
posted by Abu Mus'ab @ 3:33 PTG   0 comments
MENTERI SUH UBAH GAYA HIDUP


Gaji Menteri vs Seruan 'ubah gaya hidup rakyat'


KUALA LUMPUR, 11 Jun (Hrkh) - Kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan minggu lalu sehingga 41 peratus amat menjejaskan kehidupan dan meningkatkan kos sara hidup rakyat Malaysia.

Namun dalam 'lelah' rakyat Malaysia mendepani kemelut kenaikan harga minyak ini, kelompok menteri yang mempertahankan keputusan kerajaan pula menasihatkan rakyat agar 'mengubah gaya hidup' bagi meringankan penderitaan.

Laungan kelompok menteri bagaimanapun tidak berdasarkan kepada hakikat yang sebenar kerana perbezaan taraf kehidupan antara menteri dan rakyat kebanyakan dari sudut pendapatan cukup ketara.

Pendedahan menarik berhubung gaji dan 'keistimewaan' para menteri di Malaysia ini merupakan satu renungan buat rakyat yang selama ini diseru menteri yang kaya supaya mengubah gaya hidup.

Pendedahan ini pernah disiarkan di dalam beberapa blog dan difahamkan datangnya daripada satu surat yang diemel oleh seorang yang dikenali sebagai pegawai kerajaan di Putrajaya ke laman blog Tranungkite Online tahun lalu yang boleh dijadikan rujukan maklumat betapa besar jumlahnya wang rakyat dibelanjakan oleh Menteri-menteri di Malaysia.

Menurutnya, rekod tersebut adalah berdasarkan kepada pendapatan bulanan menteri kabinet pada tahun 1999 dan pada pendapatnya terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang.

Berikut adalah perbandingan gaji menteri dengan persoalan 'ubah gaya hidup' yang disarankan kepada rakyat...

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri:

1. Gaji Pokok RM18,000

2. Elaun Keraian RM10,500.00

3. Elaun Perumahan RM10,800.00

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yang wajib diterima sama ada sakit atau tidak bekerja.

Lain-lain kemudahan

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dan lain-lain boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dengan telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri ialah:-

1. Gaji Pokok RM15,000

2. Elaun Keraian RM9,500.00

3. Elaun Perumahan RM9,800.00

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yang wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

Dan Menteri:-

1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan

2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik

3. Pedapatan dari syarikat persendirian seperti kontrak dan lain-lain

4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi

5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.

6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara

7. Lain-lain sumber
posted by Abu Mus'ab @ 3:20 PTG   0 comments
KELEBIHAN BISMILLAH
Selasa, Jun 10, 2008

BISMILLAH

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah." Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim."

Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali. Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
posted by Abu Mus'ab @ 4:23 PTG   8 comments
BARANG NAIK LAGI

Harga Barang Keperluan Naik 10% mulai Bulan Depan

Pengguna diberi ingatan bahawa semua barangan keperluan harian akan mengalami kenaikan harga sehingga sekurang-kurangnya 10% mulai bulan depan.

Presiden Persekutuan Persatuan Pedagang Runcit Malaysia Encik Lean Hing Guan, menyatakan demikian kelmarin sebagai mengulas kesan berikutan kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.Beliau berkata, pemilik kedai runcit tidak ada pilihan kecuali menaikan harga barangan yang tidak dikawal (dengan harga syiling) untuk terus bertahan dalam menghadapi kenaikan harga minyak.

Menurut Lean makanan dalam tin dan lain-lain barangan yang dibungkus dengan plastik juga akan mengalami kenaikan harga yang lebih banyak, namun beliau tidak menyatakan senarai harga barangan tersebut.

“Barangan yang dihantar dalam jarak yang jauh menggunakan lori juga dijangka mengalami kenaikan sekurang-kurangnya 10%” katanya selepas menghadiri majlis makan tengah hari ulangtahun ke 87 Gabungan Kedai Peruncit Perak.

Dalam ucapan sebelumnya, Lean menggesa kerajaan membuka tanah-tanah kosong untuk penanaman dan menilai serta meningkatkan pengeluaran padi setiap hectar khususnya di Kedah.

Beliau juga menyatakan keraguan atas keberksanan tindakan kerajaan meletakkan pelekat berwarna diatas guni/kampit beras bagi membezakan antara harga beras yang dikawal dan beras yang diimpot
posted by Abu Mus'ab @ 4:08 PTG   0 comments
HARGA PETROL DI NEGARA PENGELUAR
Jumaat, Jun 06, 2008
Harga Petrol Di Negara Pengeluar




Negara Kiter Malaysia kan Negara Pengeluar Minyak Jugak, Kenapa Terlampau Tinggi ?
posted by Abu Mus'ab @ 8:01 PTG   0 comments
KAJIAN KES KENAIKAN HARGA MINYAK
Khamis, Jun 05, 2008

Kajian Kes Kenaikan Harga Minyak

“Kerajaan komited untuk memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak akan dibebani dengan kenaikan kos petrol dan makanan. Namun, kos petrol dan komoditi di peringkat global, telah mengalami kenaikan yang drastik dan subsidi perlu distruktur semula supaya bantuan dapat diagihkan dengan lebih adil. Subsidi yang distruktur semula ini akan memberi lebih manfaat kepada mereka yang memerlukannya, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.” Kata Dollah Badawi

Kes Pertama : Seorang buruh, pendapatannya RM 1000 sebulan, menggunakan sebuah motorsikal dengan perbelanjaan minyak motorsikal ketempat kerjanya dan urusan lain sebanyak RM 100 sebulan.

Setahun belanja minyak motorsikalnya adalah RM 1200. Sekarang apabila minyak naik harga sebanyak 41%, kos minyak motorsikalnya akan menjadi RM 141 sebulan. Setahun dia akan mengalami kenaikan kos minyak motosikalnya menjadi RM 1692.Belanja minyak motorsikalnya akan meningkat sebanyak RM 492 setahun.

Dollah Badawi kata kerajaan UMNO/BN komited untuk memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak akan dibebani dengan kenaikan kos petrol dan makanan. Jadi kerajaan kata subsidi yang distruktur semula ini akan memberi lebih manfaat kepada mereka yang memerlukannya, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Maka kerajaan akan berikan bayaran tunai sebanyak RM150 setahun bagi setiap motosikal.

Itulah cara kiraan matematik paling ‘bodoh’ untuk memastikan kerajaan membela rakyat.

Kes Kedua: Seorang pekerja swasta, berpendapatan RM 2000 sebulan. Mempunyai sebuah kereta ‘proton’ buruk yang jumlah belanja minyak kereta sebulan adalah sebanyak RM 200 sebulan.

Dalam setahun perbelanjaan minyak keretanya adalah berjumlah RM 2400. Sekarang kerana kerajaan UMNO/BN menaikkan harga minyak petrol sebanyak 41% maka kos ataupun belanja minyak keretanya akan menjadi RM 3384 setahun.

Maka pekerja swasta ini akan menanggung beban akibat kenaikan harga minyak sebanyak RM 984 setahun.

Oleh kerana Dollah Badawi yang mengetuai kerajaan UMNO/BN komited untuk memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak akan dibebani dengan kenaikan kos petrol dan makanan. Jadi kerajaan kata subsidi yang distruktur semula ini akan memberi lebih manfaat kepada mereka yang memerlukannya, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Maka kerajaan akan berikan bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kereta.

Itulah cara kiraan matematik paling ‘tolol’ untuk memastikan kerajaan membela rakyat.

Kesimpulan: Itu belum beban-beban lain yang pasti akan muncul dan akan ditanggung oleh si Buruh dan si Pekerja Swasta di atas.

Oleh kerana pengeluar, pengedar, pemborong, peruncit juga akan turut mengalami kenaikan kos sebanyak 41% didalam kos operasi perniagaannya, maka sudah pasti pengeluar, pengedar, pemborong, peruncit akan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan yang mereka tawarkan.

Kesimpulannnya, diulangi sekali lagi “Kerajaan komited untuk memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak akan dibebani dengan kenaikan kos petrol dan makanan. Namun, kos petrol dan komoditi di peringkat global, telah mengalami kenaikan yang drastik dan subsidi perlu distruktur semula supaya bantuan dapat diagihkan dengan lebih adil. Subsidi yang distruktur semula ini akan memberi lebih manfaat kepada mereka yang memerlukannya, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.” Kata Dollah Badawi
posted by Abu Mus'ab @ 10:53 PG   0 comments
TENANGKAN HATI

Lembutkanlah Hatimu

1- Puteri Rasulullah SAW, Fatimah az-Zahrah bertanya kepada ayahandanya tentang wanita yang dijamin masuk syurga dan Baginda menunjukkan seorang wanita tanpa menceritakan ciri-ciri yang dimiliki oleh wanita tersebut. Demi mendapatkan jawapan, Fatimah menziarahi wanita itu dan melalui beberapa detik pengalaman. Apa yang beliau dapati sebenarnya sangat mudah bagi seorang wanita yang menjadi isteri untuk memasuki syurga; menunggu kepulangan suami dari bekerja dengan penuh sabar dan bercantik-cantik untuk suami, mendapatkan izin daripada suami untuk membuat sebarang keputusan yang berkaitan dengan hak suami dan menawarkan diri untuk dihukum sekiranya pada anggapan suami, dia telah berbuat salah.

2- Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan......

3- Seringkali kita mengutamakan kehendak manusia daripada kehendak ALLAH, seringkali juga kita utamakan pandangan manusia daripada pandangan Allah, acapkali juga kita nyatakan Syurga idaman kita tetapi amalan kita jauh dari amalan penghuninya, ketahuilah Syurga Allah itu terlalu mahal harganya memerlukan pengorbanan yang tak berkesudahan namun kemanisan di akhirnya mampu mengubati keperitan...Ya Allah, bimbinglah kami menuju kepada Mu, AAMIIIN

4- Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah. Dan ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah"- IBNUL QAYYIM-

5- Sahabatku.. jangan kau berjalan di belakang ku kerana aku mungkin bukan seorang pemimpin yang baik, jangan pula berjalan di hadapan ku kerana ku mungkin bukan seorang pengikut yang setia.. tapi berjalanlah seiring denganku kerana kita mungkin bisa menjadi teman yang baik...

6- "Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"

7- Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan, ambillah waktu untuk bermain , itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi, ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan, ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan, ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan, ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan, ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju ke syurga..."

8- Sabda Nabi S.A.W : Ikktharu bilmauti Zikra (Perbanykkan mengingati MATI)... Biar hidup ada tujuan dan garis panduan..Menanti di barzakh..!!!
posted by Abu Mus'ab @ 10:20 PG   0 comments
TERBURUK DALAM SEJARAH

Terburuk Dalam Sejarah

Pemimpin parti Pakatan Rakyat menyifatkan kenaikan harga petrol dan diesel pada kadar 41 peratus sebagai membebankan rakyat dan yang terburuk dalam sejarah negara.

Sementara itu, ganjaran memberi wang tunai kepada pemilik motosikal dan kereta pada akhir tahun tidak akan meringankan beban rakyat yang sebelum ini dibebankan dengan kenaikan harga barang-barang keperluan seperti beras, ayam dan tepung.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, pemberian RM625 setahun bagi kenderaan berkapasiti enjin sehingga 2,000cc serta trak pikap dan jip berkapasiti sehingga 2,500cc hanya menjimatkan RM2 sehari.

Menurutnya, beban rakyat dapat diatasi segera dengan menaikkan gaji kakitangan awam dan menetapkan gaji minimum RM900 seperti dicadangkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC), baru-baru ini.

"Lazimnya, apabila harga bahan bakar naik, kesan kepada kos kehidupan akan melambung dan inflasi meningkat,'' katanya ketika dihubungi Media di sini hari ini.

Sebagai negara pengeluar minyak, kata Kamaruddin, kerajaan tidak sepatutnya menaikkan harga bahan bakar itu sebegitu tinggi walaupun ia adalah fenomena dunia yang tidak dapat dielakkan.

Beliau juga mengaitkan India yang bukan negara pengeluar minyak hanya menaikkan harga petrol sebanyak 10 peratus hari ini.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, kenaikan harga petrol dan diesel itu akan memberi kesan yang buruk kepada ekonomi negara.

Beliau menegaskan, sekiranya kemampuan rakyat untuk membeli menurun, maka negara akan mengalami pertumbuhan ekonomi yang negatif.

Justeru, katanya, apabila ini berlaku ia akan menjejaskan perusahaan kilang-kilang kecil serta peluang pekerjaan turut terjejas.
posted by Abu Mus'ab @ 9:58 PG   0 comments
PETROL, DIESEL NAIK LAGI

Petrol naik 78 sen, diesel RM1, Tarif Elektrik Baru

Harga petrol naik sebanyak 78 sen - satu pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70. Demikian diumumkan oleh perdana menteri petang tadi. Abdullah Ahmad Badawi juga mengumumkan harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58 - naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.

Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 63.3 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini. Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini, katanya di sidang media di Putrajaya.

Kerajaan juga mengumumkan pemberian rebet kepada pengguna kenderaan.Mengikut skim tersebut tersebut, kenderaan di bawah 2000cc akan menerima RM625 setahun - rebat bagi 800 liter di bawah harga baru.Pemilik motosikal pula akan diberi rebet RM120. Bayaran akan dibuat melalui wang pos.

Difahamkan rebet tersebut akan dibayar apabila pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka.Kerajaan dijangka menjimatkan RM4 bilion di bawah penstrukturan semula skim subsidi tersebut.Jika harga petrol dijual mengikut harga penuh pasaran, ia boleh mencecah setinggi hampir RM4 seliter - 50 peratus di atas harga sekarang.

Bagaimanapun, kerajaan dijangka menuju ke arah memansuhkan terus pemberian subsidi pada masa depan.

Sejak 2004, harga petrol naik sebanyak 97.1 peratus manakala harga diesel pula naik sebanyak setinggi 231 peratus. Perdana menteri juga mengumumkan struktur tarif baru tarif elektrik yang akan digunapakai oleh semua pengguna domestik, komersial dan industri di Semenanjung Malaysia sahaja.

Satu struktur tarif baru akan diumumkan tidak lama lagi bagi Sabah dan Sarawak.Berkuatkuasa 1 Julai ini, pengguna 200 kkwj (kilowatjam) ke bawah setiap bulan dengan anggaran bil elektrik kurang daripad RM43.60 - yang terdiri daripada 59 peratus isirumah di Semenanjung - akan membayar kadar yang sama, selagi mereka kekal tahap penggunaan yang sama. Ini berkuatkuasa 1 Julai.

Bagi jumlah penggunaan di antara 0 hingga 400 kwj sebulan (kediaman) - kadar tarif bagi 200 kwj pertama sebulan ialah 21.8 sen satu kwj; 201 - 400 kwj berikutnya 34.5 sen satu kwj. Caj minimum bulanan RM3.

Bagi jumlah penggunaan lebih 400 kwj sebulan (kediaman), kadar tarif bagi 50 kwj pertama ialah 30 sen satu kwj; 501-600 kwj berikutnya 39 sen satu kwj; 601 -700 (40 sen), 701-800 (41sen), 801-900 (43 sen), setiap kwj berikutnya 901 kwj (46 sen). Caj minimum sebulan RM3.

Manakala pengguna komersial dan industri pula akan mengalami peningkatan sebanyak 26 peratus pembayaran tarif.Bagaimanpum, pertimbangan dibuat kepada peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil serta pengguna industri seperti perusahaan kampung yang penggunaannya tidak melebihi 200 kwj setiap bulan. Kenaikannya adalah 18 peratus.
posted by Abu Mus'ab @ 9:38 PG   1 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::