:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

PENGAJARAN DARI ISRA' MI'RAJ
Selasa, Julai 29, 2008

Pengajaran Dari Peristiwa Isra' dan Mi'raj


Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Persoalannya di sini, mengapa Allah tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di Masjid al-Aqsa?

Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para Anbiya terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama surah al-Israk.

Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para Anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia.

Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al-Haram hingga ke hari ini.

Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia ada kaitan dengan persoalan akidah mereka.


Pengajaran kedua terpenting menerusi peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan kedudukannya dalam masyarakat.

Apabila solat seseorang itu beres dengan Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua masjid yang disebutkan di atas.

Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan penuh khusyuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran.
posted by Abu Mus'ab @ 2:31 PTG   2 comments
ANAK YANG TIDAK TAAT PADA PERINTAH AYAHNYA

SEORANG ANAK MEMBANGKANG PERINTAH AYAHNYA


Ketika Rasulullah S.A.W memanggil kaum Muslimin yang mampu berperang untuk terjun ke gelanggang perang Badar, terjadi dialog menarik antara Saad bin Khaitsamah dengan ayahnya yakni Khaitsamah.

Dalam masa-masa itu panggilan seperti itu tidak terlalu menghairankan. Kaum Muslimin sudah tidak merasa asing bila dipanggil untuk membela agama Allah dan jihad fisabilillah. Sebab itu Khaitsamah berkata kepada anaknya, "Wahai anakku, aku akan keluar untuk berperang dan kau tinggal di rumah menjaga wanita dan anak-anak."

"Wahai ayahku, demi Allah janganlah berbuat seperti itu, kerana keinginanku untuk memerangi mereka lebih besar daripada keinginanmu. Engkau telah berkepentingan untuk tinggal di rumah, maka izinkanlah aku keluar dan tinggallah engkau di sini, wahai ayahku."

Khaitsamah marah dan berkata kepada anaknya, "Kau membangkang dan tidak mentaati perintahku."

Saad menjawab, "Allah mewajibkan aku berjihad dan Rasulullah memanggilku untuk berangkat berperang. Sedangkan engkau meminta sesuatu yang lain padaku, sehingga bagaimana engkau rela melihat aku taat padamu tetapi aku menentang Allah dan Rasulullah."

Maka Khaitsamah berkata, "Wahai anakku, apabila ada antara kita harus ada yang berangkat satu orang baik kau mahupun aku, maka dahulukan aku untuk berangkat."

Saad menjawab, " Demi Allah wahai ayahku, kalau bukan masalah syurga, maka aku akan mendahulukanmu."

Khaitsamah tidak rela kecuali melalui undian antara dia dan anaknya sehingga terasa lebih adil. Hasil undian menunjukkan bahwa Saadlah yang harus turun ke medan perang. Dia pun turun ke medan Badar dan mati syahid.

Setelah itu Khaitsamah berangkat menuju medan pertempuran. Tetapi Rasulullah tidak mengizinkannya. Hanya saja Rasulullah akhirnya mengizinkannya setelah Khaitsamah berkata sambil menangis, " Wahai Rasulullah, aku sekali terjun dalam perang Badar. Lantaran inginnya aku harus mengadakan undian dengan anakku. Tetapi itu dimenangkannya sehingga dia yang mendapat mati syahid.

Kelmarin aku bermimpi di mana di dalamnya anakku itu berkata kepadaku, "Engkau harus menemani kami di syurga, dan aku telah menerima janji Allah. Wahai Rasulullah, demi Allah aku rindu untuk menemaninya di syurga. Usiaku telah lanjut dan aku ingin berjumpa dengan Tuhanku." Setelah diizinkan Rasulullah, Khaitsamah bertempur hingga mati syahid dan berjumpa dengan anaknya di syurga.
posted by Abu Mus'ab @ 2:24 PTG   0 comments
10 PESANAN ALLAH KEPADA NABI MUSA A.S
Selasa, Julai 22, 2008

10 PESANAN ALLAH S.W.T KEPADA NABI MUSA A.S.


Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata Rasulullah S.A.W bersabda : "Allah S.W.T. telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran a.s. dalam alwaah 10 bab :

· Wahai Musa jangan menyekutukan aku dengan suatu apa pun bahwa aku telah memutuskan bahwa api neraka akan menyambar muka orang-orang musyrikin.

· Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu dari sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik.

· Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.

· Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku.

· Jangan hasad dengki dan irihati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang-orang, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripada-Ku.

· Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.

· Jangan mencuri dan jangan berzina isteri jiran tetanggamu sebab nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya.

· Jangan menyembelih korban untuk selain dari-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.

· Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri.

· Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak keluargamu. Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda lagi : "Sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa a.s. dan Allah S.W.T memilih hari Juma'at sebagai hari raya untukku."
posted by Abu Mus'ab @ 12:02 PTG   0 comments
TAHNIAH


TAHNIAH


Assalamu’alaikum.

Sahabat-sahabat sekalian,

Alhamdulillah dan Tahniah kepada Team Bowling Pemuda DUN kerana mengungguli Kejohanan Bowling Inter-DUN DPPKD 2008 baru-baru ini yang mana telah menguasai tempat Johan dan Naib Johan.


Semoga semangat kesukanan dan kesungguhan dalam kejohanan ini dapat pula diterjemahkan dalam gerakerja kita seterusnya, insyaAllah.

Tahniah dan terima kasih.
posted by Abu Mus'ab @ 11:49 PG   0 comments
KHUTBAH HINA SAHABAT

Khutbah Hina Sahabat?

Kuala Terengganu - Dalam sibuk berpesan kepada sidang Jumaat tentang fitnah memfitnah, khutbah yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) hari ini tersasar jauh dan mungkin melakukan kesilapan yang amat besar sehingga menghina para sahabat RasuluLlah SAW.

Pernyataan secara umum dalam Khutbah Tersebut, bahawa “kematian Sayyidina Utsman bin Affan yang berpunca daripada fitnah yang disebarkan oleh kumpulan ekstrimis ugama” boleh menyebabkan salah faham di kalangan masyarakat Islam bahawa para sahabat di zaman itu adalah kumpulan ‘ekstrimis ugama’.

“Khilaf di kalangan para sahabat adalah perkara yang tidak boleh dihakimkan,“menuduh para sahabat di zaman awal Islam sebagai ‘ekstrimis’ adalah satu perbuatan yang amat jahat,”jelas Ustaz Ismail Dagang, Ketua Urusan Ulama' Kuala Nerus, apabila diminta memberikan pendapatnya.

Beliau berkata dalam memetik apa jua nas samada dari sumber asal (Quran dan Sunnah) atau pun dari sirah, latarbelakang perkara berkaitan mesti diterangkan bagi mengelakkan kekeliruan. Ia adalah kerana, menurutnya yang hadir pada hari Jumaat adalah golongan umum, yang tidak sama tahap pemikiran termasuk kanak-kanak yang belum ada kefahaman. Sehubungan dengan itu, Panel Penulisan Khutbah telah dikesan melakukan beberapa kesalahan dalam meletakkan fakta.

Sebagai contoh, khutbah hari ini, konflik yang berlaku sehingga terbunuhnya Sayyidina Utsman adalah berpunca dari golongan ‘Yahudi dan Munafik’ bukan dari kumpulan ‘ekstrimis’ ugama.“Yahudi bukan daripada Islam dan tidak ada kaitan dengan agama Islam, manakala munafik adalah kumpulan Islam diluar, namun di dalam hati mereka menolak Islam,“mereka adalah musuh-musuh Islam, yang diperintahkan oleh Allah supaya diperangi,”tegas Ustaz Hj Abu Bakar Abdullah, Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu.

Beliau berkata konflik tersebut adalah angkara ketua kaum munafik di zaman tersebut yang bernama Abdullah bin Sabak, yang bersekongkol dengan orang-orang Yahudi.”Abdullah bin Sabak adalah asalnya pendita Yahudi, berpura-pura masuk Islam dan kemudian menentang Khalifah Utsman bin Affan,”tambah Ustaz Abu Bakar.

Menurutnya lagi musuh-musuh Islam itu ada dua golongan; orang-orang kafir dan orang-orang munafik, Allah telah memerintahkan RasuluLlah SAW untuk berjihad melawan dua golongan tersebut sebagaimana dalam firmanNya. "Berjihadlah (melawan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik itu, dan bersikap keraslah kepada mereka." (At-Taubah :73).

Menyentuh soal mengenai perkara ‘ghibah’ Ustaz Ismail menyatakan bahawa persoalan ‘ghibah’ ada perbahasannya dan keterangan tentang perkara tersebut tidak cukup hanya dengan apa yang dikemukakan dalam khutbah hari ini.”

Ada ghibah yang dibolehkan dalam Islam, antaranya adalah untuk memperingatkan kaum muslimin dari beberapa kejahatan,“seperti menceritakan kepada khalayak tentang seseorang yang berbuat fasik atau bid'ah dan perkara-perkara yang melibatkan kepentingan umum,“menceritakan perbuatan salahlaku pemimpin negara yang melanggar syariat tidak termasuk dalam ghibah,”ia bukan soal peribadi, bahkan ianya termasuk dalam ‘nahi mungkar,” tambah Ustaz Ismail.
posted by Abu Mus'ab @ 11:38 PG   1 comments
BATU YANG ANEH
Jumaat, Julai 18, 2008

BATU-BATU YANG ANEH


Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan. Sabda Rasulullah mengatakan : "Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah)

Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu : "Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahwa aku bersumpah bahwa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."

Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu juga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya. Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Tetapi mereka tidak sanggup rupanya. Malaikat azab telah berada di situ. Semua malaikat itu menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut. Tapi tak dapat rupanya. Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya kerana batu mengikut ke mana saja dia pergi.

Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu yang mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi lelaki itu daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ketujuh. Di situlah Allah berfirman yang bermaksud : "Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi 'syahadat' yang engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga."

Sebaik saja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun terbuka lebar. Rupanya kunci syurga itu adalah kalimat syahadat yang diucapkannya dahulu.
posted by Abu Mus'ab @ 3:48 PTG   1 comments
MUS'AB, MU'AZ DAN SUHAIB
Rabu, Julai 16, 2008
Mus'ab, Mu'az dan Suhaib







posted by Abu Mus'ab @ 10:43 PTG   0 comments
HIKMAH MENINGGALKAN CAKAP BOHONG

HIKMAH MENINGGALKAN CAKAP BOHONG


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam.

Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata : "Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu saja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya." Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahwa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?" "Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.

Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.

Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya : "Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."

Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek. "Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata : "Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya.

Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga." Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya.

Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.
posted by Abu Mus'ab @ 10:21 PTG   0 comments
5 WASIAT ALLAH KEPADA NABI SAW
Khamis, Julai 10, 2008

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W


Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

· Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

· Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

· Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.


Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.

· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.

· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."
posted by Abu Mus'ab @ 8:30 PTG   0 comments
DUNIA ROSAK AKIBAT ZIONIS DAN PENJAJAH

Dunia Rosak Akibat Zionis dan Penjajah


Semua di kalangan kita menyedari bahawa dunia Islam terletak dalam kedudukan yang strategik di peta dunia.

Negara-negara umat Islam kaya dengan hasil bumi semulajadi yang turut sama memberi sumbangan kepada seluruh dunia. Umat Islam bertebaran di seluruh dunia sama ada di Timur atau Barat.

Mereka merupakan tenaga manusia yang memikul amanah dakwah agama Islam, yang mengajak kepada keamanan , keadilan dan persaudaraan antara sesama manusia.

Tenaga kerja umat Islam pula dapat menjana tenaga kerja mahir dalam pasaran global yang luas. Umat Islam juga merupakan umat yang mampu membangunkan tamadun manusia dan mentajdidkannya. Namun kesan dan pengaruh penjajah masih lagi utuh dan teguh.

Situasi ini menghalang usaha murni untuk membangunkan aspek kerohanian dan material umat Islam itu sendiri apatah lagi untuk mambangunkan manusia keseluruhannya supaya mereka menjadi umat yang disebut oleh Allah sebagai umat yang terbaik.

Marilah kita menyedari bahawa Orde baru dunia hari ini adalah merupakan hasil dan cetusan strategi penjajah yang bertujuan untuk membendung kebangkitan Islam dan seterusnya menyekat umat Islam daripada kembali kepada ajaran agama Islam yang menjadi punca keagungan kita.

Negara-negara umat Islam hari ini tidak mempunyai kebebasan dalam menyusun hal ehwal ekonomi, pentadbiran, pendidikan dan media. Mereka masih dibelenggu oleh peraturan yang ditetapkan oleh penjajah. Namun pada masa ini peraturan-peraturan penjajah itu dilaksanakan oleh anak bangsa kita yang menerajui sistem pemerintahan dan mereka bercakap dengan bahasa kita.

Dalam masa yang sama, gerakan Islam yang berjuang untuk membebaskan umat ini daripada cengkaman penjajah terpaksa berdepan dengan berbagai halangan dan rintangan sama ada dari dalam atau luar.

Sekalipun mereka bergerak dengan cara aman seperti menggunakan kaedah demokrasi, kebebasan hak asasi manusia, keadilan dan berbagai syiar yang dimomokkan oleh order baru pada masa ini, gerakan Islam masih dihalang daripada menegakkan syiar-syiar tersebut kecuali dengan syarat mengubah Islam atau mengenepikan asas-asas keimanan dan akhlak sebagaimana yang dikehendaki oleh mereka.

Jika kita mengimbau sejarah umat Islam, kita dapati umat Islam telah berjaya memberikan sumbangan yang besar kepada umat manusia khususnya di zaman keagungan Islam. Islam telah mengemukakan sistem yang terbaik dalam menguruskan sumber manusia sama ada dalam pembentukan individu, sistem pemerintahan, pengurusan ekonomi dan sebagainya.

Islam juga berjaya memberikan definisi yang jelas mengenai nilai-nilai baik, keadilan, persaudaraan antara sesama manusia dan hak-hak asasi kemanusiaan. Dari sudut yang lain Islam juga berjaya meletakkan manusia sebagai hamba yang mengabdikan diri kepada Allah dan menjadi khalifah Allah di atas muka bumi ini.

Antara keistimewaan Islam adalah kesesuaiannya dengan fitrah dan naluri semula jadi manusia. Oleh itu al-Quran memberikan petunjuk kepada manusia sama ada melalui peraturan-peraturannya atau kisah-kisah yang dipaparkan supaya ia menjadi panduan kepada manusia dalam semua urusan mereka.

Islam merupakan agama yang paling sempurna mengatasi segala idealogi dan pemikiran yang dijadikan asas kepada order baru dunia hari ini. Kepincangan dan kelemahan idealogi manusia ini boleh mengancam keamanan dan kestabilan dunia sehingga tersebarnya gejala-gejala buruk dalam masyarakat dan negara. Manusia diancam kebuluran dan ketakutan sehingga akhirnya boleh membawa kepada kemusnahan dan kehancuran.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara-saudara kita di Turki yang telah menganjurkan muktamar tahunan yang menghimpunkan seluruh persatuan-persatuan dan gerakan Islam di seluruh dunia.

Muktamar ini diharap akan dapat menyatukan saf perjuangan umat Islam. Saya juga berharap semoga muktamar ini akan dapat menyelaraskan kerja-kerja ini dengan lebih baik dan teratur supaya kita akan berjaya memimpin umat ini untuk mencapai objektif yang diharapkan dan menyelamatkan umat manusia daripada agama yang menyimpang serta idealogi yang merosakkan.

Mudah-mudahan usaha ini akan menyebabkan kita berjaya menjulang tinggi agama Islam yang mulia ini sekalipun ia dibenci oleh orang yang kufur.

Islam sebagai agama yang syumul dan global memerlukan kita bersikap positif dalam menangani isu-isu berkaitan dengan politik, keamanan, ekonomi, akhlak, alam sekitar dan sebagainya.

Sungguhpun gerakan Islam disekat daripada bergerak secara bebas kita masih boleh berdepan secara aman dalam negara yang demokrasi.

Dari sudut yang lain, kita juga tidak akan berdiam diri terhadap sebarang bentuk kezaliman yang dilakukan secara terang-terangan bagi menghalang kemenangan kita di setiap tempat.

Begitu juga kezaliman yang menyekat kemajuan kita dalam bidang sains dan teknologi serta paksaan untuk kita patuh dan tunduk dalam usaha untuk menjajah bumi umat Islam dan menghalang hak-hak kita untuk hidup.

Dalam perayaan memperingati pembukaan kota Istanbul oleh orang-orang Turki yang keluar dari Asia Tengah dengan dipimpin oleh Muhammad al-Fatih r.h. mengingatkan kita kembali bahawa Islam akan memuliakan mereka yang berpegang dengan ajarannya.

Sebagaimana Allah telah memuliakan masyarakat Arab yang keluar dari tengah padang pasir dan berjaya menewaskan dua kuasa besar dunia pada masa itu iaitu Rom dan Parsi.

Mereka berjaya memimpin dunia setelah mereka berpegang kepada ajaran Islam. Kita juga akan berjaya memulihkan dunia yang telah dirosakkan oleh golongan Zionis dan penjajah moden ini jika kita kembali kepada Islam kerana kita berada di atas landasan yang benar.

Kebenaran akan terus kekal dan akan mendapat pertolongan daripada Allah SWT Mereka membuat perancangan-perancangan jahat mereka sedang Allah juga merancang untuk mereka dan ingatlah bahawa Allah tidak akan menyalahi janji kepada para rasul-Nya dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bertindak.

[Terjemahan intipati ucapan YB Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa berucap di 17th International Congress of Muslim Communities Union, 29 ? 30 Mei 2008, Istanbul, Turki. Ucapan diberikan dalam Bahasa Arab]
posted by Abu Mus'ab @ 8:17 PTG   1 comments
AKIBAT MANUSIA YANG TAMAK
Rabu, Julai 09, 2008

Akibat Manusia Yang Tamak


Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa krisis kenaikan harga bahan bakar dan makanan utama sekarang adalah disebabkan bencana oleh perbuatan manusia yang tamak haloba di seluruh dunia.

Ahli Parlimen Marang merangkap ADUN Rusila, Terengganu itu menyatakan bahawa bahangnya telah pun dapat dirasai oleh manusia khasnya rakyat negara ini dengan kenaikan harga minyak dan hasil bijiran dunia.

"Minyak adalah bahan bakar yang digunakan untuk mengerakkan jentera dan alat pengangkutan. Dengan sendirinya ia mempengaruhi harga barang utama dan bijirin dunia. Ekorannya, ia akan merebakkan kemiskinan, berlaku pelbagai jenayah dan kemungkaran," tegasnya ketika berceramah di Dataran Pasar Malam, Taiping, Perak.

Berlakunya krisis itu katanya, adalah disebabkan perbuatan tamak haloba negara tertentu yang sejak dulunya hanya membeli minyak untuk simpinan sahaja dan ada yang lain membeli minyak untuk stok bagi menguasai politik dunia, sementara negara pengeluar minyak pula cuba mengawal pengeluaran supaya dapat jual harga tinggi tanpa mempedulikan susah orang lain.

Tegasnya, begitu juga dengan tindak tanduk Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, sepatutnya negara tidak menaikkan harga minyak kerana keuntungan penjualan minyak mentah Petronas itu boleh digunakan sebagai subsidi.

"Tetapi ia tidak berlaku, bukan sebab apa kerana hendak tunjuk siapa besar. Siapa yang pegang kuasa," katanya.

Katanya lagi, daripada sikap bongkak tersebut maka terjadilah krisis seperti yang dialami sekarang yang mengancam kestabilan hidup manusia dan ia boleh disamakan dengan peristiwa ribuan tahun dahulu yakni bencana taufan Nabi Noh yang diturunkan Allah apabila manusia durhaka terhadap ajaran Tuhan.

"Di zaman itu mereka melakukan pelbagai maksiat, kejahatan dan penyelewengan terhadap sesama manusia serta ingkar menurut perintah Allah dan suruhan Nabi Noh. Akhirnya keseluruhan mereka mati lemas kecuali mereka dan binatang-binatang yang berada di atas bahtera kapal Nabi Noh," katanya.

Tegasnya, dunia akhir zaman sekarang ini akan mengalami bencana yang sama, malah lebih dasyat jika manusia terus bersikap bongkak. Justeru katanya, jika ia berlaku, jangan menyalahkan Tuhan. Tuhan telah mengurniakan nikmat yang tidak terhingga kepada manusia, tetapi manusia yang menyalahgunakan nikmat itu.
posted by Abu Mus'ab @ 4:31 PTG   1 comments
MEMORANDUM KE YDP AGONG
Selasa, Julai 08, 2008

Berikut adalah salinan Memorandum berkaitan:

Mengadap

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, D.K.M., D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K.(Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d’Honneur (France), yang bersemayam di atas takhta kerajaan Malaysia dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Seri Paduka Baginda Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik merafakkan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wataala, mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Tuanku dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sentiasa berada dalam selamat dan kesejahteraannya.

Adalah dengan ini patik Salahuddin bin Ayub, selaku Ketua, Dewan Pemuda Parti Islam Se Malaysia (PAS) yang mewakili seluruh saf pimpinan dan ahli-ahli parti serta rakyat Malaysia yang menyokong dan bersimpati dengan kami, dengan ini mengangkat sembah mengadu dan membawa ke perhatian Seri Paduka Baginda Tuanku mengenai kemelut politik negara yang semakin tenat dan perlu kepada tindakan segera.

Patik percaya sekalian rakyat amat bimbang dan gusar terhadap suasana perebutan kuasa serta lontaran fitnah dan tuduhan yang melibatkan kredibiliti pihak-pihak paling tertinggi dalam negara.

Patik merujuk kepada pertuduhan-pertuduhan berikut:-

1. Surat akuan bersumpah YM Raja Petra Raja Kamarudin bertarikh 18 Jun 2008 melibatkan Datin Seri Rosmah Mansor isteri YAB. Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, Timbalan Perdana Menteri dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

2. Laporan polis terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertarikh 28 Jun 2008 oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan melibatkan tuduhan liwat.

3. Laporan polis Dato’ Seri Anwar bertarikh 1 Julai 2008 terhadap Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara dan Tan Sri Abdul Ghani Patail Peguam Negara memberi keterangan palsu berhubung beliau dipukul oleh bekas Ketua Polis Negara, Abdul Rahim Noor pada 20 September 1998.

4. Surat akuan bersumpah P. Balasubramaniam bertarikh 1 Julai 2008 berkenaan tuduhan terhadap YAB. Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dan surat akuan bersumpah keduanya bertarikh 4 Julai 2008 yang menarik balik tuduhannya.

Patik berpandangan pada masa ini, oleh kerana terdapat tuduhan langsung terhadap YAB. Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dan isterinya, serta tuduhan terhadap Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara dan Tan Sri Abdul Ghani Patail Peguam Negara maka badan eksekutif negara sudah hilang kelayakan untuk menangani penyiasatan dan pendakwaan dalam kesemua tuduhan dan laporan di atas yang amat berkaitan antara satu sama lain.

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun.

Oleh yang demikian, patik merasa terpanggil untuk meminta supaya satu Suruhanjaya Siasatan Diraja dapat dibentuk untuk membuat penyiasatan terhadap YAB. Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dan isterinya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Ghani Patail dalam aduan-aduan tersebut.

Patik sekalian juga memohon agar Seri Paduka Baginda Tuanku menitahkan YAB. Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Ghani Patail untuk bercuti dari jawatan mereka sehingga selesai penyiasatan oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja.

Ampun Tuanku,

Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan doa kehadrat Allah Subhanahu Wataala mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Tuanku dan Seri Paduka Raja Permaisuri Agong dan seluruh kerabat Tuanku sekalian dilanjutkan usia dan berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan selama-lamanya.

Amin Ya-Rabbal-Alamin. Ampun Tuanku. Patik dengan segala hormat takzimnya,

SALAHUDDIN BIN AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

4 Rejab 1429 / 7 Julai 2008
posted by Abu Mus'ab @ 9:57 PG   0 comments
6 PERSIMPANGAN

MANUSIA BERHADAPAN DENGAN ENAM PERSIMPANGAN


Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh menagajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."

Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."

Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.
posted by Abu Mus'ab @ 9:42 PG   0 comments
KEMBALI KEPADA ISLAM YANG SEBENAR

Kenyatan Media Presiden PAS


Berhubung dengan pelbagai fitnah yang tersebar dengan meluas dalam negara kita kebelakangan ini, bagi pihak PAS saya suka menyeru agar semua kita kembali berpaut kepada ajaran Islam yang sebenar.

Kita menegaskan bahawa fitnah adalah lebih merbahaya dari membunuh oleh kerana itu kita tidak boleh menyibarkan sebarang fitnah sewenang-wenangnya. Sesungguhnya Islam meletakkan garis panduan dalam semua perkara tapi malangnya kita sendiri memilih untuk menjauhkan diri daripada ajaran Islam.

Islam dengan jelas mengajar dan menetapkan hukuman yang berkait dengan memfitnah termasuk fitnah zina dan liwat. Seseorang tidak boleh menuduh seseorang yang lain dengan dosa itu melainkan mengemukakan empat orang saksi. Sekiranya tidak ada empat orang saksi maka orang yang menuduh hendaklah dijatuhkan hukuman hudud dan menjadi fasik, dan beliau tidak boleh menjadi saksi lagi.

Di dalam Islam seorang yang dituduh tidak boleh dianggap bersalah sehingga dibuktikan kesalahnnya ataupun orang itu mengaku sendiri dengan rela diri tanpa paksaan yang ia telah melakukan kesalahan tersebut.

Kita mengharapkan masyarakat Islam supaya memelihara akhlak yang diajar oleh Islam ini dan menunjukkan contoh yang terbaik kepada semua pihak. Apa yang mendukacitakan gejala ini berlaku dikalangan pemimpin-pemimpin Melayu yang mengaku beragama Islam.

Oleh itu saya menyeru supaya sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan sedemikian rupa hendaklah bertaubat kepada Allah swtr kerana dosa itu termasuk di dalam kategori dosa besar yang diberi amaran keras oleh Allah swt di dalam al Quran dan oleh Nabi kita Muhammad saw dan diperingatkan oleh para ulamak disepanjang zaman.

Saya menyeru ahli-ahli PAS supaya kembali kepada pegangan kita yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS dan menunjukkan contoh yang terbaik kepada semua pihak disaat yang serba mencabar dan meruncing ini.
posted by Abu Mus'ab @ 9:27 PG   1 comments
NAFSU YANG DEGIL
Selasa, Julai 01, 2008



Nafsu Yang Degil


Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa. Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.
posted by Abu Mus'ab @ 3:58 PTG   0 comments
TIGA ORANG USTAZ

Mufti Perlis belajar di Jordan, tolak Islam Hadhari, Ustaz Khazan juga di Jordan tapi ..

Kenyataan Mufti Perlis, Ustaz Dr. Mohd Asri Zainul mengenai Islam Hadhari adalah berbetulan dengan ucapan yang dibuat oleh ADUN Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika beliau berucap di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu awal Mei lalu.

Ustaz Mohd Nor berkata berkata Islam Hadhari gagal membendung maksiat dari berleluasa dan tidak dapat menyelesaikan permasalahan rakyat.

Manakala Dr Mohd Asri pula mengatakan, antara kelemahan Islam Hadhari ini ialah adanya lambakan hiburan yang berlebihan dan menyusahkan masyarakat Islam. Kan lebih kurang maknanya !

Namun kenyataan kedua-dua Ustaz diatas berbeza pula dengan kenyataan Ustaz Khazan Che Mat, Exco Agama dan Penerangan negeri Terengganu.Ustaz Khazan mengatakan tidak ada salahnya Islam Hadhari dan beliau akan meneruskan program Islam Hadhari di negeri Terengganu.

Kalau tak silap, Ustaz Mohd Nor mengaji di Syria, tidak sama tempat dengan Dr. Asri mengaji. Dr. Asri mengaji peringkat Sarjana Muda di Jordan sama dengan Ustaz Khazan yang juga mengaji di sana.

Namun Dr.Asri jelas dan faham berkaitan Islam Hadhari, begitu juga Ustaz Mohd Nor, tapi Ustaz Khazan yang mengaji di negeri yang sama dengan Dr. Asri, tidak faham-faham bahawa Islam Hadhari membawa masalah kepada kepada Islam dan Melayu .

"Saya bukan anti hiburan. Cuma hiburan tidak boleh berlebihan kerana generasi muda tidak ada tumpuan terhadap tanggungjawab dan nilai-nilai patriotik, negara dan bangsa, "Nilai-nilai ini perlu dipertahankan kerana saya lihat remaja lain tidak begitu dan longgokan hiburan ini hanya pada orang Melayu saja," jelas Dr. Asri.

Ustaz Mohd Nor yang jelas dan faham mengenai Islam menolak Islam Hadhari kerana perkataan Islam Hadhari itu sendiri sudah mengelirukan umat Islam di negara ini.

Islam tidak boleh di nisbahkan kepada Hadhari, kerana Islam adalah Islam yang satu dan syumul, tapi menisbahkan sesuatu yang baik kepada Islam itu dibolehkan. Jikalau boleh menisbahkan Islam dengan sifat-sifat lain bermakna Islam tidak lagi menjadi sesuatu yang unggul.

Sekiranya boleh dipanggil sebagai Islam Hadhari, maka boleh jugalah disebut sebagai Islam badawi atau Islam Khazani!

Sebab itu salah menyebut ‘Islam hadhari’ tetapi mesti disebut dengan Hadharah Islamiyah.

Justeru Dr. Asri lantang memberi pandangannya tentang Islam Hadhari. “Istilah Islam Hadhari telah mengelirukan banyak pihak walaupun isi kandungannya baik. Malangnya, perlaksanaan isi kandungan itu kurang kelihatan, selebihnya hanya jenamanya sahaja yang diwar-warkan.”kata Dr.Asri.
posted by Abu Mus'ab @ 3:40 PTG   0 comments
KHAZAN ADA MALU JUGA YER

Ustaz Khazan Malu-Malu Atas Pentas Selepas Farawahida Berdendang & Penari Bergelek


Kuala Terengganu – Majlis Perasmian Karnival Terengganu 2008 di Batu Burok dekat sini telah diwakilkan kepada Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Dato’ Za’abar Mohd Adib kerana Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said tidak dapat hadir.

Sebelum perasmian para Exco negeri duduk diatas pentas khas berhadapan dengan pentas utama bagaikan ‘hulubalang’ zaman dahulu apabila adanya majlis keramaian negeri. Rakyat jelata yang lain berdiri diluar pagar yang mengelilingi mereka.Maka tampillah penyayi mendendangkan ‘gurindam’ nyanyian dan penari-penari ‘jantan betina’ pun berglek-gelek diatas pentas.

Para hulubalang moden semalam, dihiburkan hati merka oleh Farawahida, penyanyi ‘montok’ yang sedang meningkat naik. Tatkala si penghibur rancak ‘bertandak’ diatas pentas, para hulubalang pun suka-suka dan tersenyum dan tertawa. Dan bertepuk tangan lah para hulubalang apabila habis satu persembahan sebelum bersambung kepada persembahan yang lain.Begitulah persisnya, yang dinamakan persembahan budaya !Antara yang bertepuk, tertawa dan bergembira adalah seorang Ustaz, yang tamat mengaji di negeri Arab yang juga menjadi hulubalang negeri Terengganu.Setelah habis dendangan Farawahida, tibalah majlis perasmian.

Nama Za’abar pun dicanangkan oleh pengacara yang bukan calang-calang tersohor. Azwaliza Azman gerangan nama pengacara, selibriti stesen TV terkenal yang disebut-sebut orang menjadi isteri kedua kepada hulubalang negeri jua pada pada zaman pemerintahan panglima Dao’ Idris Jusoh sebelum ini.

Maka dicanangkan jua seluruh hulubalang negeri mencemar maruah naik ke pentas utama bersama ketua hulubalang si Za’abar.

Beriring-iringlah semua hulubalang naik ke pentas, termasuk Ustaz yang tamat mengaji di negeri Arab itu, tapi oleh kerana beliau seorang ustaz, nampak malu-malu dan hanya mengambil saf dibelakang-belakang tatkala ‘gimik’ perasmian dilangsungkan.

Tak tahu jualah, apa sebab musabab ‘kemaluan’ ustaz itu, samada malu kepada rakyat jelata atau malu kepada tuhan, Allah azza wajalla.

Mungkin kita boleh bertanya ‘petua’ kepada sahabatya yang juga tamat mengaji di negeri Arab yang menjadi Tok Peti di negeri Indera Kayangan.

Apa sayugia kah seorang ustaz yang tamat mengaji di negeri Arab yang faham hukum hakam duduk bergelak ketawa riang gembira melihat wanita berdendang dan bergelek-gelek diatas pentas? Mungkin jua itu yang dimalukan oleh Ustaz Khazan. Sampai satu ketika kelihatan ‘menengung’ sendiri atas pentas !

Majlis perasmian semalam gilang gemilang dengan pelbagai upacara yang dihiasai lampu-lampu berwarna warni, pentas dan peralatan segala.

Sekali lagi rakyat melenggok ke langit ‘takjub’ melihat percikan bunga-bunga api yang asalnya dari ‘jahannam’.

Lima minit berdentum dentam sebanyak 300 tembakan menghabiskan duit rakyat jelata jua tatkala rakyat di desa memikir-mikir bagaimana nak berbelanja dalam keadaan barang-barang naik harga bila petrol dan diesel naik juga !
posted by Abu Mus'ab @ 3:23 PTG   1 comments
PAHALA SELEPAS MATI

TUJUH MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATINYA SELEPAS MATINYA


Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya.

8. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.
posted by Abu Mus'ab @ 3:14 PTG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::