:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

IMAN & TAQWA PUNCA UTAMA LAHIRNYA KEBERKATAN
Isnin, Februari 02, 2015
IMAN & TAQWA PUNCA UTAMA LAHIRNYA KEBERKATAN




Ayat di atas mempunyai hubungan dengan ayat yang lalu, iaitu manakala orang-orang yang diceritakan itu leka dengan kederhakaan dan maksiat yang mereka kerjakan, kemudian Allah menimpakan seksa ke atas mereka dengan tiba-tiba dengan serta merta, maka dalam ayat ini Allah taala menerangkan pula dengan firman-Nya yang bermaksud :

"Kalau penduduk negeri itu beriman kepada dan bertaqwa kepada Allah.."

Dengan maksud kalau penduduk negeri yang dikisahkan dahulu beriman dengan Allah dan rasul-Nya serta mentaati apa-apa yang diperintahkan kepada mereka, dan bertaqwa, iaitu menjauhi apa-apa yang dilarang-Nya, tidak berbuat syirik dan berbuat bencana di muka bumi.

Firman Allah taala yang bermaksud: "Nescaya Kami (Allah) akan bukakan pintu keberkatan dari langit dan bumi."

Yang dimaksudkan keberkatan dari langit ialah turunnya hujan, dan keberkatan dari bumi ialah tumbuhnya tanam-tanaman dan buah-buahan. Termasuklah keberkatan tersebut segala macam nikmat dan rezeki, begitu pula segala perkara yang menyebabkan wujudnya kesejahteraan dan keamanan di atas bumi. Dan erti berkat ialah adanya kebaikan yang ditetapkan Allah dalam sesuatu.

Kesimpulannya adalah kalau mereka beriman dan bertaqwa, nescaya Allah mewahkan hidup mereka dan memudahkan dengan segala keberkatan, sebagai ganti dari azab dan malapetaka yang setengahnya diturunkan dari langit dan setengahnya pula ditimbulkan dari bumi.

Adalah menjadi dasar yang diakui oleh Quran, bahawa adanya keimanan yang sejati dan adanya agama yang benar, akan menyebabkan pula adanya kebahagian di dunia. Kebahagian di dunia itulah yang dinikmati oleh orang-orang yang mahu beriman. Dan di antara yang turut sama menikmati kebahagian dalam segi kebendaan sahaja ialah orang-orang yang kufur, sebagaimana firman Allah taala di dalam Surah al-An'am ayat 44 yang bermaksud : 

"Setelah mereka melupakan peringatan yang diberikan kepada mereka, Kami bukakan kepada mereka pintu segala sesuatu.."

Sebenarnya pintu segala sesuatu (peluang-peluang) yang dibukakan kepada orang-orang yang kufur itu tak lain hanyalah merupakan ujian Tuhan dalam kehidupan mereka. Kesan ujian tersebut, kiranya tidak menambahkan syukur, malahan lebih derhaka kepada Allah, akibatnya nikmat yang mereka terima bertukar menjadi musibah dan keberkatan bertukar menjadi malapetaka. 

Lain halnya dengan orang-orang yang beriman, maka pintu segala sesuatu atau peluang-peluang yang baik kalau dibukakan kepada mereka kesannya adalah baik, kerana akan menambahkan kesyukuran mereka kepada Allah. Dan ini akan menambahkan pula nikmat dan berkat yang akan mereka terima di dunia dan pahala di akhirat.

Akhirnya, firman Allah taala yang bermaksud : "Tetapi mereka mendustakan juga, lalu Kami timpakan azab seksa disebabkan perbuatan yang mereka lakukan."

Allah taala membukakan pintu keberkatan dari langit dan bumi, serta memberikan peluang yang baik kepada mereka, tujuannya supaya mereka itu beriman, malahan mereka mendustakan para rasul. Itulah sebabnya mereka ditimpa malapetaka disebabkan kejahatan dan kezaliman serta kekufuran kepada Allah yang telah mereka lakukan.


Abu Naailah
02 Feb 2015
posted by Abu Mus'ab @ 12:57 PG  
3 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::