:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

ALLAH TAALA LARANG CAMPUR ADUK HALAL DENGAN HARAM
Jumaat, Februari 20, 2015
ALLAH LARANG CAMPUR ADUK HALAL DENGAN HARAM




Firman Allah taala di dalam Surah al-Baqarah ayat 42 yang bermaksud : "Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah, dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahuinya."

Mutaakhir ini, banyak sekali amalan yang dilakukan oleh orang Islam yang tidak sepatutnya dilakukan, pendek kata, perbuatan yang bercanggah dengan syariat Allah taala.

Ramai sekali, disebabkan kekurangan ilmu agama, ditambah dengan sifat negatif yang berada di dalam diri sendiri, seumpama ego, keras hati, hasad dengki, malas, bermudah-mudah dengan dosa kecil dan malu untuk berbuat kebaikan, itulah yang menguatkan lagi untuk diri sendiri tidak mahu mendalami ilmu agama.

Apabila kita merenungi firman Allah taala di atas, nampak biasa sahaja, sebenarnya pada ayat tersebut, ada larangan dan suruhan. Jelas ia merupakan ketetapan daripada Allah taala, yang wajib difahami dan dipraktikkan oleh setiap orang Islam, agar menjadi Muslim yang Mukmin.

Allah taala telah melarang kita selaku hamba-Nya, agar tidak mencampur adukkan amalan yang baik dengan amalan yang jahat. Boleh dikatakan, siang harinya melakukan amalan kebaikan, malamnya pula berbuat kejahatan/ kemaksiatan/ kezaliman, atau sebaliknya.

Boleh juga dikatakan, dalam masa yang sama, seumpama seseorang itu sedang menunaikan Solat Fardhu ataupun Solat Sunat. Sedang dia berbuat demikian, dalam masa yang sama, padanya ada sesuatu yang bersalahan dalam syariat Allah. Pendek kata, perkara yang haram.

Sesungguhnya perbuatan ini lahir, terjadinya dengan sebab pemikiran dan pemahaman yang sedia ada. Boleh jadi ikut orang ramai. Walhal perkara tersebut adalah bercanggah dengan syariat Allah. Disebabkan ramai yang melakukannya, maka hukumnya telah berubah. Ini semua satu pemahaman yang menyesatkan dan akan menyebabkan bala Allah taala akan turun.

Ramai orang Islam kini, mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa Ramadhan, tunaikan Zakat, mengerjakan Ibadat Haji dan Umrah, tetapi dalam masa yang sama, bagi lelaki ada yang memakai gelang di tangan rantai di leher, tidak ketinggalan yang berseluar pendek. Apakah semua ini, amalan yang bertepatan dengan syariat Allah..?

Tidak pula kurangnya dengan perempuan Islam, ada juga yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna, seumpama dia bertudung, tapi ramai lagi menampakkan lengan tangan dan kakinya. Para suaminya pula macam tak rasa bersalah apabila isterinya berbuat demikian. Adakah ini amalan yang halal di sisi syariat Allah taala..?

Tidak kurangnya juga, sewaktu seseorang perempuan bekerja, keluar bersiar-siar di luar rumah, masih ramai yang berpakaian ketat dan berkain nipis sehingga menampakkan susuk tubuh badannya. Adakah ini merupakan perkara yang halal..?



Sedangkan orang yang di atas telah melakukan kewajipan rukun Islam yang 5 di atas.

Begitulah fenomena negative yang giat rancak berlaku. Sesungguhnya firman Allah di atas telah wujud lebih 1400 tahun yang lalu, membicarakan keadaan yang senantiasa akan ada sehinggalah hari Qiamat.

Yang penting, kita orang Islam yang beriman, jangan cuba-cuba memahatkan pemikiran/ pemahaman demikian, seterusnya sengaja melakukannya tanpa rasa bersalah dan malu.

Ketahuilah, apabila berlaku percampuran amalan yang baik dan jahat, halal dan haram, amalan kebaikan yang selama ini kita lakukan, menjadi tawar, jadi sia-sia. Betullah apa yang telah Allah taala firmankan di dalam Surah al-Maidah di akahir ayat 5 yang bermaksud :

“Barangsiapa yang kufur (melakukan perkara yang haram) sesudah ia beriman, maka sesungguhnya, sia-sialah amalan kebaikan mereka, dan di akhirat kelak, dia akan digolongkan di kalangan orang yang rugi.”

Akhirnya, mudah-mudahan dengan peringatan ini, tidaklah kita menjadi hamba Allah yang rugi samada di dunia, rugi menghabiskan masa, tenaga, umur, dan wang ringgit, akhirnya luput keberkatan hidup. Di akhirat pula, tiada pahala bahkan dapat dosa, serta diazab pula dengan azab yang pedih.

Wallahu taala a’lam.



posted by Abu Mus'ab @ 3:21 PTG  
8 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::