:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

FAMILY OUTING AT CAMERON HIGHLAND
Ahad, Disember 26, 2010
Family Outing At Cameron Highland

CAMERON HIGHLAND; 18 Disember 2010: Ingat, cuti sekolah ni nak bawa anak-anak ke Zoo Taiping, Perak. Tapi memandangkan kengkangan masa yang seolah-olah macam tak cukup, tambahan lak musim hujan yang turun mencurah-curah.

Alhamdulillah, planning tersebut ditukar kepada bersama-sama dengan Family Outing Darul Bayan di Cameron Highland, selama 2 hari satu malam. Kali terakhir, ana menjejaki ke sana ketika bersekolah di peringkat rendah. Tupun ingat-ingat lupa. Memang menarik bagi mereka yang tak pernah sampai di sana, walaupun majoriti penduduk dan peniaga di sana adalah orang Cina. Mudah-mudahan mereka Cina DAP, bukan Cina MCA...

Berhenti 'Lunch' di Madrasah Darul Ansar, Basun, Hulu Terengganu

Puteriku, Nusaibah berehat di atas Bonet Kereta Honda Accordnya..

Mu'az Suruh Abinya Mengambil Gambarnya Bersama Dengan Anak Luna dan Jumbo

Giliran Abang Mu'az lak, Mus'ab.. Nak Bergambar Jugak

Hah, Ni Si Putih, Suhaib pun Tak Mahu Melepaskan Peluang..

Tiga-tiga Mujahid Ni..Bergambar di Santuary Gajah, Tasik Kenyir

Sejuk.. Keempat-empat Zuriatku Bergambar Ketika 'Breakfast' di Tapak Family Outing

Rupa-rupanya, Nak Petik Strawberry, Kena Mai Pagi-pagi..Baru Sempat..RM30 sekilo..

Giliran Abinya, Berlima..

Uminya Pula Berlima di Cactus Valley..

Sekeluarga di Cactus Valley..

Mus'ab Menunjukkan Gelagatnya Selaku Seorang Abang..

Uminya Nak Jugak..Katanya Cantik Suasana Kat Sini..

3 Budak Nakal..

Makan Ais Krim Strawberry di Strawberry Farm

Puteriku Berada di Atas Buah Strawberry ...

Tiba-tiba, Hose Air Tangki Kereta ku Bocor Ketika Naik Bukit Lepas Bandar Brinchang On Way Pulang Ke Paka..Alhamdulillah, Allah taala Permudahkan Urusan Ketika Itu.. Manis Sungguh Perjuangan Islam Ini..

posted by Abu Mus'ab @ 4:02 PTG   0 comments
TAZKIRAH PRU: BANGSA MELAYU AKAN BINASA APABILA ...

Ciri-Ciri Keruntuhan Sesuatu Bangsa

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ أَقْبَلَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: (يَا مَعْشَرَ الْمُهَاجِرِينَ خَمْسٌ إِذَا ابْتُلِيتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ تُدْرِكُوهُنَّ لَمْ تَظْهَرْ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلَّا فَشَا فِيهِمْ الطَّاعُونُ وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمْ الَّذِينَ مَضَوْا وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلَّا أُخِذُوا بِالسِّنِينَ وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلَّا مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنْ السَّمَاءِ وَلَوْلَا الْبَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوا وَلَمْ يَنْقُضُوا عَهْدَ اللَّهِ وَعَهْدَ رَسُولِهِ إِلَّا سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوا بَعْضَ مَا فِي أَيْدِيهِمْ وَمَا لَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ وَيَتَخَيَّرُوا مِمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَّا جَعَلَ اللَّهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ) - رواه ابن ماجة والحاكم.

Maksudnya: Dari Abdullah bin Umar ra katanya: Rasulullah SAW datang berjumpa kami lalu baginda menyampaikan ucapannya: “ Wahai Kaum Muhajirin! Lima perkara, aku memohon perlindungan dengan Allah SWT semoga ianya tidak sempat menimpa kamu; Tidak merebaknya perlakuan terkutuk ( zina ) dalam sesuatu bangsa sehingga mereka melakukannya secara terang-terangan melainkan merebak jualah taun dan wabak penyakit yang belum pernah berlaku kepada manusia terdahulu; Tidaklah mereka mengurangkan sukatan dan timbangan melainkan mereka dihukum dengan kemarau panjang, kesempitan hidup dan kezaliman pemerintah; Tidak mereka menahan harta mereka dari mengeluarkan zakat melainkan mereka ditahan dari mendapat hujan dari langit kalau tidak kerana binatang ternak, pasti mereka tidak mendapat hujan; Tidaklah mereka membatalkan perjanjian Allah dan perjanjian Rasulnya melainkan Allah menjadikan musuh dari kalangan orang luar menguasai (dan memerintahkan) mereka dan merampas sebahagian hak mereka; Tidaklah pemerintah-pemerintah di kalangan mereka memerintah tanpa berpandukan kitab Allah dan memilih-milih dalam melaksanakan perkara yang telah diperturunkan oleh Allah, melainkan Allah menjadikan kemusnahan mereka berlaku (kerana perbalahan) sesama mereka.

Pendahuluan

Hadith ini antara bicara Rasulullah SAW tentang fitnah ( huru-hara dan malapetaka ) yang menimpa umatnya selepas kewafatan baginda. Di atas sifat baginda sebagai rahmat kepada sekelian alam, tunjuk ajar dan panduan baginda bukan sahaja kepada sahabat sekelilingnya. Sebaliknya umat yang datang selepasnya juga mendapat rahmat dari tunjuk ajar dan panduan baginda SAW.

Hadith ini memberi amaran malapetaka dan bala bencana yang menjadi hukuman dan balasan Allah kepada lima jenis pelakuan manusia. Salahlaku ini menjadi dosa dan kesalahan besar sehingga mengundang kemurkaan Allah lalu mengenakan hukuman cepat di dunia ini sebelum hukuman akhirat.

Kesalahan ini pula adalah berlaku secara berleluasa, terang-terangan dan tersebar luas dalam kelompok manusia sehingga tidak terkawal dan tidak pula mendapat bantahan. Seolah-olah ia dianggap perkara biasa yang tidak dianggap sebagai satu kesalahan. Kerana itulah, hukuman Allah juga sifatnya menyeluruh dan yang menerima akibat dan bencananya pula adalah masyarakat keseluruhannya.

Justeru, peringatan Rasulullah SAW ini amat patut diberi renungan dan mendapat perhatian yang selayaknya demi memelihara kesejahteraan umat dan mengawal mereka dari perlakuan dan sikap yang boleh mengundang bahaya dari langit lantaran kemurkaan Allah SWT. Apatah lagi setelah hadith ini membawa pembuktian mukjizat Rasulullah SAW apabila perkara yang disebut oleh baginda ini benar-benar terjadi dan dapat ditonton dengan sejelas-jelasnya oleh kita pada hari ini.

Keterangan Hadith

1. Perlakuan zina secara berleluasa mengundang penyakit yang tiada ubatnya.

Dalam kehidupan bermasyarakat, hubungan di antara golongan lelaki dan perempuan mestilah terkawal. Islam meletakan batasan dan sempadan yang jelas dalam hal ini. Zina adalah jenayah sosial terbesar dalam hubungan antara lelaki dan perempuan. Islam bukan sahaja melarang pelakuan zina, bahkan menutup setiap pintu dan jalan yang membawa kepada zina. Perbualan, pandangan, pembacaan, tontonan, sentuhan dan langkahan yang mengerakkan nafsu untuk perlakuan maksiat ini adalah dosa dan dianggap zina kecil.

Zina adalah satu dosa besar bagi pelakunya yang memerlukan taubat yang bersungguh-sungguh. Masyarakat dan kerajaan bertanggungjawab untuk membendungnya dengan melaksanakan hukum Allah bagi kesalahan zina. Hukum Allah dalam perkara ini sangat jelas dalam perundangan jenayah syariah, iaitu 100 rotan bagi yang belum berkahwin dan rejam sehingga mati bagi yang telah berkahwin.

Dalam hadith ini, Nabi SAW memberi amaran keras jika masyarakat Islam mengambil sikap tidak bertanggungjawab dengan membiarkan perlakuan terkutuk ini berlaku tanpa ditangani dengan hukum Allah SWT. Jika meninggalkan hukum Allah sebenarnya mengundang hukuman dari Allah yang tidak diduga, iaitu penyakit baru yang belum wujud di masa dahulu.

Dunia perubatan moden dikejutkan dengan penyakit yang dinamakan AIDS yang belum diketemui rawatannya. Penyakit ini hanya boleh dicegah dan dirawat melalui pelaksanaan Syariat Allah. Bahkan banyak lagi penyakit-penyakit yang timbul kesan daripada sikap pemerintah yang tidak mengambil pengiktibaran dan panduan daripada aktifnya gejala ini.

2. Penipuan dalam sukatan dan timbangan menyebabkan kemarau panjang, kesempitan hidup dan kezaliman penguasa.

Lapangan perekonomian mendapat perhatian seadilnya di dalam sistem Islam yang syumul. Ekonomi Islam tegak di atas sifat jujur dan amanah dalam hubungan sesama manusia. Peniaga yang jujur dan amanah dihimpun bersama para nabi dan siddiqin dan syuhada’ pada hari Qiamat. Peranan mereka yang sangat besar dalam membawa kebahagian kepada kehidupan dunia manusia dengan cara yang diredhai Allah melayakkan mereka dihimpunkan sebaris dengan manusia berbakti yang lain.

Penyakit manusia yang paling besar dalam urusan perniagaan ialah tamak dan menipu untuk mendapat keuntungan lebih. Mereka yang melakukan penipuan mengharapkan kemewahan hidup. Hukuman dari Allah kepada bangsa yang mengamalkan ketamakan dan penipuan ini ialah kemarau panjang, kesukaran dalam mengharungi tekanan menyara kehidupan dan penindasan yang dilakukan oleh pemerintah yang rakus dan zalim.

3. Menahan harta dari zakat seperti menahan hujan dari langit.

Zakat adalah rukun Islam sebagaimana juga sembahyang. Zakat diambil dari harta tertentu dalam kadar tertentu untuk golongan tertentu. Zakat menjadi syiar kehidupan bermasyarakat secara Islam yang menghendaki supaya mereka yang senang menolong yang susah, yang mampu membantu mereka yang kurang mampu. Ia lahir dari aqidah bahawa harta adalah milik Allah, Dia menguji sebahagian manusia dengan harta sebagai amanah. Maka Allah ingin melihat siapa di kalangan mereka yang boleh menunaikan amanah dan yang mengkhianatinya.

Zakat melambang sifat rahmat, belas kasihan, bertanggungjawab dan mensyukuri nikmat Allah. Sebaliknya tidak mengeluarkan zakat pula adalah sifat kedekut, mementingkan diri, kufur nikmat dan tidak mengambil tahu kesusahan orang lain. Dengan sebab itu, layak Allah menghukum bangsa yang tidak menunaikan zakat dengan tertahannya hujan dari langit.

4. Tidak memelihara perjanjian dengan Allah dan Rasul mengundang musuh luar berkuasa.

Memelihara perjanjian dengan Allah dan Rasul ditafsirkan oleh ulama sebagai menghormati peraturan dan garis sempadan yang telah ditetapkan. Ia juga ditafsirkan sebagai menjaga wasiat dan pesanan Allah dan Rasul. Dengan kata lain, Memelihara perjanjian ini adalah dengan menghargai kemuliaan anugerah agama yang suci ( Islam ), kitab yang tinggi ( al-Quran ) dan Sunnah yang ditinggal oleh Nabi SAW.

Inilah kemuliaan jati diri Islam yang membawa kepada kemenangan demi kemenangan sebagaimana yang diperolehi oleh generasi awal Islam. Mereka mengalahkan Rom dan Parsi dan akhirnya membuka wilayah pemerintahan sehingga ke Andalus di barat dan ke Mindanao di timur. Sayyidina Umar Ibnu al Khattab memberi jawapan kepada dunia yang tertanya-tanya tentang kemenangan Islam yang luar biasa itu : “ Kami adalah bangsa yang diberi kemuliaan dengan Islam. Jika kami mencari kemuliaan lain dari kemuliaan yang dikurnia Allah ini, pasti kami akan dihina Allah SWT ”.

Sebaliknya, apabila umat Islam mula merasa jemu dan tidak lagi berbangga dengan Islam, mereka akan mencari cara dan budaya hidup baru dari bangsa lain. Kita dapat melihat bagaimana umat Islam mutakhir ini memilih fahaman-fahaman dari barat dan timur sebagai cara hidup moden mereka yang dianggap mampu mendatangkan kemajuan dan kebahagiaan. Akhirnya berlaku apa yang diberi amaran oleh Rasulullah SAW iaitu mereka hidup terjajah dan terbelenggu oleh kuasa luar yang mencipta fahaman-fahaman ini ( yang merupakan agama-agama baru ) untuk kepentingan mereka. Umat Islam tunduk kepada kuasa-kuasa luar ini dan mengikut telunjuk mereka.

5. Tidak melaksanakan pemerintahan Islam menyebabkan kehancuran dari perpecahan sesama sendiri

Jika Kehidupan ini ibarat bangunan, maka Islamlah asasnya dan pemerintahlah pengawalnya. Demikianlah kata-kata pujangga yang dinukilkan oleh al-Imam al-Ghazali bagi membayangkan besarnya tanggungjawab pemerintah memelihara kepentingan hidup berteraskan Islam. Pemerintahan Islam melaksanakan amanah dan Syariat Allah bagi menjamin keadilan dan kesaksamaan di kalangan rakyat jelata. Pemerintahan Islam juga menyelesaikan kemelut dan permasalahan yang timbul dengan hukum Allah. Hukum Allah sahajalah yang mampu membawa penyelesaian yang akhirnya memulangkan hak kepada yang berhak, menyembuhkan hati yang luka, menghiburkan mereka yang kecewa, dan memberi keadilan kepada yang teraniaya.

Memerintah tidak mengikut hukum dan syariat Allah, sebenarnya mencabar kebijaksanaan Allah SWT. Pemerintah yang membelakangkan peraturan Allah seolah-olah mendabik dada bahawa caranya lebih baik dari ketetapan Allah. Natijahnya sangat buruk. Permasalah tanpa penyelesaian, pengabaian hak, keadilan yang tidak terbela, kezaliman yang berleluasa, kekecewaan golongan yang teraniaya dan penindasan golongan lemah dan hina. Maka berlakulah apa yang disebut oleh Rasulullah SAW di dalam hadith ini iaitu hukuman Allah ke atas mereka mereka adalah berlakunya perpecahan sesama mereka.

Pengajaran Hadith

1. Menolak bala dari Allah dengan menghidupkan budaya menyuruh ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran dalam hidup. Tanpa budaya ini, manusia menjadi lalai dan maksiat menjadi berleluasa. Jika inilah yang berlaku,maka bala Allah boleh berlaku bila-bila masa dan bala tentera Allah berada di mana jua.

2. Hukuman Allah adalah dari jenis perbuatan manusia. Mengubat kemahuan nafsu dengan berzina mengakibatkan penyakit yang tiada ubatnya. Menipu untuk mendapat kemewahan membawa kepada kesempitan hidup. Menahan harta dari zakat akibatnya Allah menahan hujan turun dari langit. Mencari cara hidup lain dari Islam akhirnya terperangkap dalam penjajahan asing. Tidak menyelesaikan urusan mengikut peraturan Allah menatijahkan permasalahan tanpa penyelesaian.

3. Rahmat hidup berpandukan ajaran Islam. Rasulullah SAW meninggalkan kita di atas landasan yang sangat jelas. Segala perkara telah diberitahu oleh Rasulullah SAW. Bermula dari punca permasalahan, kesan dan natijahnya sehinggalah kepada jalan penyelesaiannya. Terpulang kepada kitalah untuk menerima dan mengamalkannya. Apakah hujah dan alasan kita di hadapan Allah SWT nanti ? Apakah perjuangan atas dasar keMelayuan boleh menyelamatkan seseorang daripada mendapat azab Allah ?
posted by Abu Mus'ab @ 3:39 PTG   0 comments
TAZKIRAH PRU : BAHAYA ISLAM LIBERAL
Selasa, Disember 21, 2010

Bahaya Islam Liberal

Pendahuluan

Sabda Nabi SAW :

أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ عَبْدًا حَبَشِيًّا فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ

Maksudnya:

“Aku berpesan kepada kamu agar bertaqwa kepada Allah Taa’la dan dengar dan patuh (pada pemimpin) walaupun dia seorang hamba berketurunan Habsyi. Sesungguhnya barangsiapa yang hidup selepasku dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para Khulafa’ Ar-Rasyidin yang diberi petunjuk. Berpegang teguhlah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham kamu. Dan jauhilah perkara-perkara baru dalam agama, sesungguhnya setiap perkara yang baru itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu adalah kesesatan.

Umat Islam hari ini sedang berdepan dengan pelbagai cabaran dan serangan pemikiran yang menggugat akidah dan pegangan mereka. Usaha ini telah dilakukan oleh musuh-musuh Islam untuk memurtadkan orang Islam daripada Din yang suci ini

Anuar Al Jundi seorang ahli fikir dan pengarang Islam dalam sebuah tulisannya di dalam kitabnya ندوة الحضارة (Seminar Peradaban) antara lain telah mengulas tentang perang salib, peperangan tersebut telah berakhir dengan kemenangan di pihak Islam dari sudut ketenteraan.

Akan tetapi pihak barat telah mendapat pengajaran yang amat berharga dari peperangan yang memakan masa hampir dua ratus tahun itu. Barat telah mempelajari sebab-sebab kemenangan umat Islam lalu mengatur strategi jangka panjang untuk mengalahkan umat Islam pada masa akan datang. Serangan yang dirancang itu tidak lagi dalam bentuk ketenteraan sebaliknya dalam bentuk yang dinamakan "Serangan Pemikiran".

Dalam perkembangan mutakhir ini masyarakat awamlah yang akan menjadi mangsa. Mereka menjadi bingung melihat di hadapan mereka berbagai wajah dan bentuk ajaran Islam yang membawa jenama yang sama iaitu jenama Islam. Pelbagai istilah yang diperkenalkan oleh musuh-musuh Islam untuk mengelirukan umat Islam, antaranya Islam Liberal.

Perkataan liberal bermaksud pandangan yang terbuka dan tidak terkongkong. Dalam laman Jaringan Islam Liberal ada dijelaskan bahawa: Nama Islam Liberal menggambarkan prinsip yang kami anuti iaitu Islam yang menekankan kebebasan peribadi dan pembebasan daripada struktur sosial-politik yang menindas.

Walaupun pelbagai takrif cuba diberikan dalam mendefinisikan Islam liberal, namun aliran ini seolah-olah menganggap ajaran Islam yang bersandarkan nas-nas al Quran dan al Sunnah adalah Islam yang terbelenggu, terikat dan tidak bebas. Maka mereka cuba untuk membebaskan Islam dari sebarang keterikatan dengan nas-nas syarak.

Caranya adalah dengan mentafsirkan, mengolah atau menafikan apa saja dalil syara' agar bersesuaian dengan kehendak aliran pemikiran mereka. Sementara itu pemikiran mereka pula berteraskan falsafah yang menjadi pegangan dunia barat yang pada anggapan mereka sangat bertamadun.

Akibat daripada usaha meliberalkan agama, kita melihat berbagai-bagai pentafsiran dan penyelewengan atas nama agama hinggakan tokoh aliran ini Irshad Manji. Umpamanya menyokong perkahwinan sejenis.

Contoh Pentafsiran Golongan Islam Liberal

Golongan ini sering mempergunakan ayat-ayat al Quran menurut kepentingan mereka. Sebagai contoh, ketika membela kebenaran agama-agama lain, mereka mendalilkan ayat 22 dalam Surah al-Mujadilah yang bermaksud:

"Kamu tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat mereka itu mengasihi mereka yang menentang Allah dan RasulNya walaupun mereka itu terdiri daripada bapa-bapa mereka atau anak-anak mereka atau saudara mara mereka ataupun ahli keluarga mereka.Golongan inilah yang telah ditetapkan iman di dalam hati mereka dan Allah menguatkan mereka dengan roh daripadaNya dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sngai-sungai dan mereka kekal di dalamnya.Allah meredhai mereka dan mereka redha terhadap Allah.Mereka itulah golongan Allah, ketahuilah hanya golongan Allah sahajalah yang mendapat kejayaan".

Firman Allah taala di dalam Surah al-Baqarah, ayat 62 yang bermksud: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yahudi dan orang-orang sobiun dan orang-orang nasrani yang beriman dengan Allah dan hari akhirat dan beramal soleh maka tiada kebimbangan untuk mereka dan mereka tidak akan berdukacita".
Dengan bersandarkan kepada dua ayat ini, mereka mengatakan bahawa golongan Yahudi, al Sobiun dan Nasrani adalah ahli-ahli syurga walaupun mereka tidak beriman dengan kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Kesimpulannya Islam Liberal dan para pendokongnya berfikiran dan berfahaman bebas yang melepasi batas had dan hukum Allah taala yang jelas menunjukkan bahawa Islam Liberal menyimpang jauh dari anutan Islam yang sebenarnya. Yang akhirnya, menyebabkan pengamalnya membolehkan judi, arak, makan riba dan membiarkan orang Islam murtad tanpa dijatuhkan hukuman ke atas mereka.

Akibat daripada pemahaman ini, soal aqidah diketepikan. Pemahaman yang menekankan aspek pembangunan, ekonomi dan teknologi. Golongan yang memperjuangkannya lebih suka melihat pembangunan dunia yang berteraskan kebendaan dan tidak mementingkan soal aqidah sebagaimana keadaannya dengan dunia barat yang maju dari sudut material tetapi hancur aqidahnya.

Hari ini kita melihat pelbagai gejala sosial menimpa umat Islam akibat mengabaikan aqidah seperti keruntuhan akhlak, rasuah, pemujaan artis, murtad dan yang terkini adalah kes pembuangan bayi yang amat kritikal.

Perkara ini telah pun diperingatkan kepada kita oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya:

إذا فعلت أمتي خمس عشرة خصلة حل بها البلاء.قيل وما هي يا رسول الله؟ قال: إذا كان المغنم دولا والأمانة مغنما والزكاة مغرما وأطاع الرجل زوجته وعق أمه وبر صديقه وجفا أباه وارتفعت الأصوات في المساجد وكان زعيم القوم أرذلهم وأكرم الرجل مخافة شره وشربت الخمر ولبس الحرير واتخذت القينات والمعازف ولعن آخر هذه الأمة أولها. فليرتقبوا عند ذلك ريحا حراء أو خسفا أو مسخا

Maksudnya: Apabila umat ku melakukan 15 perkara ini nescaya mereka akan ditimpa bala. Para sahabat bertanya: Apakah ianya wahai Rasulullah? Jawab Baginda:

1-apabila harta rampasan perang itu dimonopoli oleh golongan tertentu sahaja.

2-apabila amanah itu dianggap harta yang menguntungkan.

3-apabila zakat itu dianggap suatu denda.(terpaksa dikeluarkan.)

4-apabila suami mentaati isteri.

5-apabila anak menderhakai ibunya.

6-apabila anak patuh kepada kawannya

7-apabila anak tidak endah kepada ayahnya dan mengasarinya.

8-apabila diangkat suara di dalam masjid.

9-apabila ketua sesuatu kaum itu orang yang paling hina di kalangan mereka.

10-apabila dimuliakan seseorang itu kerana ditakuti akan kejahatannya.
posted by Abu Mus'ab @ 8:19 PTG   0 comments
PUASA ASYURA' PEMANGKIN PERJUANGAN ISLAM
Khamis, Disember 16, 2010

Puasa Asyura' Pemangkin Perjuangan Islam

Daripada Abi Qotadah, bahawasanya Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud: "Berpuasa pada hari Asyuraa' bahawasanya aku berharap di atas Allah taala bahawa ianya (berpuasa itu) dapat menghapuskan segala kesalahan pada tahun yang telah lalu". (Riwayat Termizi)

Alhamdulillah, kita hari telah berada di hari yang ke 10 Muharram bagi tahun baru 1432 Hijrah. Suatu permulaan yang baik. Pejam celik, tak sedar hari ini dah masuk 10 Muharram, orang Islam di seluruh dunia dituntut agar mengerjakan amalan sunat ini iaitu berpuasa.

Walaupun hukumnya adalah sunat, tetapi inilah antara mekanisme atau cara bagaimana untuk Istiqamah atau Sustains dalam perjuangan Islam, khusus dalam PAS ini. Dengan berbekalkan bekalan ini, insyaAllah dapat kita gunakan tika saat diperlukan di masa akan datang, terutama dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Di awal Islam, Asyuraa' menjadi suatu hari yang sangat penting dan istimewa seumpama hari raya kerana kelebihannya yang banyak yang telah dikurniakan oleh Allah taala bagi mereka yang meraikannya dengan panduan agama, bahkan menurut sebahagian ulama, adalah wajib berpuasa pada hari itu bagi meraikan kedatangan hari Asyuraa'.

Apabila datangnya perintah untuk berpuasa di bulan Ramadhan, maka hukum berpuasa pada hari Asyuraa' sudah bertukar menjadi sunat muakkad, yang sangat dituntut untuk diamalkan.

Yang paling menyedihkan, terdapat sesetengah golongan yang seolah-olah tidak mengambil tahu tentang kebelebihan yang berada di dalam hari ini, sehinggakan ada yang leka, lupa dan lalai dengan kepentingan meraikan hari Asyuraa' dengan mementingkan "Bubur Asyuraa'" daripada amalan-amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah taala atau dengan kata lain apakah Hari Asyuraa' bagi kita sekadar adat atau syariat?

Perlu difahami bersama, bahawasanya hari Asyuraa' itu bukan sahaja diraikan oleh umat Islam tetapi juga oleh mereka yang bukan Islam seperti golongan Yahudi dan Nasrani.

Sungguhpun begitu, Rasulullah SAW menyuruh supaya kita meraikan hari Asyuraa' tetapi dengan keadaan dan sambutan yang berbeza, kerana ada larangan yang keras di dalam agama menyerupai golongan yang bukan Islam baik dalam apa keadaan sekalipun.

Sesungguhnya Allah taala begitu berkehendak daripada kita selaku hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa, kemuncak amal ibadat yang dilakukan selama hidup kita, untuk sama-sama mempertahankan dan perjuangkan Agama Allah ini, iaitu Islam, sehingga berjaya ditegakkan dan dilaksanakan segala syariat-Nya.

Sirah kehidupan Rasulullah saw telah melakarkan bahawa peringkat permulaan didikan dan bimbingan Rasulullah saw kepada para sahabat r.anhum, dengan bimbingan dan didikan serta serapan Tauhid, iaitu ikatan Aqidah yang kuat terhadap kebesaran dan kekuasaan Allah taala, yang menepati ciri-ciri keimanan, keyakinan dan kepercayaan yang kuat. Kemudian disusuli dengan didikan dan bimbingan hal-hal ibadat yang melibatkan dosa dan pahala, suruhan dan tegahan, galakan ke Syurga dan larangan masuk Neraka.

Yang akhirnya, dengan keimanan dan keyakinan berdasarkan ilmu yang diperolei oleh para Sahabat r.anhum, mereka bersama-sama Rasulullah saw dalam peperangan, perjuangkan Islam, pertahankan Islam, sanggup kehilangan harta-benda dan kaum kerabat, semata-mata untuk melihat Islam dapat ditegakkan dan syariat Islam dapat dilaksanakan. Di hati dan mata mereka, "Imma Nusrah, wa Imma Syahadah" samada mendapat kemenangan ataupun mati syahid...
posted by Abu Mus'ab @ 9:38 PG   0 comments
TAZKIRAH PRU: AQIDAH DAN PERJUANGAN
Rabu, Disember 15, 2010

Aqidah dan Perjuangan

Sabda Rasulullah SAW:

لاَتَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِيْ عَلَى الْحَّقِ ظَاهِرِيْنَ لاَيَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ وَلاَمَنْ خَالَفَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللهِ

Maksudnya; " Akan sentiasa ada segolongan dari umatku berdiri atas kebenaran. Mereka tidak boleh digugat oleh orang-orang yang menentang mereka atau mengganggu mereka, hinggalah datang urusan Allah SWT.

Pengertian Aqidah

Aqidah ialah sesuatu yang memastikan hati anda membenarkannya yang menjadikan anda tenang tenteram kepadanya. Menjadi kepercayaan anda yang bersih dari kebimbangan dan keraguan. Dengan kata lain akidah adalah merupakan satu ikatan keyakinan yang mengikat diri, hati seseorang dengan satu keyakinan dan dengan itu kehidupannya menjadi satu kehidupan yang terarah dan terpimpin.

Aqidah adalah asas kepada dasar hidup. Islam meletakkan asas aqidah di luar dari alam tabi'e. Asas yang pertama kepercayaan kepada Allah akan dapat membentuk satu bidang hidup yang tinggi. Seseorang yang menghayatinya akan merasa dirinya bebas dan merdeka dari ikatan mana-mana makhluk di alam semesta ini.

Sebaliknya seseorang yang kufur kepada Allah ialah seseorang yang mengkhianati dirinya kerana ia telah meletakkan dirinya bukan pada tempat yang betul. Orang yang tidak beriman kepada Allah mempunyai pandangan dan nilai hidup duniawi semata-mata. Manakala orang yang beriman pula memandang kehidupannya mempunyai hubungan dengan Allah yang memiliki alam semesta.

Orang yang tidak beriman terikat dengan kepentingan duniawi dan tidak akan mempunyai keberanian untuk berjuang kerana sangat takut kepada mati. Sebagaimana yang telah diucapkan oleh Rubai' bin Amir ketika dihantar untuk menemui Panglima Perang Parsi yang bernama Rustam di dalam satu pertempuran dengan Parsi. Rustam menjemput wakil dari tentera Islam untuk mengambil tanah jajahan kerajaan Parsi. Katanya: " Kalau itulah maksud kedatanganmu, ambillah asalkan kami tidak diperangi. Rubai' bin Amir menjawab :

إِنَّ اللهَ قَدْ اِبْتَعَثَنَا لِنُخْرِجَ مَنْ شَاءَ مِنْ عِبَادَةِ الْعِبَادِ إِلَىْ عِبَادَةِ اللهِ وَمِنْ جَوْرِ اْلأَدْيَانِ إِلَىْ عَدْلِ اْلإِسْلاَمِ وَمِنْ ضِيْقِ الدُّنْيَا إِلَىْ سِعَةِ الْدُّنْيَا وَ اْلآخِرَةَِ

" kami diutuskan untuk membebaskan manusia dari mengabdikan diri kepada sesama makhluk kepada mengabdikan diri kepada Allah dan daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam, dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat ".

Orang yang beriman sudah tentu tidak ragu-ragu untuk berjuang dan mati. Seperti firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). ( Al Hujurat : 15 )

Sebagai contoh Khalid bin Al Walid dengan10,000 tentera Islam dapat mengalahkan 100,000 tentera Parsi. Seorang ketua tentera Parsi bertanya: " Bagaimana tentera Islam yang sedikit dapat mengalahkan tentera Parsi yang ramai ?. Beliau menjawab: " Kami mencintai mati seperti kamu mencintai hidup, kamu berjuang untuk hidup dan kami berjuang untuk mati. Kami mencintai mati sebab itu kami menang".

Begitu juga dengan Badar Al Qubra. Tentera Islam yang dipimpin oleh Rasulullah SAW hanya dengan 313 orang bersama dengan kelengkapan peperangan yang sedikit dapat mengalahkan tentera kafir yang berjumlah 1000 orang dengan kelengkapan yang banyak. Sesungguhnya orang yang dilatih untuk hidup, tidak akan hidup dan dia sentiasa merasa dirinya tidak selamat. Sebaliknya orang-orang yang dilatih untuk mati akan hidup.

Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (AIi Imran : 102 )


Aqidah Dan Perjuangan Tidak Dapat Dipisahkan.

Para pejuang Islam yang berjuang atas dorongan aqidah akan mengenali bagaimana cara untuk mati, dengan mengenali kematianlah perjuangan akan hidup segar, kerana seseorang yang lemah tidak akan merasa takut dengan kelemahannya, dan orang yang merasa serba kekurangan tidak akan merasa terhina dengan kekurangannya kerana perjuangannya bukan dinilai dari apa yang diperolehi, tetapi dari apa yang diperolehi dari Allah SWT. Demikian juga seseorang yang senang, tidak akan berbangga dengan kesenangannya, yang berkuasa tidak akan berbangga dengan kekuasaannya dan yang berilmu tidak akan berbangga dengan keilmuannya kerana dia tahu bahawa semuanya tidak bererti jikalau diletakkan dalam satu tempat yang bertentangan dengan kehendak Allah SWT.

Dengan itu asas keimanan akan dapat membentuk kehidupan Ruhaniyah dan Aqliah yang akan dapat mewujudkan istiqamah dalam perjuangan. Inilah rahsia kekuatan para mujahid dalam perjuangan mereka untuk menegakkan kalimah Allah yang tinggi. Inilah juga rahsia kekuatan perjuangan PAS yang jelas berasaskan kepada Aqidah Islamiah yang tidak mampu digugat oleh mana-mana pihak.

Akidah dan perjuangan di dalam gerakan Islam tidak dapat dipisahkan, seperti tidak dapat dipisahkan manis dari gula dan masin dari garam. Aqidah Islamiyyah bukanlah satu aqidah yang beku yang hanya merupakan satu pebendaharaan hati. Ia mestilah dijelaskan, dijelma dan diterjemahkan di dalam tindakan serta amalan seseorang. Ia juga merupakan satu keyakinan yang tersirat dan terpahat kukuh di dalam hati serta dibuktikan dengan amal. Amal pula merupakan penghayatan kepada Aqidah.

Orang Yang Berjuang Atas Dasar Aqidah Sudah Tentu Menyakini:

Pertama : Hakimiyyah ( Kekuasaan Mutlak ) adalah milik Allah.

Kedua : Kebenaran tidak ditentukan oleh suara majoriti.

Ketiga : Kelemahan umat Islam adalah kerana kejahilan.

Keempat : Wujudnya musuh dari golongan perosak

a. Pemerintah Sekular
b. Ulama' Jahat
c. Golongan Munafiq
d. Golongan memperalatkan Islam untuk mendapat dan mengekalkan kuasa.

Kelima : Perjuangan Islam adalah kewajipan dan mesti diteruskan

Keenam : Perjuangan Islam bersifat Global

Ketujuh : Islam sebagai penyelamat dan tanggungjawab memperjuangkannya.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka Dengan hidayah petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa. (Muhammad : 17 )

Dan firman-Nya lagi yang bermaksud: "Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya. ( Ar Rad : 11 )
posted by Abu Mus'ab @ 10:56 PG   2 comments
UMNO MASIH TAK FAHAM KAITAN IBADAT HAJI DAN MA'AL HIJRAH
Jumaat, Disember 10, 2010

UMNO Masih Tak Reti Kaitan Antara Ibadat Haji dan Ma'al Hijrah

Bismillahirrohmanirrohim

Rahmat Allah dan Bijaksananya Allah taala, dengan Hikmah-Nya, telah menetapkan bulan Muharram selepas bulan Zulhijjah. Subhanallah..Elok sangat la..Selepas seorang yang beragama Islam menunaikan Haji di Makkah, disusuli pula dengan bulan penghijrahan, iaitu bulan Muharram, bulan berlakunya sejarah Islam yang penuh dengan hikmahnya. Mengkehendaki manusia yang beriman agar merealisasikan ibadat hajinya itu dengan status 'Haji Mabrur'.

Teringat ketika singgah seketika mendengar luahan khutbah Jumaat baru-baru ini yang berkisar tentang peranan golongan yang telah selamat menunaikan Ibadah Haji di Makkah apabila kembali ke tempat masing-masing. Terpanggil untuk mengulas dan melontarkan beberapa pandangan dan gambaran yang sepatutnya bagi Jemaah Haji. Memandangan musim ini adalah musim Jemaah Haji baru pulang dari Tanah Suci Makkah.

Perkara yang menjadi suatu kegembiraan bagi orang yang baru balik dari menunaikan haji di Makkah, adalah pengalamannya yang merupakan satu aset yang ternilai dalam diari kehidupannya. Pulang ke rumah dengan harapan, dapat menceritakan pelbagai pengalaman yang dialami. Yang terlebih utama adalah bagi mereka yang pertama kali menunaikan haji tersebut. Alangkah indahnya ibadah tersebut. Ialah masing-masing mempunyai trend tersendiri dalam menceritakan pengalaman tersebut, janji jangan sampai haji tersebut dianggap ‘Haji Marlboro’, tidak yang sepatutnya ‘Haji Mabrur’.

Teringat akan firman Allah taala di dalam Surah al-Baqarah ayat 200 yang bermaksud: "

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan Ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! berilah kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat."

Di dalam ayat di atas, Allah taala mengkehendaki ke atas batang tubuh orang yang Islam yang telah menyempurnakan Ibadah Hajinya dengan BERZIKIR kepada Allah taala (Zikrullah). Menjelaskan kepada mereka yang telah selesaikan ibadah haji samada dia tu orang PAS, UMNO, Atas Pagar atau seumpamanya, agar memahami Zikrullah, iaitu ingat kepada Allah taala itu dalam pelbagai keadaan dan aspek, dengan tidak mensatu bentukkan zikrullah sahaja, mesti dipelbagaikan bentuk zikrullah itu.

Suka saya nyatakan di sini, di samping seseorang itu bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir selepas menunaikan ibadat haji, dia hendaklah memecahkan skop zikrullah kepelbagaian keadaan yang lain.

Di antaranya adalah, sebut zikrullah, maka dia hendaklah kembali kepada segala ketetapan dan ketentuan Allah taala di dalam al-Quran al-Karim. Sebut zikrullah, maka dia hendaklah membetulkan fahaman yang dahulunya, dia berfahaman secular, liberal dan kebangsaan, selepas haji, dia bertukar kepada fahaman Islam yang sebenar, fahaman Islam yang menjadikan al-Quran, as-Sunnah dan Ijma’ Ulama’ sebagai sumber panduan di dalam setiap segi kehidupannya.

Kemudian, sebut zikrullah, maka dalam dirinya betapa dirinya sedar sebelum ini, dia telah dipermainkan, ditipu, dibebalkan dengan bersamanya dia dengan kumpulan atau parti yang terang-terang tidak mahu menjadikan undang-undang Islam sebagai Undang Pemutus kepada undang-undang penjajah barat. Maka, dengan zikrullah, dia menolak kumpulan itu, dan bersama-sama dengan kumpulan atau parti yang menjadikan al-Quran, as-Sunnah dan Ijma’ Ulama’ sebagai kumpulan yang wajib disokong dan didokongi. Ini kerana, dia sedar bahawa Agama dan Politik tidak boleh dipisahkan. Bahkan ia merupakan tuntutan Allah taala, dan Sunnah Nabi Muhammad saw agar Wajib bersama dengan kepimpinan Islam.

Dan lagi, sebut zikrullah, dia sedar bahawa betapa pentingnya hal Jihad dalam peribadi seorang yang mengaku dia adalah antara orang yang beriman. Jihad dengan ertikata mengorbankan harta benda yang dimilikinya untuk kepentingan dan kejayaan Jemaah Islam dalam menongkah arus dan badai di dalam perjalanannya. Jihad juga dalam ertikata mengorbankan masa, tenaga, kemahiran, dan idea-idea yang bernas untuk memajukan dan memperhebatkan Jemaah Islam tersebut. Kerana dia sedar bahawa, Allah taala tidak memberi pilihan dalam berjihad melainkan Jihad dengan harta benda dan diri masing-masing.

Antara bentuk zikrullah lain adalah, bagi seseorang perempuan yang sebelum menunaikan ibadat haji berada dalam keadaan yang tidak menutup aurat, atau jika tutup auratpun, masih lagi dalam keadaan 'Bertelanjang', maka, dengan berkat haji yang mabrur, dia memakai tudung labuh, berpakaian muslimah yang solehah, serta menjaga batas-batas pergaulan sesama wanita apatahlagi di kalangan lelaki. Sesuai dengan status perempuan tersebut dengan panggilan 'Hajjah'.

Akhirnya, antara bentuk zikrullah iaitulah semestinya dia tahu bahawa kumpulan atau parti atau Jemaah Islam yang wajib didokongi dan disokongi olehnya adalah Parti Islam Se Malaysia (PAS), bukan parti UMNO. Dengan keimanannya, dia tahu bahawa parti PAS adalah sebuah parti Dakwah dan parti Tarbiyyah, bukan setakat parti Politik semata-mata, sepertimana yang dimomokkan oleh sesetengah golongan yang dengki dan hasad akan majunya parti PAS ini. Dan dia juga tahu, bahawa dengan keimanannya yang dimilikinya itu, parti UMNO adalah antara parti yang menjadi agen utama Yahudi dan Amerika, iaitu agen pemusnah bangsa dan Negara, terutama pemusnah dan pengkhianat utama Agama Allah, Islam.

Akhirnya, selamilah makna Zikrullah itu dengan ertikata yang sebenarnya. Kerana ayat-ayat di dalam al-Quran al-Karim adalah Mukjizat yang kekal abadi hinggalah ke hari Qiamat. Yang senantiasa relevan dan sesuai dengan sepanjang zaman. Jangan diperkecilkan skop maknanya, sehinggakan melahirkan golongan ahli Quran yang fasiq dan jahil..

Apa yang telah tentukan tidaklah sia-sia, di sebaliknya adanya perkara kebaikan yang kebanyakkan manusia tidak mengetahuinya, dek kerana nafsu serakah yang menguasai dirinya...
posted by Abu Mus'ab @ 11:53 PG   0 comments
HIJRAH PEMANGKIN KEKUATAN ISLAM
Rabu, Disember 08, 2010

Hijrah Pemangkin Kekuatan Islam

Firman Allah taala yang bermaksud: "Barangsiapa yang berhijrah di jalan Allah taala, nescaya mereka akan mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan bermaksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian dia mati, (sebelum sampai kepada maksudnya), maka sesungguhnya dia telah mendapat pahala dari sisi Allah taala, dan adalah Allah taala adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah an-Nisa': Ayat 100)

Penghijrahan kaum muslimin yang dipimpin oleh Rasulullah SAW dari Kota Mekkah ke Kota Madinah merupakan satu dimensi baru kepada dakwah Islamiyyah dan seterusnya penghayatan kepada ajaran Islam yang sebenar. Penghijrahan umat Islam dari suasana yang lama, iaitu Makkah kepada satu suasana baru iaitu Madinah adalah detik yang penting kepada pembaharuan sistem nilai serta hidup manusia iaitu penghijrahan dari keburukan kepada kebaikan.

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Orang yang benar-benar berhijrah ialah orang yang berhijrah dari apa yang ditegah oleh Allah taala".

Penghijrahan yang merupakan proses kematangan penyebaran risalah Allah taala ini tidak mungkin berjaya jika tidak diiringi oleh perubahan sikap dan nilai umat Islam dalam menghadapi suasana baru. Sejarah telah membuktikan bagaimana Rasulullah SAW menanamkan benih-benih perpaduan, persaudaraan, saling menolong, pengorbanan, kesungguhan, kecintaan dan ketaqwaan di dalam sanubari umat Islam ketika itu, iaitu antara golongan Muhajirin dan Ansar.

Itulah unsur-unsur terpenting bagi umat Islam sebagai persedian menghadapi cabaran dan ujian yang datangnya samada dari kaum Musyrikin Quraisy, golongan Munafik, tipu daya iblis atau daripada nafsu mereka sendiri. Demikianlah keadaan kita umat Islam masa kini. Perubahan zaman, tamadun, budaya dan teknologi manusia hari ini yang begitu pantas sebenarnya menghambat umat Islam melakukan persedian dan persiapan yang jitu lagi mantap bagi menghadapi perubahan dan kejutan tersebut. Ini penting bagi memastikan dakwah Islamiyyah dan perjuangan menegakkan Syiar Islam berjalan dengan baik dan lancar sebagaimana yang telah diagendakan.

Jika generasi Islam ini mempunyai keyakinan, pasti jalan-jalan menuju kejayaan akan terbentang luas. Penghijrahan minda umat ini perlu dilakukan agar berani menghadapi cabaran terutamanya dalam menghadapi dunia tanpa sempadan dan ianya tidak berlaku secara semulajadi tetapi melalui usaha dan ikhtiar dari umat Islam itu sendiri sebagaimana Allah taala menyatakan di dalam Surah ar-Ro'du, ayat 11 yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri".

Hijrah juga mengajar kita betapa pentingnya sikap cekal di dalam diri. Kecekalan kaum Muhajirin ketika berhijrah merasai ranjau yang berduri, kepayahan, penderitaan, kehilangan harta benda dan keluarga. Semua penyeksaan ini merupakan aset pengajaran yang amat penting dalam membentuk jiwa yang kental dan tabah kepada generasi muda masa kini. Kecekalan mereka yang berteraskan keyakinan bahawa janji kemenangan dan pertolongan daripada Allah taala pasti benar, dan akhirnya berjaya meruntuhkan keangkuhan jahiliyyah serta menjadikan kebatilan tersungkur hina.

Ini dapat kita lihat dari firman Allah taala dalam Surah at-Taubah, ayat 20 yang bermaksud: "Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah taala dengan harta benda dan jiwa raga mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah taala, dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan".

Berbekalkan keyakinan dan kecekalan inilah maka saf pelapis umat Islam akan berupaya mengharungi cabaran tipu daya musuh Islam serta golongan munafik yang sekali-kali tidak akan mampu menahan arus kebangkitan Islam. Malahan usaha dan semangat mereka semakin bertambah untuk bersaing seterusnya menerajui ketamadunan manusia yang bernaungkan Islam. Kekuatan sedemikian akan dapat dicapai menerusi lipatan sejarah kecekalan para Muhajirin dan Ansar di dalam peristiwa hijrah.

Sempena membuka lembaran baru ini, marilah kita sama-sama bermuhasabah sejauh mana penghayatan kita terhadap peristiwa hijrah. Adakah sekadar ucapan sahaja atau kita garapkan peristiwa ini ke dalam sanubari kita dalam usaha untuk meneruskan perjuangan yang dibawa oleh Rasulullah SAW?

Sekiranya kita meneliti ayat al-Quran terlalu banyak cerita dan kisah yang berhubung dengan peristiwa hijrah. Di samping itu juga kita perlu menilai adakah kehidupan kita, perjuangan kita dan segala usaha kita bertepatan dengan kehendak Allah taala atau tidak?
posted by Abu Mus'ab @ 10:32 PG   1 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::