UMPATAN YANG DIHARUSKAN ISLAM Di dalam kitabnya yang berjudul ‘Nuzhatul Muttaqin’ syarah kepada kitab hadis yang masyhur ‘Riyadhus Sholihin’ mengenai siapa yang diharuskan mengumpat, pada asalnya mengumpat adalah haram akan tetapi diharuskan dalam keadaan keadaan tertentu.
Dinyatakan oleh beliau diharuskan kepada enam golongan iaitu: 1. Mengadu kezaliman: Diharuskan kepada orang yang dizalimi mengadu kezaliman kepada qadi atau seumpamanya iaitu orang yang mempunyai kekuatan untuk menangani kes tersebut. Contohnya mengadu kepada hakim bahawa dia telah dizalimi oleh polan bin polan.
2. Meminta pertolongan untuk mencegah kemungkaran: Mengadu kepada orang yang mampu untuk mencegah kemungkaran tersebut.contohnya mengadu kepada bapa atau keluarga pelaku maksiat agar keluarganya dapat menasihati serta mencecahnya dari terus melakukannya.
3. Meminta fatwa: Diharuskan bagi orang yang ingin menanyakan fatwa mnceritakan apa yang berlaku bagi membolehkan mufti mengeluarkan hukum yang bertepatan dengan apa yang dikehendakinya.
4. Memberi peringatan kepada Muslimin serta menasihati mereka.
5. Orang yang terang terang melakukan maksiat: Dibolehkan mengumpat ke atas mereka ini bagi menyedarkan kesalahan mereka. Sebagai contoh mereka berjudi atau minum arak di jalanan, dibolehkan mengumpat atau mengata mengenai hal mereka.
6. Pengenalan kepada seseorang insan yang mana tidak dikenali orang tersebut kecuali dengan gelaran: Contohnya polan bin polan tidak dikenali di tempat asalnya kecuali dengan gelaran tertentu, maka dibolehkan.
Allah Taala menyebut dalam Surah An-Nisa': Awal Juzu' 6 :Ayat 148 yang bermaksud "Sesungguhnya Allah taala tidak menyukai Orang-orang yang Menyuarakan Keaiban orang dengan Kuat KECUALI Orang yang DIZALIMI dan Adalah Allah taala Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui " Nabi Muhammad SAW pernah menyebut dalam Hadisnya yang bermaksud : "Sebutlah KEJAHATAN / KEBURUKAN seseorang supaya Manusia berhati-hati dengannya" wasallam |
zzzzz2018.9.21
converse trainer
pandora jewelry
ralph lauren polo
supreme clothing
pandora outlet
ugg outlet boots
ray ban sunglasses
nike outlet factory
salomon shoes
ralph lauren polo