:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

RASUAH : Pemenang Sebenar di IJOK
Isnin, April 30, 2007

Rasuah ialah pemenang sebenar di Ijok


KUALA LUMPUR, 30 Apr (Hrkh) - Kekalahan pembangkang dalam pilihan raya kecil di kawasan yang sebelum ini dimenangi oleh Barisan Nasional tidak bermakna sokongan rakyat kepada parti itu semakin baik, kata Ahli Jawatankuasa PAS, Haji Mahfuz Omar.


Malah, katanya, Barisan Nasional telah memunggah wang rakyat sehingga RM36 juta untuk menjamin kemenangannya di Ijok dan hanya mendapat pertambahan majoriti hanya 201 undi sahaja.


Hakikatnya, kata beliau, ia bukan satu kemenangan malah perbuatan merasuah pengundi di tahap tertinggi dan pemenang sebenar ialah rasuah.


"Bukan itu sahaja, terdapat begitu banyak dakwaan mata kati juga terpaksa ditipu untuk menjamin sedikit pertambahan undi yang diperolehi.


"Tidak cukup dengan itu, pilihan raya kecil Ijok juga mencipta sejarah sebagai pilihan raya kecil yang paling mahal dan ganas.


"Pihak polis juga gagal menunjukkan sikap tidak memihak sehingga Amnesty International Malaysia sangat prihatin terhadap tindakan polis yang mengamalkan sikap selektif dalam menafikan hak penyokong calon Parti Keadilan Nasional (PKN) untuk mengadakan perhimpunan dan ceramah politik," katanya.


Pelbagai sekatan dalam pilihan raya kecil Ijok juga membuktikan demokrasi di negara ini "tidak ubah seperti mayat berjalan, sudah mati tetapi seolah-olah masih hidup".


"Pemimpin Barisan Nasional janganlah meneruskan pembohongan dan mencipta pelbagai penipuan untuk menyatakan kononnya demokrasi masih subur di negara ini," katanya.


Mahfuz juga bersetuju dengan analisis Bernama yang menyatakan pilihan raya Ijok hakikatnya adalah "wake-up call" kepada Barisan Nasional yang membuktikan bahawa tidak mudah lagi untuk mereka memenangi pilihan raya.


"Perkara itu terbukti apabila Perdana Menteri cuba menyembunyikan betapa tidak popularnya beliau di kalangan rakyat dengan menyatakan keputusan pilihan raya Ijok adalah bukti rakyat menolak (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan PKR.


"Hakikatnya ialah semakin ramai rakyat yang memberikan undi tidak percaya kepada Barisan Nasional dan Perdana Menteri yang dianggap oleh banyak pihak sebagai Perdana Menteri paling lemah dalam sejarah Malaysia," katanya.


Menurut beliau, Barisan Nasional boleh bergembira dengan kemenangan melalui pelbagai tindakan jijik itu, tetapi rakyat pasti akan menghukum mereka.


"PAS pernah kalah dalam pilihan raya kecil di Pendang. Tetapi PAS merampas kembali kerusi itu dalam pilihan raya umum," katanya.
posted by Abu Mus'ab @ 11:24 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::