:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

Semasa
Isnin, April 16, 2007

Maulidur Rasul Antara Budaya dan Ibadat


Muslimin sidang jemaah sekalian,


Tanggal 12 RA, adalah satu tarikh penting dan saat bermakna kpd umat Islam. Pada tarikh inilah lahirnya seorang manusia agung bernama Muhammad SAW. Baginda dianggap bulan purnama yang menerangi kegelapan iaitu kegelapan syirik dan dosa yg dilakukan oleh manusia.


Di dalam bulan ini, menjadi satu adat dikalangan umat Islam menyambut dan mengadakan majlis mengingati kelahiran Nabi Muhammad SAW. Allah taala tidak memerintah org Islam di dalam mana2 ayat Al-Quran supaya mengadakan sambutan mengingati tarikh kelahiran Rasulullah Saw.


Rasulullah SAW sendiri pun tidak meminta umatnya supaya menyambut dan mengingati hari kelahiran baginda. Demikian juga para sahabat, mereka tidak pernah mengadakan sambutan hari kelahiran Rasulullah SAW samada semasa hidup baginda atau selepas kewafatan baginda.


Apa yg diperintahkan oleh Allah taala dan rasulNya SAW itulah yg dilakukan oleh para sahabat iaitu mereka beramal dan menurut ajaran Rasulullah SAW dgn berpandukan kpd petunjuk yg dibawaNya.


Muslimin yg dirahmati Allah sekalian,


Sekiranya kita menyambut dan mengingati kelahiran Rasulullah SAW utk memberi semangat menegakkan Islam dan memperingatkan kpd kita betapa pentingnya berpegang kpd ajaran yg dibawa oleh Rasulullah SAW, maka sambutan seperti ini tidak salah dan ada juga manafaatnya.


Namun sekiranya sambutan spt ini dirayakan sekadar sambutan semata2, untuk menunjuk2 sahaja bhw kita sayang kepada Rasulullah Saw, sedangkan ajaran yg dibawa dan di ajar oleh baginda tidak diikuti, petunjuknya tidak dijalani bahkan ada sesetengahnya dipermain2kan, maka sambutan spt ini adalah sia2 shj.


Sambutan seperti ini samalah dgn sambutan yg dilakukan oleh org2 kristian terhadap tarikh kelahiaran nabi Isa AS, sedangkan ajaran yg dibawa oleh nabi Isa itu sendiri mereka tentang dan tinggalkan. Sambutan seperti in hanya lebih membawa kepada mempersendakan Rasulullah SAW.


Muslimin siding jemaah sekalian,


Baginda Rasulullah SAW dilhirkan dan dibesarkan di negeri yg mundur, bukan di negeri yg telah mencapai kemajuan kebendaan spt negeri rom dan parsi. Ini untuk menunjukkan kpd manusia bahawa Islam bukannya satu ajaran yg boleh direka2 oleh manusia.


Walaupun Islam bermula di Mekkah, sebuah negeri yg mundur dan dikatakan tidak bertamadun pada masa itu, tetapi Allah taala hendak membuktikan bahawa dgn berpegang kpd ajaran Islam, umat Islam boleh maju di dalm semua bidang, di dunia dan akhirat. Bermula di Mekkah, Islam berkembang dan menjadi satu kuasa yg memimpin dunia utk maju ke akhirat.


Adapun kemajuan dunia, ia suatu perkara yg boleh direka oleh manusia menurut perkembangan masa dan zaman. Utk memudahkan hidup, manusia mencipta pelbagai alat tetapi ajaran yg memberi kebahgian di dunia dan keselamatan di akhirat bukannya boleh dicipta oleh sesiapa, bukan juga oleh mana2 kuasa besar dunia dahulu dan sekarang.


Muslimin sidang jemaah sekalian,


Di dalam melakukan dakwah kpd agama Allah dan di dalam mempertahankan prinsip dan perjuangan yg benar, Rasulullah SAW tidak sekali2 tunduk kpd ancaman atau terpengaruh dgn tawaran dan desakan. Oleh itu, apabila baginda ditawarkan dgn harta yg banyak, pangkat yg tinggi, wanita yg cantik dan sebagainya oleh 80 org2 kafir quraisy agar Rasulullah SAW meninggalkan dakwah Islam, dgn tenang baginda menjawab sebagaimana sabdanya :

" sekiranya mereka meletakkan matahri di tgn kananku dan bulan di tgn kiriku supaya aku meninggalkan tugasku ini, tidak sekalil2 aku meningglkannya sehinggalah Allah memenangkan atau aku mati kerananya "


Muslimin rahimakumullah,


Suatu sikap yg mengkagumkan pada diri Rasulullah Saw ialah tidak berdendam kepada musuh2nya di dalam menyampaikan dakwahnya walaupun baginda dizalimi, dicaci dan dicederakan. Sebaliknya, baginda hanya berdoa supaya Allah taala membuka pintu hati org2 yg menentangnya.


Kesabaran dan ketabahan inilah akhirnya membuahkan hasil yg tidak disangkakan. Org2 yg dahulunya menentang keras dakwah Rasulullah Saw dan sgt keras hati, tiba2 memeluk agama Islam dan sanggup pula mati kerana mempertahankan Islam spt Umar Ibnu Khattab dan Abu Sufyan RA.


Muslimin sedang jemaah sekalian,


Hendaklah kita menyedari, menghidupkan ajaran yg disampaikan oleh Rasulullah SAW adalah jalan yang manusia pasti tidak akan sesat dan tidak berjaya disesatkan. Mentaati ajaran baginda adalah tanda ketaatan sesorang kpd Allah taala kerana sabda Rasulullah Saw :

" Sesiapa yang mentaatiku sesungguhnya dia mentaati Allah, dan sesiapa yang menderhakaiku sesungguhnya dia menderhakai Allah taala ".


Meninggalkan ajaran Rasulullah Saw, menyebabkan manusia hidup huru hara pada hari ini sebelum huru hara di akhirat kelak. Bala bencana menimpa umat Islam di sana sini, umat Islam dibunuh, harta benda dan tanah air mereka dirampas dan hak kebebasan mereka disekat. Ini berlaku di mana2 spt di Palestin, Checnya dan lain2.


Golongan muda mudi pula tenggelam di dalam keseronokan hidup sambil dibawai oleh hiburan dan maksiat yg melalaikan yang dirancang oleh musuh Islam. Pakaian tidak senonoh, pergaulan bebas, membazir masa dan lain2 menjadi budaya hidup seharian mereka.


Orang dewasa pula terlalu sibuk dengan dunia masing2. Kerana sibuk dengan kerja masing2, ibadat solat dilupakan dan hukum halal haram diketepikan, ulama` tidak dipercayai lagi, nasihat2 agama tidak didengar dan tidak dipedulikan lagi bahkan dianggap menyekat kebebasan hidup mereka. Majlis2 Ilmu dan masjid2 tidak lagi mendapat perhatian sebahagian umat Islam.


Marilah kite kembali semula kpd ajaran dan contoh teladan yg ditunjukkan oleh Rasulullah SAW supaya kita tetap berada di jalan yang benar dan mendapat keselamatan di dunia dan akhirat.


" Dan tidak harus bagi orang beriman lelaki dan perempuan, apabila Allah dan RasulNYa telah menetapkan keputusan di dalam sesuatu perkara ( tiba2 ) mereka mencari pilihan yang lain. Dan sesiapa menderhakai Allah dan RasulNya, sesungguhnya dia telah sesat di dalam kesesatan yang nyata.


posted by Abu Mus'ab @ 9:38 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::