:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

Isnin, April 23, 2007

Dasar Kepimpinan Dalam Islam


Firman Allah taala yang bermaksud : "Katakanlah (wahai Muhammad):"Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada siapa yang engkau kehendaki, dan engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang engkau kehendaki, engkaulah yang memuliakan sesiapa yang engkau kehendaki, dan engkaulah yang menghinakan sesiapa yang engkau kehendaki. Di dalam kekuasaan engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya engkau amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu ".


Manusia hendaklah menyedari bahawa Allah taala memberi kerajaan kepada sesiapa yang dikehendaki dari kalangan hamba-hambanya, samada hamba itu seorang yang taat, diredhai dan dikasihi oleh Allah taala, ataupun hambanya itu seorang yang derhaka, menentang Allah taala, melampaui batas dan dimurkai olehNya. Oleh yang demikian, maka Allah taala telah mengurniakan kerajaan kepada hamba-hambanya daripada kalangan nabi dan rasul, seperti Nabi Sulaiman, Nabi Daud dan juga kepada Nabi Muhammad Sollallahu `Alaihi Wasallam. Allah taala juga mengurniakan kerajaan kepada hamba-hambanya yang taat dan soleh, dan Allah taala juga memberi kerajaan kepada hamba-hambanya yang zalim, kafir, melampaui batas, menentang Allah taala dan RasulNya seperti Firaun Laknatullah, Namrud dan lain-lain.


Pusingan kerajaan yang dikurniakan oleh Allah samaada kepada hambanya yang beriman dan soleh dan hamba- hambanya yang kafir dan menentang Allah, telah mengajar kita bahawa kita semua hendaklah menjadi hamba Allah pada setiap masa disepanjang umur hidup kita, bukannya menjadi hamba kepada kerajaan yang silih berganti. Kita sebagai rakyat kepada kerajaan ketaatan kita kepada kerajaan adalah wajib selagi kerajaan itu taat kepada Allah dan rasulNya.


Kerajaan yang memerintah pula, wajib menunaikan perintah Allah Taala, yang digolongkan di dalam perkara khalifah atau khilafah yang diisytiharkan oleh Allah Taala di hadapan para malaikat didalam firmanNya: "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".


Khalifah atau khilafah yang diberi huraian oleh para ulama'sebagai:menegakkan agama- yakni Islam- dan mentadbir urusan dunia dengan Islam.. Inilah amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas sesiapa yang memegang kerajaan dan pemerintahan. Oleh itu Allah Taala menegaskan di dalam firmanNya yang bermaksud: " Wahai orang yang beriman!Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul Allah dan juga 'ulil amri' (orang- orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah- bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (Al- Quran) dan (sunnah) rasulnya, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya".


Berdasarkan ayat tersebut, ketaatan kepada Allah Taala dan rasulnya adalah mutlak, tidak berbelah bahagi, sementara ketaatan kepada pemimpin dan pemerintah tidak mutlak, bahkan dengan syarat mereka masih patuh kepada Allah dan rasulnya. Perkara ini dijelaskan lagi oleh rasulullah S.A.W di dalam sabdanya yag bermaksud: " Seseorang muslim itu hendaklah dengar dan taat pada perkara yang disukai dan dibenci selagi tidak disuruh dengan perkara maksiat. Apabila disuruh dengan perkara maksiat maka tidak harus lagi dengar dan taat".


Ini jelas menunjukkan agama Islam itu bukan hanya urusan perseorangan, tetapi juga urusan pemerintah dan kerajaan. Pemerintah diberi amanah untuk menegakkan syariat Islam dan hukum allah Taala. Sesungguhnya amanah ini sangat berat, sehingga sekiranya amanah melaksanakan hukum Allah dan syariatNya ini tidak dilaksanakan , kerana diserahkan kepada mereka yang tidak layak, nescaya akan menjadi sebab kepada kemusnahan alam dan berlaku qiamat. Sabda Rasulullah S.A.W: " Apabila urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya".


Melaksanakan hukum Allah Taala di dalam urusan pemerintahan menjadi tanggungjawab pemimpin dan rakyat. Rakyat diperintah supaya memilih pemimpin bukan berdasarkan kepada wang dan harta benda atau takut kepada kejahatan, rakyat wajib memilih pemimpin berdasarkan kepada kesanggupan mereka untuk menunaikan perintah Allah Taala. Allah Taala melaknat golongan Bani Israil kerana mempunyai sifat yang menentukan pemimpin berdasarkan kepada kekayaan dan harta benda.


Firman Allah Taala yang bermaksud: Dan berkata Nabi kaum Bani Israil kepada mereka: Sesungguhnya Allah melantik seseorang bernama Thalut sebagai raja kepada kamu. Mereka (Bani Israil) berkata: "Bagaimana dia boleh menjadi raja kepada kami, sedangkan kami lebih layak daripadanya. Dia tidak diberi harta benda yang banyak". Nabi mereka berkata: Sesungguhnya Allah memilihnya ke atas kamu dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan dan mengurniakan kerajaanNya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki, dan Maha luas kurniaannya lagi Maha Mengetahui". Rasulullah S.A.W menyebut di dalam satu hadis, sifat yang akan menimpa umatnya di akhir zaman iaitu: " Seseorang itu dimuliakan kerana takut terhadap kejahatannya". Ini bermakna rakyat mempunyai amanah yang sangat besar di dalam memilih pemimpin, Pemimipin pula mempunyai tanggungjawab yang amat besar didalam menegakkan agama Allah dan syariatNya.


Amanah ini tidak sanggup dipikul oleh bukit bukau, gunung- ganang, langit dan bumi. Firman Allah Taala:" Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah kami kepada langit dan bumi serta gunung ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka kemampuan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah!) tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan". Dengan itu, diharapkan pemimpin yang diberi amanah pemerintahan dapat meaksanakan tersebut dengan sebaik-baiknya.


Janganlah kerana mengambil amanah tersebut, kemudian tidak melaksanakannya, maka pada hari qiamat mereka akan ditimpa kehinaan dan penyesalan. Oleh itu, para pemimpin yang dipilih hendaklah mengambil pengajaran daripada ucapan Saidina Abu Bakar As- Sidiq R.A, apabila dipilih menjadi khalifah menggantikan Rasulullah S.A.W memimpin negara Islam, dengan penuh rasa sedar diri dan kekurangan telah memberi ucapannya yang bermaksud:


" Wahai saudara-saudara semua, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimipin kamu. Dan aku bukanlah orang yang paling baik dikalangan kamu. Sekiranya aku berbuat baik maka tolonglah aku. Sekiranya aku menyeleweng maka perbetulkanlah aku. Bercakap benar adalah amanah dan berdusta adalah khianat. Orang yang kuat dikalangan kamu adalah lemah disisiku kerana aku akan mengambil semula daripadanya hak yang diambil secara tidak benar. Orang yang lemah dikalangan kamu adalah kuat disisiku kerana aku akan mengembalikan hak yang dirampas daripadanya. Tidaklah meninggalkan jihad oleh sesuatu kaum melainkan Allah akan menimpakan ke atas mereka kemusnahan dan kehinaan. Taatlah kepada aku selagi aku taat kepada Allah dan rasulNya. Sekiranya aku tidak taat kepada Allah dan rasulNya, maka jangan lagi kamu taat kepadaku".


Inilah ucapan yang wajib kita mengambl iktibar daripadanya sebagai rakyat dan oleh mereka yang dilantik sebagai pemimpin. " Dan Allah Taala akan menolong orang yang menolong agamaNya (Islam), sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. Iaitu (mereka umat Islam) yang jika kami memberi kekuasaan memerintah dibumi, mereka mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menyuruh perkara baik dan mencegah perkara mungkar, dan bagi Allah kesudahan segala urusan".
posted by Abu Mus'ab @ 2:13 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::