:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

PEREMPUAN MULA-MULA MASUK SYURGA
Sabtu, April 21, 2007

PEREMPUAN MULA-MULA MASUK SYURGA


Ringkas Kisahnya, Satu ketika Sayyidatina Aisyah Radhiallahu `anha bertanya kepada ayahnya Nabi Muhammad Sollalahu `alaihi Wasallam tentang siapakah perempuan pertama yang akan masuk Syurga Allah taala.


Walaupun pada hakikatnya Nabi Sollalahu `alaihi Wasallam telah menyatakan yang Fatimah lah perempuan pertama masuk Syurga Allah taala, tapi Nabi Sollalahu `alaihi Wasallam sempat lagi bergurau dengan anaknya dengan menjawab pertanyaan Fatimah dengan menyatakan seorang perempuan lain yang mula-mula masuk Syurga Allah taala. Fatimah pun bertanya: Siapakah dia wahai ayahku? Nabi Sollalahu `alaihi Wasallam menjawab : Beliau adalah seorang perempuan yang berada di hujung kampung ini. Fatimah bertanya lagi : Apakah amalan yang membuatkan beliau mula-mula masuk Syurga sebelum aku? Rasulullah Sollalahu `alaihi Wasallam menjawab : Pergilah kamu bertanyakan sendiri kepada beliau. Tanpa berengah, Fatimah pun pergilah ke rumah perempuan tersebut.


Saat ketika Fatimah mengetuk pintu rumah perempuan tersebut, tatkala perempuan tersebut membuka pintu rumah, Fatimah memperkenalkan diri kepada perempuan tersebut dan meminta kebenaran untuk masuk ke rumah tersebut. Lantas perempuan itu meminta maaf kerana tidak dapat membenarkan Fatimah masuk ke dalam rumah kerana dia perlu meminta izin suaminya dahulu. Perempuan tersebut meminta Fatimah datang ke rumahnya pada hari keesokannya. Keesokannya Fatimah datang ke rumah tersebut membawa seorang anaknya untuk menemaninya. Akan tetapi perempuan tersebut tidak membenarkan Fatimah masuk ke dalam rumahnya kerana dia hanya meminta izin daripada suaminya hanya Fatimah yang dibenarkan masuk ke dalam rumahnya. Perempuan tersebut meminta Fatimah datang keesokannya pula. Keesokannya Fatimah datang ke rumah perempuan tersebut dengan membawa kedua-dua anaknya. Lantas perempuan tersebut tidak membenarkan Fatimah masuk ke rumahnya kerana dia hanya meminta izin daripada suaminya Fatimah dan seorang anaknya sahaja yang dapat masuk ke dalam rumahnya. Lalu perempuan tersebut meminta Fatimah datang ke rumahnya pada keesokannya harinya.


Keesokannya, Fatimah datang ke rumah perempuan tersebut. Dapatlah Fatimah masuk ke dalam rumahnya. Fatimah mendapati perempuan tersebut amat baik akhlaknya dan layanannya. Tatkala waktu petang menjelma, tiba-tiba perempuan tersebut terus meninggalkan Fatimah dan masuk ke dalam biliknya. Segala tingkahlaku perempuan tersebut, Fatimah memperhatikannya. Rupa-rupanya Perempuan tersebut pergi bersiap diri, bersolek demi menanti kepulangan suaminya. Kemudian, perempuan tersebut membawa segelas air dan sebatang tongkat dalam dalam keadaan pakaian yang cukup seksi menunggu di pintu rumah. Lalu Fatimah pun bertanya kepada perempuan tersebut satu persatu akan perbuatan dia yang pelik itu.


Perempuan itu tersebut menyatakan sebab beliau membawa segelas air iaitu jika suamiku dahaga inginkan air untuk diminum, tidaklah aku bergegas-gegas ke dapur untuk mengambil minuman. Kemudian kenapa bersama perempuan tersebut ada sebatang tongkat iaitu jika suamiku mendapati diriku ada kesalahan, justeru tongkat inilah yang akan digunakan oleh suamiku untuk memukulku dan yang terakhir sebab perempuan tersebut berpakaian seksi kerana jika suamiku berkeinginan untuk melepaskan nafsunya terhadapku, aku bersedia. Itulah rutin kehidupan harian perempuan tersebut.


Maka Fatimah pun pulang ke rumah dan menceritankan perihal perempuan tersebut kepada ayahnya Nabi Muhammad Sollallahu `alaihi wasallam. Nabi Sollallahu `alaihi wasallam membenarkan akan hal keadaan itu. Dalam masa yang sama, kelihatan di wajah Fatimah tidak senang hati dengan keputusan ayahnya Sollallahu `alaihi wasallam itu. Fatimah menyangka dialah perempuan yang mula-mula masuk Syurga Allah taala, tapi rupanya masih ada lagi perempuan lain yang mendahuluinya.


Kemudian, dalam keadaan senyum, Nabi Sollallahu `alaihi wasallam menggembirakan anaknya Fatimah dengan menyatakan bahawa perempuan tersebut adalah pemandu yang akan membawa Fatimah masuk ke Syurga dengan menaiki kenderaan dari Syurga. Maka fahamlah Fatimah bahawa dialah perempuan yang mula-mula masuk Syurga Allah taala, sedangkan perempuan tadi adalah pemandunya.


Maka berakhirlah kisah ini… Bagi Muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Indahnya pendirian Fatimah Radhiallahu 'anha dan Pemandunya. Jadi, adakah kita tidak menginginkan keadaan tersebut terjadi ke atas diri kita. Walaupun kita tahu bahawa kita bukanlah perempuan pertama masuk Syurga, tapi sekurang-kurangnya kita dapat masuk Syurga dengan menyelami pendirian Sayyidatina Fatimah Radhiallahu `anha dan Pemandunya… Fikir-fikirkanlah
posted by Abu Mus'ab @ 1:22 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::