Ustaz Khazan Malu-Malu Atas Pentas Selepas Farawahida Berdendang & Penari Bergelek
Kuala Terengganu – Majlis Perasmian Karnival Terengganu 2008 di Batu Burok dekat sini telah diwakilkan kepada Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Dato’ Za’abar Mohd Adib kerana Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said tidak dapat hadir.
Sebelum perasmian para Exco negeri duduk diatas pentas khas berhadapan dengan pentas utama bagaikan ‘hulubalang’ zaman dahulu apabila adanya majlis keramaian negeri. Rakyat jelata yang lain berdiri diluar pagar yang mengelilingi mereka.Maka tampillah penyayi mendendangkan ‘gurindam’ nyanyian dan penari-penari ‘jantan betina’ pun berglek-gelek diatas pentas.
Para hulubalang moden semalam, dihiburkan hati merka oleh Farawahida, penyanyi ‘montok’ yang sedang meningkat naik. Tatkala si penghibur rancak ‘bertandak’ diatas pentas, para hulubalang pun suka-suka dan tersenyum dan tertawa. Dan bertepuk tangan lah para hulubalang apabila habis satu persembahan sebelum bersambung kepada persembahan yang lain.Begitulah persisnya, yang dinamakan persembahan budaya !Antara yang bertepuk, tertawa dan bergembira adalah seorang Ustaz, yang tamat mengaji di negeri Arab yang juga menjadi hulubalang negeri Terengganu.Setelah habis dendangan Farawahida, tibalah majlis perasmian.
Nama Za’abar pun dicanangkan oleh pengacara yang bukan calang-calang tersohor. Azwaliza Azman gerangan nama pengacara, selibriti stesen TV terkenal yang disebut-sebut orang menjadi isteri kedua kepada hulubalang negeri jua pada pada zaman pemerintahan panglima Dao’ Idris Jusoh sebelum ini.
Maka dicanangkan jua seluruh hulubalang negeri mencemar maruah naik ke pentas utama bersama ketua hulubalang si Za’abar.
Beriring-iringlah semua hulubalang naik ke pentas, termasuk Ustaz yang tamat mengaji di negeri Arab itu, tapi oleh kerana beliau seorang ustaz, nampak malu-malu dan hanya mengambil saf dibelakang-belakang tatkala ‘gimik’ perasmian dilangsungkan.
Tak tahu jualah, apa sebab musabab ‘kemaluan’ ustaz itu, samada malu kepada rakyat jelata atau malu kepada tuhan, Allah azza wajalla.
Mungkin kita boleh bertanya ‘petua’ kepada sahabatya yang juga tamat mengaji di negeri Arab yang menjadi Tok Peti di negeri Indera Kayangan.
Apa sayugia kah seorang ustaz yang tamat mengaji di negeri Arab yang faham hukum hakam duduk bergelak ketawa riang gembira melihat wanita berdendang dan bergelek-gelek diatas pentas? Mungkin jua itu yang dimalukan oleh Ustaz Khazan. Sampai satu ketika kelihatan ‘menengung’ sendiri atas pentas !
Majlis perasmian semalam gilang gemilang dengan pelbagai upacara yang dihiasai lampu-lampu berwarna warni, pentas dan peralatan segala.
Sekali lagi rakyat melenggok ke langit ‘takjub’ melihat percikan bunga-bunga api yang asalnya dari ‘jahannam’.
Lima minit berdentum dentam sebanyak 300 tembakan menghabiskan duit rakyat jelata jua tatkala rakyat di desa memikir-mikir bagaimana nak berbelanja dalam keadaan barang-barang naik harga bila petrol dan diesel naik juga ! |
assalamualaikum
mungkin ustaz boleh menjelaskan maksud Tok Peti?
syukran