:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

JANGAN LUPA FAKTA INI !
Sabtu, Mei 26, 2007

KENAPA 4.9 Juta Tidak Daftar Pemilih ?


Baru-baru ini Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Rashid Abdul Rahman mendedahkan 80 peratus daripada 4.9 juta rakyat Malaysia masih belum mendaftar sebagai pemilih adalah orang Melayu.


Menurutnya alasan mereka enggan mendaftar kerana tidak berminat dengan politik, malas, terlalu sibuk dan tidak tahu di mana tempat pendaftaran dibuat.


Ekoran itu, pelbagai pihak menyarankan pendaftaran perlu dilakukan secara automatik apabila mencapai usia 21 tahun. Manakala Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula membidas 4.9 juta rakyat tidak mendaftar sebagai pemilih, sebaliknya mereka tidak lupa mengundi bagi program realiti televisyen.


Jelaslah bahawa keadaan demokrasi di Malaysia sudah berada di tahap terburuk sejak merdeka. Perangkaan 80 peratus orang Melayu daripada 4.9 juta yang layak mengundi enggan mendaftar adalah perkara serius. Soalnya kenapa?


Jawapannya mudah sahaja. Semuanya bertitik tolak disebabkan faktor kekecewaan.


i) Mereka kecewa kerana sistem paksaan oleh Umno/BN yang menyalahgunakan demokrasi.


ii) Mereka kecewa kerana amalan di Malaysia tidak boleh pilih selain daripada Umnno/BN.


iii) Mereka kecewa apabila memilih PAS, Keadilan atau DAP sudah tentu akan berdepan dengan tekanan, diugut, ditindas, dilabel negatif, ditahan kenaikan pangkat, dianaktirikan, dikhianati dan dinafikan hak-hak mereka walaupun ia dijaminkan oleh perlembagaan.


iv) Mereka kecewa dengan politik wang (rasuah) baik dalam perhimpunan agung Umno atau semasa pilihan raya kecil atau umum. Apa tidaknya seorang Naib Presiden Umno yang pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan turut terlibat dengan amalan ini. Apa lagi yang boleh diistilahkan apabila peruntukan sebanyak RM36 juta diisytiharkan oleh Umno/BN di tengah-tengah kempen pilihan raya Ijok.


v) Mereka sudah meluat dengan amalan pengundi hantu, penggunaan kad pengenalan palsu, boleh mengundi dua kali, wujudnya dua daftar pemilih, menukar lokaliti pemilih dan sistem undi pos yang sudah ketinggalan. Walaupun ditegur beratus kali, kerajaan masih terus kekalkan dengan amalan permainan yang sama. SPR pula tetap berpihak dan tidak pernah berdiri di tengah.


vi) Mereka ‘fed up’ dengan kerajaan BN yang tidak melayan kritikan dan rungutan SPR sendiri tentang perihal lapuknya Akta Pilihan Raya sedia yang sudah berusia 50 tahun.


vii) Bagi pengundi muda, mereka sentiasa berada di dalam tekanan. Mereka tidak diberi ruang untuk berkata tidak kepada Umno/BN. Apa lagi bagi golongan mahasiswa dan mahasiswi. Bukan itu sahaja, ibu bapa mereka juga ditekan. Bagi golongan belia, badan-badan bukan kerajaan, JKKK, jawatankuasa masjid, PIBG, persatuan dan kesatuan sering berdepan dengan pelbagai tekanan.


Berdasarkan fakta di atas , inilah puncanya berkembang gejala sindrom bisu di kalangan rakyat. Mereka tidak berminat lagi mendaftar sebagai pemilih. Ada kalanya tidak keluar mengundi. Kalau keluar mengundi pula mereka rosakkan undi.


Semua ini sudah cukup jelas protes senyap dibuat rakyat yang mungkin berjumlah 4.9 juta orang. Semua ini sedang menghantar demokrasi kita kepada sebuah ‘mockery’. Ia ditertawakan semua orang baik termasuk di Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura, Austrlia dan India.


Inilah yang membawa kepada orang muda kita berpusu-pusu menyertai sistem pengundian dalam rancangan-rancangan realiti televisyen. Ini kerana undian mereka tidak akan diselewengkan. Artis yang dipilih akan muncul sebagai juara. Ia jauh berbeza dengan undian dalam sistem demokrasi.


Bagaimanapun sekiranya kerajaan gagal bertindak, kita khuatir pada suatu masa nanti, pemimpin yang menang secara tipu tidak lagi akan dihiraukan rakyat.


Mungkin akan ada rakyat yang akan menyebut “aku memang meluat”, dan seorang lagi pula berkata, “aku pun sama”.


Tragedi pembunuhan 32 pelajar Universiti di Virginia baru-baru ini kalau diteliti ada kaitannya dalam isu ini. Ia juga semacam loceng amaran kepada seluruh dunia bahawa emosi yang terlalu tertekan kadang-kadang boleh membawa kesan di luar dugaan yang cukup mengerikan. Na’uzubillah.


Jangan disangka orang yang diam itu tidak faham. Kadang-kadang rakyat pura-pura diam. Mereka memerhati dan menunggu mengesahkan kejahatan si zalim. Sebaliknya dalam gah itu, ada pemimpin tanpa sedar sedang menelanjangi kerisnya dengan penuh kebodohan.
posted by Abu Mus'ab @ 1:25 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::