:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

Lalainya Orang ISLAM
Sabtu, Mei 12, 2007

Kemelesetan Yang Dilupai

Ketika sebahagian manusia di akhir-akhir ini sibuk bercakap berkenaan dengan kemerosotan ekonomi yang dialami oleh mereka, mereka tidak sedar terdapat perkara yang lebih merbahaya daripada kemelesetan ekonomi yang berlaku iaitu kemelesetan aqidah, keimanan dan keyaqinan kepada Allah taala dan ajaran Islam. Sebenarnya bermula daripada keruntuhan aqidah itulah, berlakunya keruntuhan akhlak, politik, ekonomi dan keruntuhan yang lain-lain.

Semua manusia mempercayai kewujudan Allah taala, tuhan sekalian alam secara fitrah (semula jadi). Firman Allah taala yang bermaksud :

"Jika kamu (wahai Muhammad SAW) bertanyakan mereka: Siapakah yang menjadikan langit dan bumi ? Nescaya mereka menjawab Allah".
(surah Az-Zumar:38)

Samaada mereka itu sudah bertamadun atau tidak, menganut agama Samawi seperti Yahudi, Nasrani atau beragama Islam, mereka yakin bahawa hanya Allah taala tuhan yang menjadikan ala mini. Namun, di dalam urusan hidup seperti bidang ekonomi, politik, pentadbiran, hukum-hakam dan sebagainya, mereka sudah mula tidak yakin kepada Allah taala, walaupun mereka ini masih bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa dan mengerjakan haji.

Sebenarnya, para Nabi dan Rasul 'alaihimussolaatu wassalam adalah manusia yang paling baik dan sempurna daripada kalangan manusia yang dipilih oleh Allah taala untuk menerima Islam dan menyampaikan secara tepat dan sempurna kepada manusia tanpa takut dan gerun kepada sebarang ugutan dan tanpa boleh dibeli dengan pelbagai harta benda dunia. Namun begitu, mereka masih enggan menerima ajaran para Rasul 'alaihimussolaatu wassalam samada di dalam perkara ibadat atau urusan hidup setelah dinyatakan hukumnya samada Halal, Haram, Sunat, Harus dan Makruh.

Manusia lebih rela mengadakan peraturan-peraturan dan hukum-hakam sendiri menurut hawa nafsu mereka di dalam perkara-perkara yang tidak diizinkan oleh Allah taala seperti menghalalkan riba sedangkan ianya adalah haram di sisi Allah taala. Menghalalkan arak sedangkan Al-Quran menyatakan pengharamannya dan lain-lain lagi peraturan yang direka-reka oleh mereka. Mereka tidak dapat menjawab soalan Allah taala yang bermaksud:

"Apakah Allah yang Maha Pencipta itu tidak mengetahui (apa yang kamu lakukan terang-terangan atau sembunyi?) dan Dia Maha Penyantun lagi Maha Mengetahui".

Allah Maha Mengetahui semua perkara secara sedetail-detailnya. Allah taala mengharamkan sesuatu kerana mengetahui keburukan-keburukan yang ada padanya dan menghalalkan sesuatu kerna mengetahui faedah-faedah yang akan diperolehi oleh manusia. Oleh kerana mereka mencipta sendiri peraturan-peraturan hidup, maka berlakulah pelbagai keruntuhan seperti keruntuhan ekonomi, akhlak, politik dan sebagainya, sebagai sebab daripada keruntuhan aqidah yang dialami oleh mereka.

Oleh itu, hendaklah kita insaf bahawa tiada siapa yang lebih mengetahui daripada Allah taala di dalam mengendalikan urusan hidup manusia. Marilah kita patuh dan tunduk kepada ajaran Islam yang diturunkan oleh Allah taala itu. Sekarang ini ramai manusia termasuklah orang-orang Islam sendiri telah terpengaruh dengan orang-orang Yahudi, sedangkan kita telah diberikan amaran oleh Allah taala di dalam firmanNya yang bermaksud:

"Apakah kamu beriman (dan beramal) dengan sebahagian daripada kitab (Taurat) dan kufur dengan sebahagian yang lain? Tidak ada balasan bagi sesiapa yang melakukan demikian kecuali ditimpa kehinaan hidup di dunia, dan di hari Qiamat dimasukkan ke dalam azab yang pedih. Dan Allah taala tidak lalai daripada apa yang kamu kerjakan".

Walaupun sebahagian daripada kita bercakap bahawa keruntuhan ekonomi berpunca daripada perancangan Yahudi yang berniat jahat terhadap umat-umat lain, dengan disedari ataupun tidak, atau sengaja berpura-pura tidak sedar, sebenarnya umat Islam telah terpengaruh dengan perangai-perangai Yahudi seperti mempermainkan hukum Allah taala dan SyariatNya.

Ini semua berlaku kerana umat Islam telah terpengaruh dengan kehidupan dunia yang sementara. Memang harta benda mesti dicari oleh manusia untuk keperluan makan minum, pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan sebagainya tetapi semuanya itu adalah menjadi alat kepada manusia, bukannya matlamat hidup. Masalahnya sekarang, manusia menjadikan dunia sebagai matlamat bukannya alat. Oleh itu, apabila berlakunya keruntuhan ekonomi mereka rasakan seolah-olah dunia hendak Qiamat dan ekonomilah yang paling penting di dalam hidup mereka. Sedangkan agama, aqidah dan akhlak dijadikan perkara-perkara sampingan sahaja.

Marilah kita merenung hadis yang menceritakan apabila Abu Ubaidah Umar bin Al-Jarraah Radhiallahu 'anhu membawa pulang harta benda yang dikumpulkan di Bahrain, setelah orang-orang Islam di Madinah mengetahui kepulangannya, mereka beramai-ramai berkumpul di masjid pada waktu Subuh bersembahyang bersama-sama dengan Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam. Apabila Baginda selesai menunaikan solat lalu berpaling kepada mereka lantas bersabda yang bermaksud:

"Demi Allah, bukannya kemiskinan yang aku bimbang berlaku ke atas kamu, tetapi yang aku bimbang ialah apabila dibentangkan ke atas kamu (nikmat) dunia sebagaimana telah dibentangkan kepada orang-orang sebelum daripada kamu. Maka kamu akan berlumba-lumba mendapatkannya sebagaimana mereka juga berlumba-lumba. Kamu akan binasa kerana berebut-rebut sesama kamu sebagaimana mereka juga binasa kerana berebut-rebut sesama mereka".

Apa yang menjadi kebimbangan kepada Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam bukannya kemelesetan ekonomi tetapi keruntuhan agama dan aqidah. Tetapi manusia pula sebaliknya, mereka lebih bimbang dengan kejatuhan ekonomi. Marilah kita menyedari perkara ini supaya janganlah aqidah kita jadi meleset di dalam keadaan kemelesetan ekonomi, politik dan akhlak sekarang ini.

posted by Abu Mus'ab @ 6:56 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::