TENTANGAN PEMERINTAHAN SEKULAR ( تحديات الحكومة العلمانية )
Pemerintahan sekular adalah sebuah pemerintahan yang menjarak agama dari politik .Ini bererti semua orentasi pemerintahan dan pentadbiran negara bebas serta tidak terikat dari prinsip dan pandangan agama . Sebaliknya berasaskan kepada apa yang dipandang baik oleh pemerintah.
Sedang Islam adalah satu agama yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia termasuk urusan pemerintahan negara mestilah tunduk dan patuh kepada hukum Ilahi .
وَأَنْ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنْ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ . أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنْ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ . يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ
وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. ( Al Maidah 49 - 51 )
Pemerintahan sekular adalah natijah kepada serangan pemikiran yang dihadapkan kepada ummat Islam . Ianya berfungsi untuk membendung semangat beragama yaang ada pada ummat Islam sekaligus mereka mampu mematahkan usaha penguasaan terhadap ummat Islam.
Antara tindakan yang diambil untuk mengekalkan pemerintahan sekular ialah :
1) Menyebarkan fikrah tidak beragama (فكرة اللادنية )
· Mereka memaksa pemikiran ini bertapak di minda ummat Islam dengan apa jua cara termasuk kekerasan. · Mereka memaksa anak-anak ummat Islam mempelajari sejarah dan tamadun Barat melalui sistem pendidikan yang terpisah jauh dari ruh Ubudiyyah. · Melontarkan istilah - istilah negatif kepada pejuang Islam seperti pelampau , ekstrim dan lain-lain untuk menanam rasa benci kepada Islam dan pejuangnya di hati pemuda/i. · Menganjur perhimpunan yang bercampur gaul lelaki dan perempuan sehingga ia dianggap rutin dan bertamadun serta terkini. · Mencipta pelbagai fesyen pakaian yang mendedahkan aurat.
2) Mengekang Harakah Islamiyyah
· Mereka meletakkan Harakah Islamiyyah sebagaai musuh utama mereka yang mampu menggugat kestabilan pemerintahan mereka dan mampu kembali menyatukan kesatuan ummat Islam. · Lantaran itu, mereka mengambil tindakan tegas demi menghalang Harakah Islamiyyah . Pelbagai tuduhan dan helah dilakukan semata-mata untuk memastikan Harakah Islamiyyah berkubur.
3) Undang-undang ciptaan manusia
· Hasrat mereka adalah untuk melenyapkan syariah Islamiyyah daripada terus bertapak di bumi dan di hati ummat Islam. · Mereka membentuk demokrasi dan undang-undang ciptaan manusia untuk mentadbir negara dan masyarakatnya sebagaimana mereka meletakkan sistem kapitalis dalam pengurusan ekonomi. · Memecahkan kesatuan negara-negara ummat Islam kepada negara-negara kecil yang mempunyai undang-undang masing-masing selain dari syariat Islamiyah. · Mengekalkan prinsip politik sekular mereka ( pecah dan perintah ).
4) Sistem pendidikan sekular
· Suatu sistem yang membuatkan pemuda/i tidak mengenal Islam malah tidak mengenal lagi kalimah . · Sistem yang memburu kehidupan dunia yang sementara dan lupa kehidupan akhirat yang kekal. · Sistem yang memuja kebendaan dan kedudukan serta memandang rendah hidup beragama. · Sistem yang membuang jauh ruh agama dari setiap mata pelajaran yangn dikemukakan di peringkat sekolah dan universiti . · Sistem yang mendidik pergaulan bebas antarta lelaki dan perempuan sejak di peringkat bawah hingga ke peringkat universiti. · Menghapuskan tulisan jawi atau huruf al-Quran dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dunia agar ummat Islam jauh dari sumber utama syariat mereka.
|