Harga Barang Keperluan Naik 10% mulai Bulan DepanPengguna diberi ingatan bahawa semua barangan keperluan harian akan mengalami kenaikan harga sehingga sekurang-kurangnya 10% mulai bulan depan.
Presiden Persekutuan Persatuan Pedagang Runcit Malaysia Encik Lean Hing Guan, menyatakan demikian kelmarin sebagai mengulas kesan berikutan kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.Beliau berkata, pemilik kedai runcit tidak ada pilihan kecuali menaikan harga barangan yang tidak dikawal (dengan harga syiling) untuk terus bertahan dalam menghadapi kenaikan harga minyak.
Menurut Lean makanan dalam tin dan lain-lain barangan yang dibungkus dengan plastik juga akan mengalami kenaikan harga yang lebih banyak, namun beliau tidak menyatakan senarai harga barangan tersebut.
“Barangan yang dihantar dalam jarak yang jauh menggunakan lori juga dijangka mengalami kenaikan sekurang-kurangnya 10%” katanya selepas menghadiri majlis makan tengah hari ulangtahun ke 87 Gabungan Kedai Peruncit Perak.
Dalam ucapan sebelumnya, Lean menggesa kerajaan membuka tanah-tanah kosong untuk penanaman dan menilai serta meningkatkan pengeluaran padi setiap hectar khususnya di Kedah.
Beliau juga menyatakan keraguan atas keberksanan tindakan kerajaan meletakkan pelekat berwarna diatas guni/kampit beras bagi membezakan antara harga beras yang dikawal dan beras yang diimpot |