UMNO Masih Tak Reti Kaitan Antara Ibadat Haji dan Ma'al Hijrah
Bismillahirrohmanirrohim Rahmat Allah dan Bijaksananya Allah taala, dengan Hikmah-Nya, telah menetapkan bulan Muharram selepas bulan Zulhijjah. Subhanallah..Elok sangat la..Selepas seorang yang beragama Islam menunaikan Haji di Makkah, disusuli pula dengan bulan penghijrahan, iaitu bulan Muharram, bulan berlakunya sejarah Islam yang penuh dengan hikmahnya. Mengkehendaki manusia yang beriman agar merealisasikan ibadat hajinya itu dengan status 'Haji Mabrur'. Teringat ketika singgah seketika mendengar luahan khutbah Jumaat baru-baru ini yang berkisar tentang peranan golongan yang telah selamat menunaikan Ibadah Haji di Makkah apabila kembali ke tempat masing-masing. Terpanggil untuk mengulas dan melontarkan beberapa pandangan dan gambaran yang sepatutnya bagi Jemaah Haji. Memandangan musim ini adalah musim Jemaah Haji baru pulang dari Tanah Suci Makkah. Perkara yang menjadi suatu kegembiraan bagi orang yang baru balik dari menunaikan haji di Makkah, adalah pengalamannya yang merupakan satu aset yang ternilai dalam diari kehidupannya. Pulang ke rumah dengan harapan, dapat menceritakan pelbagai pengalaman yang dialami. Yang terlebih utama adalah bagi mereka yang pertama kali menunaikan haji tersebut. Alangkah indahnya ibadah tersebut. Ialah masing-masing mempunyai trend tersendiri dalam menceritakan pengalaman tersebut, janji jangan sampai haji tersebut dianggap ‘ Haji Marlboro’, tidak yang sepatutnya ‘Haji Mabrur’. Teringat akan firman Allah taala di dalam Surah al-Baqarah ayat 200 yang bermaksud: " Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan Ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! berilah kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat."
Di dalam ayat di atas, Allah taala mengkehendaki ke atas batang tubuh orang yang Islam yang telah menyempurnakan Ibadah Hajinya dengan BERZIKIR kepada Allah taala (Zikrullah). Menjelaskan kepada mereka yang telah selesaikan ibadah haji samada dia tu orang PAS, UMNO, Atas Pagar atau seumpamanya, agar memahami Zikrullah, iaitu ingat kepada Allah taala itu dalam pelbagai keadaan dan aspek, dengan tidak mensatu bentukkan zikrullah sahaja, mesti dipelbagaikan bentuk zikrullah itu.
Suka saya nyatakan di sini, di samping seseorang itu bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir selepas menunaikan ibadat haji, dia hendaklah memecahkan skop zikrullah kepelbagaian keadaan yang lain.
Di antaranya adalah, sebut zikrullah, maka dia hendaklah kembali kepada segala ketetapan dan ketentuan Allah taala di dalam al-Quran al-Karim. Sebut zikrullah, maka dia hendaklah membetulkan fahaman yang dahulunya, dia berfahaman secular, liberal dan kebangsaan, selepas haji, dia bertukar kepada fahaman Islam yang sebenar, fahaman Islam yang menjadikan al-Quran, as-Sunnah dan Ijma’ Ulama’ sebagai sumber panduan di dalam setiap segi kehidupannya.
Kemudian, sebut zikrullah, maka dalam dirinya betapa dirinya sedar sebelum ini, dia telah dipermainkan, ditipu, dibebalkan dengan bersamanya dia dengan kumpulan atau parti yang terang-terang tidak mahu menjadikan undang-undang Islam sebagai Undang Pemutus kepada undang-undang penjajah barat. Maka, dengan zikrullah, dia menolak kumpulan itu, dan bersama-sama dengan kumpulan atau parti yang menjadikan al-Quran, as-Sunnah dan Ijma’ Ulama’ sebagai kumpulan yang wajib disokong dan didokongi. Ini kerana, dia sedar bahawa Agama dan Politik tidak boleh dipisahkan. Bahkan ia merupakan tuntutan Allah taala, dan Sunnah Nabi Muhammad saw agar Wajib bersama dengan kepimpinan Islam.
Dan lagi, sebut zikrullah, dia sedar bahawa betapa pentingnya hal Jihad dalam peribadi seorang yang mengaku dia adalah antara orang yang beriman. Jihad dengan ertikata mengorbankan harta benda yang dimilikinya untuk kepentingan dan kejayaan Jemaah Islam dalam menongkah arus dan badai di dalam perjalanannya. Jihad juga dalam ertikata mengorbankan masa, tenaga, kemahiran, dan idea-idea yang bernas untuk memajukan dan memperhebatkan Jemaah Islam tersebut. Kerana dia sedar bahawa, Allah taala tidak memberi pilihan dalam berjihad melainkan Jihad dengan harta benda dan diri masing-masing.
Antara bentuk zikrullah lain adalah, bagi seseorang perempuan yang sebelum menunaikan ibadat haji berada dalam keadaan yang tidak menutup aurat, atau jika tutup auratpun, masih lagi dalam keadaan 'Bertelanjang', maka, dengan berkat haji yang mabrur, dia memakai tudung labuh, berpakaian muslimah yang solehah, serta menjaga batas-batas pergaulan sesama wanita apatahlagi di kalangan lelaki. Sesuai dengan status perempuan tersebut dengan panggilan 'Hajjah'.
Akhirnya, antara bentuk zikrullah iaitulah semestinya dia tahu bahawa kumpulan atau parti atau Jemaah Islam yang wajib didokongi dan disokongi olehnya adalah Parti Islam Se Malaysia (PAS), bukan parti UMNO. Dengan keimanannya, dia tahu bahawa parti PAS adalah sebuah parti Dakwah dan parti Tarbiyyah, bukan setakat parti Politik semata-mata, sepertimana yang dimomokkan oleh sesetengah golongan yang dengki dan hasad akan majunya parti PAS ini. Dan dia juga tahu, bahawa dengan keimanannya yang dimilikinya itu, parti UMNO adalah antara parti yang menjadi agen utama Yahudi dan Amerika, iaitu agen pemusnah bangsa dan Negara, terutama pemusnah dan pengkhianat utama Agama Allah, Islam.
Akhirnya, selamilah makna Zikrullah itu dengan ertikata yang sebenarnya. Kerana ayat-ayat di dalam al-Quran al-Karim adalah Mukjizat yang kekal abadi hinggalah ke hari Qiamat. Yang senantiasa relevan dan sesuai dengan sepanjang zaman. Jangan diperkecilkan skop maknanya, sehinggakan melahirkan golongan ahli Quran yang fasiq dan jahil..
Apa yang telah tentukan tidaklah sia-sia, di sebaliknya adanya perkara kebaikan yang kebanyakkan manusia tidak mengetahuinya, dek kerana nafsu serakah yang menguasai dirinya...
|