Renungkan….
Pernikahan atau Perkahwinan
Sebuah karya yang sesuai untuk semua.. bagi yang bujang, boleh mengambil Iktibar.. bagi yang belum dan bakal berkeluarga,boleh belajar, bagi yang berkeluarga, perlu mengajar..
Untuk suami.. renungkanlah....
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?. Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Siti Khadijah... tidaklah setaQwa Siti Aisyah dan pun juga tidak setabah Siti Fatimah az-Zahra'????.. Justeru isterimu ..hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah...
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama..Isteri menjadi tanah dan kamu langit penaungnya.. Isteri sebagai ladang tanaman dan kamu pemagarnya.. Isteri sebagai kiasan ternakan dan kamu gembalanya . Isteri adalah murid dan kamu mursyidnya . Isteri bagaikan anak kecil dan kamu tempat bermanjanya.Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya. Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya. Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..
Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taQwa.. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana... Justeru kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah Rasulullah saw?.. Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin ya rabb..
Untuk isteri.. renungkanlah...
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia. Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Nabi Muhammad SAW.. Tidaklah setaQwa Saidina Ibrahim as.. Pun tidak setabah Salehuddin Ayyubi atau pun Segagah Saidina Musa as .. apalagi setampan Saidina Yusuf as. Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita cita membangun keturunan yang soleh...
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama Suami menjadi pelindung dan kamu penghuninya Suami adalah nahkoda kapal dan kamu pengemudinya... Suami bagaikan pelakon yang nakal dan kamu adalah penonton kenakalannya.. Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya. Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya. Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya....
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taQwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt? Kerana memiliki suami yang tak segagah mana.. Justeru kamu akan tersentak dari alpa?.Kamu bukanlah Siti Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga.. Pun bukanlah Siti Hajar yang begitu setia dalam sengsara.Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin ya rabb...
Justeru itu wahai para suami dan isteri.jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Siti Khadijah andai diri tidak semulia rasulullah saw Mengapa mengharapkan suami setampan Saidina Yusof seandainya kasih tak setulus Siti Zulaikha.. Tidak perlu mencari isteri secantik Puteri BalQis andai diri tidak sehebat Saidina Sulaiman? Dan tidak perlu mencari suami seteguh Saidina Ibrahim andai diri tidak sekuat Siti Hajar dan Siti Sarah...
SABAR itu iman , DUIT bukan kawan , DUNIA hanya pinjaman dan MATI tidak berteman..
Wallahu A'lam.... |