:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

ALLAH TAALA LARANG CAMPUR ADUK HALAL DENGAN HARAM
Jumaat, Februari 20, 2015
ALLAH LARANG CAMPUR ADUK HALAL DENGAN HARAM




Firman Allah taala di dalam Surah al-Baqarah ayat 42 yang bermaksud : "Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah, dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahuinya."

Mutaakhir ini, banyak sekali amalan yang dilakukan oleh orang Islam yang tidak sepatutnya dilakukan, pendek kata, perbuatan yang bercanggah dengan syariat Allah taala.

Ramai sekali, disebabkan kekurangan ilmu agama, ditambah dengan sifat negatif yang berada di dalam diri sendiri, seumpama ego, keras hati, hasad dengki, malas, bermudah-mudah dengan dosa kecil dan malu untuk berbuat kebaikan, itulah yang menguatkan lagi untuk diri sendiri tidak mahu mendalami ilmu agama.

Apabila kita merenungi firman Allah taala di atas, nampak biasa sahaja, sebenarnya pada ayat tersebut, ada larangan dan suruhan. Jelas ia merupakan ketetapan daripada Allah taala, yang wajib difahami dan dipraktikkan oleh setiap orang Islam, agar menjadi Muslim yang Mukmin.

Allah taala telah melarang kita selaku hamba-Nya, agar tidak mencampur adukkan amalan yang baik dengan amalan yang jahat. Boleh dikatakan, siang harinya melakukan amalan kebaikan, malamnya pula berbuat kejahatan/ kemaksiatan/ kezaliman, atau sebaliknya.

Boleh juga dikatakan, dalam masa yang sama, seumpama seseorang itu sedang menunaikan Solat Fardhu ataupun Solat Sunat. Sedang dia berbuat demikian, dalam masa yang sama, padanya ada sesuatu yang bersalahan dalam syariat Allah. Pendek kata, perkara yang haram.

Sesungguhnya perbuatan ini lahir, terjadinya dengan sebab pemikiran dan pemahaman yang sedia ada. Boleh jadi ikut orang ramai. Walhal perkara tersebut adalah bercanggah dengan syariat Allah. Disebabkan ramai yang melakukannya, maka hukumnya telah berubah. Ini semua satu pemahaman yang menyesatkan dan akan menyebabkan bala Allah taala akan turun.

Ramai orang Islam kini, mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa Ramadhan, tunaikan Zakat, mengerjakan Ibadat Haji dan Umrah, tetapi dalam masa yang sama, bagi lelaki ada yang memakai gelang di tangan rantai di leher, tidak ketinggalan yang berseluar pendek. Apakah semua ini, amalan yang bertepatan dengan syariat Allah..?

Tidak pula kurangnya dengan perempuan Islam, ada juga yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna, seumpama dia bertudung, tapi ramai lagi menampakkan lengan tangan dan kakinya. Para suaminya pula macam tak rasa bersalah apabila isterinya berbuat demikian. Adakah ini amalan yang halal di sisi syariat Allah taala..?

Tidak kurangnya juga, sewaktu seseorang perempuan bekerja, keluar bersiar-siar di luar rumah, masih ramai yang berpakaian ketat dan berkain nipis sehingga menampakkan susuk tubuh badannya. Adakah ini merupakan perkara yang halal..?



Sedangkan orang yang di atas telah melakukan kewajipan rukun Islam yang 5 di atas.

Begitulah fenomena negative yang giat rancak berlaku. Sesungguhnya firman Allah di atas telah wujud lebih 1400 tahun yang lalu, membicarakan keadaan yang senantiasa akan ada sehinggalah hari Qiamat.

Yang penting, kita orang Islam yang beriman, jangan cuba-cuba memahatkan pemikiran/ pemahaman demikian, seterusnya sengaja melakukannya tanpa rasa bersalah dan malu.

Ketahuilah, apabila berlaku percampuran amalan yang baik dan jahat, halal dan haram, amalan kebaikan yang selama ini kita lakukan, menjadi tawar, jadi sia-sia. Betullah apa yang telah Allah taala firmankan di dalam Surah al-Maidah di akahir ayat 5 yang bermaksud :

“Barangsiapa yang kufur (melakukan perkara yang haram) sesudah ia beriman, maka sesungguhnya, sia-sialah amalan kebaikan mereka, dan di akhirat kelak, dia akan digolongkan di kalangan orang yang rugi.”

Akhirnya, mudah-mudahan dengan peringatan ini, tidaklah kita menjadi hamba Allah yang rugi samada di dunia, rugi menghabiskan masa, tenaga, umur, dan wang ringgit, akhirnya luput keberkatan hidup. Di akhirat pula, tiada pahala bahkan dapat dosa, serta diazab pula dengan azab yang pedih.

Wallahu taala a’lam.



posted by Abu Mus'ab @ 3:21 PTG   8 comments
IMAN & TAQWA PUNCA UTAMA LAHIRNYA KEBERKATAN
Isnin, Februari 02, 2015
IMAN & TAQWA PUNCA UTAMA LAHIRNYA KEBERKATAN




Ayat di atas mempunyai hubungan dengan ayat yang lalu, iaitu manakala orang-orang yang diceritakan itu leka dengan kederhakaan dan maksiat yang mereka kerjakan, kemudian Allah menimpakan seksa ke atas mereka dengan tiba-tiba dengan serta merta, maka dalam ayat ini Allah taala menerangkan pula dengan firman-Nya yang bermaksud :

"Kalau penduduk negeri itu beriman kepada dan bertaqwa kepada Allah.."

Dengan maksud kalau penduduk negeri yang dikisahkan dahulu beriman dengan Allah dan rasul-Nya serta mentaati apa-apa yang diperintahkan kepada mereka, dan bertaqwa, iaitu menjauhi apa-apa yang dilarang-Nya, tidak berbuat syirik dan berbuat bencana di muka bumi.

Firman Allah taala yang bermaksud: "Nescaya Kami (Allah) akan bukakan pintu keberkatan dari langit dan bumi."

Yang dimaksudkan keberkatan dari langit ialah turunnya hujan, dan keberkatan dari bumi ialah tumbuhnya tanam-tanaman dan buah-buahan. Termasuklah keberkatan tersebut segala macam nikmat dan rezeki, begitu pula segala perkara yang menyebabkan wujudnya kesejahteraan dan keamanan di atas bumi. Dan erti berkat ialah adanya kebaikan yang ditetapkan Allah dalam sesuatu.

Kesimpulannya adalah kalau mereka beriman dan bertaqwa, nescaya Allah mewahkan hidup mereka dan memudahkan dengan segala keberkatan, sebagai ganti dari azab dan malapetaka yang setengahnya diturunkan dari langit dan setengahnya pula ditimbulkan dari bumi.

Adalah menjadi dasar yang diakui oleh Quran, bahawa adanya keimanan yang sejati dan adanya agama yang benar, akan menyebabkan pula adanya kebahagian di dunia. Kebahagian di dunia itulah yang dinikmati oleh orang-orang yang mahu beriman. Dan di antara yang turut sama menikmati kebahagian dalam segi kebendaan sahaja ialah orang-orang yang kufur, sebagaimana firman Allah taala di dalam Surah al-An'am ayat 44 yang bermaksud : 

"Setelah mereka melupakan peringatan yang diberikan kepada mereka, Kami bukakan kepada mereka pintu segala sesuatu.."

Sebenarnya pintu segala sesuatu (peluang-peluang) yang dibukakan kepada orang-orang yang kufur itu tak lain hanyalah merupakan ujian Tuhan dalam kehidupan mereka. Kesan ujian tersebut, kiranya tidak menambahkan syukur, malahan lebih derhaka kepada Allah, akibatnya nikmat yang mereka terima bertukar menjadi musibah dan keberkatan bertukar menjadi malapetaka. 

Lain halnya dengan orang-orang yang beriman, maka pintu segala sesuatu atau peluang-peluang yang baik kalau dibukakan kepada mereka kesannya adalah baik, kerana akan menambahkan kesyukuran mereka kepada Allah. Dan ini akan menambahkan pula nikmat dan berkat yang akan mereka terima di dunia dan pahala di akhirat.

Akhirnya, firman Allah taala yang bermaksud : "Tetapi mereka mendustakan juga, lalu Kami timpakan azab seksa disebabkan perbuatan yang mereka lakukan."

Allah taala membukakan pintu keberkatan dari langit dan bumi, serta memberikan peluang yang baik kepada mereka, tujuannya supaya mereka itu beriman, malahan mereka mendustakan para rasul. Itulah sebabnya mereka ditimpa malapetaka disebabkan kejahatan dan kezaliman serta kekufuran kepada Allah yang telah mereka lakukan.


Abu Naailah
02 Feb 2015
posted by Abu Mus'ab @ 12:57 PG   3 comments
BAIK BUAT.. YANG JAHAT PUN BUAT JUGA..
Sabtu, Julai 26, 2014
Baik Buat.. Yang Jahat Pun Buat Juga..




Firman Allah taala di dalam Surah al-Baqarah ayat 42 yang bermaksud : "Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah, dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahuinya."

Hari ini, hampir ke penghujung 28 hari telah kita sama-sama menunaikan ibadat berpuasa, iaitu Rukun Islam yang ke-3. Meninggalkannya walaupun sehari dengan sengaja tanpa ada sebarang keuzuran, diganti setahun pun, takkan sama ganjaran pahala berpuasa di bulan Ramadhan.

Lama sangat tak mewarriorkan keyboard laptop ku ini. Alhamdulillah, usianya dah cecah masuk tahun ke-9, masih lagi berupaya seperti biasa. Ramai juga yang bertanya, kenapa lama senyap. Masa begitu menghambat. Melihat pelbagai situasi yang berlaku sekarang, yang melibatkan pelbagai insan dan pihak, terpanggil untuk mewarriorkan kembali keyboard ini.

Puasa di bulan Ramadhan, bukanlah hanya setakat berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga serta hawa nafsu. Orang yang berada di martabat kedua sepertimana yang disebut oleh Imam al-Ghazali tentang martabat orang berpuasa, mengambil kesempatan yang ada, dengan wang ringgit, masa lapangnya, masa sihatnya, masa mudanya, menjadikan puasa di bulan Ramadhan sebagai pemangkin diri untuk lebih takut dan hambakan diri hanya kepada Allah taala semata-mata. Sanggup berkorban..

Puasa itu adalah Junnah (Perisai). Amat malang bagi mereka yang berpuasa, tapi pada puasanya hanya setakat menahan lapar, dahaga dan nafsu jima'. Bagi perempuan, auratnya didedahkan. Kelihatan lengan tangan walaupun bertudung. Lelaki pula, berseluar pendek hulu ke hilir, menghabiskan masa menanti saat waktu berbuka dengan ayam golek, kononnya.. Astaghfirullah al-`Azim..

Ada pulak jenis manusia yang kononnya, patuh dan taat sangat kepada majikannya, kira-kira ia adalah amanah sebab dibayar gaji, sekalipun kerja tersebut adalah bercanggah dengan syariat Islam. Membuat fitnah, menyebarkannya, sehingga menyusahkan pelbagai pihak, sekaligus mencalarkan imej orang tersebut.. Astaghfirullah al-`Azim..

Tahulah, perbuatan di atas adalah antara perbuatan yang merugikan diri sendiri. Bahkan ia merupakan perbuatan yang cukup Allah taala larang. Apa gunanya, berpuasa satu hari, solat pada waktunya, membaca al-Quran, sedangkan perkara yang Allah larang, dilakukan juga. Hatta dibiasakan yang tak betul tersebut. Malang sungguh orang tersebut, sanggup dianjingkan sedemikian rupa. Bodoh sungguh, tak mahu menerima kebenaran.

Ingatlah akan maksud firman Allah taala di atas. Sama-samalah kita perbetulkan keadaan kita. Malam ni adalah malam terakhir Ramadhan.. Sedihnya.. Sayunya.. Buanglah sifat ego bodoh sombong.. Apa guna kita menegakkan benang yang basah, dalam keadaan kita berhadapan dengan Ayat-ayat Allah taala yang pasti benar dan betul.

Sekian, wassalam.

28 Ramadhan 1435H.
posted by Abu Mus'ab @ 4:34 PTG   3 comments
TEKS KHUTBAH EIDULFITRI 1435H
Teks Khutbah Eidulfitri 1435H





Dapatkan Teks Khutbah Khas EidulFitri 1435H nukilan Tuan Guru Presiden PAS Malaysia. 

Klik Di Sini
posted by Abu Mus'ab @ 1:44 PG   1 comments
TEKS KHUTBAH KHAS EIDULADHA 1434H
Jumaat, Oktober 11, 2013
Teks Khutbah Khas EidulAdha Tuan Guru Presiden PAS Malaysia



Dapatkan Teks Khutbah Khas ini. Klik DI SINI
posted by Abu Mus'ab @ 10:43 PG   0 comments
EIDULFITRI 1434H
Ahad, Ogos 11, 2013
EidulFitri 1434H


posted by Abu Mus'ab @ 12:53 PTG   7 comments
TEKS KHUTBAH EIDULFITRI 1434H TUAN GURU PRESIDEN PAS MALAYSIA
Selasa, Ogos 06, 2013
Teks Khutbah EidulFitri 1434H Tuan Guru Presiden PAS Malaysia



Dapatkan Teks Khutbah Khas EidulFitri 1434H nukilan Tuan Guru Presiden PAS Malaysia. 
Klik Di Sini
posted by Abu Mus'ab @ 7:27 PG   2 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::