:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

TAQWIM HARIAN RAMADHAN
Khamis, September 13, 2007

Jadual Kehidupan Muslim dan Muslimah

4.00 pagi Bangun

Berdoa kepad ALLAH dengan doa :
Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan.

Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri.
Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon amp! un kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita,terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi Makan Sahur
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.30 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.

Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah.
Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun.
Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.
Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tgh Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita ! nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!

6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa y! ang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", Merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
Apabila masuk watu Magrib, Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.

8.00 mlm Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)

Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur : Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.
posted by Abu Mus'ab @ 10:30 PG   0 comments
REPUBLIC UMNO OF EGYPT
Khamis, September 06, 2007

Apakah malang nasib rakyat ? Ada di antaranya yang kekurangan wang dan sumber pendapatan. Peruntukan RM 27500.00 pula yang telah ditagih oleh Badan Perhubungan Negeri Selangor, Kelab UMNO Kaherah. Dana yang diminta sempena lawatan rasmi menteri besar Selangor, Dato’ Dr. Mohamad Khir bin Toyo bukan satu lagi omongan kosong.

Lawatan menteri besar tersebut yang dijangkakan tiba ke Mesir di awal bulan september 2007 ini, telah dijadikan sebagai platform awal bagi memperkenalkan figura-figura UMNO untuk menjayakan agenda imperialis UMNO di kampus antarabangsa. Lantaran itu, kesatuan anak-anak Melayu di Mesir terus dicemari dengan kewujudan proksi-proksi UMNO yang menjadi pressure group, menghasut khalayak mahasiswa al Azhar untuk diinjak oleh politik penguasa.

Melihat kepada senario yang berlaku kepada situasi mahasiswa Selangor khususnya, pihak pegawai negeri yang dilantik lebih terbuka untuk membiarkan mahasiswa al Azhar diperalatkan oleh Kelab UMNO di Mesir. Aktiviti persatuan anak Selangor, kerap kali dibelenggu oleh kongkongan pegawai sehingga mereka tidak berupaya merencanakan program dengan baik.

Penulis menyaksikan sendiri sikap tidak professional pegawai yang boleh dianggap sebagai kebudak-budakan, malah diberitakan beliau pernah melakukan ugutan agar usaha kebajikan anak Selangor diserahkan kepada Kelab UMNO jika tuntutannya tidak dipenuhi.

Ideologi politik kepartian yang dibawa oleh Kelab UMNO inilah merupakan punca kepada keretakan ukhuwwah sesama mahasiswa di Mesir. Selama ini anak-anak Selangor yang sedang belajar mahupun yang akan tiba di Mesir, sering bergelut dengan sisa-sisa ekstrem seperti ugutan dermasiswa zakat dipotong, dibuang dari hostel dan sebagainya.

Sedangkan, Kelab UMNO yang wujud tidak ubah (resemblance is undeniable) seperti personaliti Haman yang cukup popular disebut dalam al Quran sebagai pengadu domba kepada cara kerajaan. Sikap paranoid dan.hipokrit (bermuka-muka) memang layaknya ditabalkan kepada pertubuhan Kelab UMNO kerana kerap kali fitnah dilontarkan kepada mahasiswa Selangor sebagai agen kepada ahli pembangkang semahu-mahunya di muka penguasa.Peruntukan untuk menaja Badan Perhubungan Kelab UMNO Kaherah juga boleh menimbulkan pelbagai andaian, dari mana datangnya duit sebanyak itu ? Barangkali duit yang diperuntukan kepada Kelab UMNO tersebut merupakan wang zakat yang sepatutnya diagih-agihkan kepada mahasiswa Selangor.

Untuk pengetahuan pembaca, masih ada di antara anak-anak jagaan negeri Selangor sendiri yang tidak mendapat bantuan dermasiswa daripada Pusat Zakat Selangor sekalipun mereka berhak untuk menerimanya. Anak-anak Selangor yang menjadi mangsa eksperimen ini akhirnya memilih hidup sebagai setinggan, menumpang belas ehsan teman-teman di apartmen yang disewa sekalipun suasana tersebut membuatkan kehidupan belajar tidak selesa.

Sebenarnya, kewujudan Kelab UMNO di Mesir secara tidak langsung telah menyuburkan amalan neofeudalisme (sikap taat setia membabi buta terhadap penguasa) di kalangan agamawan. Zaman feudal di Eropah satu ketika dahulu, penguasa merupakan entiti yang tidak boleh ditentang dan dipertikai oleh rakyat jelata walaupun terdapat bukti penipuan yang dilakukan oleh mereka.

Mereka tidak sedar bahawa perjuangan yang mereka bawa adalah perjuangan yang tidak memiliki idealisme tersendiri, dikongkong untuk menurut segala arahan parti pemerintah walaupun dalam perkara yang batil. Anda rasa tuduhan ini bersifat ultra ? Memang penulis selama-lamanya tidak akan bersimpati kepada UMNO selagi mereka menjadi parti dominan bertindak menindas kepada mana-mana ideologi yang lebih tegar berbanding mereka.

Recruitment kepada sebuah parti untuk mendapatkan pelapis kepada agenda politik adalah mengikut laras-laras 'pengasuhnya'. Secara jelas, UMNO sebenarnya telah berjaya membunuh maruah mahasiswa al Azhar menjadi manusia bertaraf "spoon feed" kepada misi mereka. Hal ini turut menyungguhkan dakwaan penulis bahawa UMNO telah merekrut mahasiswa dengan hanya mencipta ruang-ruang murahan dan dana yang begitu tinggi untuk mengekalkan kuasa politiknya di Malaysia.

Tidak dinafikan bahawa keterlibatan mahasiswa al Azhar merupakan strategi UMNO, kerana mereka merupakan grand design kepada hala tuju masyarakat beragama Islam. Secara tidak langsung ia telah menjadi bom yang memusnahkan hujah dan akal budi mahasiswa al Azhar.Sila lihat lampiran ini;



Catatan ini, setidak-tidaknya boleh menjadi cermin wajah jujur Kelab UMNO di Mesir yang begitu serius merealisasikan perjuangan kepartian politik pemerintah di bumi perantauan ini.

Lihat sahaja lampiran-lampiran yang saya kepilkan bersama di dalam perenggan ini. Objektif yang dirangka oleh mereka sebenarnya hanya merupakan carut-marut matlamat di sebalik sikap mereka yang lebih mementingkan diri sendiri menunggu duit free hasil titik peluh rakyat Malaysia.

Jumlah donasi yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan masyarakat, telah dijadikan bahan dagangan politik untuk mencandu minda mahasiswa-mahasiswa lain supaya tunduk menjadi bahan UMNO. Sekiranya institusi ilmu ini dicemari oleh anasir-anasir yang tidak sihat seperti campurtangan parti politik dan habuan wang seperti yang diterima oleh Kelab UMNO di Mesir ini, ia sekaligus memberikan nama buruk terhadap kredibiliti mahasiswa lebih-lebih lagi lepasan daripada al Azhar.
posted by Abu Mus'ab @ 11:27 PG   0 comments
WASIAT NABI SAW
Selasa, September 04, 2007

WASIAT NABI JUNJUNGAN KPD SAIDINA ALI R.A


Wahai Ali,

Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya :

1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia


Wahai Ali,

Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya :

1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram
3) Merendahkan diri

Wahai Ali,

Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya :

1) Takut berlaku dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman


Wahai Ali,

Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya :
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya


Wahai Ali,

Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya :

1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.
posted by Abu Mus'ab @ 10:49 PG   0 comments
ANTARA AZAN DAN MATI


RENUNG KAN LAH WAHAI KAWAN-KAWAN KU SEKALIAN....


Lidah kelu di Saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yg menahan kesakitan sakaratul maut.


Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :


"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."


Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah "Lailahaillallah..." yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut... Allah dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan,... dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut.


"Ya ... Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...... amin..


amin.. aminYarobbal a'lamin.."
posted by Abu Mus'ab @ 10:21 PG   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::