:: WaJiB ::
:: BERSIH 2.0 ::
:: BuKu JinGGa : KLIK ! ::
:: JaM CaiRo ::
:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: LaGu PAS ::

:: KeNanGaN -NEW- ::

:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: IkLaN ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLeStInE ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
ERTI ISLAM YANG SEBENARNYA..
Tuesday, January 31, 2012


Erti Islam Yang Sebenarnya..Bukan Islam Umno..

Lamanya tak menulis. Artikel terakhir adalah pada 14 Disember 2011, berkait dengan antara sebab seseorang itu boleh Murtad. Kini, sungguh cepat masa berlalu, dan kita telah berada di awal bulan yang penuh barokah dan muliannya. Rabiul Awal, bulan kelahiran Nabi Muhammad saw, Nabi kita, Kekasih Allah taala, seorang manusia yang sempurna dengan ciptaan dan kenabian dan kerasulannya. Sama –sama kita banyakkan bersolawat ke atas Baginda saw, seterusnya menjadikan Baginda sebagai Role Model dalam kehidupan kita seharian, yang merangkumi semua aspek kehidupan, bukan setakat solat sahaja.

Kali ini, saya nak berkongsi pengetahuan, hasil pengamatan dan pembacaan kitab-kitab AQIDAH serta pengalaman yang dilalui. Iaitulah, satu pemahaman tentang ISLAM yang telah disempitkan pengertiannya dan pengamalannya serta hakikatnya oleh kebanyakkan orang Islam hari ini, terutama penyokong dan pendokong Umno, parti kelahiran dari Yahudi dan Amerika.

Amat jahil dan malang sekali bagi Penyokong dan Pendokong Umno yang hanya menganggap dan berpandangan serta menjadi pegangannya bahawa ISLAM hanya setakat Mengerjakan Sembahyang, Menunaikan Zakat, Berpuasa Ramadhan serta Tunaikan Haji dan Umrah di Makkah, serta berzikir, membaca al-Quran dan menghafaznya. Sempitnya pemikiran mereka ini. Jahatnya parti kelahiran Yahudi dan Amerika, Umno ini. Berdosa besarnya mereka yang memperjuangkan fahaman ini dan menyembunyikan kebenaran Hakikat ISLAM ini..

Jom kita mengetahuinya, apa itu ISLAM yang SEBENARNYA..

ISLAM itu ialah, menyerahkan diri kepada Allah taala, tunduk kepada segala macam perintah samada suruhan atau larangan Allah taala, serta turut akan segala syariat yang Allah taala turunkan, walaupun berlainan pada sesetengah kewajipan dan corak amalannya, inilah perihal Islam yang telah diwasiatkan kepada para Nabi alaihimussolatu wassalam.

Adapun ORANG ISLAM yang betul-betul Islam ialah, orang yang bersih dari sebarang bentuk syirik, ikhlas dalam amalannya dengan berimankan, yakin dan percaya kepada apa pun syariat yang diturunkan oleh Allah, dan pada apa zaman pun dia berada.

Sayyidina Ali karramallahu wajhah telah berkata: “ISLAM itu ialah taslim (menyerah diri), dan taslim itu ialah yakin, dan yakin itu ialah percaya, dan percaya itu ialah berikrar, dan berikrar itu ialah menunaikan, dan menunaikan itu ialah beramal.”

Berkata lagi Sayyidina Ali: “Bahawasanya orang MUKMIN (yang beriman) mengambil agama dari Tuhannya, dan tidak mengambil agama dari pendapatnya. Orang Mukmin dikenal keimanannya dari amalnya, adapun orang kafir dikenal kekafirannya dari keingkarannya (keengganannya). Wahai manusia, Islam adalah agama kamu! Islam adalah agama kamu! Pertahankanlah dan peganglah teguh-teguh. Sesungguhnya keburukan dalam keadaan kamu beragama, lebih baik dari kebaikan sedangkan kamu dalam keadaan tidak mahu beragama. Kerana keburukan itu ada kemungkinan dapat diampuni, tetapi kebaikan kalaulah tidak pada tempatnya, tidak dapat diterima sama sekali.”

ISLAM bererti tunduk dan menyerah diri kepada Allah taala serta mentaati Allah, yang lahir dari kesedaran dengan tidak dipaksa kerana ketundukan yang sungguhti, tanpa memikirkan/ perhitungan pahala dan dosa. (Dalilnya: Surah al-Imran ayat 83 dan 85)

ISLAM adalah nizom/ peraturan, perundangan yang lengkap bagi mengatur kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak yang mulia yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw, daripada Allah taala, untuk disampaikan kepada manusia serta menyatakan serta menjelaskan apa yang akan dikenakan ke atas orang yang mengikut dan menentang samada yang melibatkaan dosa maupun pahala. (Dalilnya: Surah al-Imran ayat 85)

ISLAM juga ialah kumpulan peraturan yang diturunkan oleh Allah taala kepada utusan-Nya, Nabi Muhammad saw, yang terkandung di  dalamnya segala macam peraturan-peraturan yang berbentuk aqidah, akhlak, muamalat dan segala berita yang disebut di dalam al-Quran dan as-Sunnah adalah diperintahkan agar disampaikan kepada manusia. (Dalilnya: Surah al-Maidah ayat 67)

ISLAM adalah keseluruhan ad-Din yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw yang terkandung di dalamnya perkara-perkara yang berhubung kait dengan aqidah, amalan, dan hukum yang disertai dengan kepatuhan secara zahir dan batin dengan penuh keikhlasan. (Dalilnya: Surah al-Baqarah ayat 112)

Adapun ISLAM dengan makna sekadar menyerah diri secara zahir sahaja, dengan tidak ada keimanan di dalam hatinya, Islam yang seperti ini sedikitpun tidak memberi apa-apa faedah kepada penganutnya. Ini ISLAM jenis Umno..(Dalilnya: Surah al-Hujurat ayat 14)

ISLAM itu merupakan jawapan yang tepat kepada tiga pertanyaan yang dikemukan kepada setiap manusia samada dahulu, kini dan akan mendatang, iaitu: Dari mana dia datang? Mengapakah dia dijadikan? Ke manakah dia dikembalikan? (Dalilnya: Surah al-Hajj ayat 5, Surah az-Zaariyat ayat 56, Surah al-Insyiqaq ayat 6)

Akhirnya, ISLAM merupakan penghayatan yang sebenar bagi manusia, merupakan cahaya petunjuk dalam kehidupan manusia, merupakan ubat yang paling mujarab dan berkesan untuk mengatasi sebarang penyakit yang manusia alami, dan menjadi jaminan Allah taala Islam dapat memperbaiki masyarakat dan Islam adalah jalan yang sebenar yang tidak mungkin sesat kepada sesiapa yang melaluinya. (Dalilnya: Surah as-Syura ayat 52 dan 53)

Justeru itu, marilah kita ( Huffazul Quran, Cendekiawan Agama, Kakitangan Kerajaan atau Swasta, serta semua orang Islam terutama Penyokong dan Pendokong Umno ) sama-sama, perbetulkan semula pemahaman dan pandangan kita tentang Islam yang sekian lama diADATkan dan diBIASAkan oleh pemerintah sekular, Umno laknatullah ini. Seterusnya mengubah dan menukar pendirian kita, kepada pemahaman serta pengamalan ISLAM yang hakikatnya, yang meliputi samada Politik, Ekonomi, Kebajikan, Sosial, Masyarakat, Pendidikan, Budaya, Jenayah, Kekeluargaan dan lain-lain lagi, bukannya setakat Sembahyang, Haji, Puasa, Zakat, Baca Quran dan Zikir semata-mata. 

Apa guna Umno kini nak tegakkan benang yang basah, sedangkan terbukti dan jelas di mata akan kekufuran pada Allah serta pengkhianatannya pada Agama, Bangsa dan Negara..? Tak lain tak bukan..PAS Wajib Ganti Umno..
posted by Abu Mus'ab @ 11:39 AM   0 comments
SAMBUTAN JUBLI EMAS DPPNT
Monday, January 16, 2012

posted by Abu Mus'ab @ 5:50 PM   0 comments
LEMBU BOLEH KE SHAHRIZAT
Tuesday, December 20, 2011
Lembu Boleh ke Shahrizat, Tahi Boleh ke Rakyat



posted by Abu Mus'ab @ 5:02 PM   0 comments
MURTAD SESIAPA YANG DIAM DALAM MAJLIS YANG HINA AYAT ALLAH
Wednesday, December 14, 2011


MURTAD Sesiapa Yang Diam Berada di Dalam Majlis Yang Menghina Ayat-ayat Allah 

Firman Allah taala di dalam Surah an-Nisa’ ayat 140 yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam al-Quran bahawa kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang Kafir), maka janganlah kamu duduk bersama mereka, sehingga mereka memasuki perbicaraan yang lain, kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian) tentulah serupa dengan mereka.”

Allah telah menjelaskan kepada orang-orang yang beriman bahawa orang-orang kafir apabila mendengar ayat-ayat Allah mereka menafikan dan mempersendakan dengan ayat-ayat itu. Maka orang-orang yang beriman janganlah bersekedudukan dengan mereka kecuali jika berpaling kepada percakapan yang lain. Dan orang-orang yang bersekedudukan dengan orang-orang kafir yang mempersenda, menghina dan mencela akan ayat-ayat Allah, maka dia telah serupa dengan orang-orang kafir dari segi mempersedakan akan ayat-ayat Allah taala itu.

Hukum itu adalah ketika mereka berada di dalam satu negeri, iaitu pada zaman permulaaan Islam. Maka bagaimana hukumnya bagi mereka yang hidup dalam udara dan suasana Islam yang bebas dan dalam Negara Islam yang ada kemulian, lalu menjemput orang-orang kafir yang menganyi-nganyikan Allah kepada negerinya, melantikkan mereka menjadi kawan setia dan penasihat, menadah telinga mendengar ejekan mereka serta memberi pengakuan kepada mereka dan menghalau ulama-ulama Islam?

Ini merupakan salah satu uslub redha dan berpuashati dengan kufur dan orang-orang kafir, yang menjadikan mereka jauh dari Iman dan memasukkan mereka ke dalam pengertian kufur. (Minta perlindungan Allah taala daripada sikap yang demikian itu). Kerana bersikap diam dalam majlis kufur dan diam dengan apa yang berlaku di dalamnya adalah dalil dan bukti yang jelas terang menunjukkan berpakat dan bersetuju.

Oleh itu, maka wajiblah ke atas orang yang beriman berhati-hati, sebagaimana dia berhati-hati terhadap kufur yang soreh (jelas). Dan dia mestilah menjauhi majlis-majlis tersebut, agar terselemat dari azab Allah taala. Dan janganlah menghalangkannya oleh perasaan bimbang kepada harta kekayaan, atau pangkat, atau sebarang bentuk tujuan-tujuan duniawi. Kerana kepada Allah lebih Aula dia takuti, bukan takut pada manusia…


Huraian daripada KItab IMAN, Rukun, Hakikat dan Pembatalan, Cetakan Pertama 2001
Karangan Dr. Muhammad Naim Yasin
Bab: Bilakah seorang yang beriman menjadi kafir, m/s 337
posted by Abu Mus'ab @ 6:10 PM   0 comments
BUKAN TIRIS TAPI BOCOR
Wednesday, December 07, 2011
Bukan Tiris Tapi Bocor


posted by Abu Mus'ab @ 12:04 PM   1 comments
PUASA ASYURA' ANTARA MEKANISME UNTUK ISTIQAMAH
Monday, December 05, 2011

Puasa Asyura' Pemangkin Perjuangan Islam

Daripada Abi Qotadah, bahawasanya Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud: "Berpuasa pada hari Asyuraa' bahawasanya aku berharap di atas Allah taala bahawa ianya (berpuasa itu) dapat menghapuskan segala kesalahan pada tahun yang telah lalu". (Riwayat Termizi)

Alhamdulillah, kita hari telah berada di hari yang ke 10 Muharram bagi tahun baru 1433 Hijrah. Suatu permulaan yang baik. Pejam celik, tak sedar hari ini dah masuk 10 Muharram, orang Islam di seluruh dunia dituntut agar mengerjakan amalan sunat ini iaitu berpuasa.

Walaupun hukumnya adalah sunat, tetapi inilah antara mekanisme atau cara bagaimana untuk Istiqamah atau Sustains dalam perjuangan Islam, khusus dalam PAS ini. Dengan berbekalkan bekalan ini, insyaAllah dapat kita gunakan tika saat diperlukan di masa akan datang, terutama dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Di awal Islam, Asyuraa' menjadi suatu hari yang sangat penting dan istimewa seumpama hari raya kerana kelebihannya yang banyak yang telah dikurniakan oleh Allah taala bagi mereka yang meraikannya dengan panduan agama, bahkan menurut sebahagian ulama, adalah wajib berpuasa pada hari itu bagi meraikan kedatangan hari Asyuraa'.

Apabila datangnya perintah untuk berpuasa di bulan Ramadhan, maka hukum berpuasa pada hari Asyuraa' sudah bertukar menjadi sunat muakkad, yang sangat dituntut untuk diamalkan.

Yang paling menyedihkan, terdapat sesetengah golongan yang seolah-olah tidak mengambil tahu tentang kebelebihan yang berada di dalam hari ini, sehinggakan ada yang leka, lupa dan lalai dengan kepentingan meraikan hari Asyuraa' dengan mementingkan "Bubur Asyuraa'" daripada amalan-amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah taala atau dengan kata lain apakah Hari Asyuraa' bagi kita sekadar adat atau syariat?

Perlu difahami bersama, bahawasanya hari Asyuraa' itu bukan sahaja diraikan oleh umat Islam tetapi juga oleh mereka yang bukan Islam seperti golongan Yahudi dan Nasrani.

Sungguhpun begitu, Rasulullah SAW menyuruh supaya kita meraikan hari Asyuraa' tetapi dengan keadaan dan sambutan yang berbeza, kerana ada larangan yang keras di dalam agama menyerupai golongan yang bukan Islam baik dalam apa keadaan sekalipun.

Sesungguhnya Allah taala begitu berkehendak daripada kita selaku hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa, kemuncak amal ibadat yang dilakukan selama hidup kita, untuk sama-sama mempertahankan dan perjuangkan Agama Allah ini, iaitu Islam, sehingga berjaya ditegakkan dan dilaksanakan segala syariat-Nya.

Sirah kehidupan Rasulullah saw telah melakarkan bahawa peringkat permulaan didikan dan bimbingan Rasulullah saw kepada para sahabat r.anhum, dengan bimbingan dan didikan serta serapan Tauhid, iaitu ikatan Aqidah yang kuat terhadap kebesaran dan kekuasaan Allah taala, yang menepati ciri-ciri keimanan, keyakinan dan kepercayaan yang kuat. Kemudian disusuli dengan didikan dan bimbingan hal-hal ibadat yang melibatkan dosa dan pahala, suruhan dan tegahan, galakan ke Syurga dan larangan masuk Neraka.

Yang akhirnya, dengan keimanan dan keyakinan berdasarkan ilmu yang diperolei oleh para Sahabat r.anhum, mereka bersama-sama Rasulullah saw dalam peperangan, perjuangkan Islam, pertahankan Islam, sanggup kehilangan harta-benda dan kaum kerabat, semata-mata untuk melihat Islam dapat ditegakkan dan syariat Islam dapat dilaksanakan. Di hati dan mata mereka, "Imma Nusrah, wa Imma Syahadah" samada mendapat kemenangan ataupun mati syahid...
posted by Abu Mus'ab @ 7:59 AM   0 comments
HARGA GULA RM170 SEKILOGRAM
Friday, December 02, 2011
Harga Gula RM170 sekilogram




posted by Abu Mus'ab @ 11:26 AM   0 comments
:: My PeRsoNaL ::





:: PeRniAGaaN KaMi ::
JOM SERTAI PERNIAGAAN PATUH SYARIAH
:: RaDio Al-QuRan KaHeRaH ::
:: NaSyiD.FM.OnLiNe ::

:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::
:: NGO IsLaM ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER