:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

TANDA TAQWA; MENOLAK SEGALA JALAN MUSUH ALLAH
Selasa, September 07, 2010

Taqwa Menuntut Hamba-Nya Berada Di Jalan-Nya

Lama sudah tidak menekan butang keyboard di ruangan ini. Pancaindera hanya memerhatikan situasi dan keadaan yang telah berlaku dan sedang berlaku dan menantikan apakah episod yang seterusnya akan berlaku dalam kehidupan Malaysia hari ini. Bermula dengan episod 31 Ogos, iaitu perayaan hari Kemerdekaan yang 53 sehinggalah ke hari ini, malam yang ke-28 Ramadhan.

Jika diikutkan, banyak perkara hendak dibuat ulasan, suka berdasarkan kepada nas-nas al-Quran dan al-Hadis Nabi saw, yang sememangnya menjelaskan dan membenarkan segala apa yang berlaku hari ini telah dinyatakan dalam nas-nas tersebut. Inilah yang dinamakan Mukjizat, kehebatan dan keangungan Allah taala dalam mentadbir segala urusan ciptaan-Nya, sekecil-kecil ciptaan sehinggalah sebesar-besar ciptaan-Nya. Dia amat mengetahui akan kelemahan ciptaan-Nya terutama ciptaan yang bernama 'Manusia' yang sememangnya diciptakan dalam keadaan lemah dan bermasalah. Maka didatangkan oleh-Nya, panduan dan penyelarasan yang tiada tandingannya, tiada lawannya, yang melawannya pasti akan kecundang dan menempah bahaya dan bahana yang besar dalam kehidupannya.

Telah saya katakan sebelum ini, Ramadhan menuntut kepada manusia akan menjauhkan diri daripada segala unsur syirik, dan kufur terhadap Allah taala. Bahkan, Ramadhan juga menuntut agar manusia yang beriman berlepas diri dari unsur-unsur yang membawa kepada 'Perpecahan' dan 'Berpuak-puakan'. Tidak guna berpuasa apabila segala unsur yang menyebabkan berlakunya perkara di atas dipraktikkan dan digalakkan dan tidak diambil tindakan yang sewajarnya. Pernah Nabi saw bersabda yang bermaksud: "Berapa ramai orang yang berpuasa, tetapi tidak memperolehi apa-apa daripada puasanya melainkan lapar, dan berapa ramai orang yang mendirikan solat malam, tetapi tidak memperolehi apa-apapun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Dengan demikian, suka saya pertegaskan, selagi fahaman atau idealogi yang bercanggah dengan syariat Islam, seumpama fahaman Sekular, fahaman Liberal, fahaman Kebangsaan (Nasionalis), fahaman Kapitalis, yang ke semua fahaman ini adalah tercetus daripada musuh utama Islam iaitu Yahudi dan Amerika masih ada di dalam pemikiran individu Muslim, maka selagi itulah, segala amalan kebaikan dan kebajikan, solat 5 waktu, puasa Ramadhan, Zakat, Haji dan amalan yang lain TIDAK DITERIMA oleh Allah taala.

Walaupun ada yang mengatakan, bahawa Allah taala lah yang akan memberi ganjaran dan balasan di atas setiap perilaku hamba-Nya. Ya betul ! Perlu ingat, di sana terdapat panduan yang telah dipertontonkan oleh Nabi Muhammad saw sebagai peringatan dan panduan lakar kepada manusia. Jangan pula kita menjadi di antara mereka yang berpendirian 'Anti Hadis'.

Fenomena yang masih tak hilang-hilang, bahkan semakin bertambah kritikal pada hari ini, adalah pertambahan penyakit-penyakit sosial dan bala bencana di kalangan pemimpin dan jua remaja lelaki dan perempuan masa kini. Juga turut dirasai oleh golongan dewasa yang berhati batu, bahkan keras daripada batu lagi. SELAGI MANA JIHAD DIKETEPIKAN, AL-QURAN DAN AS-SUNNAH TIDAK DIJADIKAN DASAR RUJUKAN DALAM PEMERINTAHAN, HUKUM HUDUD DAN QISAS TIDAK DILAKSANAKAN, selagi itulah penyakit ini akan kekal, dan sememangnya akan bertambah. Walaupun pelbagai cara dilakukan untuk mengatasinya dengan melalui pemikiran dan idea sosialis, dan cara pemikiran yang amat bodoh, hasil daripada didikan sekular barat jajahan Yahudi dan Amerika, maka diINGATkan, segala usaha dan idea tersebut hanyalah sia-sia dan menambahkan lagi kemurkaan Allah terhadap diri manusia yang jahil ini serta merebaknya bala Allah taala ini di bumi Malaysia ini.

Ini bertepatan dengan firman Allah taala di dalam Surah an-Nisa' ayat 59 yang bermaksud: "Sekiranya telah berlaku percanggahan dan permasalahan di dalam kehidupan kamu, maka hendaklah kamu kembali (merujuk) kepada Allah (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunnah), itupun jika sekiranya kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat."

Di dalam surah al-Baqarah ayat 179 yang bermaksud: "Dan bagi kamu, ditetapkan hukum Qisas yang menjadi Jaminan Hidup bagi orang-orang yang memiliki ilmu pengetahuan (aqal yang waras), yang mudah-mudahan kamu bertaqwa kepada Allah."

Dalam surah Toha pula, ayat 124 yang bermaksud: "Dan barangsiapa yang berpaling dari mengingati Allah (tidak beramal dengan panduan Allah), maka dia akan mengalami kehidupan yang sempit (susah dan kacau bilau), dan dia akan dibangkitkan pada hari Qiamat dalam keadaan buta."

Ketika bersama-sama dengan para Sahabat, Nabi saw telah menggariskan satu garisan lurus seraya bersabda: "Inilah ialah Jalan Allah". Kemudian baginda saw menggariskan pula beberapa garisan kiri dan di kanan baginda, dan bersabda: "Ini pula adalah jalan-jalan (berbagai-bagai). Di setiap jalan ini ada syaitan yang mengajak manusia ke arahnya." (Hadis Riwayat al-Darami)

Justeru, hasil Ramadhan yang mustajab, status Taqwa diperolehi dan didapati serta dipraktikkan. Yang akhirnya Taqwa tersebut menuntut manusia yang beriman agar berada di jalan Allah taala yang diredhai-Nya dan dikehendaki-Nya. Agar Syurga yang diimpikan menjadi kenyataan, tempat rehat yang kekal abadi.
posted by Abu Mus'ab @ 1:25 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::