Taqwa Menuntut Beramal Dengan Semua Ayat Allah taala
Hari ini, kita berada di dalam satu tarikh yang amat bersejarah dalam Islam, 17 Ramadhan, kebanyakkan masjid, surau, pusat pendidikan, pusat pentadbiran dan pelbagai premis tempat, meraikan hari yang penuh bersejarah ini. Di dalam bulan Ramadhan, pada tarikh tersebut, Allah taala telah menurunkan al-Quran secara keseluruhan dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah dan disampaikan melalui beransur-ansur kepada Nabi Muhammad saw dengan perantaraan Malaikat Jibril alaihissalam.
Al-Quran yang diturunkan untuk menjadi panduan, pembimbing dan pembeza serta penentu kepada manusia-manusia ciptaan Allah taala, serta menjadi penjelas daripada panduan tersebut kepada mengenal mana yang betul dan salah, mana yang baik dan buruk, mana yang taat dan maksiat, mana yang halal dan haram. Inilah al-Quran al-Karim.
Hari Nuzul Quran bukan setakat diraikan dengan bermatlamat melepaskan batuk di tangga sahaja, kene buat kalu tak buat memalukan, tengok surau lain buat kita kena buat jugak, dan pelbagai kalam-kalam yang dijelmakan.
Sesungguhnya
TAQWA amat menuntut kepada individu Muslim yang berpuasa agar menjadikan ayat-ayat al-Quran, hukum-hakam yang berada di dalamnya, segala peraturan, bimbingan, suruhan, tuntutan, galakan, dorongan, ancaman dan larangan al-Quran tersebut untuk diambil tindakan yang sewajarnya. Se
WAJIBnya, yang berbentuk kebaikan, diamalkan dan didekatkan serta diadakan. Adapun yang berbentuk larangan dan ancaman,
WAJIBlah dijauhi dan ditinggalkan.
Jika hal demikian yang di atas tidak diletak pada tempat yang sebetulnya, maka zalimlah dia, tak betullah dia, sesatlah dia, susahlah hidupnya, miskinlah jiwa dan hatinya. Walaupun dia berpuasa penuh 30 hari Ramadhan, walaupun dia mengeluarkan sedekah kepada faqir miskin serta anak yatim.
Taqwa menuntut individu Muslim yang merasakan dirinya beriman kepada Allah taala untuk menjadikan al-Quran sebagai satu mekanisma utama yang boleh menyelesaikan pelbagai konflik dalam kehidupan seharian. Bermula bangun dari tidur, sehinggalah tidur semula. Pelbagai permasalahan, persengketaan, perbalahan, pertengkaran, dan percanggahan,
WAJIBlah merujuk kepada ayat-ayat Allah di dalam al-Quran, dengan menguatkan lagi ayat Allah tersebut dengan Sunnah Nabi Muhammad saw.
Ini antara tuntutan
Taqwa yang mesti dijayakan dalam diri seseorang itu. Jika tidak, bermakna
KPI yang Allah taala inginkan kesan daripada 30 hari berpuasa di bulan Ramadhan, tidak berjaya, tambahan mendapat kemurkaan Allah taala, dek kerana ketiada usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh untuk memperolehi status
Taqwa tersebut.
Ingat !
Asas kepada penerimaan segala amal ibadat dan kebajikan dan kebaikan yang dilakukan adalah
AQIDAH. Dalam erti kata lain, adalah pemahaman, anutan, pegangan, kebersamaan, keterikatan, pergabungan dan kecenderungan kita mestilah mengikut jalan Allah taala. Jangan sampai hal demikian merujuk kepada jalan yang bercanggah dengan Islam, jalan yang menyimpang, jalan kanan kiri yang Nabi saw sabdakan dengan menyatakan jalan tersebut adalah jalan-jalan Syaitan yang keji. Sudah tentu jalan-jalan Yahudi dan Nasrani, iaitulah segala fahaman mereka yang sesat lagi menyesatkan.
Firman Allah taala di dalam Surah al-Baqarah ayat 137 yang bermaksud:
"Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulnya), maka Sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman Dengan sebenar-benar iman) maka Sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu); oleh itu (janganlah Engkau khuatir Wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui."Ayat ini sebagai jaminan daripada Allah taala kepada orang-orang yang betul-betul beriman (yakin/ percaya), tidak menduakan agama Allah, tidak menganggap agama yang lebih tinggi melainkan agama Islam, nescaya mereka mendapat
PETUNJUK. Tetapi sekiranya mereka berpaling, atau keimanan (kepercayaan dan keyakinan) mereka tidak menepati keimanan yang dikehendaki oleh Islam, maka ini hanya menunjukkan berlakunya
PERPECAHAN dan
PERBALAHAN. Orang-orang Islam yang mereka tentang itu akan dipeliharakan oleh Allah taala dari kejahatan mereka, kerana Allah taala itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
ISLAM adalah untuk semua bangsa dan makhluk Allah taala..
BUKAN untuk bangsa Melayu sahaja...