:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

PUASA YANG SIA-SIA
Khamis, Ogos 19, 2010

Peluang Memperolehi Keampunan Yang Melimpah Ruah

Alhamdulillah, hari ini kita berada pada malam yang ke-13 Ramadhan, menandakan kita telah berada di dalam fatrah yang ke-dua, iaitulah sepertimana yang Nabi Muhammad saw sebutkan iaitu "Pertengahannya adalah Keampunan". Bermakna, kita telah melalui 12 hari Ramadhan dengan tanpa kita sedari. Sungguh cepat masa berlalu. Inilah antara tanda hari Qiamat, yang pastinya kita akan merasainya, kalu tidak di dunia pun, kita akan merasainya di alam barzakh.

Dalam liku-liku meredah 12 hari Ramadhan yang lalu, banyak kenangan dan peristiwa serta pelbagai kesulitan dan ujian dilalui dan ditempuhi. Pelbagai ragam dilihat. Bermacam-macam jenis orang dipandang. Ramai orang yang masih meraba-raba mencari hakikat kebenaran yang Allah taala redhai. Berbetulan dengan doa yang selalu dimunajatkan di dalam solat terawih: Ya Allah, aku mohon padamu Keredhaan Mu untuk memperolehi Syurga, dan jauhkan kami dari azab api neraka Mu Ya Allah". Doa yang diaminkan oleh setiap orang Islam dan orang yang beriman. Turut diaminkan oleh orang yang fasiq dan munafik. Apa-apapun, kita mengharapkan dengan baki 17 hari yang akan mendatang ni, mudah-mudahan mendapat pengampunan dari Allah taala serta pembebasan dari azab api neraka Allah.

Memandang kepada sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga, dan ramai yang mendirikan solat malam tetapi tidak memperolehi apa-apapun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam".

Memberi makna yang cukup luas untuk kita sama-sama renungi dan muhasabahkan. Ramadhan adalah bulan Tarbiyyah, yang merupakan 'Madrasah' ataupun 'Universiti' yang berfungsi untuk membentuk, membimbing dan mendidik umat Islam agar memperbetulkan keadaan dan sifat serta sikap seseorang. Bulan yang membuka peluang yang amat terbuka kepada mereka yang menyedari akan keistimewaannya serta kemuliaannya dan keberkatannya, untuk dipestakan serta diperhebatkan segala amalan kebajikan di dalamnya.

Perlu kita sedari, di samping kita berpuasa iaitu kita menahan hawa nafsu lapar dan dahaga serta hawa nafsu bersenggama di siang hari, perlu diingatkan juga, berpuasalah dengan menahan hawa nafsu yang melibatkan mata, telinga, lidah, tangan, kaki, diri sendiri, hati dan pemikiran kita sendiri. Senario hari ini, ramai umat Islam, yang diperlihatkan oleh Allah taala berada di dalam keadaan taraf puasa setakat menahan lapar dan dahaga sahaja. Amat malang orang macam ini. Apa tidaknya, dengan pelbagai maksiat dan kemungkaran serta kejahatan yang dijelmakan, seolah-olah tindak tanduk dan tingkah laku, sama sahaja sebelum Ramadhan. Dianggapnya Puasa Ramadhan hanya setakat menahan lapar dan dahaga serta bersenggama di siang hari. Yang tidak berpuasa langsung pun apa kurangnya. Bermaharaja lela. Sungguh malang orang macam ini...

Apabila menyentuh hal berpuasa yang melibatkan pemikiran, iaitulah pemahaman, pegangan, idealogi, kebersamaan dan penyatuan. Perlu diingat, Allah taala adalah Tuhan kita semesta alam, Nabi Muhammad saw adalah utusan Allah taala, al-Quran merupakan panduan yang UTAMA dalam sebarang urusan keduniaan dan keakhiratan, Jihad adalah jalan yang sebetulnya, dan mati Syahid adalah cita-cita utama.

Hari ini, pemahaman yang sesat lagi menyesatkan orang lain sedang dipraktikkan dan digilakan oleh parti sekular, yang juga parti liberal, parti kebangsaan, iaitulah parti UMNO kebiruan kegilaan. Macam-macam perancangan bodoh dan jahanam diusahakan oleh mereka, yang semata-mata untuk meraih sokongan undi orang Melayu dalam pilihanraya umum yang ke-13 yang sudah tidak lama lagi. Kononnya, parti yang memperjuangakan keadilan, membela bangsa Melayu dan membela Islam. Kononnya...Hakikatnya, jauh sama sekali. Hanya orang yang bodoh, buta hati, serta jahil sahaja yang berpandangan UMNO itu betul..

Suasana yang menampakkan UMNO bersama dengan masyarakat, sedang dilaksanakan. Tambahan, mengambil peluang di Bulan Ramadhan ini, untuk mereka mengaburkan mata masyarakat dengan agenda kebajikan mereka, yang sememangnya, pembahagiannya adalah berdasarkan bulu dan warna. Ini berlaku di Terengganu la.. Mungkin di luar Terengganu tidak berlaku akan hal ini. Tapi boleh percaya ker???

Sesungguhnya, seseorang yang melakukan kesalahan dalam keadaan dia bersama dengan perjuangan PAS adalah LEBIH BAIK daripada seseorang yang melakukan kebaikan sedangkan dia bersama dengan perjuangan UMNO.

Jadi, apa yang boleh kita simpulkan di sini, adalah walaupun Allah taala telah menetapkan bahawa ganjaran bagi hamba-Nya yang berpuasa adalah ditentukan sendiri oleh-Nya, tetapi perlu diingat bahawa Nabi Muhammad saw telah mendatangkan amaran dengan ternyatakan hadis di atas. Janganlah dek kerana keduniaan, kebendaan, kemewahan, pangkat dan darjat, kita rela mensia-siakan ibadat puasa kita selama ini.

Selamat Berpuasa...
posted by Abu Mus'ab @ 6:32 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::