:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

PERUTUSAN KHAS RAMADHAN 1431 H
Selasa, Ogos 10, 2010

Ramadhan al-Mubarak Madrasah Jihad dan Tarbiyyah

Ya Allah Ya Tuhanku, Berkatilah kami di dalam Bulan Rejab dan Syaaban ini, dan pertemukanlah kami dengan Bulan Ramadhan. Amin...

Alhamdulillah..Syukur dan teramat syukur kepada Allah taala, kerana telah diberi peluang oleh-Nya sekali lagi, pada tahun ini, bertemu dengan Bulan Kerahmatan, Keampunan dan Bulan Yang Membebaskan Seseorang daripada Azab Api Neraka, iaitu Ramadhan al-Mubarak. Seterusnya dapat melakukan ibadat iaitu amalan-amalan kebaikan yang sememangnya dijanjikan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda daripada bulan yang lain.

Terlebih dahulu, saya selaku Presiden Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Se Malaysia, yang mewakili seluruh saf kepimpinan ILMAM Pusat, mengucapkan salam Ramadhan al-Mubarak pada tahun ini kepada semua muslimin, muslimat, ikhwah, akhawat, sahabah dan sohabiyah, baik yang berada di dalam Malaysia ataupun di Bumi Mesir. Mudah-mudahan Ramadhan tahun ini, menjadi pemangkin yang kuat kepada kebersamaan dan kethabatan kita di dalam perjuangan Islam pada hari ini dan di masa yang akan mendatang. InsyaAllah.

Sedia maklum, Ramadhan adalah satu bulan yang Allah taala telah wajibkan kepada hamba-Nya yang menganut agama Islam yang mukallaf, supaya melaksanakan ibadat puasa, dengan menahan hawa nafsu makan, minum, dan senggama serta nafsu daripada melakukan sebarang perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa, bermula dari terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari.

Apabila Allah taala menyebutkan : "Diwajibkan ke atas kamu berpuasa." Ini memberi makna bahawa puasa itu wajib ke atas setiap bahagian anggota tubuh badan individu muslim yang mukallaf. Iaitulah, puasa bagi telinga itu ialah tidak mendengar sebarang perkara yang maksiat. Puasa bagi mata itu pula adalah bermaksud tidak melihat apa sahaja bentuk maksiat dan dosa. Puasa bagi lidah pula, bermaksud tidak menutur sebarang percakapan yang sia-sia dan yang mendatangkan dosa. Begitu jugalah puasa bagi diri itu bermaksud membebaskan diri daripada sebarang kehendak hawa nafsu. Puasa bagi hati pula ialah bermaksud dengan mengeluarkan daripadanya kecintaan terhadap kebendaan-kebendaan duniawi ini. Dan puasa bagi fikiran pula ialah dengan menjauhkan pemikiran dari mengingati selain dari Allah taala.

Bercakap tentang Ramadhan al-Mubarak, Madrasah Jihad dan Tarbiyyah. Mudah-mudahan dengan Ramadhan kali ini, akan dapat meningkatkan lagi semangat juang dan jihad dalam diri kita. Sesungguhnya Jihad itu adalah kekal dan tidak akan hilang, sehinggalah ke hari Qiamat. Janganlah kerana disebabkan Ramadhan yang mewajibkan individu Islam berpuasa, maka ia menjadi alasan utama untuk merehatkan diri daripada berjihad fi sabilillah, iaitulah bekerja untuk pembangunan Islam, terutama kerja yang melibatkan masa dan tenaga.

Dalam masa yang sama, perlu diingatkan bahawa Tarbiyyah adalah amat penting dalam mengekalkan semangat juang jihad tersebut. Tarbiyyah yang dimaksudkan adalah Tarbiyyah Jasadiyyah dan Tarbiyyah Ruhiyyah. Kedua-dua bentuk tarbiyyah ini mestilah dipraktikkan oleh seseorang yang inginkan momentum Jihad dalam dirinya berkekalan dan melonjak ke hadapan. Tidak dinafikan bahawa Tarbiyyah Ruhiyyah wajib dilaksanakan kerana ia melibatkan dalaman dan jiwa seseorang iaitu yang melibatkan hati. Kerana itulah, puasa yang disyariatkan oleh Allah taala di bulan Ramadhan, mengajar, mendidik dan membimbing hati seseorang supaya bersifat pemurah, teguh dan lebih yakin akan Kebesaran Allah taala.

Dari itu, marilah kita sama-sama, menjadikan Ramadhan kali ini, madrasah untuk mendidik, menyegarkan jiwa kita dengan tidak merehatkan jihad dan tarbiyyah dalam kehidupan kita seharian. Jadikan jiwa dan hati kita di kalangan mereka yang boleh ditarbiyyah, boleh dididik dan dibimbing, dengan bukan setakat mentarbiyyah, mendidik dan membimbing orang lain. Marilah kita sama-sama manfaatkan Ramadhan kali ini dengan sebaik-baiknya, dengan mendapatkan keberkatan, kerahmatan, dan keampunan dari-Nya dengan semaksima mungkin.

Penghujungnya, saya sekali lagi, selaku Presiden Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Se Malaysia (ILMAM), mewakili saf kempimpinan ILMAM Pusat mengucapkan salam Ramadhan al-Mubarak kepada muslimin dan muslimat sekalian.

Wassalam.

Ustaz Mohd Azizul Hisham bin Zulkifli
Presiden

Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Se Malaysia (ILMAM)
posted by Abu Mus'ab @ 9:22 PG  
4 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::