PAS Parti Islam Terbesar Di Malaysia
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang ditubuhkan pada 1951 kini mengorak langkah lebih jauh sebagai parti yang berteraskan perjuangan Islam dan membawa mesej Islam yang terbesar dinegara ini.
Kita tidak menafikan sumbangan rakan-rakan NGO lain yang turut sama memperjuangkan dakwah Islamiah di negara ini dan dari semasa ke semasa
PAS turut menjalinkan hubungan yang akrab serta saling bekerjasama dengan mereka.
PAS memilih untuk menyertai politik dan pilihanraya sebagai satu wadah bagi menyumbang kepada penyebaran dakwah serta mengangkat martabat umat Islam di negara ini di samping kekal menjalankan tanggungjawab mengharmonikan hubungan antara kaum dan agama lain.
PAS parti yang mengutamakan keamanan, perpaduan serta berpegang teguh kepada prinsip bahawa akidah Islam dan dasar-dasar Islam mampu memberikan kesejahteraan kepada semua.
PAS bukanlah parti perkauman yang khusus buat kaum-kaum tertentu, tetapi kita tidak nafikan bahawa majoriti ahli PAS adalah dari kalangan umat Melayu. Namun mereka bersama dengan parti ini atas semangat Islam dan bukannya kerana semangat Melayu.
PAS juga jelas berdiri teguh menghormati dan mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu khususnya dalam aspek agama, budaya, tanah dan juga sosialogi yang lain.
PAS prihatin dengan nasib umat Melayu akhir-akhir ini yang sering dijadikan mangsa dasar Liberalisasi dan Model Ekonomi Baru Kerajaan
BN yang akhirnya mengecilkan kuota ekuiti Melayu daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus sahaja. Banyak lagi hak Istimewa orang Melayu yang gagal diangkat oleh
Umno walaupun mereka bangga mengatakan bahawa merekalah Parti Melayu Terbesar.
PAS sedar kepentingan orang Melayu dan mengajak seluruh umat Melayu untuk bangkit berjuang atas nama Islam, kerana hanya dengan Islamlah mereka akan lebih dihormati. Perpaduan umat Melayu atas nama Islam adalah pilihan terbaik berbanding apa yang ditawarkan oleh
Umno, kerana dalam Islam kita tegas mengharamkan apa yang haram dan menghalalkan apa yang halal.
PAS akan terus berjuang untuk semua, kerana
PAS yakin setiap yang lahir ke dunia ini ada hak untuk diperjuangkan tanpa mengira apa bangsa mereka. Keterbukaan
PAS ini jelas dengan kelahiran
Dewan Himpunan Penyokong PAS, di mana sebagai parti Islam kita juga mempunyai sokongan yang kuat kalangan bukan Islam untuk memimpin negara ini.
Pemerintahan
PAS di Kedah dan Kelantan berjaya membuktikan bahawa Islam adalah agama yang memberikan kesejahteraan kepada semua bangsa dan agama. Tidak cukup dengan itu, kerjasama
PAS dalam Pakatan Rakyat jelas memberikan manfaat kepada rakyat keseluruhannya. Dan
PAS dari semasa ke semasa akan terus menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran Kerajaan yang harus difahami bahawa sesuatu perkara yang ingin dilakukan haruslah bermula dari tangga pertama hingga tangga terakhir secara bijaksana.
Oleh itu,
PAS terus menyeru kepada rakyat untuk sama-sama menyertai parti ini, menyokong parti ini dan memberikan kepercayaan untuk parti ini menjadi alternatif kepada
Umno menjelang
Pilihanraya Umum ke-13.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
oakley sunglasses
ralph lauren uk
polo ralph lauren outlet
michael kors outlet
ugg boots on sale 70% off
hugo boss outlet
nike factory store
ugg boots
pandora jewelry
ugg boots clearance
zzzzz2018.7.11