:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

SYAHADAH ORANG UMNO
Ahad, Mei 16, 2010

Shahadah Adalah Segala-galanya

Dari Abi Abdurrahman Abdillah bin Umar bin al-Khattab radhiallauhu anhu berkata: Aku telah Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Islam didirikan di atas lima perkara, iaitu bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah taala, dan Nabi Muhammad itu adalah Utusan Allah, mendirikan Solat, mengeluarkan Zakat, mengerjakan Haji di Baitullah, dan berpuasa di bulan Ramadhan." Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

Apabila kita memikirkan akan hadis SAW ini, yang telah diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Umar, seorang yang terkenal dengan kezuhudannya, seorang yang wara', ditambah dengan seorang Imam yang luas pengetahuannya serta mempunyai ramai pengikut, Nabi SAW telah menyatakan elemen-elemen yang ada WAJIB ada dalam diri seseorang yang bergelar Islam.

Asas Islam yang telah Nabi Muhammad SAW pertegaskan dalam hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim di atas meletakkan bahawa rukun Islam terpundak atas 5 perkara yang wajib dilaksanakan sebaik-baiknya. Tanpa satunya dianggap melepaskan diri daripada Islam, maka jadinya kufur atau murtad dengan tidak semena-mena.

Jika kita meneliti terhadap perbahasan susunan dalam Rukun Bai’ah, yang telah dicetuskan oleh as-Syahid al-Imam Hassan al-Banna, tokoh gerakan Islam sedunia, kepada abna al-haraki sampailah masa kini, kenapa rukun yang pertama, al-Fahmu diutamakan. Tidak Ikhlas diutamakan. Semestinya ada sebabnya dan alasannya yang perlu kita sama-sama fikirkannya dan aplikasikannya dalam kehidupan secara berjemaah, khusus dalam perjuangan yang sedang kita perjuangkan kini.

Samalah juga apabila kita fikirkan dan amati dalam hadis di atas. Bermula era kita diperkenalkan oleh tok nenek moyang kita tentang Rukun Islam ada 5 perkara. Sehinggalah ke saat kini, dengan kedudukan rukunnya tidak berubah dan kekal, dan akan kekal hingga ke hari Qiamat. Kenapa Nabi SAW meletakkan perkara Syahadah diutamakan dalam rukun Islam ini? Kenapa tidak perkara Solat? Ataupun Haji?

Mari kita koreksi sama-sama, secara berfikiran terbuka, bukan bauan syaitan dan iblis, bukan bauan kebendaan dan keduniaan, bukan bauan kasih dan sayang pada keluarga, bukan bauan pada rasa ego dan sombong serta angkuh. Dengan cara hati yang tulus ikhlas, atas dasar mahabbah dan ukhuwah kerana Allah taala.

Makna Syahadah atau lebih dikenali di kalangan masyarakat Melayu hari ini adalah Mengucap Dua Kalimah Syahadah, yang maknanya: “Aku naik saksi Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah taala, dan Nabi Muhammad itu adalah Utusan Allah taala.” Yang nak dipersoalkan dan diperincikan di sini adalah konsep ‘Ilaah’ iaitu Tuhan Yang Disembah. Iaitulah Tuhan yang sewajibnya kita abdikan, kita sembah, kita pertuhankan, kita mohon pertolongan, kita mohon bantuan, kita mohon nikmat atau rezki, kita mohon kekuatan, kita mohon dijauhkan musibah, kita mohon didekatkan nikmat dan seumpamanya.

Perlu sedari bahawa, nilai syahadah ini adalah segala-galanya. Menjadi pengukur kepada segala penerimaan amalan kebajikan seseorang. Memang salah, apabila seseorang itu mendirikan solat, yang dah bergelar haji dan hajjah, berpuasa 30 hari di bulan Ramadhan, serta tunaikan zakat, akan tetapi pengabdiannya, penyerahan dirinya, jiwanya, fikirannya, pemahamannya, ideologinya, anutannya, tidak kepada Allah taala dengan sebulat-bulatnya.

Kita orang Islam dilarang sama sekali menjadikannya orang Yahudi dan Nasara sebagai teman apatah lagi mengikut telunjuk mereka, mengikut kata mereka, menjayakan idealogi mereka, menjayakan propaganda mereka, menjayakan perancangan mereka. Merasakan sekiranya tidak mengikut telunjuk mereka akan mencetuskan kekeliruan dan kehuru-haraan dan mengundang bahaya. Sekiranya tidak mengikut kata mereka, akan menyebabkan kemajuan Malaysia akan tersekat dan terbantut, akan tercetusnya peperangan dan pelbagai momokon yang bengong di kalangan orang Melayu yang menganggap dirinya Islam.

Walhal, Allah taala lah tempat pergantungan dan mohon pertolongan. Allah taala Maha Berkuasa dan Maha Berkehendak ke atas sesuatu yang Dia kehendaki. Adakah pemimpin-pemimpin kerajaan hari ini tidak meyakini akan hal ini? Termasuk golongan agamawan yang diam sepi membisu ibarat Syaitan Bisu, adakah turut tidak menyedari dan menyakini akan hal ini?

Para Menteri, para pemimpin kerajaan kini, dan golongan Syaitan Bisu, menjadikan perkiraan Solat, Puasa, Zakat dan Haji adalah yang Utama sehinggakan mereka lupa dan tidak menyedari bahawa mereka telah terlepas pandang dengan penilitian dan pemahaman dalam Ucapan Dua Kalimah Syahadah. Sehingga akhirnya, mereka telah MURTAD tanpa disedari. Benarlah apa yang diungkapkan oleh al-Marhum Imam Sya’rawi : “Orang Islam hari ini bangga dengan Islam dan keturunannya, tetapi mereka MURTAD dari sudut pengamalannya.”

Mana mungkin solat, puasa, zakat dan haji dikira Allah taala, sedangkan pertalian aqidah di dalam Syahadah dikesampingkan, tidak dimengertikan, sengaja tidak mahu memahaminya, sengaja buat-buat tidak tahu dek kerana mengejar keduniaan, pangkat dan darjat, menjadikan musuh utama Allah sebagai sembahan, sebagai pemberi pertolongan dan bantuan yang utama, menjadikan idealogi-idealogi dan cara hidup Yahudi sebagai gaya dan panduan hidup utama samada pemakaian, makanan minuman, kehidupan, kebebasan, ekonomi dan seumpamanya. Semua ini menjadi perkiraan, menjadi persoalan, menjadi perhitungan, menjadi nilaian.

Di mana keyakinan dan kepercayaan terhadap segala janji Allah taala yang telah diabadikan di dalam Al-Quran al-Karim dan as-Sunnah SAW??? Anda yakin tak akan firman Allah taala di dalam surah al-A’raf ayat 96 yang bermaksud: “Sekiranya kaum itu beriman dan bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan bukakan pintu kerahmatan dan keberkatan di antara langit dan bumi…”?

Yakinkah anda dengan firman Allah taala di dalam surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu tolong perjuangkan agama Allah, nescaya pasti Allah akan menolong kehidupan kamu…”?

Bahkan banyak lagi ayat Allah taala, dan hadis Nabi SAW tentang bagaimana Allah taala dan Nabi SAW menekankan soal aqidah, keimanan, kepercayaan dan keyakinan kepada manusia. Hatta Nabi Muhammad SAW sedia maklum menekankan soal aqidah pada permulaan Islam kepada para sahabat r.anhum sebagai benteng utama untuk melayari kehidupan yang penuh dengan cubaan dan mehnah tribulasi. Apatah lagi kita pada hari ini. Lebih-lebih lagilah…

Hebat sangat ker kita hari ini, sehingga boleh memperkotak-katikkan nas-nas yang datang daripada Allah taala dan Hadis SAW? Sehingga boleh ketepikan dek kerana hawa nafsu yang melata, yang meluap, yang rakus kerana sifat keegoan dan bodoh sombong kita. Ada juga yang mendiamkan diri, tidak berkata-kata apa, kelu, bisu umpama Syaitan Bisu.

Golongan agamawan perlu sedar dan ingat serta insaf.. Ingat ! Bahan bakar api Neraka Allah taala adalah kebanyakkannya daripada manusia. Jangan kerana disebabkan oleh pengaruh jawatan, pangkat, kerjaya, anak isteri, keluarga, sehingga menyebabkan meninggalkan perjuangan Islam, mencipta pelbagai alasan untuk tidak memegang jawatan dalam organisasi Islam, takut untuk berada di hadapan menentang rejim kerajaan UMNO laknatullah..

Akhirnya, perlu ditekankan bahawa Syahadah adalah segala-galanya. Permulaan perkiraan dan perhitungan segala amalan kebaikan seseorang. Bercakap berdasarkan ILMU al-Quran dan as-Sunnah adalah lebih selamat dan benar serta betul…
posted by Abu Mus'ab @ 9:24 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::