:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

LARANGAN BERSEKUTU DENGAN YAHUDI DAN NASRANI
Khamis, April 22, 2010

Larangan Bersekutu Dengan Yahudi dan Nasrani

Firman Allah taala dalam Surah al-Maaidah, ayat 51 yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim."

Setengah ulama' mengatakan bahawa ayat ini diturunkan kepada 'Ubbadah bin Assomit r.a dan Abdullah bin Ubai bin Salul, ketua orang-orang munafik. Kedua-dua orang ini telah bertengkar di hadapan Nabi SAW tentang persahabatan mereka dengan orang-orang Yahudi.

Kata 'Ubbadah: "Saya mempunyai sahabat-sahabat daripada orang-orang Yahudi yang sangat ramai dan sangat kuat. Sekarang saya melepaskan diri kepada Allah dan Rasul-Nya dari terikat dengan mereka. Saya yakin tidak ada penolong bagi saya melainkan Allah dan Rasul-Nya jua." Kata Abdullah bin Ubai pula: "Tetapi saya tidak mahu melepaskan diri terikat dengan orang-orang Yahudi itu. Saya takut akan terkena bahaya. Dan bagi saya tak ada pengganti mereka itu."

Maka Nabi SAW pun berkata: "Hai Abal Habbab (gelaran Abdullah bin Ubai)! Tahukah engkau bahawa apa yang engkau pertahankan di hadapan 'Ubbadah mengenai perikatan mu dengan orang-orang Yahudi itu memang telah menjadi sebahagianmu?" Dijawab oleh Abdullah bin Ubai: "Jadi terima ketetapan itu." Lalu kemudiannya Allah turunkan ayat 51 ini.

As-Suddi pula meriwayatkan, katanya: "Tatkala berlaku 'Perang Uhud', ada sekumpulan orang-orang yang terlampau cemas dan mereka takut dibahayakan oleh orang-orang kafir. Oleh sebab itu, salah seorang yang beragama Islam telah berkata: "Saya akan mendapatkan si fulan orang Yahudi dan minta perlindungannya, kerana saya takut dibahayakan oleh orang-orang Yahudi." Seorang yang lain pula berkata: "Saya akan mendapatkan si fulan orang Nasrani dari penduduk negeri Syam, dan saya akan meminta perlindungannya." Maka Allah turunkan ayat ini.

Ahli-ahli sejarah mengatakan: Bahawasanya Nabi Muhammad SAW setibanya di Madinah, Baginda SAW telah menghadapi 3 golongan orang-orang yang kufur:

1- Satu golongan diajaknya berdamai, tidak perang-memerangi, tidak boleh berikat dengan sebarang golongan yang bakal memusuhi mereka. Termetrailah sudah perjanjian itu dengan mereka. Sekalipun golongan ini tetap dalam kekufurannya, namun darah dan harta benda mereka terletak dalam keamanan di bawah perjanjian tersebut. Mereka itulah orang-orang Yahudi di sekitar Madinah.

2- Satu golongan pula telah memerangi Baginda SAW dan terang-terang memusuhinya, sehingga berlaku beberapa banyak pertempuran dengan mereka. Mereka itulah golongan kaum musyrikin negeri Makkah dan suku-suku Arab di pelbagai negeri semenanjung tanah Arab.

3- Golongan yang ketiga, iaitu sekumpulan orang yang tidak mahu bersahabat dengan Nabi SAW dan tidak pula mahu memeranginya, hanya menunggu-nunggu di mana ada peluang yang baik, ke sanalah dia akan memihak, tetapi walau ke mana mereka memihak, pada lahirnya sahaja mereka bersahabat, sedang pada batinnya mereka memusuhi. Mereka itulah golongan yang dinamakan orang-orang munafik daripada orang-orang Arab suku Aus dan Khazraj yang tinggal di Madinah.

Ketiga- tiga golongan ini telah dihadapi dan dilayani oleh Nabi SAW mengikut petunjuk yang diperintahkan oleh Allah Taala kepada Baginda SAW. Adapun golongan yang mempunyai perjanjian damai dengan Nabi SAW itu ialah: orang-orang Yahudi suku Bani Qainuqa' yang tinggal di Madinah, suku Bani An-Nadhir yang tinggal di bandar Fadak (di sebelah Utara Madinah), suku Bani Quraidzah yang tinggal di dekat Fadak dan orang- orang Yahudi di abndar Khaibar (yang terlatak di antara Fadak dengan Madinah). Malangnya mereka telah melanggar perjanjian tersebut disebabkan kedengkian mereka dan hasutan orang- orang munafiq yang memperdayakan mereka, sehingga terpaksalah Nabi SAW memerangi mereka satu persatu, akibatnya ada yang terbunuh, ada yang ditawan dan ada pula yang dihalau ke negeri Syam.

Berbalik kita pada menghuraikan ayat 51 ini iaitu : Allah Taala menegah orang- orang mukmin semuanya, janganlah menjadikan orang- orang Yahudi dan Nasrani penolong dan pembantu kepada orang- orang yang betul- betul beriman dengan Allah dan Rasul- Nya. Larangan tersebut disebabkan orang- orang Yahudi tentulah akan bertolong- tolongan sesama Yahudi, begitu pula orang- orang Nasrani akan bertolong- tolongan sesama mereka, sebagaimana yang diterangkan oleh Allah Taala yang ertinya: "Sebahagian mereka menjadi pemimpin sebahagian yang lain."

Maka tidaklah mungkin orang- orang mukmin akan mendapat bantuan dan pertolongan dari mereka,terutama setelah jelas bahawa orang- orang Yahudi melanggar perjanjian yang dibuat antara mereka dengan Nabi SAW walhal tidak ada sebarang peperangan dimulakan ke atas mereka sebelum itu.

Tegahan ini dikuatkan pula oleh Allah dengan menyatakan: "Barangsiapa di antara orang- orang Islam menjadikan orang- orang Yahudi dan Nasrani itu pemimpin, yakni penolong, pembantu atau berikat dengan mereka selain dengan Allah, Rasul-Nya dan orang- orang mukmin sendiri, maka orang itulah termasuk di dalam golongan mereka."

Kerana tiap- tiap orang yang menjadikan seseorang itu penolong dan pembantu baginya, tak dapat tidak dia telah redha dengannya dan dengan agamanya. Maka sekiranya telah meredhainya dan juga agamanya, termasuklah ia dalam golongannya. Ketetapan ini merupakan peringatan kepada orang- orang mukmin supaya tidak mempunyai ikatan dengan orang- orang Yahudi, Nasrani dan sesiapa sahaja yang menentang Islam.

Dengan ini jelaslah pula bahawa berhubung, berikat, bekerjasama dan bantu membantu di antara dua golongan yang berlainan agama, sekiranya untuk menjaga maslahah keduniaan, dengan tiada niat atau usaha untuk menjatuhkan agama Islam, tidak termasuk dalam tegahan yang disebutkan oleh ayat ini.

Bererti jika orang- orang Islam membuat hubungan dengan orang- orang yang bukan Islam untuk tujuan yang mempunyai persamaan maslahah antara orang- orang Islam dengan mereka, dengan tidak ketepikan dasar dan matlamat Islam, tiadalah ditegah. Contohnya bersama menuntut keadilan dan menentang kezaliman.

Akhirnya Allah taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat (petunjuk) kepada kaum yang zalim." Orang- orang yang mempertuankan musuh- musuh orang mukmin adalah menzalimi dirinya sendiri, kerana dia telah meletakkan tanggungjawab bukan pada tempatnya. Oleh sebab itu dia tidak akan terpimpin ke jalan yang hak dan benar.
posted by Abu Mus'ab @ 11:26 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::