:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

IMAN YANG LEMAS
Selasa, Mei 11, 2010

Perlu menyedari bahawa kelemasan dan kelemahan serta kenipisan Iman di kalangan umat Islam di dunia ini adalah matlamat utama jentera musuh Islam, Zionis Yahudi dan Amerika. Mereka amat gembira apabila melihat anak-anak muda, samada lelaki dan perempuan, para remaja dan orang dewasa, termasuklah pemimpin-pemimpin negara, orang yang bergelar ulama’ menjadi khadamnya, kuli, serta hamba abdi mereka. Diperlakukan seperti binatang yang dicucuk hidung dengan tali dan diheret ke mana sahaja hendak pergi.

Kadang-kadang terfikir sejenak, kenapa umat Islam hari ini boleh jadi begini? Terutama orang Melayu yang berbaka Islam. Di kalangan pemimpin negara yang memerintah sekarang ini. Perlu diingatkan setiap manusia adalah pemimpin, terutama mereka yang memerintah kerajaan sekarang ini. Segala perilaku rakyat jelata, masyarakat adalah mencerminkan kepada pemerintahan kerajaan tersebut. Kerana itulah, pemimpin akan ditanya Allah taala tentang yang dipimpinnya kelak di akhirat.

Bercakap tentang Islam, Iman dan Ehsan. Saya terkejut apabila ada juga di kalangan mereka yang cerdik pandai, yang berstatuskan pengajar, boleh menolak ketentuan Allah taala di dalam al-Quran, menolak ketentuan Nabi Muhammad SAW di dalam Sunnahnya, menolak kata ulama’ akhirat yang merupakan pewaris para Nabi.

Inikah manusia yang diharapkan untuk membimbing dan mendidik pelajar-pelajar supaya menjadi insan yang berguna di masa akan datang? Perkara Islam, Iman dan Ehsan tidak boleh dipermain-mainkan. Bahkan diperlakonkan dengan watak-watak yang menyerupai syaitan dan iblis laknatullah.

Perlu diingatkan bahawa Islam, Iman dan Ehsan mempunyai hubungan yang amat rapat. Bahkan ianya TIDAK BOLEH dipisahkan antara satu sama lain. Sekiranya berpisah ia akan menghasilkan manusia yang curang dan menyeleweng dalam kehidupan ini.

Islam merupakan penyerahan diri kepada Allah taala dalam kehidupan di dunia ini. Penyerahan ini bermaksud bahawa manusia sanggup menyerahkan dirinya kepada Allah taala dalam menerima apa sahaja peraturan dan ketetapan yang telah ditetapkan kepadanya. Samada ketetapan dan peraturan tersebut melibatkan dasar kehidupan, akhlak, ekonomi, pendidikan, jenayah, sosial, kebajikan, perundangan, kehakiman, penikahan, perubatan dan seumpamanya. Sebab tulah, Allah taala mula-mula meletakkan syarat untuk menganut agama Islam adalah Mengucap Dua Kalimah Syahadah. Di sini asasnya. Pokok utamanya. Tunjang utamanya.

Menyebut tentang Iman pula, iaitu keyakinan yang tulus ikhlas dari jiwa yang suci terhadap ajaran Allah taala dan sanggup menerimanya dengan sepenuh hati. Manusia juga yakin setiap apa sahaja yang datang dari Allah taala, itulah yang TERBAIK bagi manusia. Tiada yang lebih baik melainkan apa yang datang dari Allah taala dalam semua sudut kehidupan. Bahkan kehidupan ini akan musnah serta hancur apabila manusia meninggalkan perintah Allah taala, samada yang melibatkan ekonomi, pendidikan, akhlak, kemasyarakatan sehinggalah kepada soal-soal kenegaraan iaitu pemerintahan.

Iman dan Amal merupakan dua perkara yang beriringan dan tidak berpisah walaupun berbeza dari segi ta’rif kerana Amal itu adalah hasil daripada Iman dan Iman pula tidak sempurna tanpa Amal.

Sesungguhnya yang diperkirakan adalah Iman, bukan akal fikiran yang sedang dipraktikkan secara jelas di kalangan penentang-penentang Islam masa kini. Mereka merasakan apabila memiliki aqal yang baik akan melahirkan perilaku yang baik . Ini adalah satu fahaman terbalik dan bercanggah dengan syariat Islam.

Sabda Nabi Muhammad Saw yang bermaksud: “Ketahuilah di dalam jasad manusia ada seketul daging, apabila ia baik, maka baiklah segala jasadnya, sekiranya ia buruk, maka buruklah jasad tersebut, Ketahuilah ia adalah HATI.”

Ehsan pula ialah manusia akan melaksanakan segala tuntutan dan perintah Allah taala dengan sesempurna mungkin bagi membuktikan ketundukkan serta kepatuhan kepada Allah taala. Amalan yang dilakukan itu sama, samada di masa orang ramai melihatnya atau pun tidak. Apa yang dilakukan bukannya untuk mendapat kepujian dan penghormatan dari manusia tapi apa yang dilaksanakan itu merupakan tanda tunduk dan patuh kepada segala perintah Allah, Tuhan yang mencipta langit dan bumi ini.

Yang berlaku hari ini, ada yang mementingkan kemestian menjaga akhlak, berbuat kebajikan dan kebaikan, mengenepikan Islam dan Iman. Ada juga yang tidak menekankan soal Iman, yang ditekankan adalah hal Ibadat berkait dengan Solat, Puasa, Zakat dan Haji. Padahal, konsep Syahadah yang sebenarnya yang mula-mula berada di dalam Rukum Islam diketepikan.

Apa-pun, perlu dingatkan sekali lagi bahawa Islam, Iman dan Ehsan mempunyai hubungan yang amat rapat. Bahkan ianya TIDAK BOLEH dipisahkan antara satu sama lain. Sekiranya berpisah ia akan menghasilkan manusia yang curang dan menyeleweng dalam kehidupan ini.
posted by Abu Mus'ab @ 9:58 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::