Wasiat Dalam Islam
Firman Allah taala di dalam Surah al-Baqarah ayat 132 yang bermaksud: "Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat Dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu Dalam keadaan Islam."
Nabi Ibrahim dan Nabi Yaakob alaihimassalam itu, masing-masing telah memberi wasiat sebagai amanah yang disampaikan kepada anak-anaknya sebelum ia menutup mata. Iaitu wasiat supaya berpegang teguh dengan agama Islam, selama hidupnya sehingga membawa kepada matinya, janganlah sampai bertukar agama, kerana Islam itulah agama yang telah dipilih oleh Allah untuk dianut oleh seluruh manusia.
Kesan dari ayat ini adalah anjuran berwasiat. Wasiat yang seperti ini adalah penting dan perlu setiap ayah memberikannya kepada anak-anaknya, kerana hubungan di antara anaknya adalah sangat rapat dan sangat erat, dan ia memberi kesan yang kuat di dalam jiwa anak-anaknya. Maka anak itu akan lebih mengambil berat dalam usaha menjalankan wasiat itu berbanding dengan orang lain. Dalam pada itu, anak itu adalah satu-satunya tempat meletakkan harapan ayah itu. Anaknyalah yang diharap untuk menyambung usaha yang telah terputus, dan melanjutkan tugas yang telah terhenti, supaya menjadi sebutan yang baik hingga turun menurun di belakang hari.
Sesungguhnya semahal-mahal pusaka yang ditinggalkan oleh seseorang itu, ialah wasiat-wasiatnya yang baik, sehingga dapat pula mengekalkan nama baiknya. Di dalam ayat tadi dinyatakan Nabi Ibrahim dan Nabi Yaakob alaihimassalam, masing-masing berwasiat kepada anak-anaknya agar berpegang teguh dengan ajaran Islam.
Ayat ini adalah rentetan daripada ayat yang sebelumnya, iaitu ayat 131 yang bermaksud: "Ingatlah ketika Tuhan berfirman kepadanya: "Islamlah engkau !" Jawabnya: "Saya telah menjadi orang Islam dengan mengikut perintah Tuhan seru sekalian alam." |
Hi, i think that i noticed you visited my website so i got here
to go back the desire?.I am attempting to find issues to improve my site!
I guess its adequate to make use of a few of your concepts!
!
my website Ohio Movers