:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

ORANG YANG SAFIH
Rabu, Mac 31, 2010

Orang Yang Safih

Firman Allah taala di dalam Surah al-Baqarah ayat 130 yang bermaksud: "Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya)."

Pada ayat yang bermaksud: "Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri". Sebabnya ayat ini diturunkan ialah kerana ada seorang pendeta Yahudi yang telah memeluk agama Islam bernama Abdullah bin Salam menyuruh 2 anak saudaranya, yang bernama Salamah dan Muhajir, supaya keduanya mengikutnya masuk Islam, seraya berkata: "Kita telah tahu bahawa Allah ada menyatakan di dalam Kitab Taurat: "Bahawasanya Allah membangkitkan seorang Nabi, bernama Ahmad, dari keturunan Nabi Allah Ismail alaihissalam. Siapa yang beriman dengannya, akan mendapat hidayat (petunjuk) dan yang ingkar, ia dikutuk."

Seruan ini telah disambut baik oleh Salamah, lalu ia pun masuk Islam. Sedang Muhajir pula sebaliknya. Dia tidak mahu menurut. Maka turunlah ayat ini tadi, yang mengatakan tujuannya iaitu: "Barangsiapa benci kepada Syariat Nabi Ibrahim, adalah 'safih' orangnya."

Orang Safih itu, ialah orang yang menganggap sepi sahaja terhadap kebenaran, atau juga disebut orang yang jahil, atau orang yang menunjukkan kelemahan akal fikirannya. Ayat ini mencela bukan hanya khas ditujukan kepada orang yang menjadi sebab turunnya ayat ini, seperti Muhajir tadi, tetapi ditujukan juga secara umum kepada orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani, juga kepada orang-orang Musyrik Arab. Mereka itu dicela, kerana mereka hanya pandai berbangga, masing-masing mendakwakan dirinya ada mempunyai hubungan keturunan dengan Nabi Ibrahim alaihissalam, ada berbaka konon dengan Nabi yang membawa Syariat (Agama) yang benar, tetapi tidak ditunjukkannya hubungan itu secara keimanan dan secara amalan yang sebenar-benarnya, malah membenci dan menjauhinya.

Dengan ayat ini, bolehlah kita mengambil, serupa halnya dengan kita umat Islam sekarang ini, di antaranya ada yang mengaku dirinya berasal Islam, berbaka Islam, kerana ibubapanya dan nenek moyangnya beragama Islam, tetapi dia sendiri tidak melakukan kewajipan-kewajipan yang diperintahkan oleh Islam, bahkan ia menganggap sepi dan meringan-ringankan, sehingga akhirnya menjadi liar dari Agama Islam. Maka orang sedemikian ini sifatnya Allah taala telah mencelanya sebagai orang yang Safih (bodoh dan kurang akal fikirannya).

Kemudian pada akhir ayat tadi, Allah taala telah menguatkan kebenaran Syariat Nabi Ibrahim alaihissalam itu dengan firman-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan Sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya)."

Justeru itu, janganlah kita menjadikan diri kita di kalangan mereka yang 'Safih'. Sekalipun kita telah ada PHD, MA, Sarjana Muda, Menteri, Wakil Rakyat, atau seumpamanya. Yang dilihat adalah Keimanan dan Ketaqwaan seseorang.
posted by Abu Mus'ab @ 9:37 PG  
1 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::