Makna Taasub Yang Sebenar
Sering saya mendengar dari orang UMNO, mengatakan bahawa orang PAS terlalu Ta'sub dan Fanatik. Sehinggakan fenomena ini termakan sama oleh kebanyakkan pendakwah-pendakwah agama yang kurang pendedahan tentang hal ini ditambah dengan kebebalan serta kejahilan mereka. Hinggalah perjuangan mereka dalam Islam terbantut disebabkan terpengaruh dengan fahaman ini.
Saya ingat, saya dah jelaskan hal ini dahulu. Baik, kali ini saya nak jelaskan sekali lagi kepada semua pembaca sekalian, samada PAS, UMNO, JIM, PKR, TABLIGH, jua muslimin dan muslimat sekalian.
Telah berkata Imam as-Syafe'i r.a dalam satu karangannya yang ringkas dalam Kitab Tazkirah as-Syafe'i, berkait dengan satu tuduhan terhadap beliau yang berbunyi: "Mereka berkata: "Engkau ta'sub". Imam as-Syafe'i berkata dengan tegas: "Tidak. Tidak ada ta'sub dalam beragama Islam dan beraqidah. Tanpa ragu-ragu aku telah setia kepada sebaik-baik imam dan sebaik-baik petunjuk. Apabila cintaku pada wali dikategorikan sebagai ta'sub, maka sebenarnya sesungguhnya sikap ta'sub itu pada hakikatnya ku tunjukkan hanya kepada hamba, orang yang berbuat kemungkaran".
Baik, jelas di sini. Sikap fanatik atau ta'sub hanya berada di kalangan mereka yang menyokong dan mendokong kejahatan, kezaliman, kehancuran dan kerosakan. Tiada istilah ta'sub atau fanatik kepada sesiapa yang hendakkan Islam, menyokong kepimpinan Islam dan Jemaah Islam. Bahkan WAJIB kita orang Islam menyokong dan mendokong Jemaah Islam dan kepimpinannya.
Dalam hal ini, jelas, menyokong dan mendokong PAS adalah WAJIB, manakala menyokong dan mendokong UMNO adalah TAASUB / FANATIK. Di Malaysia, parti PAS adalah parti yang memperjuang ISLAM secara keseluruhan. Memang, jika di masa akan datang, ada parti yang memperjuangkan ISLAM macam yang Nabi SAW perjuangkan, maka WAJIB kita bersama-sama dengan parti tersebut.
Siapa Kita Jika Nak Dibandingkan Dengan Imam as-Syafe'i Rahimahu Taala ??? Kalau yang bercakap itu, setakat hidupnya, makan dan minumnya dengan menggunakan produk Yahudi dan Amerika, dinasihatkan JANGAN memperlekeh, mengata dan mengeji para alim ulama. Kita sama-sama baiki diri sendiri. Permantapkan ilmu agama kita. Jaga makan minum terlebih dahulu...
Jangan ingat, bila dah jumpa satu ayat, tanpa kita meneliti tafsirannya, maka dah boleh nak menjadikan ayat tersebut sebagai "defender" kita. Sedangkan ayat al-Quran ada yang Muhkamat (Jelas) dan Mutasyaabihat (Samar-samar). Yang mana kedua-duanya hendaklah dirujuk kepada as-Sunnah dan Ijma' Ulama untuk memantapkan lagi pemahaman tentang isi al-Quran. |