Kempen boikot produk Yahudi dan Amerika kini bagaikan hampir-hampir berkubur tanpa nisan di kalangan umat Islam khususnya orang Islam di Malaysia. Tidak dinafikan, kesedaran dan sensitiviti ummah cukup tinggi terhadap isu yang melanda saudara seaqidah di seantero dunia, namun adakah cukup dengan laungan beremosi dan pelekat tanda sokongan bisu tanpa istiqamah dalam praktik? Lihat pula umat Islam sekarang ni. Masih ramai yang tidak segan-segan melangkah masuk dan memesan makanan di rangkaian pembiaya kelengkapan senjata pembunuh muslim Palestin seperti KFC, McDonald, Pizza Hut dan sebagainya. Tangan ringan sahaja membeli air Pepsi, Coca Cola dan yang semupama dengannya. Itu belum lagi disentuh bab pakaian, barangan dapur, alat solek dan sebagainya. Terlupakah kita pada hujaman peluru dan mortar yang membinasakan warga Muslim Palestin, Iraq,Afghanistan tanpa mengira tua, muda, wanita dan anak kecil? Kalau ada pun, tenggelam timbul dan terus lenyap dengan pelbagai ungkapan seperti "...alah, sekali sekala...",atau "...eh, betulkah produk ini tajaan Yahudi atau Amerika? Tidak pernah dengar pun!"
Kita seharusnya memahami bahawa setiap sen duit yang kita belanjakan untuk membeli produk Yahudi dan Amerika adalah ibarat menyediakan butiran-butiran peluru yang bakal membunuh saudara kita di Palestin. Sedarkah kita bahawa tindakan memboikot barangan mereka akan melemahkan sumber biayai kepada kezaliman mereka?Selain merealisasikan tuntutan amal seiring ilmu(tahu) dan iman, kempen yang diuar-uarkan satu ketika dahulu menggesa kepada kemajuan ekonomi ummah. Jelas, pada setiap barangan musuh, ada barang alternatif yang kini boleh dijadikan pilihan. Dan sekian banyak produk-produk baru, semua itu, muncul atas kesedaran pengusaha Muslim demi memenuhi keperluan umat Islam.
Tetapi, mengapa masih ramai di antara kita yang bagaikan tidak menyedari bahkan mereka merasa lebih mudah untuk memberi alasan daripada melaksanakan praktikal boikot. Biasa kita mendengar alasan yang secara nyata menunjukkan lemahnya mujahadah kita seperti ' barang alternative tidak dijumpai ','barang alternative tidak serasi dengan citarasa dan keperluan'.
Kita barangkali tidak mampu memikul senjata atau bersama-sama saudara kita berjihad di bumi mereka yang cabuli musuh Islam. Tetapi malangnya kita juga memberi saham membantu musuh membunuh nyawa mereka.Kita lupa bahawa sokongan dan praktik secara sungguh-sungguh terhadap kempen boikot merupakan salah satu strategi Jihad membantu memenangkan perjuangan Islam sebagaimana yang pernah berlaku di zaman Rasulullah Sollallahu `alaihi wasallam, junjungan kita.Benar, melaksanakan suatu kebaikan bukan semudah menulis ABC. Ditambah pula dengan hawa nafsu yang bukan mudah untuk dikekang. Namun kesedaran diri harus dijana agar mujahadah dapat ditingkatkan.
Sememangnya Syurga yang tidak ternilai di akhirat kelak tidak dijual dengan harga yang murah. Ingat setiap sen kita ada CAGARAN darah dan perjuangan ummah!
|
zzzzz2018.7.19
nike huarache
jordan shoes
nike factory outlet
golden goose
nike soldes femme
pandora jewelry
michael kors outlet online
ralph lauren outlet
nike outlet
off white jordan 1