:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

BOIKOT : Kenapa Kita MESTI Boikot
Sabtu, Julai 01, 2006
Allah taala berfirman di dalam Al-Quran dalam Surah Hud ayat 113 yang bermaksud: " Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, yang menyebabkan kamu akan disentuh api neraka ".

Di dalam Tafsir Al-Munir karangan Dr. Wahabah az-Zuhailiy,lafaz "Janganlah kamu cenderung" ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran. Antaranya ialah larangan berkasih-sayang, redha dengan perbuatan mereka, meminta pertolongan daripada mereka dan juga membantu mereka memperkukuh kezaliman mereka.

'Embargo' atau dengan istilah lainnya memboikot barangan Yahudi dan sekutunya merupakan 'mafhum muwafaqah' yang dapat diambil dari maksud Nas Al-Quran di atas. Orang -orang Yahudi dari zaman dahulu lagi sememangnya terkenal dengan bangsa yang zalim dan melampaui batas. Ia banyak diceritakan di dalam al-Quran dan realitinya dapat dilihat dengan jelas di pentas dunia dahulu dan sekarang ini.

Di dalam surah Al-Isra` ayat 4, Allah taala berfirman yag bermaksud : " Dan Kami menyatakan kepada Bani Israal di dalam kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi(Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang melampau ".

Di dalam tafsir yang sama dinyatakan kerosakan pertama yang dilakukan ialah menentang hukum Taurat, membunuh Nabi Syu'ja dan memenjarakan Irmia iaitu seorang pendakwah dari Bani Israil. Manakala kerosakan kedua ialah membunuh Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan percubaan membunuh Nabi Isa.

Realiti kezaliman bangsa Yahudi pula dapat dilihat menerusi pencerobohan mereka ke atas negara umat Islam Palestin.Rumah mereka diruntuh, yang menentang ditangkap dan lebih kejam dibunuh. Anak-anak yang tidak berdosa kehilangan bapa dan keluarga dan adakalanya nyawa dek kerakusan mereka menceroboh tanah milik umat Islam.

Selain itu,bangsa Yahudi juga bertanggungjawab merancang kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniah yang merupakan Khilafah Islamiyah yang terakhir. Sejarah pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Syatilla, manipulasi pasaran ekonomi dunia, melanggar perjanjian damai dan banyak lagi kezaliman yang menjadi bukti kerakusan golongan Yahudi sepertimana yang tertulis dalam Al-Quran.

Selaku umat Islam yang berpegang teguh dengan ajaran Islam sepatutnya mempunyai sensitiviti atau kesedaran yag tinggi apabila melihat saudara seagamanya ditindas. Lumati hadis Nabi Rasulullah Sollallahu `alaihi wasallam yang bermaksud : " Barangsiapa dikalangan kamu melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan (kekuatan), jika ia tidak mampu maka cegahlah dengan lisan (lidah) dan jika tidak mampu juga maka cegahlah dengan hatinya (membencinya). Ketahuilah bahawa ia adalah selemah-lemah iman ". (Sohih Muslim:hadis 78)

Memboikot barangan Yahudi tersenarai di antara usaha yang disifatkan sebagai "maka hendaklah dia mencegah dengan tangan" dan membantu melemahkan kuasa ekonomi Yahudi. Walaupun nampak mudah namun ianya merupakan satu sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin. Ia bertepatan dengan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Prof. Dr. Yusof al-Qardhawi yang menyatakan : " 1 rial(ringgit) untuk produk Amerika Syarikat (Yahudi), sama dengan 1 peluru untuk tubuh saudaramu di Palestin ". Beliau menggesa umat Islam di serata dunia agar tidak membeli barangan Yahudi dan sekutunya.

Seterusnya mari kita meneliti firman Allah taala dalam surah al-Jaathiyah ayat ke 19 yang bermaksud: " Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu sebahagiannya menjadi pembantu kepada sebahagian yang lainnya. Dan Allah taala itu menjadi pembantu kepada orang-orang yang bertaqwa".

Sekiranya kita tidak memboikot dan berterusan membeli barangan buatan Yahudi dan sekutunya, bukankah kita tergolong di kalangan orang yang zalim seperti yang dinyatakan di dalam firman Allah taala di atas?

Tidakkah kita mengetahui setiap pelaburan kita membeli barangan buatan mereka itu mengundang 1001 bencana kepada umat Islam itu sendiri? BUkankah kita pernah mendengar gerakan-gerakan yang dirancang puak kuffar yang didalangi Yahudi seperti Freemansory, Kristianisasi, Orientalisme, Zionisme dan pelbagai lagi sumber ekonominya berpunca dari barangan yang kita beli?

Jika sudah tahu, mengapa ingn terus membeli? Marilah kita amati kalam Imam al-Ghazali di dalam tulisan beliau "Ayyuhal Walad" yang bermaksud :" Beramallah semahumu, sesungguhnya kamu akan diganjari mengikut apa yang kamu kerjakan" Jika baik amalan yang kita kerjakan maka kebaikanlah yang akan kita perolehi dan sekiranya kerosakan yang kita kerjakan maka nantikanlah saatnya. Sesungguhnya kejahatan akan menanti di sana...
posted by Abu Mus'ab @ 2:21 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::