:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

Boikot Satu Senjata Masa Kini
Rabu, Jun 14, 2006
Tindakan biadap Israil terhadap bumi Palestin telah mendapat pelbagai respon daripada kalangan umat Islam terutamanya ulama-ulama dan tokoh-tokoh Islam yang terkenal.

Mereka mendukung kemestian pemboikotan barangan dan produk-produk Israil dan Amerika, bahkan mengeluarkan fatwa atas sebab kejahatan yang mereka lakukan di bumi Palestin antaranya Dr. Abdul satar Fathullah Said, Dr. Yusuf Qardhawi, Dr. Nasir Farid Wasil (mantan Mufti Mesir), Dr. Muhammad Imarah (Pemikir Muslim Dunia), Dr. abdul Hamid Ghazali (pakar ekonomi dan politik Islam) dan juga ditandatangani tidak kurang dari 70 ulama Sudan dan Negara-Negara Islam lainnya, sebulat suara mewajibkan pemboikotan barangan dan produk Imperialis Israil dan Amerika Syarikat.

Boikot bermakna berhalatuju kepada pemulauan atau enggan mengadakan sebarang bentuk perhubungan dengan orang, Negara atau sesebuah pertubuhan. Spesifiknya pada kali ini pemboikotan terhadap ekonomi Israil.

Setiap muslim perlu berperanan teguh supaya dapat menahan daripada membeli apa saja keperluan harian terutama jenis makanan yang boleh menyumbangkan sumber ekonomi kepada Israil. Bentuk gerakan yang paling sederhana sebegini adalah dengan tidak membeli barangan dan produk buatan Amerika dan Yahudi atau sekutunya yang memang dikenali dari jaringan kedua Negara itu.

Mengapa Amerika dan sekutunya juga perlu diboikot sama? Ini kerana, Negara-Negara ini secara ‘istiqamah’ menjalankan aktiviti yang bijak bagi membantu Israil secara bermati-matian. Baik dari segi kewangan, ketenteraan dan juga politik.

Misalnya, pemboikotan terhadap barangan jualan runcit Syarikat Nestle, yang mempunyai syer sebanyak 50.1% dari saham pembuatan makanan Israil, Osem Investment. Pada Disember 2000, syarikat ini telah mengumumkan akan melabur bermilion-milion dolar untuk membina pusat R&D baru di Israil.

Tambahan pula penganugerahan tertinggi akan diberikan kepada mana-mana perusahaan dari Negara Israil dalam ‘Jubilee Awards’. Tujuannya adalah untuk menghargai tokoh-tokoh dan perusahaan atas usaha terbaik dalam menyumbangkan kepada ekonomi Israil, melalui penanaman modal dan hubungan dagang.

Pembaca yang dikasihi Allah, tidak tersembunyi daripada kalian apa yang menimpa umat kita kebelakangan ini. Konspirasi Negara zalim Amerika dengan rejim Imperialis Yahudi-Israil telah merampas tanah suci kita, membantai anak-anak orang Islam di bumi Palestin, mengepung rakyatnya dan mengisytiharkan perang kepada mereka di setiap media visual ataupun audio melalui legalitasi antarabangsa yang mereka kuasai.
Lantaran itu, wajib bagi umat Islam tampil mengambil peranan menghadapi persoalan umat ini dengan menggunakan pelbagai saranan dan usaha yang termampu mungkin, terutama aksi pemboikotan barangan dan produk-produk Amerika dan Israil.
posted by Abu Mus'ab @ 1:53 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::