:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

ANCAMAN BAGI MEREKA YANG KEDEKUT
Rabu, Jun 23, 2010

Ancaman Bagi Mereka Yang Kedekut

Firman Allah taala di dalam Surah al-'Imran ayat 180 yang bermaksud:

"Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahan-Nya, menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka, bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalungkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari Qiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan."

Pada ayat-ayat yang terdahulu, ada dijelaskan galakkan agar berjihad dengan mengorbankan nyawa atau berperang pada jalan Allah taala, dan setiap mujahid atau pejuangnya diberi upah dengan mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah taala serta dapat memasuki Syurga-Nya.

Maka pada ayat ini, disarankan pula oleh Allah supaya seseorang itu suka berjihad dengan mengorbankan harta bendanya, yang mana kesayangannya terhadap harta itu hampir setaraf dengan kesayangannya terhadap nyawa. Lalu diterangkan di sini ancaman-ancaman Allah kepada orang yang kedekut atau bakhil terhadap hartanya.

Allah taala memperingatkan kepada orang-orang yang telah dikurnikan dengan harta kekayaan janganlah bersikap bakhil iaitu kedekut. Mereka dituntut mengeluarkan zakat hartanya / bersedeqah sebagai tanda mensyukuri nikmat-nikmat Allah. Keengganan mereka mengeluarkan zakat/ bersedekah inilah yang dimaksudkan "bakhil" dalam ayat ini, bererti tidak mahu berterima kasih kepada Allah, iaitu sikap yang tidak selayaknya dilakukan oleh orang-orang yang berakal.

Allah taala menggelarkan mereka "bakhil" kerana mereka tidak mahu mengeluarkan zakat yang diwajibkan dan tidak mahu mengorbankan harta kekayaannya kepada mereka yang berkenaan dan keadaan yang tertentu. Berjuang dengan mengorbankan harta benda adalah sama juga dengan berjuang yang mengorbankan nyawa. Dan sikap kebakhilan mereka kerana enggan mengeluarkan zakat harta/ bersedeqah, janganlah disangka dapat mendatangkan kebaikan atau keuntungan. Tidak sekali-kali.

Allah taala telah menafikan keadaan tersebut dengan firman-Nya yang bermaksud: "Bahkan ianya adalah kejahatan bagi mereka." Kemudian Allah taala mengancam mereka dengan firman-Nya yang bermaksud: "Nanti akan digantungkan di leher mereka, apa yang mereka bakhilkan, pada hari Qiamat."

Allah taala akan menjadikan harta benda yang mereka bakhilkan itu dengan satu kalung atau belenggu atau rantai yang terlilit di lehernya untuk dipikulnya sebagai seksa yang mesti diterimanya dengan tidak dapat sekali-kali untuk menolaknya. Ini membuktikan bahawa seksa ke atas orang yang bakhil, kedekut pasti berlaku yang tidak dapat disangkalkan lagi.

Imam Mujahid berkata: "Maksud ayat tersebut ialah, orang-orang yang bakhil itu akan dipaksa memikul jenis harta yang dibakhilkannya pada hari Qiamat sebagai balasan mereka sehingga mereka tidak berdaya memikulnya."

Setengah Ulama ada menyatakan: "Balasan memikul itu benar-benar berlaku yang mendatangkan penyeksaan kepada mereka yang bakhil, iaitu harta mereka dijadikan ular yang membelit di leher mereka."

Imam Bukhari dan an-Nasa'i telah meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad saw telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang dikurniakan Allah taala dengan harta kepadanya tetapi tidak dikeluarkan zakatnya (bersedeqah), dijadikan-Nya harta itu seekor ular bernama Syuja' Aqro' yang mempunyai dua titik hitam di atas mata melingkari di lehernya pada hari Qiamat. Ular itu mematuk kedua-dua rahangnya (pipinya) seraya berkata: Akulah hartamu, akulah simpananmu, kemudian dibaca oleh Nabi saw akan ayat ini."

Akhirnya, Allah taala menegaskan bahawa isi langit dan bumi itu hanya Allah jua yang punya, maka segala harta yang ada di sana akan berpindah-pindah tidak akan berkekalan dipegang oleh tangan seseorang, bahkan berganti-ganti pemiliknya dari seorang waris kepada seorang waris yang lain, akhirnya waris tersebut akan mati juga, hanya Allah taala jualah yang berkekalan mewariskannya.

Oleh sebab itu, apalah perlunya mereka bersifat bakhil, tidak mahu membelanjakan hartanya ke jalan yang diredhai Allah taala. Setiap kurnia dan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, baik yang merupakan harta, mahupun yang merupakan pangkat, atau kekuatan, tidaklah patut ditahan, dipeti sejukkan atau didiamkan begitu sahaja, kerana lama-kelamaan semuanya itu akan fana' dan akan fana' pula orang-orang yang memilikinya, maka hendaklah kita pergunakan nikmat yang kita miliki itu ke tempat yang selayaknya.
posted by Abu Mus'ab @ 12:30 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::