Orang Islam Yang Jahil
Saya teringat akan satu seminar yang saya hadiri. Seminar yang dihadiri oleh kebanyakkan para ulama', bukan ulama' dunia, para intelektual, turut sama adalah mereka di kalangan yang tidak berpendidikan tinggi. Apa yang manarik dalam ucapan panelis yang berhujjah dengan ketinggian ilmu masing-masing, saya tertarik akan ucapan seorang Ulama' yang menyatakan bahawa
"Musuh ISLAM ada 2 golongan, yang pertama adalah Orang Bukan Islam, iaitu Kafir Harbi. Adapun yang kedua adalah Orang Islam Yang Jahil Dalam Hal Agama."Tersentak pemikiran saya ketika itu. Cuba menyelami dan mendasari kata-kata tersebut. Bagi saya, jelaslah betul kata-kata tersebut. Betul apa yang diutarakan oleh
al-Marhum as-Syeikh Sya'rawi rahimahullahu taala dengan katanya: "Orang ISLAM hari ini begitu berbangga dengan Anutan Islam dan Keturunannya, Tetapi mereka MURTAD dari sudut pengamalannya." Walaupun dia memiliki sijil Sarjana Muda, Sarjana dan PHD dalam bidang al-Quran, Syariah, Usuluddin dan sebagainya. Dengan kejahilan dan ketidak fahamannya sehingga menyebabkan ramai orang yang mengikutnya turut jahil dan sesat.
Perkara sedemikian rupa berlaku dalam arena kehidupan kita seharian pada hari ini. Bagaimana orang Islam hari ini menganggap bahawa Syariat Islam hari ini dijadikan sebahagian daripada cara hidup. Bukan Syariat Islam yang menguasai dan mengawasi seterusnya menjadi sebagai panduan dalam semua aspek kehidupan manusia seharian, bermula bangun tidur sehinggalah urusan pemerintahan negara.
Seumpama hari ini, peristiwa bersejarah Islam dalam bulan Rejab ini adalah Kisah Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad saw. Sekian lama saya melihat, peristiwa ini hanyalah menjadi setakat Perayaan dan Sambutan semata-mata. Tidak yang sepatutnya, untuk dijadikan sebagai panduan dan pengiktibaran di sebalik pelbagai kejadian yang Nabi Muhamad saw lalui bersama Malaikat Allah Jibril a.s. Untuk umat Nabi saw terdahulu, terkini dan akan datang, mudah-mudahan mengambil dan menjadikannya sebagai galakkan dan ancaman dalam kehidupan seharian. Hari ini, peristiwa ini hanya menjadi sebagai pelepas syarat, agenda tahunan pusat agensi dan jabatan kerajaan negeri dan pusat, khususnya kerajaan
BN/ UMNO laknatullah ini.
Tak terkecuali juga, mereka yang ahli agama tetapi penakut, pengecut, dan bisu untuk menyatakan kebenaran. Mereka hanyalah menjadi batu pelekong, yang tak ubah, seumpama lembu yang dicucuk hidungnya dan ditarik ke sana dan ke sini, mengikut hala dan tunjuan yang menariknya. Bodohnya ahli agama ini. Dengan alasan yang dikemukakan, sedikit pun tidak menunjukkan yang dirinya tidak bersalah dan berdosa, bahkan merasakan dirinya berada di pihak yang benar dan betul, yang akhirnya Allah taal mencabut sifat keyakinan, kepercayaan dan keimanan dalam dirinya terhadap Kebesaran dan Kekuatan Allah taala.
Jahil lah sebab utamanya. Penyebab berlakunya Jahil itu, amat banyak.
Mudah-mudahan Allah taala memelihara Iman, Keyakinan dan Kepercayaan kita terhadap Kekuasaan dan Kebesaran Allah taala ke atas segala sesuatu ciptaan-Nya.Akhirnya, saya nak mengajak teman-teman sekalian, memahami dan mendalami serta beramal dengan ketentuan dan ancaman ayat Allah taala ini di dalam Surah al-Imran ayat 185 yang bermaksud:
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."Allah taala menegaskan bahawa setiap makhluk yang bernyawa ciptaan-Nya akan merasai mati. Tidak ketinggalan kita juga. Persoalannya, yang pernah dibangkitkan oleh Sayyidina Ali r.a, apakah bentuk persiapan dan pembekalan kita untuk menghadapi kematian tersebut, dan juga mampukah bekalan yang kita ada sekarang, mampu mensejahterakan dan menyelamatkan kita daripada mendapat azab di alam Barzakh (kubur) dan alam akhirat.
Allah taala ada menyebut
"dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu" yang membawa kepada penjelasannya iaitu setiap amal samada baik atau buruk, bakal diberikan upahnya masing-masing pada hari Akhirat kelak. Malahan kengkadang di dunia ini pun ada mereka yang telah mendapat upahnya dengan tanpa penangguhan, samada upah yang baik atau yang buruk, dengan tempoh yang cepat ataupun lambat.
Kemudian Allah taala menerangkan keadaan orang yang berjaya dan selamat, dengan tafsiran firman-Nya menyatakan orang yang dapat menghindarkan dirinya dari terkena seksa lalu berusaha untuk memperoleh pahala, berjayalah ia. Makna di sini, sebelum dapat mengalahkan nafsu kebinatangan manusia yang sentiasa mengajak manusia ke neraka, maka selama itu sukarlah bagi manusia itu untuk memasuki Syurga, dan dengan demikian sukarlah baginya selamat dan memperoleh kejayaan.
Akhirnya, Allah taala menyatakan bahawa
"Tidak lain kehidupan dalam dunia ini hanyalah merupakan mata benda yang memperdayakan." Sesungguhnyan kelazatan hidup yang lahir (zahir) seperti makan minum, dan bergembira, begitu pula kelazatan hidup yang batin seperti kekuasaan, ketinggian pangkat dan kekuasaan, semuanya itu dapat memperdayakan manusia.
Manusia yang sedang menikmati kelazatan-kelazatan hidup yang sedemikian itu biasanya akan terlena, hanyut dibawa oleh arus kelazatannya, asyik dengan menuruti hawa nafsu dan seleranya. Kita, umat Islam mesti menyedari bahawa semua kelazatan dan kemewahan hidup itu tidak dapat dijamin boleh memberikan kepuasan sepenuhnya. Jika diturutkan kemahuan nafsu, sememangnya nafsu itu tidak mengenal puas selama-lamanya. Kerana setiap kali ia merasakan kelazatan dan kemewahan, dicarinya lagi dan tambahannya. Dan setiap kali ia mengecapi kemewahan, dicarinya lagi hingga tidak ada kesudahan.
Ayat ini mengingatkan kita, selaku orang Islam, apatah lagi berlata belakangkan agama, berpendidikan tinggi, tikamana menikmati kelazatan hidup dan kemewahannya janganlah lalai dari kewajipannya, jangan lupa akan kedudukannya sebagai manusia yang mesti memperlengkap dirinya dengan serba-serbi ilmu pengetahuan, bukan hanya satu ilmu sahaja, dan menghiasi dirinya dengan akhlak yang mulia serta budi pekerti yang tinggi. Kerana manusia itu bukanlah jenis haiwan ataupun binatang yang mudah diperdayakan oleh kelazatan atau dikalahkan oleh sebarang kemewahan dunia, melainkan dia di kalangan mereka yang tidak beriman, yakin dan percaya kepada ketentuan, kebesaran dan kekuasaan Allah taala, khusus Pembela, Penyokong, Pendokong Tegar
UMNO APCO laknatullah..