Orang Fasiq
Firman Allah taala dalam Surah al-Baqarah, ayat 99 yang bermaksud: "
Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada engkau beberapa ayat yang jelas-jelas dan tiadalah yang menyangkal akan ayat itu selain daripada orang-orang yang fasiq."Maksud beberapa ayat yang jelas-jelas di sini, iaitulah segala peraturan-peraturan yang menjadi penerangan bagi umat manusia, mana yang halal dan mana yang haram. Begitu juga undang-undang dan hukum-hukum sudah pun jelas. Semuanya ini tiada dapat diingkari kecuali oleh orang-orang yang fasiq (melanggar perintah Allah taala).
Apa yang berlaku pada hari ini adalah, ada segelintir kumpulan, puak, atau parti yang merasakan ada undang-undang lain, sumber rujukan lain yang terbaik, ada alternatif yang sesuai dengan keadaan semasa untuk menangani segala masalah-masalah yang berlaku ke atas umat manusia di tempat kita. Yang mampu menyelesaikan segala pertelingkahan yang berlaku di kalangan bangsa di Malaysia ini.
Sememangnya fahaman ini adalah fahaman yang akan menyemarakkan lagi bala Allah taala ke atas kita semua pada hari ini. Jika tidak dibendung dan tidak diatasi fahaman-fahaman ini, tidak mustahil, masyarakat yang berada di negara kita ini akan semakin susah dan mengalami pelbagai bentuk musibah.
Apa tak ketidaknya, lihat kepada apa yang berlaku sekarang, cuaca yang tidak menentu, panas kemarau yang melanda, diiringi dengan angin yang meniup yang menambahkan rasa bahangnya kepanasan tersebut.
Ditambah pula, dengan gejala membuang anak yang kritikal, hasil daripada perbuatan keji Zina yang berleluasa. Yang akhirnya, mendatangkan perasaan malu di dalam sanubari wanita yang melahirkan anak tersebut. Ini semua kerana tiada pengawasan yang sewajarnya oleh kerajaan yang diamanahkan untuk memberi bimbingan dan didikan agama yang khusus kepada para remaja ini. Yang sedia maklum, yang terlibat dalam gejala ini adalah kebanyakkannya adalah di kalangan remaja Melayu.
Justeru itu, berdasarkan kepada apa yang berlaku, dan apa yang telah terjadi, dan yang akan terjadi, kesan dari panduan yang telah dinyatakan oleh Allah taala, samada melalui al-Quran dan as-Sunnah SAW, maka sewajarnya, kepada semua pihak, terutama golongan ustaz, ustazah, hafiz, hafizah, mufti-mufti, pegawai agama, dan menteri agama agar dapat merenung, membuat tindakan yang sebaiknya, melihat kembali, sejauh manakah penyebaran dakwah dalam membasmi segala gejala sosial yang berlaku pada hari ini.
Ingat akan amanah Allah taala yang telah diberikan oleh-Nya kepada kita semua, adakah setakat kita melabelkan diri kita sebagai 'Manusia Suci', atau 'Insan Suci'. Bersedap-sedap di dalam rumah yang besar, memandu dengan kereta yang besar, memiliki harta yang setiap bulan dikumpul untuk persedian di masa tua... Inikah yang Allah taala harapkan kepada golongan agamawan ini ?
Akhirnya, mudah-mudahan kita semua tidak tergolong di kalangan mereka yang Fasiq...
We are a gaggle of volunteers and starting
a brand new scheme in our community. Your web site provided us with
helpful information to work on. You have done a formidable activity and our entire group will
probably be grateful to you.
My site :: similar web page