Bagan Pinang
TELUK KEMANG; Memang kekalahan PAS dalam PRK Bagan Pinang telah diduga. Tetapi tidaklah dijangka sampai tahap ini. Ingat nak post artikel sebelum naik offshoare lagi, tapi tak sempat. Kerana terlampau letih. Dengan kemenangan UMNO ini sememang cukup membuktikan bahawa tindakan jijik dan mainan kotor telah berjaya menakutkan semua pengundi di Bagan Pinang. Saya berkebetulan sempat membawa Perayu Undi di kalangan muslimat PAS di UPU Teluk Kemang ke rumah sasaran. Pada waktu paginya di rumah orang Melayu manakala di waktu petangnya di rumah orang Cina. Menyentuh hal respon, confirm orang Melayu kat Teluk Kemang ni 'Penakut', sampai tahap tidak mahu membuka pintu untuk menerima kunjungan kami. Ada satu rumah itu, memek muka berubah menjadi bengis apabila melihat kami datang. Kenapa tak nya... Rupa-rupanya ada 'anjing-anjing' UMNO sedang memerhatikan mereka daripada jauh. Takut tak dapat duit bantuan dan seumpamanya. Satu makcik tu menyebut dengan perasaan bangga; "Dalam rumah makcik ada 10 orang pengundi UMNO, semuanya anak-beranak makcik". Manakala orang Cina menerima dengan hati yang terbuka. Sungguh banyak taktik kotor UMNO dalam PRK kali ini. Tak perlu saya sebutkan di sini, rasanya sahabat-sahabat dah sedia maklum. Ingatkan zaman yang penuh dengan teknologi canggih hari ini, masjid ada, surau ada, dah takda orang yang berbangga kerana dia sokong UMNO, rupanya ada lagi. Yer, ini mungkin pemahaman agama di kalangan penduduk kampung amat tipis, sehinggakan tidak tahu membezakan yang mana baik atau jahat. Ini tak lain tak bukan, ni adalah silap kerajaan UMNO/ BN yang ada hari ini. Pemimpin mereka amat berdosa besar, bahkan sesungguhnya mereka telah kufur. Habis, jalan penyelesaiannya. Harapan saya selaku Presiden Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Pusat kepada pelajar lepasan al-Azhar yang bekerja, yang tinggal, yang dah kahwin, agar memberi kefahaman yang sesungguhnya tentang Aqidah Islam ini kepada penduduk Bagan Pinang ini khusunya dan semua penduduk di Negeri Sembilan amnya. Ini adalah tanggungjawab anda semua. Ini adalah Amanah anda semua. Saya melihat ramai lagi yang tidak faham akan Islam ini. Yang mereka hanya tahu adalah Solat, Puasa, Zakat dan Haji. Terus terang saya katakan, bagi mereka yang tahu akan hakikat Islam yang sebenarnya, tetapi mereka buat-buat lupa, mereka takut hilang kerjaya, maka sesungguhnya Ibadat Puasa yang telah mereka kerjakan sebelum ini sia-sia sahaja. Akhirnya, marilah kita sama-sama bekerja untuk kepentingan Islam, bukan kerja semata-mata untuk mengkayakan diri, dan seumpamanya. Wallahu a'lam. |