Antara Bala Bencana Dan Aurat Perempuan
Firman Allah taala yang bermaksud: "Telah zahir bala bencana samada di darat dan di lautan yang disebabkan oleh tangan-tangan manusia, berlakunya yang demikian agar manusia menyedari kesalahan yang mereka yang lakukan dan mudah-mudahan mereka kembali (insaf) kepada Allah taala.
Sedang sekarang ini berlakunya bala bencana yang semakin hari semakin meningkat, dengan Gempa Bumi yang berlaku di Padang, Sumatera, dengan Thunami di Samoa, dengan Taufan Parman selepas Ketsana di Filipina dan Vietnam, dengan Banjir Lumpur di Italy, dengan Ribut Debu Merah di Sydney, dengan Penyakit Influenza A (H1N1) dan terkini Influenza (ILI) di Malaysia, maka perlulah disedari bahawa ini adalah ketentuan Allah taala, bahkan ia merupakan tanda-tanda yang dunia ini sudah semakin tua, dunia sudah sampai ke penghujungnya, inilah tanda-tanda dunia dah hampir Qiamat.
Menyebut tentang Aurat Perempuan. Saya berpandangan dan berpendapat bahawa Bala Bencana yang menimpa masyarakat di dunia sekarang ada kaitannya dengan Aurat Perempuan. Dengan terdedahnya aurat perempuan yang melampau batas, tidak terjaga, tidak terurus, dengan memakai pakaian yang nipis, yang kecik, yang sendat, yang menampakkan tubuh badan perempuan tersebut, maka turunlah bala Allah taala ini.
Lihatlah kepada para pembaca berita perempuan, samada TV1, TV2, TV3, Awani, Bernama dan seumpamanya, dalam keadaan mereka membaca berita tersebut, tanpa disedari mereka telah menjadi bahan api yang menyemarakkan lagi api yang sedang marak menyala. Mereka menjadi antara penyebab yang menyebabkan turunnya bala Allah taala itu. Sedarlah wahai pembaca berita perempuan sekalian, tau tak? Andalah antara penyebab turunnya bala Allah taala ini. Janganlah nak menafikannya.
Kalaulah anda semua betul-betul sayangkan orang Islam yang berada di Malaysia ini, sayangkan kanak-kanak yang masih kecil, ibu-ibu yang sedang mengandung dan menyusukan anak mereka, sayangkan warga emas yang dahagakan kasih sayang anak-anaknya, sayangkan keamanan dan ketenteraman yang ada sekarang, MAKA pakailah tudung labuh, pakailah stokin, pakailah baju yang tebal sedikit, pakailah pakaian yang tidak men'fit'kan tubuh badan anda, jagalah batas-batas pergaulan anda dengan lelaki yang bukan muhrim, dan belajarlah ilmu agama. Jangan sombongkan diri anda, jangan keraskan kepala anda, jangan keraskan hati anda, jangan egokan diri anda dan janganlah memperkecilkan seseorang yang mengajak anda ke arah kebaikan untuk mendapat pahala.
Sesungguhnya hal ini bukanlah tertumpu kepada pembaca berita perempuan sahaja, bahkan tertumpu kepada semua perempuan Islam yang sudah aqil baligh, bermula yang berumur 9 tahun sampailah ke tua. Termasuk isteri para menteri, para pemimpin dan seumpamanya.
Sekiranya kita inginkan ketenteraman dan keamanan dan keselamatan daripada bala bencana Alla taala ini, maka kembalilah kepada hukum hakam Allah taala, Syariat Allah, Al-Quran, as-Sunnah dan mengguna pakai kata para alim ulama.
Mudah-mudahan kita semua mendapat nusrah Allah taala, sama-sama elakkan diri kita daripada menjadi bahan api Neraka Allah taala. Wallahu A'lam. |