:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

BEZA ANTARA SEBATAN ISLAM DAN SEBATAN CIVIL
Rabu, Oktober 07, 2009

Beza Sebatan Islam dan Civil


Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan mempertahankan keputusannya mengenakan hukuman sebat ke atas seorang wanita Islam, Kartika Sri Dewi ekoran kesalahan meminum arak dilihat sebagai usaha mempertahankan kreadibiliti undang-undang Syariah.

Mengulas perkembangan tersebut, seorang peguam Syari'e di Pahang, Abdullah Abdul Karim berkata ketegasan hakim tersebut sangat dialu-alukan dan ia bukti menunjukkan Mahkamah Syariah Pahang tidak tunduk kepada tekanan pihak tertentu yang cukup prejudis terhadap apa jua unsur perlaksanaan hukum Islam.

Walaupun sedia maklum, hukuman 6 kali sebatan yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah tidak menepati hukum Syara', tetapi sekurang-kurangnya usaha untuk mempertahankan dan melaksanakan hukum Allah itu ada juga. Harapan di masa akan datang, hukuman Allah taala ini akan dapat dilaksanakan dengan berdasarkan Quran dan Sunnah SAW. Mari kita lihat perbezaan antara Sebatan Cara Islam dan Sebatan Civil.


Sebatan Cara Islam

1- Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter, tebal tidak lebih 1.25 sm.

2- Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.

3- Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.

4- Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.

5- Sebatan dengan kekuatan sederhana.

6- Tukang sebat menyebat tanpa menggangkat tangannya melebihi kepala.

7- Tidak melukakan kulit pesalah.




Sebatan Cara Civil

1- Rotan yang digunakan terdiri daripada pelbagai saiz.

2- Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.

3- Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.

4- Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.

5- Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.

6- Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.

7- Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.

8- Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.

posted by Abu Mus'ab @ 9:48 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::