Balasan Meninggalkan Solat
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata: "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu: "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W: "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu: "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu: "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda: "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan solat. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyangnya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut: "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya: "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"
Berkata ular itu: "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk solat berjamaah. 2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya. 3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya.
Sahabat-sahabat seperjuangan. Amat berat bebanan kita sekarang yer. Selaku yang tahu akan hal ini. Dalam keadaan kebanyakkan orang Islam di tempat kita masih lagi tidak mahu kerjakan solat 5 waktu dan solat secara berjemaah. Terutama kepada para pemuda, pemudi, dan para remaja sekarang.
Saya pernah berhadapan dengan seorang pemuda yang telah insaf. Berjumpa dengan saya. Menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukannya. Termasuklah hal solat. Dia menyatakan bahawa dia dan kawan-kawannya hanya solat 1 kali dalam 1 minggu, iaitulah solat Jumaat. Bayangkan sahabat-sahabat sekalian. Kepada para pemuda, remaja yang masih lagi tak kerjakan solat ini, How we want to manage this problem? |
air jordan pas cher, coach factory outlet, hogan, michael kors, timberland, air max, coach outlet, true religion outlet, true religion jeans, michael kors, nike roshe run, north face, vans pas cher, hermes, louboutin pas cher, longchamp pas cher, michael kors, sac longchamp, burberry, michael kors, air force, ralph lauren pas cher, nike blazer, north face, hollister, ray ban uk, coach outlet, true religion jeans, kate spade outlet, oakley pas cher, hollister pas cher, coach purses, lacoste pas cher, new balance pas cher, nike air max, converse pas cher, nike free, true religion jeans, kate spade handbags, ray ban pas cher, vanessa bruno, chanel handbags, sac guess, lululemon, tn pas cher