Musibah Akan Menimpa Jika...
Salam sahabat-sahabat semua. Terasa lama tidak dapat update blog. Blog ini senantiasa dilihat. Tiap-tiap hari. Tetapi memadangkan semasa saya berada di tempat kerja yang laman web untuk update blog ini disekat, jadi tak dapat nak update.
Erm...Sejak akhir-akhir ni, kita telah sama melihat telah banyak berlakunya perkara-perkara yang pelik. Tau kan? Malam berlakunya petir bergaduh sesama sendiri, sebelum tu langit kelihatan kemerahan. Jam lebih kurang 2 pagi. Saya berpandangan ini adalah musibah. Musibah ini apabila ditimpakan kepada mereka yang beriman, maka UJIAN namanya. Adapun musibah yang ditimpakan ke atas orang yang jahat, fasiq, kufur, dan zalim, maka BALA namanya.
Jadi, mudah-mudahan apa yang berlaku ke atas kita adalah UJIAN bukannya BALA. Baik ! Sekarang kita meneliti bahagian yang terakhir berkenaan peristiwa akhir zaman yang berlaku ke atas umatnya disebabkan kebebalan dan kejahilan mereka sepertimana apa yang Nabi Muhammad SAW sabdakan yang bermaksud:
5- Dan juga tidaklah pemimpin mereka menghukum dengan bukan kitab Allah (al-Quran) dan memilih-milih apa yang diturunkan Allah melainkan Allah akan menjadikan berlakunya penindasan antara sesama mereka sendiri".
Realiti ini berlaku kepada kebanyakkan negara umat Islam samada yang melabelkan sebagai negara Islam ataupun negara sekular. Bencana yang dijanjikan juga telah berlaku di dalam masyarakat Islam hari ini. Penindasan dan kezaliman berlaku di mana golongan kaya akan memonopoli segala kesenangan dan kemudahan manakala golongan miskin akan merasa kesusahan dan keperitan hidup serta kongkongan undang-undang atas mereka.
Hakikat ini berlaku kerana manusia mengabaikan penyelesaian yang sempurna dari Tuhan yang Maha Mengetahui dan lebih memartabatkan idea dan teori ciptaan manusia yang telah terbukti korup dan tidak setanding tentunya dengan hukum dan arahan Allah taala.
Tugas umat Islam yang sedar ialah: Mengembalikan ketuanan Islam dan segala syariat-Nya dalam kehidupan yang merangkumi hukum-hukum dan arahan-arahan Allah dalam masalah ibadat, aqidah, akhlak, kekeluargaan, ekonomi, pendidikan, sosial, perundangan, pentadibiran, dan perhubungan antarabangsa.
Kesimpulan
Setiap muslim harus berwaspada daripada berlakunya perkara-perkara tersebut agar kita terselamat dari kemurkaan Allah taala dan agar kita berjaya di dunia dan akhirat.
Dunia akan aman dari segala bala bencana yang berbentuk azab jika semua manusia beriman dan bertaqwa kepada Allah taala. Walaubagaimanapun bukan semua manusia yang mampu diajak kepada Iman dan Taqwa kerana yang memberikan hidayah hanya Allah taala.
Tugas muslim ialah sedar dan menyedarkan orang lain dengan keimanan agar kita tidak ditimpa azab Allah taala adalah umum dan apabila diturunkan tidak akan mengenal sesiapa walaupun ada di kalangan yang ditimpa azab itu orang yang beriman dan bertaqwa. Fikir-fikirlah wahai sahabat-sahabat yang ku kasihi... |