Musibah Akan Menimpa Jika...
4- Tidaklah mereka membatalkan perjanjian (amanah) dengan Allah taala dan RasulNya melainkan Allah akan menjadikan musuh mereka berkuasa ke atas mereka lalu mereka akan merampas apa yang sebelumnya berada dalam tangan mereka.
Firman Allah taala dalam Surah al-Mu'minun, ayat 8, yang bermaksud: "(Orang-orang yang beriman adalah) orang yang pada janji dan amanah mereka menjaganya".
Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Tiada iman orang yang tiada amanah padanya dan tiada agama bagi orang yang tiada janji (yang boleh dipegang) padanya".
Setiap perjanjian harus ditunaikan dan tidak boleh dibatalkan kecuali perjanjian atas perkara maksiat dan kejahatan. Perjanjian-perjanjian itu merangkumi:
a- Perjanjian dengan Allah taala; Janji setia setiap kali solat bahawa tidak akan mensyirikkan Allah dengan sesuatupun dan untuk menjadi orang-orang yang menyerah diri kepada Allah dalam semua perkara.
b- Perjanjian dengan sesama makhluk; Melanggarinya akan melabelkan sebagai orang munafik di mana salah satu sifat munafik ialah: Apabila dia berjanji dia mungkiri. Apatah lagi jika perjanjian itu melibatkan masyarakat umum, haram jika dibatalkan tanpa kebenaran. Kezaliman dan pengkhianatan umum ini amat besar dosanya di sisi Allah taala. Sayyidina Umar pernah memulangkan jizyah kepada penganut Nasrani apabila merasakan tidak mampu menunaikan janji Negara Islam untuk melindungi mereka dari ancaman Rom.
Balasan dunia kepada mereka yang melanggar perjanjian dan mengkhianati amanah ialah: Allah akan menjadikan musuh mereka berkuasa ke atas mereka dan akan merampas hak-hak yang sepatutnya ada pada mereka. Hal ini telah berlaku samada disedari ataupun tidak kerana walaupun kita merdeka tetapi hak negara berdaulat sebenarnya masih di tangan musuh Islam: Yahudi mahupun Kristian. Sementara itu, norma-norma hidup barat serta perundangannya masih berleluasa dan berkuasa dalam negara kita.
Celaka Sungguh Kerajaan UMNO/ BN sekarang ini...
Ikuti Ulasan Akhir Mengenai Perbincangan Ini Di Masa Akan Datang... |