Actually, bukan Kebun Manggis. Tetapi Zoo Mini Kemaman. Terletak di Kampung Mak Chili. Bangga penduduk Mak Chili kan. Ada Zoo. Sebelum ini, saya dimaklumkan bayaran untuk memasuki Zoo ini adalah RM10 seorang bagi dewasa. Kanak-kanak RM5. Memang pada tiket asal yang saya beli kelmarin, untuk dewasa diberi tiket kanak-kanak. Orang kata, PROMOSI. Bagi saya bukan Promosi. Tapi kerana kurang pengunjung, maka dikurangkan bayaran untuk memasukinya.
Apa-apa pun, boleh lah. Sekadar nak hiburkan anak-anak dengan gelagat binatang-binatang dan aksesori-aksesori yang lain yang ada kat situ. Antaranya Gajah, Merak, Burung Kuang, Rusa, Ular Sawa, IKAN NAGA, Beruang, Memerang, Jambatan Gantung, Taman Orkid, Taman Tema Air Terjun dan Kandang Harimau...
slm...samapi gok akhirnya si keluarga nin ke mini zoo. baru sehari dua baru nin baca dlm paper ttg mini zoo ni... kata tersebar di pantai timur ke gane... x ingat dh... gmbr yg ke-2 atas skali tu, takut kpd ikan naga ke? hahaha..