:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

PERALIHAN KUASA
Jumaat, April 03, 2009

Peralihan Kuasa Mestilah Berteraskan Islam

Saudara sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Di antara tanda-tanda taqwa seseorang kepada Allah taala ialah Istiqamah dengan ajaran Islam. Iaitu ajaran yang benar daripada Allah taala dengan beriltizam terhadap segala perintah dan ajaranNya. Kita perlu yakin dan percaya bahawa Islam adalah ajaran kebaikkan serta menjamin keselamatan manusia di dunia dan akhirat.

Marilah kita pada hari ini, menunjukkan Izzah atau kehebatan dan kekuatan kita dengan Islam ketika manusia di seluruh dunia dalam keadaan terumbang-ambing dilanda kemusnahan agama-agama yang lain daripada Islam serta Idealogi-idealogi ciptaan manusia. Mereka mengharapkan perubahan dan menyangka bahawa perubahan boleh berlaku dengan bertukarnya kerajaan serta pemimpin. Mereka mengharapkan keadaan menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Namun bagi umat Islam yang beriman, kita telah diajar bahawa perubahan yang membawa kebaikan hanyalah perubahan yang mengikut acuan dan ajaran Allah taala sahaja. Tidakkah kita telah diajar supaya mengulang-ulangkan wirid atau bacaan pada setiap kali selepas solat? Firman Allah taala dalam Surah al-Imran ayat 26:

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Katakanlah: "Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Ini menunjukkan bahawa sebarang perubahan yang berlaku daripada seseorang pemimpin kepada seorang pemimpin yang lain, daripada satu kerajaan kepada satu kerajaan yang lain tidak berupaya membawa perubahan selagi mana tidak berpandukan petunjuk Allah taala, kerana yang menyelamatkan manusia adalah Islam bukannya pemimpin yang dipuja sedangkan Islam dipermainkan dan tidak diamalkan.

Di tangan kekuasaan Allah taala sahajalah kebaikkan, maka hanya Islam sahaja yang membawa kebaikkan. Sejarah dunia telah menunjukkan kepada kita pertukaran pemimpin yang silih berganti, samada di negara-negara besar atau kecil, tetapi ianya terus berada dalam kemusnahan dan kejahilan selagi mana mereka tidak menunjuk petunjuk Allah taala.

Oleh kerana itulah, kita mesti bergantung dengan Islam iaitu petunjuk Allah taala yang merupakan jaminan yang sebenar daripada Allah taala. Firman Allah taala di dalam al-Quran surah as-Soff ayat 9:

هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ

Dia-lah yang mengutus rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membenci.

Saudara sidang Jumaat yang dirahmati Allah taala sekalian,

Sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW, dunia dilanda oleh Jahiliyyah dan kesesatan, walaupun silih berganti kuasa-kuasa besar yang memerintah dan berkuasa tetapi semua kuasa-kuasa itu berjalan di atas nama Jahiliyyah yang menolak petunjuk daripada Allah taala yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul alahimussolatu wassalam.

Walaupun dinamakan kuasa-kuasa besar dunia, tetapi selagi tidak mengikut petunjuk Allah taala maka ianya pasti membawa kesesatan dan kemusnahan dalam kehidupan. Walaupun mereka dapat membangun negara dengan segala kemewahan hidup dan kebendaan, mampu membina tamadun yang hebat, namun semuanya itu akan merosok dan memusnahkan diri mereka sendiri. Itulah panduan yang dibawa oleh al-Quran al-Karim.

Oleh kerana itu sebagai seorang yang beriman, kita tidak boleh terikut-ikut dengan manusia yang tidak beramal dengan Islam yang mengharapkan kebaikan boleh berlaku dengan berlakunya perubahan kuasa besar dunia ataupun perubahan tampuk pemerintahan negara selagi mana Islam ditinggalkan. Sebaliknya kita hendaklah menyatakan keyakinan, bahawa hanya Islam yang dapat menyelamatkan kita, membawa kebaikkan dan keselamatan di dunia dan akhirat.

بسم الله الرحمن الرحيم

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآَخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ


Barangsiapa mencari agama selain agama islam, Maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (Surah al-Imran ayat 85)
posted by Abu Mus'ab @ 3:22 PTG  
4 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::