:: WaJiB ::
:: ToLaK BN ::
:: JaM CaiRo ::
:: RaDio KaHeRaH ::
:: Al-QasSaM ::

:: NaSyiD.FM ::

:: TaQwiM ::
:: ProDuK SyuBhaH ::

:: AkHbaR PiLiHaN ::

:: LaMaN InFO ::

:: MoNeY ChAnGeR ::

Unit

Daripada

Kepada



:: PaLesTiNe ::

:: AnDa PeNGunJunG Ke ::
:: Template By ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

TANDA ALLAH MARAH
Selasa, Ogos 07, 2007

TANDA ALLAH TAALA MURKA

Di antara cara Allah murka pada seseorang hamba :

Ialah apabila dia membuat amalan ibadah atau kebajikan,
Dia memandang besar dengan ibadah dan serta kebajikannya.
Apabila membuat dosa dan kesalahan dia memandang kecil sahaja bahkan dilupakan.
Ia merasakan ibadah dan kebajikannya boleh menghapus atau menutup dosa-dosanya.
Kerana banyak ibadah yang dibuat dia terasa aman dan tenang dengan Tuhannya.
Bahkan rasa senang dan tenang dengan amal ibadah dan kebajikan yang dibuatnya.
Takut dengan Allah sudah tidak ada.
Dia merasakan Allah sudah Redho .
Dia yakin dia akan selamat dengan ibadah dan kebajikan yang dibuatnya.

Apabila Allah bertambah murka dengan amal ibadah dan kebajikan yang dibuatnya.
Datang pula rasa ujub dan riak.
Kemudian timbul pula sumaah dan sombong dengan amal ibadahnya.
Jika dia tidak sedar juga Allah tambah lagi kemurkaannya.
Dengan cara dia memandang orang yang kurang ibadah dengan pandangan hina.
Dia mula mengata dan mengumpat orang lain.
Kejahatan orang lain dia nampak.
Kejahatan diri sendiri semakin tidak nampak.

Dia pun terus mengerjakan ibadah dan kebajikan di atas sifat-sifat yang disebutkan tadi.
Hinggalah ke akhir hayat umurnya dia pun mati di atas sikapnya yang diceritakan tadi.
Maka dia pun mati di dalam Suul Khatimah.
Mati di dalam kemurkaan Allah bersama-sama amal ibadahnya.
Maka dia pun masuk Neraka dengan penuh terkejut,


Wal iyazubillah...Astaghfirullahal 'Aziim...
posted by Abu Mus'ab @ 2:49 PTG  
3 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
:: My PeRsoNaL ::





:: SeCanGkIR KaSiH ::
:: ArTikeL TeRKiNi ::
:: ArKiB iLmIYyAh ::
:: PaRTi PAS ::
:: BloGGeR ::
:: JaLiNan ILMU ::
:: TV OnLiNe ::